8 - Butterscotch Cookies

Ting!

"Oh, dah siap dah butterscotch cookies ayah awak, Kam!" kata Eleena sambil tersenyum.

Nizam hanya mengekor dari belakang, tersengih-sengih.

Saat Eleena keluarkan dari ketuhar je, tangan Nizam dah nak mencapai ke arah butterscotch cookies. Eleena lepuk tangan Nizam.

"Awak ni, ni Wak Ramlan punya lah!" kata Eleena.

"Ala, nak butterscotch cookies."

"Mengadalah awak ni, kan dah ada kat tepi meja awak tu, satu balang lagi. Nak kacau orang punya dah kenapa?"

"Sebab yang ni baru punya, masih panas."

"Banyak songeh awak. Dah, jangan kacau saya, saya nak susun dalam balang ni," kata Eleena sambil tolak Nizam ke tepi.

Kamelia datang ke arah dapur saat melihat Nizam punyalah gedik peluk Eleena dari belakang.

"Oh, sorry. Tak nampak apa-apa," kata Kamelia.

"Kam, balang kat rumah awak tu, boleh bawak balik bila awak datang sini? Balang kat sini dah tinggal satu." kata Eleena, menyusun biskut dalam balang.

"Kejap, saya tengah mesej ayah saya suruh bawak balang awak. Kejap lagi dia sampai," Kamelia teks ayahnya.

Tanty pulak masuk dapur sebab terbau butterscotch cookies.

"Sedapnya bau! Eh, cookies, ada lagi tak?" tanya Tanty.

Eleena jeling Nizam.

"Ala, butterscotch cookies awak dah la sedap gila, tak nak la!"

"Bagi la Tanty satu," Eleena pujuk.

Nizam buat muka duckface. Rasa macam nak minta penampar mamat ni.

"Awak bagi la satu, yang ayah saya punya. Nanti saya kata saya yang makan," kata Kamelia.

"Awak ni janganlah kedekut saya, cinta."

"Oklah, kejap, ambik balang jap."

"Kejap, kejap, kejap!" tiba-tiba Tanty mendekati Eleena.

"Ini biskut Melur ke?"

"Hah?" Eleena terkejut.

"Ya, ini biskut Melur! Saya tahu ni! Biskut ni popular di kalangan stoner!" kata Tanty, excited.

"Nah, biskut," kata Nizam, menghulurkan balang biskut butterscotch cookies extra virgin yang dibuat oleh Eleena.

"Ha'ah! Yang ni lah, biskut Melur! Melur kata ini resipi turun temurun!" kata Tanty.

"Orang zaman akan datang memang cepat high ke?" tanya Kamelia.

"Siapa Melur?" tanya Nizam.

"Err, saya suka nama Melur tu. Mungkin nama anak saya di masa depan. Resipi ni cuma saya, Encik Osman, Edry, Nizam dan Kam je tahu," kata Eleena.

"Professor saya suka biskut ni. Bila saya tanya resipi kat Melur, dia bertegas tak nak bagi. Pesan ibu katanya," kata Tanty.

"Anak ibu," Eleena tersenyum bangga.

"Rasa dia sama lah! Tapi yang ni lagi sedap!" Tanty dah melompat-lompat kegembiraan.

"Saya....beradaaaaaa....di....syurgaaaaaaaaaa..."

Ketiga-tiga melihat pelik dengan reaksi Tanty yang dah terguling-guling di dapur.

"Tak sangkanyaaaaaaaa!"

"Kan saya dah kata, saya tak nak bagi, nanti awak kata kedekut pulak," kata Nizam, memeluk tubuh sambil memerhatikan Tanty mula berenang-renang di lantai dapur.

"Masalah betul," kata Kamelia.

"Awak rasa saya kena kurangkan dos bahan X ke?" tanya Eleena.

"Awak kena buat Butterscotch for Noobs la, karang ada yang naik sheikh macam ni pulak," kata Kamelia, mengelak kakinya dari dilanggar Tanty yang sedang berenang atas lantai.

"Sayaaaaaaa seeekorrrrr dolphinnnnn yeaaahhyeeeeaaaaahh!" jerit Tanty sambil mula kuak renang menuju ke arah ruang tamu.

"Ish, teruknya sampai macam tu effect dia," kata Eleena.

"Kam, esok awak boleh datang lagi? Saya perlukan gambar Adli, Nizam dan..."

"I'M A HAPPY DOLPHINNNNNNN!"

"Dolphin ni, gambar awak, untuk visa. Lepas tu esok kita kena uruskan passport awak, Adli dan..."

"DOLPHINNNNNNN!"

"Dolphin ni sekali," kata Eleena sambil menghulurkan balang pada Kamelia.

"Tapi dia ni kena buat IC jugak ni, IC dia dari masa depan, macam mana nak buat passport?" tanya Kamelia.

"Macam tu, kita buat IC Tanty dulu, lepas tu kita semua buat passport. Cinta, awak dah siap borang DS-160 awak?" tanya Eleena.

"Dah, tinggal letak gambar je dengan alamat Ray," kata Nizam.

"Baik, Kam, awak dah contact Ray?" tanya Eleena lagi.

"Nanti saya hantar email."

"Jangan tangguh-tangguh. Encik Osman kata dia nak kita semua cepat siap semua dokumen, senang dia nak urus."

"Macam tu saya contact dia malam ni," kata Kamelia.

"Baik, apa-apahal, beritahu saya, okay?"

Eleena peluk Kamelia, sebelum menghantar Kamelia ke pagar rumah bila hon kereta Wak Ramlan dah berbunyi di depan rumah.

"Pergi dulu ya, Eleena. Sahabat dunia akhirat," kata Kamelia.

"Sahabat dunia akhirat, Kam."

"Anda, saya pergi dulu."

"Okay anda."

"I'M A DOLPHINNNNNNN!"

"Sabar je la," Kamelia pandang ke atas, sambil buka pintu kereta.

Beberapa saat selepas kereta Wak Ramlan pergi, kereta Wira Adli tiba depan rumah Eleena.

"Eh, Adli, Kam baru je balik," kata Eleena.

"Bosan aku duduk rumah sorang-sorang," kata Adli.

"Eh, ni baju Pavement aku kan?" kata Nizam.

"Weh, jangan nak buruk siku, Zam. Lagipun aku beli, bukan kau bagi free. Kam dah balik ke, alamak, baru nak borak-borak," kata Adli.

"Sesuatuuuuuu...." kata Nizam.

"Sesuatu, sesuatu. Ajak borak je, sesuatu. Ni dah apahal pulak minah ni jadi dugong?" tanya Adli, pelik melihat reaksi Tanty.

"Biasalah, noob," kata Nizam, peluk tubuh.

"NOW I'M A BUTTERFLYYYYY!"

Buruk benar gaya Tanty cuba terbang.

"El, ada makanan tak? Aku lapar ni."

"Tadi Kam kata Ustazah bawak awak jalan-jalan, dia tak belanja awak makan ke?" tanya Eleena.

"Malas lah. Aku stress betul dengan pe'el Ustazah hari ni. Ada ke dia pakai necktie dengan baju gaya macam Avril? Kalau kau, kau tak rasa aneh?" Adli letak begnya atas meja, dan keluarkan laptop. Dia terus on laptopnya, dan klik pada Wi-Fi rumah Eleena.

"Pakai baju gaya macam Avril?" tanya Eleena.

"Haah, ye lah. Pelik aku," kata Adli.

"Cinta, boleh keluar dari dapur kejap, ada benda saya nak cakap dengan Adli," kata Eleena sambil panaskan ayam stim yang dia masak tengah hari tadi.

"Sebentar ya Adli, saya panaskan nasi ayam tengah hari tadi. Atau awak nak saya masak apa-apa?" tanya Eleena.

"Takde hal lah, nasi ayam petang tadi pun okay," Adli mula mengisi borang DS-160 untuk visa Amerika Syarikatnya.

"Nak air apa? Air oren? Kopi? Teh?"

"Ish, air kosong pun okay."

"Betul?"

"Serius, tak kisah."

Eleena hidangkan Adli nasi ayam yang dipanaskan dan letakkan secawan air kosong di tepi Adli.

"Macam ni, Adli...hari tu kan, awak bawak ustazah datang sini."

"Lepas tu?" Adli dah macam tak sedap hati nak dengar.

"Saya tak tahu saya patut cakap ni pada awak atau tak," muka Eleena macam serba salah.

"Apa dia?"

"Ustazah, hari tu dia tanya saya, awak ada hati dengan Kam ke? Awak suka ciri-ciri perempuan yang macam mana..."

"Lepas tu?" Adli suapkan nasi pada bibirnya.

"Saya beritahu sejarah awak dengan budak punk nama Joanna. Lepas tu dia tanya, Adli suka budak punk ke? Saya jawab la, macam Kim Gordon, macam Tobi Vail..."

"Peh, tau kau ek taste makwe aku, El!"

"Belum saya habis jawab, dia potong, 'macam Avril Lavigne ke?', lepas tu terus saya terus diam. Saya kata good luck je lah."

Terbarai ketawa Adli sambil ketuk meja.

"Ada puleeeeekk Avril ni! Kau ingat aku Syasya Lavigne ke sengal!" Adli dah tak boleh blah dengan lawak ni.

"Awak kena beritahu dia, kalau tak, she get the wrong idea," kata Eleena.

"Aku malas la nak makwe-makwe ni, walaupun aku ada macam minat sikit la dengan Kam, tapi..."

"Tapi apa?"

"Aku ni jenis malas nak commit dengan relationship. Aku tak bersedia lagi. Aku suka tak bermakna aku bersedia, betul tak?" kata Adli.

"Awak pun tahu kan Kam pun suka awak juga?" kata Eleena kembali.

"Tak, aku rasa Kam suka Nizam. Dengan aku dia cuma rebound je."

Eleena hanya mengangguk faham.

"Lagipun aku selesa la single. Sampai masa bila aku rasa aku dah bersedia, nak kahwin, barulah aku on. Buat masa sekarang, aku nak rilek-rilek," kata Adli.

"Dah awak rasa selesa macam tu."

"Entahlah, Eleena. Kita tak semestinya kena turut hati kita, betul tak? Kalaupun aku suka Kam, dia tak suka aku, aku je perasan lebih."

"Tapi Kam..."

"Dah la El, malas aku nak fikir awek makwek ni. Si Jongos ni pun dah cukup serabutkan aku, tak cukup lagi masalah ke?"

Malaikat lalu. Eleena hanya mengangguk tanda faham dengan jiwa Adli.

Dalam dua-dua diam, satu jeritan suara yang kuat dari ruang tamu:

"I'M AN UNICORRRRRNNNNNN!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top