3 - Adelia?

Mereka berlima makan soto Johor dengan sambal kicap yang padu maut sampai buat Adli terbatuk-batuk kepedasan.

"Awak tak makan pedas ke, Adli?" tanya Eleena, ingin tahu.

"Makan, tapi ni padu maut sangat ni," Adli tahan pedas.

"Bergedil ni Nizam yang buat," kata Eleena.

"Patutlah masin, nasib baik balance dengan pedas ni," Adli terus bilas tekaknya dengan air kosong.

"Anda dengan Adli tadi pergi mana, sampai bawak teddy bear besar ni?" tanya Nizam.

"Kenapa awak tanya, cinta? Cemburu ya?" Eleena mula mengusik Nizam.

"Mana ada apa-apa la, angkat barang kat funfair Jenaris je," Adli menyampuk.

"Pergi funfair, lepas tu makan kat food truck, makan steak," jawab Kamelia.

"Fuyooo, makan steak," kata Nizam, senyum sinis pandang Adli.

"Sesuatu," kata Eleena, tersengih.

"Kau tak pernah pun belanja aku steak sepanjang aku jadi member kau, Li," kata Nizam.

"Ala, awak tak pernah pun belikan saya teddy bear, belanja makan steak. Beli epal kat English Week pun tak pernah," Eleena caras balik.

Kamelia dah senyum tersipu. Dari hari tu isu epal English Week ni berbangkit.

"Ya Allah hai korang ni, aku mana ada apa-apa la. Weh, lagi dua minggu, Ail balik tau," kata Adli. Eleena singgung siku Nizam, kemudian berbisik.

"Nak ubah topik la tu," Eleena ketawa kecil tepi telinga Nizam.

"Gigit telinga dia, Eleena. Biadab betul Nizam ni," Adli terus mengunyah nasi impit dalam sup.

"Sesuatu kan dorang ni?"

"Eleh, awak jeles kan?"

"La, apa yang nak jelesnya. Kawan-kawan happy, kita happy la," kata Nizam.
"Weh, bisik-bisik pulak," Adli dah start sengal.

"Ha, ha! Apa dia Adli, Ail nak balik?" kata Nizam, menyambung cerita.

"Haa, oleh kerana dia pakar Geografi, bolehlah rujuk kat dia dalam perjalanan ke tempat harta karun tu," Adli menghirup kuah sup.

"Peh, pedas!" Adli minum air untuk membilas tekak.

"Adli, awak pasti ke harta karun tu ada di situ? Karang kalau kita pergi situ, tak ada, macam mana?" tanya Eleena.

Adli buka Google, dan mencari laporan akhbar tentang penemuan syiling kesultanan Melayu Melaka oleh pekerja yang memasang kabel internet di sana.

"Ya, Adli. Benda ini kalau terjumpa, biasa kalau di Melaka. Tapi, harta karun ni saya tak pasti. Lagipun, menurut peta ni, ini tahun 1898. Saya pasti sudah ada orang yang sudah mencarinya," kata Eleena.

"Tu kita kenalah siasat dulu, kalau tak jumpa apa-apa, kira kita dapat adventure lah," kata Adli.

"Rasanyalah abang Adli, sementara tunggu abang Ail balik ni, elok kita buat kajian dulu. Ada beberapa sebab. Kita mana tahu benda ni memang benar-benar asli. Mana tahu orang troll ke," Edry mencelah.

"Lepas makan nanti, kita bincang sama-sama," kata Eleena, menghabiskan soto Johornya.

--

Selepas makan, mereka berlima memotong herba yang dibeli oleh Adli tadi. Sambil itu, mereka mengkaji tentang peta tadi.

"Jonkheer Johan Cornellis van der Wijck, kolonel Hindia Timur Belanda tahun 1898, komander di Palembang sebelum itu. Saya fikir mereka berlayar dari Palembang ke Batavia untuk urusan pentadbiran," kata Eleena.

"Jap, jap, ini kapal Van Der Wijck yang cerita Zainuddin dengan Hayati tu ke?" tanya Nizam.

"Bukan, kapal Van Der Wijck adalah kapal yang tenggelam di perairan Laut Jawa pada 1936," Edry menjawab.

"Agak-agak boleh jumpa Hayati tak?" tanya Nizam.

"Saya tak pasti sama ada Hamka menulis itu sebagai fiksyen atau kisah benar, dan kalau benar, Hayati kan dah mati, kemudian Zainuddin dikuburkan sebelahnya," Eleena menjawab.

"Ikut peta ni, ia ada beberapa teka-teki yang harus dijawab. Setiap teka-teki memberi klu kepada di mana kunci kepada peti harta karun ini, dan ia ditanam di sekitar Melaka," kata Edry, yang membaca nota di belakang peta.

"Ada kait mengait dengan Belanda?" tanya Kamelia.

"Mungkin personal business van der Wijck, atau mungkin ada kaitan dengan urusan imperialis Belanda," kata Edry lagi.

Adli diam cuba memikirkan sesuatu.

"Malangnya teka-teki ni dalam bahasa apa, yang saya tak faham," Edry menghulurkan kembali peta itu pada Adli.

"Amacam Li, nak pergi jugak?" tanya Nizam.

"Nak tu memang nak, tapi bahasa apa ni?" tanya Adli.

"Bukan Belanda, bukan Melayu, bukan juga Jawa," Edry membalas balik.

"Harap-harap jumpa kapal tu, dapat jumpa Hayati," kata Nizam.

"Awak minat kat Pevita Eileen Pearce ke, cinta?" tanya Eleena.

"Tak, saya minat kat Eleena Mahathir," jawab Nizam.

Adli dah roll mata ke atas.

"Hari tu tengok Janji Joni, minat Mariana Renata, tengok Van Der Wijck minat Pevita, nasib baik saya tak ajar awak tengok sinetron," Eleena senyum sinis.

"Ala, minat gitu je. Lagipun, saya nga perlu ada cinta lain kerna adanya kamu, cinta."

"Ya, usah ngomongin slalu nanti kurang manisnya. Baik saja kita tumpukan perhatian pada ini. Adli butuh bantuan kita," kata Eleena, memicit hidung Nizam.

"Apa? Buto?"

"Butuh, Adli. Maksudnya memerlukan. Tak sama makna dengan di sini," Eleena cuba menerangkan perbezaan bahasa antara Indonesia dan Malaysia.

Eleena mula menguap. Matanya mula mengantuk.

"Maaf ya, saya masuk tidur dulu," Eleena bangun dari kerusi, kemudian berjalan ke arah Nizam. Nizam cium bibir Eleena.
"Night night, Power Rangers."

Adli dan Kamelia berdua pandang Nizaleena.

"Sesuatu betul Nizaleena ni," kata Adli.

"Sesuatuuuuuu..." Kamelia menyahut.

Eleena pandang Nizam dengan lirikan manja. Mata mengantuk manja ni lain macam perginya.

"OK, tiba masanya kita bersurai. Admelia, ke Kamedli, mana sesuai, cinta?" tanya Nizam.

"Jujur, saya suka Adelia," kata Eleena memberi cadangan.

"Adelia, rasanya elok kita, berehat dululah. Nanti kita sambung lagi," Nizam buat-buat mengantuk, gosok-gosok mata. Dalam hati Adli berkata butoh tanpa henti.

"Ok, selamat malam, balik dulu, Eleena."

"Sahabat dunia akhirat, Kam."
"Sahabat dunia akhirat, Eleena."

--

Lagu Foo Fighters Monkey Wrench berkumandang dalam kereta Adli, sambil Kamelia membelek telefon, membaca laporan berita Reuters tentang pengeboman di Manchester.

"Abang aku takde kena apa-apa ke? Senyap je dia hari ni," tanya Kamelia seorang diri.

"Asal doh?" tanya Adli.

"Tak, aku risau pasal abang aku. Senyap je. Dahlah Manchester kena bom ISIS," kata Kamelia, bimbang.

"Konsert Ariana Grande tu ke? Abang kau layan ke?" tanya Nizam.

"Abang aku tu bukannya betul sangat pun."

"Takde apa lah tu. Kalau tak, mesti Wisma Putra dah cakap apa-apa."

Kamelia pandang tepat ke mata Adli.

"Kau ni, minat jugak berita?"

"Kau ingat aku Rafi, dapat berita dari Facebook?" Adli belok ke kiri.

Dua-dua senyap sambil lagu Foo Fighters dari album The Colour and Shape terus berkumandang.

"Cibai, dia panggil kita Adelia?" Adli geleng-geleng kepala sambil tersengih.

"Kau jugak yang start benda ni. Panggil Rafilin Jerawat, Nizaleena, sekarang, kita dah kena!" Kamelia cubit lengan Adli.

"Pantat la, sakit la, aku tengah drive ni," kata Adli.

"Cuba jangan seksis, boleh?"

"Mana ada. Habis, kau cakap buto tu, aku takde pulak rasa apa-apa. Takkan aku tak boleh cakap pantat?" kata Adli.

"Apa pandangan kau terhadap, feminisme?" tanya Kamelia.

"Feminis? Bagi aku, perkara paling feminis ialah menghormati ibu."

"Maksud kau?"

"Aku tak suka feminis acuan Barat. Sebab, dia tak bersifat holistik, kau faham tak?"

Kamelia menggelengkan kepala.

"OK, contoh, kita selalu kata hak wanita sana, hak wanita sini, tapi, berapa ramai tak hormat mak sendiri? Ini basic."

"Maaf, aku tak ada mak dah lama dah. Tapi, kau jugak selalu kutuk mak kau? Haaaa!" Kamelia tunding jari di pipi Adli.
Adli terdiam. First time dia kena sekolah dengan Kamelia.

"Betul gak cakap kau. Tapi, aku tension sebab dia selalu lebihkan abang aku. Kau faham tak? Abang aku tu manja nak mampos!" kata Adli.

"Sama lah dengan abang aku," kata Kamelia.

"Weh, aku lapar lah. Jom, makan McD. Breakfast set dah ada ni," Adli belok masuk ke simpang McDonald's Bandar Tun Hussein Onn.

"Drive thru je lah," kata Kamelia.

"Apahal?"

"Kita makan kat taman mainan."

"Kau buang tebiat ke apa, Kam?" Adli terbeliak biji mata.

"Malaslah. Ramai orang, bising-bising. Ada match bola lagi," kata Kamelia.

"Kau tak suka bola?" tanya Adli.

"Suka. Satu team je."

"Apa?"

"Merah kuning lambang kebanggaan!" Kamelia nyanyi lagu bola Selangor. Kamelia memang anak jati Selangor. Ayah orang Kuala Langat, arwah mak orang Simpang Balak.

"Cheh, Selangor. Aku bola tempatan ni mana layan sangat. Aku layan EPL je."

"Kau sokong apa?"

"You'll neeeeever walk alone!"

"Cheh, Liverpool."

Dua-dua gelak dalam kereta.

Mereka berdua duduk di bangku taman sambil makan breakfast set bawah lampu.

"Ala, apasal kau tak ambik sos peket, Kam?" kata Adli.

"Entah, aku tak suka sos cili."

Adli mengangguk faham. Dia tahu, sesetengah orang rasa sos cili ni 'pedas main-main'.

"Cibai la, apasal semua macam cakap kita couple je, ha?" kata Adli.

"Asal?" tanya Kamelia.

Adli diam.

"Takde apa-apa la," Adli kunyah telur breakfast set.

Dua-dua macam segan nak berkata-kata.

"Bila birthday kau, Li?"

"Birthday aku ialah pada 11 Zulkaedah," kata Adli.

"Amboi, tahun Hijrah. Ni, Arab Saudi pun dah pakai kalendar kapir."

"Aku takkan beritahu birthday aku kat sesiapa kecuali kalau yang berurusan rasmi," kata Adli.

"Kenapa?"

"Seorang Margera tak akan membenarkan dirinya sendiri dimargerakan. Itu sesuatu yang mencalar maruah seorang Margera," Adli kunyah muffin.

Kamelia menganggukkan kepala, tapi senyum.

"Oh, kiranya kalau ada orang memargerakan kau, title Margera kau macam kena rampas lah, gitu?" tanya Kamelia.

"Ha, macam tu lah."

Tiba-tiba Adli teraba-raba poket seluar.

"Fuck!"

"Apahal?" tanya Kamelia.

"Kunci rumah aku tertinggal kat rumah Eleena!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top