25 - Magnetman
Ail sudah siap memakai sut besi yang direka oleh arwah ayah Kak Merlina dulu. Sejarah disebalik sut besi ini sangatlah panjang sebenarnya. Arwah ayah Kak Merlina ni sebenarnya seorang inventor yang sangat mengidolakan seorang saintis yang bernama Nikola Tesla.
Tidak seperti adiknya, Mahathir, ayah kepada Eleena dan Edry yang lebih realistik dan praktikal, dengan menjalankan perniagaan kertas di peringkat Nusantara, Hashim lebih esentrik - dan selalu memikirkan sesuatu untuk mengubah dunia.
Macam-macam lah dia reka, dia cuba reka basikal terbang lah, sistem radar untuk mengesan UFO lah, tapi benda yang paling ultimate ialah dia ingin mencipta satu sut yang bukan sahaja kalis peluru, tetapi mampu menahan peluru macam Neo dalam filem The Matrix.
Dan bukan itu sahaja, ia juga mampu menarik besi macam Magneto. Disyaki sut ini dicipta sekitar tahun 2000 kerana filem The Matrix pada tahun 1999 dan X-Men yang pertama pada tahun 2000 memang banyak mempengaruhi ayah Kak Merlina. Selain itu, pengaruh rancangan TV futurisme - Beyond 2000 menjadi rancangan kegemaran ayahnya.
Eksperimennya berjaya dan dikatakan mahu memohon paten di Amerika Syarikat, tetapi semasa sesi ujikajinya, petir menyambar sut besi ayahnya ketika dia sedang menguji untuk menarik besi.
Seperti idolanya Nikola Tesla, arwah ayah Kak Merlina meninggal dunia dalam keadaan tragis.
Eleena menyifatkan arwah pakciknya sebagai "pakcik paling awesome" dan banyak mempengaruhi hidupnya, sementara Edry merasakan pakcik Hashim yang menjadikan dirinya seorang peminat gajet.
Tetapi, sut usang ini dibiarkan dalam stor, tak bersentuh, sehinggalah Ail memakainya hari ini.
Kak Merlina pandang saja Ail pakai baju sut besi arwah ayahnya itu. Dia senyum, tapi dalam hati, siapa yang tahu.
"Boleh jalan tak tu, abang Ail?" tanya Edry. Adli mencangkung di laman, mahu melihat sendiri eksperimen ini dijalankan. Sayang, baju ni bukan saiz dia. Kalau tak, mesti dia yang nak pakai.
"Berat sikit la, Edry."
"Biasakan diri."
Ail terus berjalan macam Robocop. Ini kerana materiel yang digunakan bukanlah macam yang digunakan oleh Tony Stark dalam filem Ironman.
"Kat tangan Edry ni, ada kunci. Nampak tak suis kat peha kanan abang Ail tu? Sekarang, tolak ke atas. Tu maknanya, on."
Ail mengikut arahan. Dia rasa ada getaran elektrik yang melalui di tubuhnya.
"OK, peha kiri abang Ail, ada suis putar. Putar ke kiri untuk tarik kunci ni."
Ail terus mengikut arahan. Tiba-tiba kunci di tangan Edry terlepas dan terus terbang ke tangan Ail.
"Fuyoo!" Adli excited sampai berdiri.
"Amacam, macam Magneto tak?" tanya Ail.
"Power gila sial!" Adli begitu kagum sampai meloncat-loncat macam beruk jumpa Legoland.
"OK, sekarang off balik kat peha kanan tu. Bagi balik kunci tu," kata Edry.
Ail memberi kunci itu kembali pada Edry.
"Sekarang, instead pusing kiri penuh, kali ni pusing kiri tapi separuh je," kata Edry.
"OK," Ail jelas.
Edry membaling kunci dan Ail pusing di peha kiri separuh. Kunci itu terapung-apung macam peluru The Matrix bila Ail tahan dengan tangannya.
"Gila babi siaaaaalll!" Adli terkejut kunci itu terapung melawan graviti.
"Sekarang, putar ke kanan!"
Ail putar ke kanan dan kunci itu melantun terus kembali ke Edry.
"Gila babi. Arwah ayah akak memang genius la kak. Memang respek saspek mespek kespek!" Adli punyalah excited sampai melutut-lutut.
"Itulah, tapi sayang masa tu ada petir pulak."
"Abang Ail kena hati-hati, terutamanya bila lalu kat kawasan pencawang elektrik. Kalau ada voltan tinggi dan armor ni tak mampu nak tanggung, abang Ail mati kena renjatan elektrik macam arwah ayah Kak Merlina. Off bila lalu kawasan yang ada arus elektrik, faham?"
"Contoh?"
"Kabel bervoltan tinggi lah. Kalau setakat lampu ke kipas tu, takde apa sangatlah. Tambah power ada lah," kata Edry.
"OK, faham."
Adli terus jalan ke arah Edry.
"Edry, buatkan untuk aku satu?"
"Gila ke abang Adli ni. Kos ayah Kak Merlina nak buat baju ni pun cecah RM200,000 tau. Itu tahun 2000 tu."
"Cis, aku kena kaya macam Tony Stark la, baru boleh buat ni?" Adli menggaru-garu kepala.
"Yang Tony Stark tu ratus juta-juta kot sebab boleh terbang sampai atmosfera, boleh launch missile tu semua. Ni magnet je."
Ail datang menuju ke arah Adli.
"Mulai hari ni, panggil aku, Magnetman!"
"Senang gila kalau aku nak Margerakan kau kalau gini," Adli gelak. Tapi cemburu.
Kereta sewa Proton warna biru tiba depan rumah. Eleena keluar dari kereta.
"Maaf semua ya, bateri telefon saya ni dah habis. Tak sempat nak charge. Eh, Ail, pakai sut besi arwah pakcik Hashim?" Eleena tersenyum.
"Magnetman," Ail buat gaya superhero.
"Eleh. Eh, Kam mana?"
"Kam kat bilik. Dia tengah panik takde awak tu," kata Adli.
"Sebentar ya?"
Eleena terus masuk ke rumah dan terus ke bilik. Dia lihat Kamelia sedang tertidur sambil pegang phone.
"Ish, Kam ni. Tak elok lah tidur sebelah handphone. Gelombang magnetik ni merosakkan otak dan sel badan. Kam, bangun."
Kamelia bangun.
"Eleena! Syukurlah awak selamat. Saya banyak kali cuba telefon awak," kata Kamelia, menggosok mata.
"Bateri telefon saya dah mati. Ni baru nak charge balik. Hmm, kalau arwah Pakcik Hashim ada lagi ni, dah lama dia cipta telefon yang tak payah ada charger, charge pakai solar atau tenaga kinetik manusia je," kata Eleena pada Kamelia.
Kamelia buka phonenya. Ada mesej Whatsapp dari Nizam.
"Eleena!"
"Ya?"
Kamelia menunjukkan mesej Nizam pada Eleena. Eleena tergamam, kemudian terduduk. Terus menangis.
"Shit," Kamelia terus panggil Adli dari tingkap.
"Ada apa, setan?" tanya Adli.
"The Jackalls. Kita ada misi. Check your phone!"
Adli tengok mesej Whatsapp group #TeamKombi.
"Pantek la, kita kena selamatkan Nizam lagi."
"ISIS serang hospital Nizam? Dia nak peta tu?" Edry terpinga-pinga.
Kak Merlina barulah faham bahawa yang mengejar mereka tadi adalah ISIS yang mahukan peta ini untuk mendapatkan harta karun van der Wijck itu.
"Setengah juta ringgit, sial! Weh, dapat harta karun ni kan Edry, buatkan baju Magnetman saiz aku pulak, amacam?" kata Adli.
"Kecoh la, aku ada, kau pun nak jugak," Ail gelak-gelak.
"Takyah berlagak la, dapat je harta karun ni, aku pun ada la!"
"Guys! Nyawa kawan you guys dalam bahaya lah! Apa you guys mengarut ni!" Kak Merlina tinggikan suara.
Mereka naik ke atas dan lihat Eleena dah terbarai menangis teresak-esak.
"Saya tak nak Nizam kena pancung dengan ISIS lepas tu viral kat Internet!"
Kamelia dah mundar-mandir, sambil di jarinya bermain-main fidget spinner. Rasa macam best pulak main spinner ni.
"Kita takde Ziel-O dengan Alim masalahnya," kata Kamelia.
"Magnetman ada?" kata Adli.
"Apa benda pulak kau merapu ni?" Kamelia blur.
"Kau tunggu Ail naik."
Ail naik dengan sut besi.
"Ni dah kenapa kau nak jadi Ironman pulak ni, Ail?" Kamelia dah geleng-geleng kepala.
"Adli, demo sikit," kata Ail. Ail keluarkan pisau lipat dari poket. Ail terus capai pisau lipat Adli dengan kuasa magnetnya.
"Wow. That's cool."
"Sekarang, Edry, jaga kakak kat rumah ni. I'm go to the cops, and calling my bosses. This news is going to be damn big. Adli, Kam, Ail..."
"Magnetman..." Ail menyampuk.
"...hmm, I wish you guys good luck!" kata Kak Merlina memberi kata-kata semangat.
"Eleena, kami akan selamatkan Nizam, macam sebelum ni ya?" Kamelia peluk Eleena yang sedang lemah dalam terkejut dengan berita terbaru ini.
--
Nizam merangkak perlahan-lahan keluar dari tong sampah tadi. Dia perhatikan di lobi hospital, para jururawat, doktor, pelawat, pekerja am semuanya dijadikan tawanan oleh pemimpin ISIS cawangan Malaysia, Sulaiman Mustakim. Yang Eleena pernah terserempak dulu. Dan Nizam tahu tingkat mana bom dipasang. Di toilet sebaris dengan biliknya.
Perlahan-lahan dia menyusup ke bilik salah seorang pesakit.
"Shh! Ada terrorist kat luar sana," kata Nizam, berbisik.
"Tau," pesakit tu pun berbisik.
"Kat tingkat dua dia pasang bom," Nizam beritahu pesakit tu.
"Ye ke?"
"Haah, tingkat saya. Ni yang saya lari ni. Dorang cari saya ni."
"Pasal apa?"
"Adalah. Adik rilek je, okay. Jangan beritahu sesiapa abang masuk bilik ni ya?" kata Nizam.
"Okay!" pesakit yang berusia 9 tahun tu mengangguk setuju.
Nizam panjat ke arah siling, dan terus masuk ke arah siling.
Gerombolan pengganas lakukan spotcheck dari bilik ke bilik. Dan terus menembak pesakit tanpa rasa belas kasihan.
Nizam nampak adik tu ketakutan sebelum ditembak mati oleh pengganas tadi.
"Ya Allah, takde hati perut punya bangsat!" bisik hati Nizam melihat budak itu terkulai layu selepas ditembak.
Nizam terus menyorok atas siling bila dia dengar satu demi satu bilik diselongkar untuk mencarinya.
"Dorang dah makin bertindak ganas ni, apa aku boleh buat ni, sial?" Nizam mula rasa cemas.
"Main senapang ni yang aku lemah ni. At least dulu boleh la main lari-lari. Ni aku nak lari mende kalau dia tembak. Macam la aku boleh lari lebih laju dari peluru. Adoi, janganlah mati. Kesian la Eleena menjanda. Dah la satu daerah lelaki nak aim dia. Sampai Nami Cob Nobbler pun sibuk je datang-datang rumah, nak beli butterscotch cookies konon, padahal nak usha awek aku."
*Kimak punya Nizam, macam tu kau fikir pulak* - Nami Cob Nobbler
Nizam off handphone untuk keselamatan. Buat sementara waktu ni, dia tak mampu lakukan apa-apa selain menyorok di atas siling.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top