20 - Berbicara Dengan Hang Tuah
"Amende ni weh?" Adli dah terduduk pening bila dia dah dengar macam-macam bunyi dan nampak warna-warna pelangi di matanya.
Eleena, Kamelia dan Nizam pandang Adli yang mulai berada di alam sendiri.
"Sebentar lagi, awak akan berada di suatu alam separa mimpi, separa realiti," suara Eleena yang tenggelam timbul ketika Adli mula melayari alam psikedelik.
Dalam masa 20 minit, Adli tidak dapat merasa sense of reality. Dia berada di awang-awangan.
Kemudian dia terbaring. Dia terdengar bunyi ombak pantai. Dia dengar bunyi-bunyi gendang rebana serta serunai dan nafiri berbunyi.
"Aku kat mana ni, weh?"
"Tuan hamba sedang berada di tepi pantai, hamba yang selamatkan," kata lelaki yang berjambang dan memakai tanjak itu.
"Siapa kau?" Adli terkejut.
"Hamba Tuah, Laksamana Melaka."
"Fucking hell. Apahal kau ikut aku?" Adli ketakutan.
Hang Tuah rileks balut daun.
"Apa ni? Boleh pergi jauh tak?" tanya Adli.
"Ini herba dari Acheh, untuk menenangkan fikiran," kata Hang Tuah menghulurkan joint purba pada Adli.
Adli masih tergamam. Dia tak sangka dia bertemu dengan Hang Tuah. Dah la masa pergi kubur dia hari tu, dia langsung tak nak respek.
"Hamba ingatkan kamu dari Bharat tadi, rupanya, ah, orang Melayu rupanya. Ada darah dari sebelah sana?" tanya Hang Tuah.
"Bharat? Aku orang KL lah. Orang Cheras."
"Oh, ada kerajaan Hindu di Kerala bernama Cheras," kata Hang Tuah.
"Aku bukan Hindu la. Kulit aku je gelap. Kau ni pun, janganlah racist," kata Adli sambil hisap joint purba Hang Tuah.
"Hamba fikir, kamu dibunuh orang-orang Pringgi tadi," Hang Tuah menyambut joint purba dari tangan Adli.
"Orang Pringgi tu apa?"
"Penjajah. Kulit putih, tinggi macam Benggali, dengan bahasa dan pakaiannya yang sangat asing."
"Oh, Portugis. Eh, nak tanya, kenapa muka kau tak macam M. Nasir macam aku selalu bayangkan tu? Kau takdelah hensem mana pun," kata Adli.
"Siapa M. Nasir?"
"Ala, yang nyanyi lagu Mentera Semerah Padi tu. Dia berlakon jadi kau dalam cerita Puteri Gunung Ledang."
"Puteri Gunung Ledang tu sebenarnya memang tak ingin pada Sultan, tapi apakan daya, kehendak sultan mesti dipatuh," Hang Tuah buang puntung dalam api.
"Ha!" Adli tepuk pasir. "Ini yang aku tak suka pasal kau ni, Tuah. Aku tak puas hati dengan kau pasal ni lah, kenapa kau bunuh member kau sendiri, Hang Jebat? Member tu, makan sedulang minum secawan, stoned sama-sama. Mende la kau."
"Hamba kurang jelas, member tu bahasa apa?"
"Payah betul la jurang zaman ni. Kawan, sahabat, teman," Adli cungkil pasir dengan kayu.
"Berat hati hamba sebenarnya. Hamba dan Jebat teman sepermainan, tetapi, titah Sultan harus hamba pikul," kata Hang Tuah sambil balut joint baru.
"Ni la masalah kau. Sekarang ni, Sultan suruh bunuh kau, lepas tu Tun Perak sorokkan kau. Hang Jebat dapat tau kau kena bunuh, lepas tu mengamuk satu Melaka. Dah mengamuk tu satu hal, bakar lagi rumah orang. Kongkek gundik raja. Tapi aku rasa masa tu kan, Jebat cool gila doh."
"Jadi tuan hamba lebih rela negeri huru-hara demi seorang teman seperjuangan?" tanya Hang Tuah.
"Mestilah! Kalau aku jadi kau, aku join sekali bakar kampung. Bakar istana, baru revolusi! Anarchy in the Melaka! Long live Jebat Margera!"
"Kepala hotak tuan hamba! Hamba kena fikir keselamatan rakyat jelata melebihi perasaan seorang teman. Hamba tak boleh pentingkan diri sendiri. Lepas hamba bunuh Hang Jebat, hamba letak jawatan sebagai Laksamana, dan hilangkan diri. Sebab hamba terpaksa," kata Hang Tuah yang dihimpit seribu penyesalan. Nampak dia sedikit emo di situ.
"Tapi kau fikir la, member kau kot. Member kau mengamuk pun sebab nak tuntut bela kematian kau."
"Hamba mahu Melaka lemah tanpa sultan?" tanya Hang Tuah.
"Apa pulak. Sekarang rilek je takde raja. Yang diPertua Negeri. Gabenor. Siap ada Mahkota Parade lagi. Orang datang Melaka minum coconut shake, beli kuih keria. Zaman sekarang ni, siapa mengaku dia Sultan Melaka, sama ada orang cop dia gila, atau polis tangkap dia. Ala, macam Raja Noorjan Shah tu. Mengaku diri Sultan Melaka," kata Adli.
"Apakah benar tuan hamba, Melaka tiada lagi Sultan di masa depan?" terkejut Hang Tuah mendengar kenyataan Adli.
"Negeri lain ada lah. Pahang, Terengganu, Johor, Perak, Kedah. Yang takde, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan," kata Adli.
"Apa itu, Wilayah Persekutuan?"
"Ibu negara la. KL. Putrajaya. Lagi satu tu aku tak tau la kenapa Mahathir pergi buat Labuan tu jadi Wilayah Persekutuan," kata Adli.
Hang Tuah terpinga-pinga. Tak faham apa yang diperkatakan Adli.
"OK, zaman kau mati, Melaka dijajah Portugis..."
"Pringgi..."
"Kitorang panggil Portugis. Rupa dorang macam ni, kan?" Adli tunjuk handphonenya. Dia google gambar Cristiano Ronaldo.
"Apakah alat ini, tuan hamba! Mengapa lelaki ini dikurung dalam alat ini?" terkejut Hang Tuah bila nampak gambar Cristiano Ronaldo tersenyum sambil julang piala Champions League.
"Ni handphone, nak call orang. Cakap dengan orang, lepas tu boleh pakai internet."
"Boleh bercakap?" Hang Tuah terkejut.
Adli buka Youtube dan buka temuramah Cristiano Ronaldo. Terkejut beruk Hang Tuah bila tengok benda petak macam ni boleh bercakap.
"Keluarkan lelaki ini dari kurungan itu!"
"Ni video la, kau rilek la, ngok! Okay, lepas Portugis, Belanda pulak, orang Belanda muka dia macam ni," Adli google gambar Dirk Kuyt.
"Lepas Belanda, Inggeris."
Adli tunjuk gambar Alex Turner.
"Lepas Inggeris, Jepun jap."
Adli google gambar Naruto.
"Kenapa dia ada misai kucing?"
"Sebab dia Naruto, gila! Lepas tu, Inggeris balik. Lepas tu baru merdeka. Ni Perdana Menteri Malaysia yang pertama," Adli tunjuk gambar Tunku Abdul Rahman.
"Apa jadi pada negeri Melaka?"
"Jadi negeri la. Bergabung jadi Malaysia."
"Malaysia itu apa?" Hang Tuah masih tak faham.
"Senang cerita, macam-macam berlaku 500 tahun lepas. Lagipun, satu kerja pulak aku kena hafal nama korang semata-mata nak jawab SPM."
Hang Tuah cuba nak memahami betapa jauhnya mentalitinya dan Adli.
"Apa nama sahabat tuan hamba?" tanya Hang Tuah pada Adli.
"Member paling rapat, Nizam, Kam, Alim Kasut, Eleena, Ziel-O, Alif Zakwan. Kenapa?"
"Sanggupkah tuan hamba membunuh teman sendiri demi negara?" tanya Hang Tuah.
"Buat apa? Member paling penting dari segalanya. Negara ni dah la kena bayar GST, lepas tu memanjang je gaduh politik. Bosan. Baik lepak dengan member," Adli hisap joint yang ketiga.
Hang Tuah diam.
"Maafkan hamba, Jebat."
"Lek la, janganlah emo. Weh, yang kau culik Tun Teja tu, apa cerita? Kau dah adjust baik, ayat manis, bagi pikapline power, pastu kau bagi Sultan. Mende la kau. Kalau aku jadi kau, aku blah je dengan Tun Teja pastu berlayar sampai Korea. Mesti Tun Teja akan sayang aku sebab dia hari-hari boleh layan drama Korea," kata Adli.
"Semua ini demi Tuanku Sultan."
"Tengok, last-last kena jajah juga dengan nenek moyang Cristiano Ronaldo. Sultan kau, lari. Lain kali ajar la rakyat lawan balik kalau raja tak betul. Kau pun pernah dengar, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah?" kata Adli yang nak sekolahkan balik Hang Tuah.
"Tuan hamba tak hidup zaman itu. Zaman hamba bukan ada kotak yang boleh simpan orang macam di tangan kamu tu."
"Takpelah, nak buat macam mana, kan? Benda dah berlaku. Aku harap kau insaf la, kau bunuh member pun, kau tak dapat apa. Tapi ada la orang letak nama kau kat jalan KL tu. Stesen LRT pun ada," Adli bangun dari atas pasir pantai.
"Sorry la, kau muncul balik depan aku ni pun, aku still tak respek kau la. Sebenarnya aku harap aku jumpa Jebat, sebab Jebat tu macam aku, rebel. Aku tak suka mat-mat turut perintah ni. Skema, kau tau tak?" Adli menegaskan pendiriannya pada Hang Tuah.
"Kalaupun tuan hamba tak suka hamba, hamba relakan. Tapi janganlah tuan hamba tak suka pada negara, agama dan bangsa. Kelak, hamba akan hilang jati diri," Hang Tuah bangun, dan memasukkan kerisnya di celah sampin.
"Hamba pulang dulu, selamat jalan, sahabat hamba dari masa depan."
"Sahabat, sahabat. Kau jangan bunuh aku pulak. Serius aku Margera kubur kau nanti," Adli menghulurkan salam.
--
Eleena, Kamelia dan Nizam terkekek-kekek gelak melihat Adli yang tripping jumpa Hang Tuah. Sampai Ail, Edry dan Kak Merlina tak boleh tahan dah nak ketawa. Siap rekod kat video lagi.
Adli sedar-sedar je dah azan subuh.
Dia nampak semua dah tidur. Eleena dah berpeluk dengan Nizam, Kamelia tidur sebelah Kak Merlina, Edry try peluk Ail tapi kaki Ail di dagu Edry.
Adli duduk di tangga dapur, termenung.
"Apahal doh aku jumpa Hang Tuah? Damn, apa benda ni sial?" Adli terpinga-pinga.
Beberapa saat kemudian, dia pandang Eleena yang sedang peluk Nizam.
"Kau margerakan aku ya, Eleena? Takpe, kau tunggu. Ada chance aku balas balik," Adli mula menyedari bahawa dia sebenarnya tripping cendawan ajaib.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top