5 - Lake Valley

Adli letak helmetnya dalam raga motor, dan berjalan menuju ke Pappa Rich Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn. Dia lihat ada Kombi terletak di depan taman depan tasik.

"Siapa drive Kombi, doh?" tanya Adli sambil fistbump pada semua orang.

"Kam yang drive," kata Eleena.

"Kau ada lesen kereta ke, Kam?"

"Kau ni memandang rendah pada aku ni, Li," kata Kamelia yang sedang minum air laici.

"Mana ada. Aku tak tau pun kau ada lesen kereta," Adli melabuhkan punggungnya ke kerusi. Kemudian Adli menekan butang di meja untuk memanggil pelayan untuk memesan makanan. Dia menulis pada kepingan kertas berdasarkan kod pada menu.

"Terima kasih," kata Adli sebaik sahaja pelayan itu menerima kertasnya.

"Kejap, apa benda yang korang jumpa ni?" tanya Adli.

"Sebentar ya. Cinta?" Eleena memanggil Nizam.

"Ya?"

"Nak dadah? Thank you, cinta."

Nizam terus bangun dan terus berjalan menuju ke 7-Eleven untuk membeli paddle pop pelangi. Kamelia perhati sahaja tindakan Eleena. Senang-senang je dia memberi arahan pada Nizam tanpa bantahan. Apa rahsianya?

"Takpe, kita makan dulu, baru kita bincang."

Adli tengok pada telefon bimbitnya. Atikah baru follow Twitternya. Tersengih dia. Kemudian dia pun mention balik ke Atikah.

@tikah_suhaimi thx for follow!

"Apa yang kau tersengih-sengih depan phone?" kata Kamelia.

"Hah? Apa? Apa?" tanya Adli.

"Apa yang kau tersengih tu?"

"Ni, Atikah Suhaimi follow aku."

"What? Yang artis tu ke? Apa kau dah buat?" Kamelia terbeliak dan terbangun dari kerusi.

Adli tunjuk je phone tu pada Kamelia.

"Fake account ni, Adli. Nampak, eja nama bapak dia pun salah," kata Kamelia.

"Dia budak sekolah kita la," kata Adli.

"Kepala hotak kau, dia ni artis Singapore la!"

"Aku baru je bergambar dengan dia kat Shell Taman Mesra. Ha, tengok! Ni dengan si Alim dengan Ziel-O photobomb kat belakang gambar ni," Adli menunjukkan selfienya dengan Atikah.

"Gila lah! Apa dia buat kat Kajang?"

"Weh, dia la yang hantar sayur masa kau sibuk baling dart tu hari," kata Adli.

"Dia runner kau? Apasal aku tak perasan?"

"Dah kau sibuk dengan teddy bear besar kau," Adli terus minum milo dinosaur dia.

"Maknanya dia bukan selebriti yang tu lah? Muka nak sama."

"Ye lah! Dia budak sekolah kita. Nama je nak dekat sama."

Kamelia terus mengangguk faham. Nizam tiba bawa paddle pop pelangi.

"Nah, cinta."

"Terima kasih, cinta," Eleena membelai lembut pipi Nizam.

"OK, semua dah sedia?" kata Edry yang dari tadi menghadap laptop mencari maklumat.

"Dah!"

"Adli, mana peta tu?" tanya Edry.

"Ni," Adli buka walletnya dan menghulurkan lipatan peta yang disimpannya.

"OK, korang. Tahu tak apa event terbesar dunia pada tahun 1898?" tanya Edry.

Nizam, Kamelia dan Adli hanya memandang blank stare pada Edry, tiada jawapan.

"Perang Sepanyol-Amerika. Semasa itu, Presiden William McKinley mengarahkan tentera menyerang kedudukan Sepanyol yang menjajah Cuba atas alasan yang direka Amerika bahawa kapalnya, USS Maine diserang oleh kapal Sepanyol di perairan Cuba pada 15 Februari 1898. Dan semasa itu, Cuba sedang berperang dengan penjajah Sepanyol, sekaligus membantu Cuba untuk merdeka dari Sepanyol, tetapi kita tahu Amerika sebenarnya menjajah Cuba hingga Fidel Castro melancarkan perang gerila sekitar 1950an. Amerika juga menyerang kedudukan Sepanyol di Filipina, dan menawan pulau-pulau kecil di Pasifik."

Tiga orang melopong mendengar pembentangan dari Eleena.

"Oh ya, Presiden McKinley adalah salah seorang dari empat Presiden Amerika yang dibunuh selain Lincoln, Garfield dan Kennedy. Dibunuh oleh seorang anarkis dari Poland, Leon Czolgosz," tambah Eleena lagi.

"Kucing pun pernah jadi Presiden, ya?" kata Adli, melawak. Semua orang tahu tentang kartun kucing oren yang suka makan spaghetti dan meatball tu.

"Tapi aku memang respek Leon apa nama tu Eleena.."

"Czolgosz."

"Susah nak sebut. Aku respek dengan Leon tu. Dia memang anarkis yang power, respek!" Adli meletakkan penumbuk di dada tanda hormat. Dia kalau dengar anarkis je, dia semangat sikit.

"Jadi, apa kaitan Perang Sepanyol-US dengan peta ni? Bukan ke tu Belanda punya?" tanya Kamelia.

"Apa yang saya jumpa ni, kak, ialah tentang pembelian senjata Amerika oleh van der Wijck, untuk tentera upahannya sendiri. Senjata ini digunakan bukan untuk kerajaan Belanda, tapi kegunaan untuk tenteranya sendiri, untuk melindungi perdagangan haramnya dari lanun-lanun di Selat Melaka," kata Edry.

"Tak faham?" Kamelia cuba meminta penjelasan lebih lanjut.

"Macam ni. Masa ini, dia ni ialah komander tentera Belanda di Palembang pada tahun 1898. Tapi, senjata dan tentera yang dipegang, hanya boleh digunakan untuk tujuan meluaskan empayar Belanda. Tapi van der Wijck mahu bina empayarnya sendiri, dengan perniagaan haram yang menguntungkan dari pelabuhan Palembang ke sekitar pelabuhan-pelabuhan penting di Selat Melaka seperti Melaka sendiri," kata Edry.

"So, ada beza antara tentera Belanda, dengan tentera dia sendiri?" tanya Nizam.

"Ya, perdagangan haram ini termasuk candu dari British, senjata dari Amerika, serta banyak lagi perniagaan haram lain, dan dia meneruskan lagi perniagaan tersebut dan menguasai laluan kapal di Laut Andaman semasa menjadi Gabenor Acheh pada 1904, dan meneruskan Perang Samalangga di Acheh, untuk menumpaskan pejuang Islam dan bekas tentera yang setia dengan almarhum Sultan Alauddin Daud Syah yang mempertahankan kedaulatan Acheh di sana," Eleena pula menyambung.

"Buku sejarah mana korang baca ni, takde pun dalam silibus KBKK kita ni?" tanya Adli.

"Nak belajar sejarah kalau ikut silibus ni memang kita takkan tahu banyak benda, sebab nak belajar sejarah, kita kena belajar dengan membuka pelbagai sumber maklumat, bukan dengan satu buku teks je," kata Eleena.

"Jadi, apa kaitannya dengan peta ni?" tanya Adli.

"Saya tak pasti tentang harta karun, tetapi mengikut maklumat yang saya jumpa, Johan Cornellis van der Wijck berhubung dengan komander Amerika yang sedang menyerang Filipina, untuk membeli senjata Amerika bagi tujuan memerangi lanun di Selat Melaka. Dan pertemuan wakil mereka ialah di gereja Christ Church, gereja yang dibina Belanda semasa menjajah Melaka. Dan selepas beberapa perbincangan antara wakil van der Wijck dan komander Amerika, mereka berurus niaga, di Melaka," kata Edry.

"Tanpa pengetahuan British?" kata Adli.

"British pun nak menghapuskan lanun-lanun yang mengganggu perdagangan di Selat Melaka juga," kata Eleena.

"Jadi, ini perjanjian antara British, Amerika dan Belanda?" tanya Kamelia.

"Tak, lebih pada van der Wijck, komander perang Amerika di Filipina dan Gabenor Negeri-negeri Selat," kata Eleena.

"Deal tersorok?"

"Ya."

"Harta ni apa pulak?" kata Adli.

"Itu kita sendiri kena tengok, kalau ada," kata Eleena sambil naik kening dan makan paddle pop pelanginya.

--

"Adli," kata Kamelia.

"Apa?"

"Nak cempedak goreng?"

Adli pandang Kamelia dengan pandangan yang pelik.

"Apasal kau mintak aku?"

"Nak cempedak goreng."

Nizam dan Eleena dah berbisik-bisik sambil pandang Adli. Edry pulak sibuk main League of Legends.

"Lawan kat Summoner's Rift ke?" tanya Eleena.

"Biasalah," Edry fokus main game.

"Ni, tepi ni, ada musuh!"

"Shit! Nak kena tunggu respawn pulak! Fuck!" Edry merungut.

"Edry, kakak tak ajak bahasa macam tu."

"Sorry kakak."

"Kejap, korang, nak beli cempedak goreng kat mana?" tanya Adli.

"Sini mana ada," kata Nizam.

"Jap, aku pergi beli jap. Korang nak apa-apa?" tanya Adli.

Semua menggelengkan kepala.

Sebaik sahaja Adli pergi menuju ke motornya, Eleena pindah tempat, duduk sebelah Kamelia.

"Adli pergi mana?"

"Dia beli cempedak goreng. Saya nak."

Eleena naik kening.

"Dia beli?"

"Mm-mm."

"Teddy bear semalam tu, awak menang kat funfair ke?" tanya Eleena lagi.

"Saya tak pandai main dart. Tapi dia baling terus kena. Tu yang menang hadiah tu."

"Whoa! Sesuatu!" kata Eleena, teruja. Kamelia senyum.

"Awak ada apa-apa dengan Adli ke?" tanya Eleena.

"Entahlah, kitorang tak cakap apa-apa pun. Tapi ni lah, ada pulak perempuan kat sekolah ni," Kamelia buka Twitter Adli, gambar yang diretweet dari akaun Twitter Atikah."

"Kenapa?" tanya Eleena.

"Perempuan ni cantik."

"Jadi, awak takut awak kalah dengan dia?" kata Eleena.

Kamelia berdiam diri, tapi Eleena faham apa jawapannya.

"Awak perlu yakin dengan diri sendiri, Kam."

"Kenapalah saya selalu kena bersaing dengan perempuan cantik. Masa Ray dulu, si Joanne. Nizam.." Kamelia merendahkan suara bila sebut Nizam.

"...dengan awak."

"Awak, berapa kali saya pesan, awak sahabat dunia akhirat saya. Awak janganlah nampak saya sebagai satu persaingan. Macam ni, apa kata, saya masak untuk candlelight dinner untuk awak berdua, macam dinner date."

"Wah? Agak-agak lah. Awak dengan Nizam selalu ke?"

"Selalu kitorang masak, lepas tu candlelight date kat rumah."

"Bestnya."

"Saya dengan Nizam boleh tolong masakkan. Tapi kami stay out from picture. Korang berdua je makan."

Kamelia dah blushing. Tak pernah pulak dia bayangkan macam ni.

"Tapi suruhlah Adli pakai kemas-kemas sikit. Janganlah pakai baju punk. At least pakai baju kemeja lah. Baru nampak serius. Takpun...Edry!"

"Ha, ya kak?" Edry hanya memandang skrin komputer.

"Baju sekolah ACS Edry ada lagi?"

"Ada."

"Siap tie?"

"Ya."

"Bagi Adli pinjam, boleh?"

Edry bagi signal "okay" dengan jari.

"Baju uniform sekolah kami masa international school di Jakarta dulu. Awak ada evening dress?" tanya Eleena.

Kamelia terkebil-kebil. Manalah dia pernah ada benda-benda macam ni.

"Awak size pinggang awak berapa ya?"

Kamelia berbisik pada Eleena.

"Awak minat pakai kebaya nyonya?"

Terbeliak biji mata Kamelia.

"Sebab saya rasa ada satu baju kebaya saya ni, rasanya awak boleh muat kot. Nanti kita try. And oh ya, lusa, awak ikut saya pergi spa. Nak buat contour muka. Boleh sekali dengan full massage. Lepas tu, saya make-upkan awak, awak nak?"

"Eleena, what?"

"Saya belanja spa," kata Eleena.

Kamelia takut betul projek makeover Eleena ni.

"Eleena, I don't think this is a good idea," Kamelia urut-urut kepala.

"Why not trying? Cinta?"

"Ya?" Nizam yang sedang baca artikel review album baru The Raveonettes di Pitchfork.

Muka Kamelia ketakutan. Dia takut dengar semua ni.

"Awak ada cadangan untuk lagu background candlelight dinner?" tanya Eleena.

"Dalam Spotify ada playlist untuk candlelight dinner, tapi boleh je nak pakai playlist kita. Kenapa, kita nak ada lagi ke?"

"Bukan," Eleena muncungkan bibir ke arah Kamelia.

"Oohh, rasanya playlist Spotify tu tak sesuai untuk Adli. Kita main punk rock love song, yang ada lagu Buzzcocks, The Clash, Ramones, Nerf Herder.."

"Kalau macam tu, kebaya nyonya tak sesuai. Awak pakai baju sekolah ACS saya," tanya Eleena.

"Tapi saya tak biasa semua ni."

"Takpe, nanti saya tolong," kata Eleena, sambil memegang tangan Kamelia.

"Cayalah, Adelia!" kata Nizam.

"Anda ni..."

Dalam diam, Kamelia terpaksa terima hakikat yang Nizam cuma nak berkawan sahaja dengan dia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top