24 - Nizam, Run Again!
Dalam wad hospital, Nizam sedang relax-relax dengar album Butter Worth Pushful sambil bergendang-gendang dan menyanyi-nyanyi atas katil. Tanpa disedari, ada dua orang nurse sedang gelak-gelak dan pandang-pandang Nizam. Mengendap dari tepi pintu. Nizam kalau dah dengar muzik, dia mana ingat dunia lagi dah.
Sampai Eleena nak modify bilik stor kat rumah dia tu jadi studio jamming untuk si Nizam tu jamming seorang diri. Ye lah, walaupun jamming kat studio Wak Ramlan, tapi nak juga praktis sorang-sorang. Dalam bab lain, Nizam ni mat blur, mat suka buat kerja main-main, tapi kalau muzik, dia garang dan berdisiplin gila.
What would you say to me
If I sold my soul to the devil
If I ask you why confuse myself in corruption
I tried so too hard to try
Hardly try
What in the world what it's like to be stolen?
I was left in the dark feeling sorry and angry
What in the world what it's like to be stolen?
What in the world did you do?
"WHHHYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!!!!!!" Nizam menjerit atas katil macam kena rasuk setan.
Tiba-tiba katil Nizam kena ketul dengan seorang nurse tua.
"Dik, ooo, dik! Ini bukan konsert ke disko nak menari-nari jerit macam ni, ni hospital!"
Terus Nizam terdiam. Malu juga kena tegur dengan nurse kat hospital. Tapi nak buat macam mana, dalam darah dia memang mengalir muzik alternatif.
Dua orang nurse muda tu terus gelak-gelak terkekek-kekek usha Nizam. Dah dua minit menahan malu tu barulah dia perasan dua awek nurse tu gelak-gelak kat dia. Mau malu dia dibuatnya. Dah la sorang tu muka dia macam Mira Filzah. Siap lambai-lambai la pulak.
Tapi kamon lah, mana boleh lawan dengan awek dia. Sikit pun dia tak tergugat dengan nurse tu.
Nizam terus berselubung sambil dengar lagu. Dia dengar lagi perbualan dua nurse tu.
"Saya rasa dia tak minat la kat awak. Lagipun, saya rasa awek dia yang lawa masa datang hari tu."
"Ala, mesti awek dia ni artis, tak pun anak orang berada. Lawa semacam je."
"Ala, patient lain kan ada."
"Tak nak lah, semua orang tua."
Nizam malas nak layan. Dia terus menyambung pendengaran muzik.
Tengah sedap-sedap dengar lagu Butterfingers, tiba-tiba rasa macam nak terkencing.
"Fuck aa..."
Nizam keluar dari selubungan selimut.
Nurse dua orang tu masih mengushanya lagi. Nizam kalau boleh nak mengelak. Tapi dia dah tak tahan nak kencing. Dia terus bangun dari katil.
"Kak, boleh tanya? Toilet kat mana?"
Muka nurse tu berubah bila Nizam panggil dia 'kak'.
"Jalan straight, belok kanan," kata nurse yang macam muka Mira Filzah dengan muka masam. Ada ke patut panggil dia kak.
Nizam terus berjalan menuju ke toilet. Betul apa, Nizam ni baru lepas SPM. Kenalah panggil dia kakak. Kakak nurse tu nak tacing, apahal?
"Haha, padan muka kau! Kena kakakzone!"
"Diamlah!" kata nurse tu dalam nada malu dan marah.
Nizam tenang terus berjalan dan masuk ke toilet. Kemudian terus melepaskan beban di pundi kencing.
"Aaaaaa....."
Tiba-tiba dia terdengar perbualan orang dalam jamban bercakap dengan telefon.
"Apa, kau tak dapat jumpa budak-budak yang ada peta tu? Apa aku nak jawab dengan orang-orang kita kat Mindanao tu? ISIS Asia Tenggara perlukan peta tu untuk duit, kau faham tak? Setengah juta ringgit, setengah juta ringgit nilai harta karun tu, kau faham tak? Setengah juta ringgit tu lah nak bayar gaji kau, nak beli senapang, nak beli bom, nak beli baju kau! Aku tak peduli, kalau kau kena cari dorang satu Melaka, kau cari dorang satu Melaka! Kau faham tak! Aku tengah nak pasang bom dalam jamban ni, jangan kacau aku lagi!"
Nizam perlahan-lahan keluar dari toilet, dan mula melilau mencari jalan keluar dari hospital.
"Kimak ah, apa aku kena buat ni? Babi la Nami Cob Nobbler, balik-balik aku je kena menyelinap lari ni," bisik hati Nizam. Dah la buku Rumah No.6 dulu dia pun macam tu.
*sebab kau King of Menyelinap lah, Nizam!"* - Nami Cob Nobbler
"Oh ye ke? Power gak King of Menyelinap. Ish, tak sedap lah. Jap, jap, apa Yoo Jae-suk akan lakukan kalau dia dalam hospital? Think, Nizam."
Dia nampak dua orang lelaki sedang stendbai depan lobi, dan dia ternampak Nizam. Dia terus kejar Nizam.
"And...here...we...gooooo!" Nizam terus berlari dan mengelak-elak nurse dan doktor di koridor.
"You want some fun, you will get fun!"
Nizam terus masuk ke dalam bilik stor, dan panjat masuk dalam siling hospital.
"Hari tu aku kena pakai kot makmal, ni baju hospital pulak. Pantek la, kenapa aku harus lalui ni semua?" Nizam menyumpah-nyumpah sambil menyorok dalam saluran udara.
"Mana budak tu, mana?"
"Celakak, budak ni laju macam lipas!"
"Lepas ni memang aku pijak dia macam lipas!"
Dari saluran udara Nizam terus merangkak ke sebuah lagi bilik, dan Nizam terus turun melalui lubang saluran udara yang dibukanya.
"Pantat la, bilik mayat la pulak! Kenapa aku selalu kena berurusan dengan berlari-lari dengan termasuk dalam bilik mayat?" Nizam tepuk dahi mengenangkan nasibnya.
Dia nampak dua orang lelaki itu menuju ke bilik mayat.
"Fuck!"
Dia terus baring di atas troli dan menyelubungkan diri, menyamar jadi mayat.
"Aku cari depan, kau cari kat bilik mayat ni!"
"Ah, tak nak la aku masuk bilik mayat."
"Kenapa kau ingkar arahan aku? Aku supervisor kau!"
Dalam hati Nizam, tension je dengar dua ekor ni bertekak.
"Asyik aku je kena part susah-susah. Ada ke aku kena cari budak tu dalam bilik mayat?"
"Mana tau dia sorok situ ke?"
"Kau la cari!"
"Kau la!"
"Apasal, kau takut mayat? Kata nak jadi ISIS, pejuang khalifah! Mayat pun takut!"
"Kalau kau berani, kau cari lah!"
"Eh, aku suruh kau cari dia, kau cari lah!"
Tiba-tiba Nizam bangun dengan berselubung.
"Maaaaaakk mayat tu bangun!" mencicit dua ekor tu berlari.
Nizam terus panjat balik ke atas, dan mencari jalan untuk keluar. Dia terdengar bunyi tembakan.
"Sila beri kerjasama! Sila beri kerjasama!"
Suara nurse-nurse, para doktor dan pesakit serta pelawat menjerit ketakutan.
"Kimak la, hari tu aku hampir-hampir jadi krim ubat jerawat, ni aku kena jadi tawanan ISIS ke apa pulak ni?" Nizam terus merangkak dalam saluran udara. Dia turun ke lubang yang lagi satu.
"Ni mana pulak ni? Bilik ubat ke? Ubat batuk ada? Ni kalau aku rembat pastu tolak kat Dam Ganjaran ni, masyuk aku. Dia dah la kaki layan ketum cokoroi campur ubat batuk," kata Nizam sambil tercari-cari jalan keluar.
Dia terus cari tempat menyorok. Dia terus text Eleena.
Nizam: cinta, ada terrorist dalam bangunan hospital ni.
Satu tick.
"Tidur ke apa awek aku ni? Ish, mesej siapa pulak ni? Ah, mesej Adli pulak."
Baru je dia nak teks, tiba-tiba terdengar suara orang.
"Tu dia!"
"Fuck la!"
Nizam terus berlari dan terus capai mop dan baling ke arah muka orang yang mengejarnya. Dengan kepantasan lariannya bak Watson Nyambek, dia menyelinap masuk ke dalam kafetaria.
"Alamatnya aku kena masuk lagi dalam peti ais lagi la ni, ah ada almari dapur!"
Dia terus masuk dalam almari dapur.
"Cibai lah, penat lah bodoh. Aku baru baik sakit kot. Kasi la aku chance untuk sihat, eh, apa ni, kuih seri muka jagung! Sedap gak ni," Nizam rilek mengunyah kuih seri muka sambil memerhatikan kalau-kalau terrorist tu terus mengejar lagi.
Dia teks group #TeamKombi.
Nizam: woi, ada terrorist cari peta tu. dia kata harta karun tu nilai dia setengah juta. dia nak bawak harta karun tu pergi isis.
Takde orang respon.
"Pantek la, mana pergi semua orang ni? Awek aku satu tick la pulak!"
Perlahan-lahan dia keluar dari kafetaria, dan terus berlari, dan turun ke tingkat bawah, dan dia terus mencari jalan keluar.
"Woi, budak! Jangan lari!"
"Pantat la, berapa ramai orang dia ni? Lupa, ISIS. Lariiiii...."
Nizam terus masuk ke stor.
"Aku terpaksalah kena belajar sikit-sikit skil Margera kalau macam ni. Kalau dah si Nami asyik letak aku watak kena kejar je, kenalah aku tau skil dajal orang sikit," dia terus keluarkan beberapa botol pencuci lantai hospital dan simbah ke koridor.
"Kasi licin ini lantai, kasi licin!"
"Kalau kau tak nak mati, baik kau jangan lari!" kata seorang yang mengejar Nizam.
"WASSAAAAAAPPP!" Nizam jelir lidah sambil menganjing gaya D-Von Dudley. Kalau kau tak pernah tengok wrestling, kau bukak la Youtube macam mana gayanya.
Nizam terus berlari. Yang mengejar Nizam tu tergelincir macam mamat yang dalam cerita Home Alone tu, dan koneknya terlanggar tiang saluran paip gas.
"AAAARRRGGGHHHH!"
Nizam terus berjalan ke arah lelaki tadi.
"Sedap bang?" Nizam menganjing lelaki tadi. Kemudian, mencari jalan keluar dari bangunan.
"Tak patut Adli jadi leader The Jackalls, patutnya aku. Geram aku dengan peminat-peminat #TeamAdli ni. Walhal aku je banyak aksi. Paling-paling Matt Damon ni kalau nak melakonkan watak aku ni. Tak pun, Jason Statham. Baru macam Transporter sikit."
*Aku pun tak faham dengan Nizam ni. Dalam berlari macam ni pun dia boleh berangan macam ni.* - Nami Cob Nobbler
"Pantat, dia bawak AK-47 la pulak. Macam mana aku nak lawan kalau gini, ah sialan!" Nizam patah balik ke jalan tadi. Sedang dia berlari-lari, mamat yang senak konek tadi sedang berjalan terencot-encot menahan sakit koneknya yang senak tadi. Dia cuba menghalang Nizam, tapi Nizam terus terajang konek lelaki tadi.
"GOAAAAALLLL!" Nizam menjerit sambil berlari.
Nizam terus masuk ke dalam bilik pembedahan. Dia cuba cari pisau atau apa-apa sahaja yang boleh dijadikan senjata.
"OK, cun!"
Matanya melilau mencari jalan keluar. Last-last dia nampak tong sampah besar, dan menyorok di dalamnya.
"Cibai, cepatlah reply korang ni, main game ke apa kat rumah tu!" ngomel Nizam dalam tong sampah seorang diri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top