10 - Cempedak Goreng

Selepas jamming, Ail pandu Kombi menuju ke rumah Eleena bersama Nizam, sementara Atikah, ada lelaki bawak motor RXZ jemput, sementara Adli dan Kamelia satu kereta.

Kamelia memeluk tubuh, merajuk tapi mintak dipujuk. Adli tahu tu, tapi Adli malas. Dia tahu, Kamelia sedang cuba mengada-ngada dengan dia.

"Kau kalau ingat aku cepat lemah mental dengan perempuan macam Nizam, silaplah," kata hati Adli, terus memandu kereta.

"Ish, macam mana Eleena merajuk hari tu, ek? Babi la kimak ni," Kamelia berkata dalam hati, terus memeluk tubuh, mencebik mukanya.

Perut Kamelia berbunyi. Kuat ketara. Adli cover dari tersenyum. Dia dah tahu, kunci kebahagiaan bila kau belanja makwe makan. Eh, makwe ke?

"Aku lapar lah, jom, makan," Adli mulakan bersuara.

"Kau nak makan apa?" tanya Kamelia, tak boleh nak cover.

"Sup Meletup, nak?"

"Tak nak, berminyak," kata Kamelia macam budak-budak.

Adli diam, kemudian pandang papan simpang. Dia dah tahu apa Kamelia nak.

"Cempedak goreng?"

"Mana kau nak cari cempedak goreng malam-malam buta ni?" Kamelia terus pandang Adli.

"Pelik pulak, sup meletup, berminyak. Kau ingat cempedak goreng tu pakai air ke, Kam?"

"Entah, aku suka," kata Kamelia, sedikit tergelak.

"Aku ada kabel."

Adli memandu dalam masuk ke simpang Langat, masuk ke bahagian dalam, menuju ke kawasan Gabai.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni, kawasan kampung macam ni?"

"Kau tunggu dalam kereta kejap," kata Adli. Adli keluar, dan jalan menuju ke satu rumah.

Kamelia takut sebab tak biasa dengan kawasan sekeliling. Dia mana pernah lepak kampung sebenarnya. Raya pun lepak PJ.

Kejap lagi, Kamelia nampak ada seorang lelaki tua, dalam usia mungkin dalam 70an, pakai kain pelekat dan bawa parang. Adli mengikut saja lelaki tua tu. Dia nampak Adli tolong angkat beberapa kotak ke dalam rumah. Kemudian ada seorang perempuan tua, yang mungkin isteri pada lelaki tua yang bawa parang tadi, sedang berbual-bual dengan lelaki tua tadi dan Adli.

Kamelia pandang saja Adli mengangkat satu demi satu kotak, sebelum mengikut lelaki tua itu ke sebatang pokok. Lelaki tua itu pasang torchlight, kemudian nampak Adli memotong sesuatu.

"Cemped...aaaakk," Kamelia tutup mulut kerana ternganga, tak sangka Adli sanggup pandu sejauh ini untuk ambil cempedak.

Dia nampak Adli cium tangan kedua pasangan tadi, sebelum memikul cempedak itu menuju kereta.

Bedebup! Cempedak itu dicampak di seat belakang.

"Hah, settle!" Adli terus start enjin kereta.

"Siapa tu?"

"Tok nek aku la, belah mak aku," Adli terus pusing patah balik untuk masuk jalan utama.

Kamelia punyalah senyum sampai tak boleh nak control bila nampak kesungguhan Adli mencari cempedak sebab mengada-ngada dia.

"Adli, aku minta maaf sebab aku marah kau tadi," kata Kamelia.

"Takde mende lah," Adli terus light rokok, buka tingkap.

"Sebenarnya, Atikah tu saudara aku," kata Kamelia.

Adli jeling Kamelia.

"Aku memang tak rapat dengan saudara belah mak, walaupun aku sayang sangat dengan mak aku. Dorang salahkan abah aku sebab mak aku mati. Abah aku pun, ada konflik dengan family sebelah sana. Tapi dia cuba berdamai. Suhaimi Ketayap tu sebenarnya pakcik aku," Kamelia light rokok.

Adli diam. Radio pun tak berbunyi. Dua-dua nak menikmati bunyi senyap ini.

"Aku bukan tak suka Atikah, dia tak bersalah pun. Masa aku darjah satu, dia tadika. Hisap puting lagi. Tapi, sebab hal keluarga ni, entahlah. Dengan dia-dia aku benci," kata Kamelia.

"Apasal kau terkejut, kau ingat Atikah tu artis yang popular tu?"

"Last aku nampak dia, dia hisap puting. Mana aku ingat dia. Mula-mula aku ingat kau bergambar dengan artis tu. Sekali aku tanya abah aku, rupanya tu saudara aku," Kamelia picit-picit jari dia.

"Kam, tolong aku."

"Apa dia?"

"Mesej Eleena. Tanya tepung beras ada tak kat rumah dia?"

Kamelia hantar Whatsapp pada Eleena, bertanya tentang tepung beras.

"Eleena kata dia baru buat udang goreng tepung semalam, ada banyak lagi."

"Cantik, malam ni, kita masak cempedak goreng kat rumah Eleena."

--

Ail sedang lawan FIFA dengan Edry, sementara Eleena pula sedang menerangkan pada Nizam tentang evolusi.

"Macam ni, kalau awak perasan, manusia pada zaman Ais, bulunya lebih lebat dari manusia zaman sekarang. Dan manusia di kawasan sejuk memiliki bulu yang lebih lebat dari yang berhampiran di garisan Khatulistiwa?"

"Macam mana nak dikaitkan dengan monyet, ular, ikan tu semua?"

"Kita semua sebenarnya adalah binaan sel, dan sel-sel itu akan berkembang mengikut persekitaran. Proses ini jutaan tahun. Yang menjadi ular, kalau awak tengok gambar ni, ada kaki kecil, bermakna spesis mereka pernah berkaki jutaan tahun lalu," Eleena tunjuk pada gambar ular tersebut.

"Eh, lamanya Adli dengan Kam ni, diorang buat apa ni, kata nak tepung beras?" Eleena tengok jam di handphonenya.

"Ail, tuan presiden dengan first lady dah sampai ke belum?" tanya Nizam.

"Entahlah, tengah beromen agaknya," Ail tengah khusyuk lawan bola.

Setengah jam kemudian, kereta Wira putih sampai depan rumah. Eleena mengintai pada tingkap. Dia nampak Adli pikul cempedak.

"Hah, cempedak?" Eleena terpinga-pinga.
Kamelia senyum menahan malu.

"Amende tu, doh?" tanya Nizam.

"Weh, kau ni biar betul tak kenal buah cempedak?" Adli letak cempedak di lantai dapur. Dia capai suratkhabar lama dan bentang atas lantai.

"Awak dapat dari mana ni, Adli?" tanya Eleena.

"Rumah atok, ni, Kam teringin makan," Adli tak cakap banyak, dia terus potong buah cempedak dengan parang, kemudian dia keluarkan isi buah cempedak, dan letak di dalam sebuah tupperware aiskrim yang direcycle jadi penyimpan makanan. Budaya Asia je macam ni.

Eleena pandang Kamelia, Kamelia tutup muka sebab malu.

Eleena bisik pada Kamelia.

"Sesuatuuuuu..."

Ternyata Kamelia tak dapat menahan rasa malu itu bila dibahan Eleena.

"Eleena, tepung beras?"

"Oh, ada di kabinet tu," Eleena tunjuk di kabinet sebelah atas.

"Ada cuka? Nak buang getah cempedak," kata Adli.

"Oh, sini," Eleena tunjuk botol cuka.

"Okay anak-anak, hari ni Uncle Adli nak goreng cempedak, kau Nizam, kenali buah-buahan tempatan. Jangan buah epal je kau kenal," terus Adli jeling Kamelia. Semua orang tahu cerita epal English Week tu.

--

Mereka berenam makan cempedak goreng sambil menonton drama Amerika 13 Reasons Why. Nizam dan Eleena saling suap menyuap, Edry berharap Ail menyuapnya, sementara Adli buat rilek makan cempedak dengan biji dia sekali.

"Kau makan biji cempedak, Li?" tanya Kamelia, pelik.

"La, kau tak tau ke biji cempedak boleh makan, Kam? Kau try la makan," Adli rilek bedal beberapa biji cempedak di atas pinggan.

Kamelia makan satu.

Adli dah duduk dalam keadaan tak selesa.

"Kau kenapa, Li?"

"Side effect makan biji cempedak," Adli mula membetulkan duduknya.

"Apa dia?"

Satu letusan angin hangat keluar dari kawasan perkumuhan air besar Adli.

"KENTUTTTTTTT!"  Kamelia lepuk belakang Adli berkali-kali, sambil menutup hidung.

"Bodoh betul la kau ni, Adli," Ail tutup hidung. Eleena dah ambik spray Ambi Pur. Nizam dah lari jauh.

Adli terbarai ketawa.

"Kau ni memang mat kentut, kau tau tak!" Kamelia geram, dia cubit lengan Adli.

"Babi, tu BCG aku la, sakit la ngok!"

"Eiii!"

Semua pandang gelagat Adli dan Kamelia.

"Kita pun tak macam ni, kan cinta?" kata Eleena.

"Memang sesuatuuuuu.." kata Ail dan Edry serentak.

"Ternyata Margera kau dah luntur, Adli. Margera tak ngaku umat kalau kau macam ni, Li," Nizam geleng-geleng kepala.

"Apa pulak, rekod Hulu Langat aku masih pegang," kata Adli, angkuh.

"Tengok la, satu hari nanti aku rampas title Margera kau," kata Kamelia.

"In your dreams. Yang boleh tumpaskan aku cuma Bam Margera sendiri je," Adli terus gelak sambil melepaskan bom kedua.

"KIMAAAAKKKKKK!"

Kamelia pukul Adli dengan kusyen.

--

"Sebentar ya," tiba-tiba Eleena bangun. Dapat videocall dari Kak Merlina, atau dalam TV, Merlina Hashim.

"Hi Eleena!" Merlina melambaikan tangan.

"Kak Merlina!"

"Hi Edry!"

"Kak Merlina apa khabar?" tanya Edry.

"OK je, Edry makin sado sekarang ni. Kakak dengar cerita, sekarang main tenis, ya?"

"Biasa je, taklah terror macam Federer," Edry tersenyum.

"Wah, ramai dengan kawan-kawan tu, mana satu boyfriend Eleena? Nizam kan nama dia?"

Eleena tunjuk kamera ke arah muka Nizam. Nizam blushing.

"Comel! Tu yang sado tu siapa?"

"Kawan Nizam, Ail!"

Ail melambaikan tangan.

Adli masih tergamam kerana pembaca berita kegemarannya kini di telefon Eleena.

"Ni sahabat dunia akhirat saya, Kamelia, Kamelia, say hello to Kak Merlina!" Eleena peluk tengkuk Kamelia.

"Hello Merlina Hashim!"

"Hello Kamelia!"

"Eleena, awak nak balik Muo ke?" tanya Merlina.

"Gamaknya macam tu, Kak Merlina. Saja, lama tak jenguk kampung."

"Kalau kunci rumah Jasin, kakak ada. Kalau rumah kat Kesang tu, rasanya ada pada Encik Osman," kata Merlina.

"Hmm, kalau boleh tak nak Encik Osman tau sebab kitorang nak adventure," kata Eleena.

"Amboi, El! Macam-macam ya? Okay, esok datang rumah Kak Merlina ya? Ambil kunci rumah Jasin. Rumah yang tu lagi selesa dari rumah kat Kesang. Lagipun dekat dengan Melaka. Ke korang nak lepak Muo sekali?" tanya Kak Merlina.

"Kawan-kawan ni cuti dua minggu je, takut tak sempat tengok macam-macam," Eleena kacau dua cawan air horlick di dapur. Kamelia ambil secawan.

"OK. Ni, kenapa tak nak ada Instagram?"

"Tak suka lah, kak. Sosial media ni ramai perverts."

"Hipster sangat kamu ni Eleena, tak pakai sosial media."

Eleena malas nak layan tentang isu ini lagi. Berbuih dah Kak Merlina suruh bukak sosial media.

"Esok datanglah rumah, bawak sekali kawan-kawan tu, terutamanya Nizam. Nak bual dengan dia, apa special dia ni sampai dapat Eleena Mahathir ni, ingat senang ke nak ayat saudara kakak sorang ni," kata Kak Merlina.

Adli cuit-cuit Eleena.

"Big fan!" Adli tunjuk pada dirinya.

"Kak Merlina, ni big fan kakak nak cakap."

Adli pandang kamera Eleena.

"Serius macam tak caya," Adli tercengang.

"Ni namanya siapa ya?"

"Adli."

"Wah, nice name ya. Esok datanglah rumah ya?"

"Nak autograf, boleh?" tanya Adli. Kamelia singgung lengan Adli.

"Untuk Adli, boleh je!"

"Thanks Merlina Hashim, melaporkan dari Awana!"

"Sekarang dah Ternama TV lah!"

"OK, Ternama TV!"

"Bye, Eleena!"

"Bye Kak Merlina!"

"Esok, kita semua lepak rumah Kak Merlina," kata Eleena, letak telefon.

"Kat mana rumah dia?"

"Bukit Jalil," Eleena terus minum horlicks.

"Rumah dia ada swimming pool tak," kata Adli.

"Ada, besok bawa seluar dalam lebih kalau nak mandi," kata Eleena, kemudian duduk sambung menonton drama 13 Reasons Why.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top