11 - Merlina Hashim
Lagu Lifestyles of Rich and Famous dari kumpulan Good Charlotte berkumandang dalam Kombi bila Adli memandu menuju ke location yang diberi Kak Merlina. Nizam dan Eleena sedang makan paddle pop pelangi. Kamelia sedang makan aiskrim limau susu.
"Comot doh kau makan aiskrim," kata Adli, sambil memandu.
"Mana?" Kamelia buat-buat tak tau di mana kesan kecomotannya.
"Tu, tepi kanan bibir kau," kata Adli yang sedang fokus memandu.
"Mana?"
Eleena jeling cermin Kamelia, dia nampak Kamelia sengaja buat-buat tak tahu.
"Issh," Adli ambil tisu dari atas dashboard, dan lap kesan comot di bibir Kamelia.
"Sesuatuuuuuuu...." satu Kombi berbunyi.
"Tu ada cermin, apahal takleh lap sendiri, ngada la kau ni Kam," Adli geleng kepala. Tapi lepas tu dia gelak.
Kamelia pandang cermin dan nampak Eleena senyum.
"Awak, ada kesan comot tak?" Eleena tiba-tiba tanya.
"Hmm, ada. Adli, bak tisu," kata Nizam sambil lap bibir Eleena.
"Awak pun comot, hihi!" Eleena lap pipi Nizam.
"Ada comot tak?" Edry tanya Ail.
"Ada. Adli, bak tisu," kata Ail.
"Ni pahal tiba-tiba semua nak comot ni, sial?" Adli menghulur tisu pada Ail.
"Nah," Ail bagi tisu kat tangan Edry, tanda suruh dia lap sendiri.
"Eleena, call Kak Merlina, cakap kita dah nak sampai," Adli bagi signal nak masuk ke simpang menuju ke Awan Besar.
"Adli, awak masuk ke Jalan Jalil Perkasa 1, sampai awak nampak gereja, masuk highway, lepas tu, awak ambil simpang Jalan Barat..."
"Masuk kiri," Eleena memberi tunjuk arah.
"Cun rumah ni, depan stadium Bukit Jalil," kata Adli sambil bagi IC pada security guard.
Mereka berenam datang, dan masuk ke rumah pembaca berita terkemuka. Kira selebriti lah. Follower Insta pun cecah 30k.
"Masuklah, jangan segan-segan," kata Merlina dengan boyfriend dia orang dari Itali, merupakan seorang pemain piano di Dewan Philharmonik.
Deko rumah gaya temporari, dengan ada pokok basil dan tumbuhan herba lain di balkoni rumah.
"So, ini Nizam ya? Eleena selalu komplen banyak benda pasal you," kata Merlina sambil tarik Nizam duduk di kerusi sofa. Nizam berpeluh di dahi walaupun aircond di rumah ni sejuk gila.
"Dia kata awak ni suka makan masin lah, mat blur lah, tapi paling teruk, awak ni sweettalker. Eeeii, sweettalker ni tak boleh percaya," Merlina cuba bergurau dengan Nizam.
"Korang nak makan pizza tak?" kata Merlina.
"Nak!" semua bersetuju.
"Nak call Domino's ke?" tanya Adli.
Boyfriend Itali Merlina yang bernama Francesco terus menyanggah.
"No, no, no Domino's. Let me do the pizza, Italian way!" kata Francesco sambil buka peti sejuk.
"Edry, kalau nak main tenis, ada tennis court kat bawah tu, kalau nak berenang, swimming pool pun ada, tingkat tiga," kata Merlina sambil menunjukkan tempat beriadah.
"Fuyoo, rumah depan Stadium Bukit Jalil. Nanti Sukan SEA, nampak bunga api lah?" kata Adli.
"Boringlah, nanti jem depan jalan ni," Merlina capai cawan untuk menghidangkan pada mereka.
Edry mengajak Ail untuk bermain tenis memandangkan Ail merupakan pemain tenis dan squash di UiTM Penang.
Eleena pula sedang menunjukkan foto-foto lama saudara mara pada Nizam dan Kamelia, sementara Adli pula sedang berbual-bual dengan Francesco.
"Which part of Italy are you from?" tanya Adli.
"Oh, I'm from Rome."
"Oh, AS Roma."
"Yeah, you know AS Roma?" tanya Francesco.
"Yeah, Francesco Totti."
"You love football? Which team you support?"
"Me? Liverpool."
Francesco tutup hidung tanda menganjing.
"I don't like English teams. They are arrogant, but don't know how to play football. You know why England only win World Cup once? Because they don't have art in football. A philosophy, like us, you know?" kata Francesco sambil tuang puri tomato pada doh roti.
"You want to watch with me football next time? Come, I will bring you to the club," kata Francesco, memeluk Adli.
"What club?"
"AS Roma house club. Live matches, bar, drinks, pool table. You play pool?" tanya Francesco.
"I play snooker. But I can play pool too."
"OK, next time when you come here, I will bring you to the club."
"Ma man!" Adli fistbump Francesco.
Adli keluar dari dapur dan terus duduk di sebelah Kamelia.
"Kam, aku sekarang penyokong AS Roma!" kata Adli, mendabik dada.
"Eii, lalang! Benci la kau, pelompat parti, macam Nami!" Kamelia tolak badan Adli.
"Aku malas tengok bola sebab ni la," tiba-tiba Nizam mencelah.
Semua pandang Nizam.
"Kalau aku minat Manchester United, tapi aku rasa taktikal Chelsea bagus, dan aku suka, aku tak boleh suka dua-dua. Kena stick dengan team win, lose or draw. Sebab tu aku minat muzik, kau fan Weezer, tak ada siapa nak marah kalau kau minat Incubus ke, Soundgarden ke, Radiohead ke..."
"Tapi ia prone pada ageism, dan racism juga, cinta. Contoh yang awak sebut semua mewakili satu era, satu genre, awak tak boleh ke bagi contoh A$AP Rocky, atau Noah and the Whale. Kenapa awak tak sebut Goodnight Electric, atau One OK Rock? Atau BTS?" Eleena menyanggah pandangan Nizam.
"Semua benda ada kelemahannya. Saya faham awak minat muzik, cinta. Tapi ada sebab orang minat sukan, macam Edry, dia minat e-sports dan tech savvy, awak tak boleh marah dia kalau dia tak minat muzik macam awak," Eleena tepuk peha Nizam.
"Tapi saya tak suka bersifat puak-puakan, macam tu," Nizam menyanggah kembali Eleena.
"Exhibit A: Punk vs hiphop in late 90s, emo vs black metal in the 2000s, raver vs hipster...apa yang hipster pun saya pun tak tahu, itu apa?"
"Itu orang-orang yang bodoh," kata Nizam.
"Same goes with football. Masih ramai je orang yang minat bola kerana taktikal, skil, cara permainan, personaliti pemain," Eleena mengakhiri hujah 'like a boss'.
Adli dan Kamelia menongkat dagu sambil tersenyum bila tengok Nizam kena sekolah dengan Eleena.
"Sesuatuuuuu..." serentak mereka berdua.
"Korang semua minum dulu ya, I dengan Francesco nak masak pizza untuk korang kejap," Merlina letak dulang dengan cawan dan beberapa tin Coca-Cola.
--
"Korang semua nak pergi sana nak roadtrip ke?" kata Merlina sambil menghidangkan pizza pada tetamu.
"Kak, have you ever heard about van der Wijck treasure?" tanya Eleena.
Merlina terdiam. Tiba-tiba Merlina tarik Eleena ke tepi.
"Ingat tak, peta arwah atok kita, masa kita jumpa dalam gerobok dia dulu? Peta lama. Ingat tak?" tanya Merlina.
"It was long ago, Kak Merlina. El tak masuk tadika lagi pun masa tu."
"Arwah atok pernah kata kat kakak, dia ada dua peta yang berlainan, dipegang oleh dua orang, supaya harta tu tak dibolot sebelah pihak. Peta tu ada dalam laci nombor dua, gerobok arwah atok kat bilik dinding biru," Kak Merlina pegang bahu Eleena.
"Cuba tengok peta yang kitorang ada," Eleena terus panggil Adli.
"Adli, sini jap."
"Kenapa, Eleena?"
Merlina pandang Adli.
"El kata awak ada peta harta karun. Cuba tengok sini," kata Merlina. Adli tiada pilihan selain bekerjasama.
"Seingat kakak, peta ni bersambung. Ada dua peta. Peta yang awak jumpa ni, mana asal usulnya?" Merlina tanya.
Keturunan Eleena ni semua eidetic memory. Jenis tengok sekali terus ingat.
"Ada orang tertinggal wallet kat hospital, dalam wallet tu, ada peta ni," kata Adli.
"Adli ingat muka orang tu?" tanya Merlina. Adli geleng-geleng kepala.
Merlina diam. Dia tahu, ada orang lain selain dia yang mencari juga harta van der Wijck.
"Mari, ikut kakak."
Eleena dan Adli ikut ke dalam satu bilik. Ada peta Asia Tenggara, Selat Melaka dan peta Melaka, nota-nota, kiraan matematik, buku-buku sejarah, dan sebuah komputer riba di atas meja.
"Kakak dah cari peta yang ni dah lama dah. Cerita dia awak semua tahu tak?" tanya Merlina pada mereka berdua.
"Perang Sepanyol-Amerika, kemasukan imigran ke Tanah Melayu, Perang Samalangga?" kata Eleena.
"Penyatuan Negeri Sembilan?" kata Adli.
"Van Der Wijck, dan Sir Charles Mitchell, gabenor Straits Settlement..."
"Negeri-negeri Selat?" kata Adli, potong ayat Merlina.
"Ya, dan Rear Admiral George Dewey, salah seorang dari panglima tentera laut Amerika di Manila Bay, telah bertemu di Melaka dalam rahsia pada September 1898. Mereka sebenarnya merancang selepas Amerika baru saja menang perang dengan Sepanyol. Ini sebab, Sepanyol yang selama ini menguasai perairan Laut China Selatan, mengganggu hegemoni Anglo-Amerika, dan itu salah satu sebab kenapa Presiden McKinley nak tawan Filipina," kata Merlina.
"OK, bahasa yang awak tak faham tu sebenarnya bahasa Tagalog. Filipina. Kalau awak nak tahu, peta ini dicuri oleh orang-orang Katipunan yang bekerja di Pelabuhan Melaka."
"Katipunan?" tanya Adli.
"Katipunan ialah kumpulan yang menentang penjajahan Sepanyol dan kemudian Amerika. Mereka bergerak rahsia untuk melumpuhkan segala pergerakan Sepanyol di Filipina. Amerika ada menghulurkan wang, tetapi Amerika nak menakluk. Sebab McKinley, seperti Presiden Amerika yang lain, memeluk ideologi 'manifest destiny'. Dan sampai sekarang, ini ideologi mereka," kata Eleena.
"Manifest destiny ini ialah Amerika percaya, bahawa mereka berhak untuk menjajah negara orang," Merlina menyambung.
"Jahat gila ideologi macam ni. Ingatkan Nazi dengan komunis je jahat," kata Adli.
"Van der Wijck sedang memerlukan senjata, sebab Perang Acheh dan pergolakan di Sumatera Barat, sementara Negeri Selat pula sedang berdepan dengan pergolakan di Negeri Sembilan. Sultan Ibrahim, Sultan Johor masa tu.."
"Bapak TMJ tu ke?" tanya Adli.
"Eh, bukan. Tu Sultan Ibrahim sekarang. Ni zaman British," kata Eleena.
"Sultan Ibrahim nak bina laluan keretapi masa tu, untuk perdagangan gambir dan lada hitam, serta herba-herba untuk dieksport. Pada masa ini, sejarah ekonomi Tanah Melayu sangat menarik. Kita selamanya menjadi tempat yang menarik untuk ekonomi. Sebab Selat Melaka," kata Merlina.
"Katipunan tu?" tanya Adli.
"Pendek cerita, orang Katipunan itu merampas wang jualan senjata dari Amerika, dan senjata sekali, untuk menggagalkan usaha Amerika, dan sekaligus menggagalkan penjajah, malangnya, harta itu disorokkan oleh dua orang, Pedro dan Munez, dan dua orang ini bergaduh untuk merebut harta. Akhirnya berlaku pertelingkahan antara dua orang ini, menyebabkan harta ini, ditemui oleh arwah moyang kami, sebab dia berminat nak cari. Lepas tu baru dia sedar, ia ada dua peta, dan dia simpan, dan beri pada arwah atok kami. Arwah atok juga gagal untuk menjumpai peta yang lagi satu. Arwah ayah Eleena tak berminat, dan arwah ayah saya juga tak minat," Merlina bangun dari kerusi, dan kembali ke dapur.
Dia terus ambil telefon bimbitnya dan menelefon supervisornya di Ternama TV. Dia minta untuk cuti dua minggu.
"Can I follow you guys?" tanya Merlina.
"Yes!" semua orang bersetuju.
--
Ail dan Edry bermain tenis di gelanggang, sementara Eleena dan Merlina di bilik belajar untuk mencari maklumat yang lebih mendalam tentang peta Adli. Francesco dan Nizam sedang bermain muzik bersama, piano dan gitar, bermain lagu Black Hole Sun dari Soundgarden.
Adli dan Kamelia sedang melihat lampu-lampu dari stadium Bukit Jalil, dan melihat kereta-kereta yang lalu lalang di lebuh raya.
"Adli, semalam aku tak sangka kau sanggup drive jauh macam tu sebab aku nak cempedak goreng," kata Kamelia sambil membelai rambutnya yang ditiup angin.
"Aku nak jumpa atok aku sebenarnya. Alang-alang," kata Adli sambil light rokok.
"Aku saja buat-buat tak kenal dengan Atikah tu. Sebenarnya masa kat sekolah tu, berapa kali dia cuba tegur aku, aku yang elak. Aku rasa dia nak rapat dengan kau pun, sebab nak cakap dengan aku," kata Kamelia, sambil light rokok.
"Apa yang berlaku sebenarnya?"
"Pasal tanah mak kat Simpang Balak tu. Kau tau kan highway Cheras-Kajang tu? Tanah mak aku pun kena. Sebab mak aku orang Minang. Ayah aku nak jual tanah tu, sebab nak biaya duit kanser mak aku. Ayah aku dah telefon hospital kat Australia, tapi ayah aku tak cukup duit," Kamelia hembus asap.
"Lepas tu?"
"Dorang tuduh abah aku cuba rampas tanah keluarga. Lagipun, abah aku orang Jawa. Kalau kau nak tau, kalau orang lama-lama la, sekarang tak kot, orang Minang tak suka orang Jawa. Sebab orang Jawa ni penjajah. Memang pun, sekarang Indonesia pun berpusat kat Jawa," kata Kamelia.
"Tapi abah kau nak selamatkan nyawa mak kau," kata Adli.
"Bagi dorang, tanah lebih penting dari nyawa mak aku. Akhirnya, mak aku mati. Tanah tu akhirnya jatuh kat tangan dorang juga. Grand Saga pun bina highway. Ada la sikit dorang campak duit kat abah aku. Macam campak tulang kat anjing. Macam tu lah tarafnya kami di mata mereka," Kamelia mula menangis.
Adli hanya diam.
"Sebab tu bila abah aku start berbaik semula dengan Suhaimi Ketayap, aku jadi rimas bila dia datang rumah. Lagi rimas bila Atikah asyik tegur aku kat sekolah. Sampai level aku buat-buat tak kenal tu, sampai memang aku tahap tak kenal."
"Abah kau baik dengan Suhaimi Ketayap, kenapa?"
"Sebab Suhaimi Ketayap baru sedar yang abah aku ni tak lahap harta keluarga dorang pun. Dia cuma nak selamatkan nyawa mak aku. Tapi, itulah, mak aku dah lama meninggal pun," Kamelia mengelap air mata. Lepas tu Kamelia tak tahan, dia terus ke bahu Adli, dan menangis sepuas hati.
"Sabar, Kam. Sabar. Kalau kau kawan aku, you'll never walk alone," Adli menepuk belakang Kamelia.
"Eleh, kata AS Roma tadi?"
"Tu kalau Serie A la."
"Aku kalau Serie A, aku suka AC Milan," kata Kamelia.
"Apasal?"
"Sebab Maldini hensem," Kamelia gelak tutup mulut.
"Apa la minat bola sebab hensem?"
"Biar la, lelaki minat perempuan nyanyi pun sebab lawa pun ada je."
Kamelia kesat air mata di baju Adli.
"Hey everything's gonna be okay, we've got it made together," kata Adli.
"Lirik lagu The Descendents!"
"Dulu sebelum Nizam kenal Eleena, kitorang selalu main lagu punk atau grunge. Sekarang dah macam-macam genre kita main," kata Adli.
"OK la tu, tau main banyak genre," kata Kamelia.
"Tapi, aku tetap berjiwa punkrocker," kata Adli.
"Kita main lagu punk, nak? Nizam dengan Eleena ada projek dia, kita buat la kita punya," kata Kamelia.
"Kau patut dengar suara Alim. Dia tu juara musabaqah tilawah peringkat zon Kajang, kau tau tak? Nampak je muka macam ikan flowerhorn."
"Bodoh la kau Adli, kau ingat kau hensem ke?"
"Orang cakap la, kalau aku botak, muka aku macam Barack Obama," kata Adli.
"Perasan nak mampos kau ni ya? Bodoh betul, ada ke kau macam Barack Obama," kata Kamelia.
Tiba-tiba Eleena dari tepi tingkap gelak.
"Apa dia, Eleena?" Adli pandang tingkap.
"Sesuatunya moment ni, hihi!"
"Stalker," Kamelia jelir lidah pada Eleena.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top