14 - Highway
"Fuh, segar betul badan ni, rasa macam guna badan baru!" kata Adli sambil mengangkat begnya untuk masuk ke dalam Kombi.
Eleena dan Nizam mesra semacam. Baru macam lepas balik honeymoon. Semalam Nizam yang 'bad feeling' la, apa la, ni dia pulak excited lebih.
"Semalam bergaduh, hari ni dah macam baru kahwin la pulak. Sesuatu tahap epik ni," kata Adli sambil pakai tali pinggang keledar.
"Sedap?" Edry tanya Eleena dan Nizam, macam ada double meaning.
"Diamlah, dari awak tu, frust menonggeng je," Eleena deflect balik Edry, sambil menjeling ke arah Ail.
Ail tak faham cerita hujung pangkal.
Kamelia sedang mencari sesuatu dalam bakul raga kaset bundle Adli.
"Kau cari apa?" tanya Adli.
"Kertas OCB aku, aku ada letak sini masa hari tu," kata Kamelia.
"Pakai la Mascotte aku," Adli hulur kertas gulung rokok.
"Cinta, hari ni nak try lagi?" tanya Eleena.
"Ish, tak takut ke? Kan benda tu terlarang," Nizam senyum-senyum.
"Apa lagi perkara yang paling seronok, selain lakukan benda yang terlarang?" Eleena naik kening, dan senyum memperlihatkan lekuk lesung pipitnya dan gigi taringnya.
Kamelia jumpa satu kaset kosong.
"Kaset apa ni?"
Adli tiba-tiba menggelabah.
"Woi, janganlah kaset tu!"
Adli terus rampas dari tangan Kamelia. Apa yang rahsia sangat entah kaset tu sampai Adli macam kena sawan.
Kak Merlina baru settle punggah semua begnya. Ada tiga beg.
"Kak, kita nak roadtrip. Bukan nak pergi modelling," Edry tengok barang Kak Merlina punyalah banyak. Kak Merlina jeling tajam.
"You takde 30k followers, Edry. You tak tahu apa pressure bila ada followers seramai tu," kata Kak Merlina.
"Adli ada 15k followers sekarang. Rilek je dia pakai singlet bundle lima ringgit tu," kata Edry.
"Tunggulah bila dia dating Izara Aisyah," Kak Merlina jeling Adli.
"Tak, kak. Atikah Shuhaime," kata Adli sambil light rokok. Kamelia menjeling.
"Kam, kenapa you pandang Adli macam 'stay-away-from-my-boy' punya pandangan bila Adli sebut Atikah Shuhaime?" kata Kak Merlina.
"Sesuatuuuuu...." satu Kombi menyahut.
Lagu Weed dari kumpulan 1990s berkumandang dalam Spotify Kamelia. Edry menghadap phone. Kak Merlina update Insta stories, Ail sedang main fidget spinner sambil cuba memahami apa yang seronoknya main menatang ni, Nizam dan Eleena tidur.
Penat sangat agaknya buat benda terlarang.
"Kam, SmartTag?" kata Adli.
"Jap, jap. Mana aku letak ek?"
"Weh, kita nak masuk tol ni."
"Bayar pakai duit je lah?" tanya Kamelia.
"Mana kau letak SmartTag tu?" suara Adli semakin keras.
"Aku ingat aku letak dalam beg ni."
"Ingat, ingat. Kau ni kuat berangan la, Kam. Benda simple macam ni pun kau tak boleh nak handle ke!" Adli mula menjerit.
"Aku sorry lah! Aku misplace!" Kamelia menjerit balik.
Nizam dan Eleena yang tertidur, terus terbangun.
"Kau tak boleh macam ni, Kam. Kau kena fokus. Aku tahu kau ada ADHD, PTSD apa lancau tu semua, tapi dunia ni tak ada bulletproof untuk orang-orang macam kau. Kau kena terima hakikat, nak tak nak, kau kena hadap dunia sebenar. Bukan dunia fantasi arnab kau!" Adli menjerit depan muka Kamelia.
"Jadi kau salahkan mental illness aku sekarang ni?" Kamelia cuba mengawal marahnya. Di dadanya rasa macam nak meletup-letup.
"Habis tu nak salahkan siapa? Arnab kau?"
Semua dalam Kombi terkebil-kebil. Drama apa pulak ni?
"Kau berhenti kereta ni kejap, sebelum aku tumbuk kau dan semua akan terbabas," Kamelia mula mengugut menggunakan keganasan.
Adli parking tepi jalan. Hempas pintu.
Mereka berdua bertekak tepi jalan.
Lima penumpang dalam Kombi hanya memandang saja. Eleena tahan mengantuk. Nizam tongkat dagu.
Dekat 5 minit juga mereka bertekak.
"Cinta, lalu tepi kejap, nak keluar," kata Eleena. Nizam alih kaki. Eleena buka pintu Kombi dan keluar.
Eleena berjalan menuju ke Kamelia dan Adli.
"Kau ingat benda ni tak serius? Kau hina aku, Adli. Kau hina aku," Kamelia tunding jari.
"Aku tak hina kau, Kam. Aku cuma nak kau aware dengan sekeliling kau. Sekarang ni kita dah tersangkut kat sini dan nak patah balik untuk ambik SmartTag, buang masa, kau tau tak," kata Adli.
"Apa susah, patah je la balik?"
"Kau tak rasa aku bawak kereta, mata aku memerhati jalan, ni semua tak guna tenaga. Sebab kau nak hidup dalam alam khayalan kau, kau menyusahkan orang yang nak fokus dengan realiti. Kau tau kan, dah takde plaza tol terima cash sejak dua bulan lepas. Dah tu, kau nak buat apa, patah balik? Duit minyak siapa nak tanggung? Kau?" Adli cekak pinggang.
"Kalau kau rasa susah sangat, biar aku drive lah! Bak kunci," Kamelia gerakkan empat jarinya, meminta kunci kereta.
"Aku tau niat kau, nak guna jalan lama! Kau tau tak, orang macam kau ni suka buang masa. Woi, kalau kita dalam The Jackalls, nak dajal orang, orang macam kau lah yang bikin rosak operasi!"
"Woi, pergi mampos lah dengan Jackalls kau, pergi mampos dengan Margera kau, pergi mampos dengan punk kau. Punk is dead!" jerit Kamelia, lawan angin.
Eleena hanya memeluk tubuh memerhatikan mereka berdua.
"Kam, saya faham awak terguris apa yang Adli katakan tadi, tapi cuba awak ambil pandangan dia dari sudut positif?" Eleena mula bersuara.
"Dia hina saya mental," kata Kamelia.
"Dia cuma nak awak fokus. Sekarang, SmartTag Adli tertinggal. Plaza tol dah takde terima tunai sejak bulan lepas. Kalau nak patah balik, buang masa. Kalau nak ikut jalan lama, ini bukan novel Rokok Nan Sebatang. Saya tak rasa semua orang dalam kereta ni nak jadi macam Wan, Romi atau Bunga Ramona," Eleena keluarkan sesuatu dari begnya.
"Nah, Adli. SmartTag awak. Saya nampak ia tertinggal atas meja makan tadi, masa Kamelia keluarkan dan tercari-cari mana earphone dia," Eleena hulurkan SmartTag pada Adli.
Malaikat lalu.
"Dan Adli, untuk menjadi seorang rebel, ada kalanya kita perlu be gentle. Kam ada masalah ADHD, dia ada manic depressive disorder, yang awak sendiri tak faham, sebelum awak nak mengkritik. Saya tanya, cuba bayangkan awak seorang yang buta. Dan saya suruh awak cari SmartTag saya, awak akan cakap apa?"
"Saya buta, mana saya nampak."
"Nampak tak, Kamelia ada kelemahan, dia tak boleh ingat semua benda. Kita semua ada kelemahan. Dan kita semua ada kekuatan. Tugas kita sebagai kawan, ialah melengkapi kelemahan kawan kita dengan kekuatan kita, dengan harapan dia melakukan sebaliknya."
"Ada masanya, saya juga marah Nizam, macam semalam. Marah dalam masa 5, 10 minit, maksimum sehari. Tetapi dalam masa sama, saya cuba fikirkan, apa akan jadi kalau saya lukakan hati orang dengan lebih dalam lagi? Saya akan kehilangan seseorang yang mahu melindungi kelemahan saya dengan kekuatannya."
"Dah, dah ada SmartTag, teruskan perjalanan. Tak molek orang lalu lalang tengok korang berdua gaduh. Adli, awak tweetfemes, tak risau ke ada orang dalam kereta rakam video awak bergaduh tepi jalan dengan Kam, dan jadi viral?" Eleena terus patah balik ke arah Kombi.
Kedua-dua mereka kembali masuk ke dalam Kombi.
"You do the right thing, Eleena," kata Kak Merlina yang dari tadi memasang telinga dari tepi tingkap.
"Saya tahu, sebab Kak Ezara yang ajar saya macam tu," kata Eleena.
"Poor soul," Kak Merlina kembali menyandar untuk merehatkan diri.
Enjin Kombi berjalan semula, Adli terus masuk ke jalan raya menuju ke plaza tol.
"Thanks, Eleena," kata Kamelia.
"Sahabat dunia akhirat, Kam."
--
Mereka bertujuh berhenti rehat di R&R Ayer Keroh untuk makan tengah hari. Adli ambil lauk nasi campur.
"Bang, tumpang tanya?" tanya pekerja restoran di R&R itu.
"Ha, apa dia?" tanya Adli.
"Abang ni, Adli Margera kan? Saya minat la abang. Abang dah banyak mempengaruhi saya dan member-member saya dalam bidang pendajalan kereta cikgu. Kawan-kawan saya banyak kena gantung sekolah, kena tukar sekolah, tapi Margera tetap dalam hati. Boleh selfie?" tanya pekerja tadi. Dia keluarkan handphonenya dari kocek apronnya, dan berselfie dengan Adli.
"Nanti saya post kat Insta. By the way, cantik la baju abang yang bergambar dengan Atikah Shuhaime tu," kata pekerja tu lagi.
"Eh, tu bukan artis tu. Tu member. Nama dia Atikah Suhaimi," kata Adli.
"Abang kawan dengan Atikah Shuhaime ke? Cayalah bang, respek la! Tu yang pakai baju Denver The Last Dinosaur tu, Sweet Qismina ke? Yang lagi sorang sebelah dia tu, pembaca berita kan? Wah, abang lepak dengan orang-orang popular! Cayalah bang."
Adli dah tak tau nak cakap apa lagi. Persepsi dia melepak dengan artis popular ditambah dengan Eleena dan Merlina Hashim yang lawa macam selebriti menyukarkan dia untuk dia kata 'aku biasa-biasa je'.
"OK la bang, saya masuk kerja dulu. Balik kerja ni saya nak kecoh kat member-member, hari ni saya jumpa dengan Adli Margera, you ma maaaaannn!" kata pekerja tu sambil fistbump Adli.
"Ma man," Adli menyambut fistbump pekerja R&R tu dengan perasaan keliru.
Ail sedang bercerita dengan Edry tentang dia melawat tapak arkeologi di Lenggong, dan dia melihat gua Perak Man. Nizam dan Eleena masih belum hilang mengantuk dan penat membuat kerja terlarang, sementara Kamelia duduk dengan merapatkan kakinya ke dada, sambil menyiapkan lukisan James Iha.
Kak Merlina pula sedang baca berita tentang Dr Mahathir kata dia akan menjadi calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memerlukan khidmatnya. Sebelum tu baru dia kata anak muda kena ambil alih kerajaan.
"Huh," mengeluh Kak Merlina bila baca berita sejak akhir ini.
"Kenapa kak?" tanya Eleena.
"Dr M. He wants to be PM again," kata Kak Merlina, tutup handphone.
"22 years of legacy will be gone with the wind, just to fulfil ego. Sad!" Eleena mengajuk gaya suara Donald Trump.
"Tak boleh ke dua nama ni, Mahathir dan Anwar, lenyap je dari politik sekarang? People heard this name since 1974. Orang zaman dorang, Ronald Reagan dengan Margaret Thatcher pun dah mati lah," Kak Merlina minum milo ais.
Kamelia dan Adli masih perang dingin. Adli makan, sementara Kamelia terus menyambung melukis. Adli menghulurkan seplastik cempedak goreng.
"Kau ingat, dengan cempedak goreng kau tu, aku boleh lupa apa kau cakap tadi, jangan haraplah," kata Kamelia. Pandang pun tidak.
"Kau nak makan, makan. Tak nak, kau biar je," kata Adli, terus menyambung makan.
Nizam hanya memerhati kedua-dua mereka. Mungkin terlalu mengantuk untuk melayan mereka berdua.
"Apa dia, anda?" tanya Kamelia.
"Lawa, James Iha. Minat gila lagu dia main dalam Cherub Rock," kata Nizam.
"Thanks, anda memang faham saya."
"Li, aku makan lah cempedak tu. Lapar pulak, tapi malas nak makan berat. Nanti sampai Jasin, Eleena nak masak asam pedas ikan sembilang. Sebab tu kitorang tido je dalam kereta. Sebab nanti aku dengan Eleena nak masak untuk korang," kata Nizam.
"Cayalah Nizaleena! You ma man! Weh, Cuba kau tengok cara Edry pandang Ail? Sesuatu sial," kata Adli.
"Aildry?"
"Yeah, Aildry!" kata Adli.
"Ah, kau. Adelia."
"Eii, tolonglah anda. Orang macam ni tak reti nak respek orang, ikut kepala dia je," Kamelia buat muka menyampah.
Adli buat gaya emoji \_(^_^)_/ depan Nizam.
"Korang kena buat kerja terlarang dulu, baru boleh temui kebahagiaan," kata Nizam sambil pandang Eleena. Eleena singgung Nizam dengan siku, kemudian menahan blushing sambil tersenyum sipu.
"Apa benda kerja terlarang tu?" tanya Adli.
"Rahsiewwwww..." Eleena menyampuk, kemudian matanya melirik menggoda pada Nizam, dengan ketepatan laser-guided missile ke arah mata kekasihnya, sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya yang diletakkan matte gloss Velvet Vanity warna Slamberry.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top