7 - Ustazah Lavigne
"Jemput makan batagor ni, semua," Eleena hulur batagor bersama cili padi kicap di tepi piring sebagai cicahan.
"Batagor?" tanya Adli.
"Ya, bakso tauhu goreng," jelas Eleena.
"Ni makanan orang Jawa kat Johor ke? Ada sambal kicap?" tanya Kamelia.
"Batagor ni makanan Cina yang diambil oleh masyarakat Sunda. Cili kicap ni sebab saya suka," kata Eleena.
Mereka berenam makan batagor goreng sambil buka Spotify, lagu dari kumpulan Hujan, Muda berkumandang.
Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu Kecil waktu yang gemilang
Oh tuhan ku tak mahu pergi
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Melangkah kedepan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Akan bersama selamanya
Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Wooooo
"Lagu kegemaran arwah ayah saya, klasik," kata Tanty.
Semua kecuali Eleena memandang pelik ke arah Tanty.
"Kalau band Hujan kau panggil klasik, P. Ramlee apa, purba?" tanya Adli.
"Memang lah, umur ayahnya mesti sudah baya kita pada waktu sekarang ni, betul tak?" Eleena senyum ke arah Tanty.
"Tahun 2057, dah perang dunia ketiga belum?" tanya Adli.
"Malangnya, sudah."
Semua sudah murung bila dengar respon dari Tanty.
"Macam mana Malaysia masa tu?" tanya Adli lagi.
"Rasanya tak perlu la ada ada spoiler, kan?" kata Eleena.
"Ada sesiapa gunakan bom nuklear tak?" tanya Kamelia.
"Ada yang lebih bahaya dari bom nuklear atau hidrogen. Pernah dengar Zero Day?" kata Tanty.
"Hah?"
Semua berpandangan sesama sendiri. Edry dan Eleena angguk tanda tahu.
"Ia adalah computer malware yang membaca data dalam senyap untuk kemampuan pihak musuh mengawal kemampuan pertahanan negara. Ia juga mampu merosakkan sistem kawalan komputer untuk bekalan elektrik, air, komunikasi, dan sebagainya. Bukan ke Perang Cyber pertama berlaku pada tahun 2010?" kata Tanty.
"Maksud awak, Stuxnet malware attack dari NSA dan Unit 8200 Mossad terhadap Iran?" tanya Edry.
"Woo, kau tau benda ni, Edry?" Adli pandang Edry.
"Malware attack ni perang baru. Paling latest FSB serang DNC, hack email Hillary Clinton dan John Podesta," kata Eleena pula.
"Stuxnet ni macam mana? Zero Day ni macam mana?" barulah Nizam bersuara.
"Zero Day ni ialah patches yang menyusup dalam sistem komputer tanpa dapat dikesan, kemudian selama 30 hari dia akan duduk dalam sistem, merekod data dan ia akan copy data dan dengan itu, hacker boleh kawal dari jauh," kata Edry.
"Stuxnet pulak kacau PLC, programmable logic controller. Kali pertama digunakan masa Unit 8200 dan NSA terhadap Iran. Yang Edry cerita pada saya, pasal kumpulan hacker yang nama The Shadow Broker, dia hack SWIFT..."
"Taylor Swift?" Adli menyampuk.
"Baik kau cakap Suzuki Swift je," kata Kamelia.
"Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication," kata Eleena.
"Ooh, patutlah hari tu ada cerita pasal malware pada bank, yang sebab tu tak boleh transfer duit dari Internet masa hari tu, dorang ni attack rupanya," kata Nizam.
"Zaman saya, hackers adalah tentera yang sebenar. Pedasnya sambal ni," kata Tanty kepedasan, minum air.
"Oh kalau macam tu, tak ada perang nuklear?" tanya Kamelia.
"Kalau orang hack nuclear code, ada lah," kata Tanty.
"Holy shit," kata Edry.
"Edry, kakak tak ajar bahasa macam tu."
"Sorry, kakak."
Kamelia tersengih bila dengar Edry kena sound dengan Eleena setiap kali Edry mencarut. Tapi dia tak marah pulak Adli ke Nizam mencarut. Agaknya orang lain takpe, tapi keluarga sendiri tak boleh.
"Semua ni akan masuk buku sejarah la, kan?" tanya Nizam.
"Bayangkan akan datang kita semua nanti berperang pakai coding, macam mana dunia agaknya?" kata Kamelia pulak.
"Apa-apahal aku perlu belajar coding ni. Margeraisme perlu dipertingkatkan seiring dengan zaman. Masa tu, kau semua akan panggil aku Crash Override," kata Adli, dabik dada.
"Buto la!" kata Kamelia.
"Kau jadi Acid Rain la, Kam."
"Fuyoo, sesuatunya dorang ni, kan? Crash and Burn!" kata Nizam.
"Awak jadi Cereal Killer la, cinta."
Bagi sesiapa yang tak tahu pop culture mana yang disebut oleh mereka ni, ini adalah filem 1995 Hackers, lakonan Jonny Lee Miller dan Angelina Jolie.
--
"Adli, awak isi borang DS-160 kat rumah, ada kat online. Link dia saya dah hantar kat WhatsApp," kata Eleena.
"Aku takde passport lagi, macam mana ni?"
"Nombor passport awak isi kemudian. Esok awak dengan Kam buat passport, oh Tanty, macam mana..."
"Masalah juga dia ni. IC dia dalam dompet elektronik. Dia mana ada IC zaman kita?" kata Adli.
Kamelia senyum.
"Sedangkan alien pun aku berjaya registerkan jadi warganegara, inikan lagi pulak orang dari masa depan. Tanty, besok ikut saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara," kata Kamelia.
"Encik Osman tadi beritahu esok dia jumpa kawan dia yang kerja Embassy, tanya macam mana nak percepatkan proses kelulusan visa tu. Lepas tu, Kam, pinjam kamera awak, ambil gambar size visa kat semua orang. Banyak kita kena buat ni," kata Eleena.
"Alright Eleena, aku isi borang kat rumah la. Menyusahkan betul la Amerika ni, leceh betul. Nak kena isi ni, isi tu."
"Kalau senang masuk, semua orang nak pergi Amerika," kata Nizam.
"Aku kalau dapat kau, Jongos, memang aku tenyeh kau dengan cili padi ni. Eii geram betul!"
--
Adli pulang ke rumah, dan buka laptop, dia buka rancangan TV Sukan SEA acara renang kuak dada 100 meter.
Tapi dia tak tengok pun sebab dia sibuk mengisi borang DS-160 untuk permohonan visa ke Amerika Syarikat.
Dia dapat mesej Whatsapp dari Mak Su.
Mak Su: adli
Mak Su: apa habaq anak aku?
"Cibet, anak kau dah rembat kucing aku dan mesin masa orang pergi ke tahun entah bila, sengal. Aku menyirap betul dengan makcik aku ni. Fikir dia makcik aku je," Adli bermonolog dalaman.
Adli: dia tidoq
Mak Su: bak sini nak cakap dgn dia sat
"Adui, apa aku nak jawab ni?"
Adli: saya kat luar ni makcik.
Mak Su: adli pakai la duit adli dulu, bayaq makan dia ke apa, nanti bila mak su mai balik mesia mak su bayaq hang.
Adli: 👌
"Kalau dah berpuluh ribu nak selamatkan anak kau ni, kau mampu tak bayar kat Eleena ni? Nasib baik Eleena sanggup tolong aku. Menyusahkan betul anak kau ni, Mak Su."
"Aku fikir Billie Joe aku je ni, tu dah la kucing kesayangan aku," Adli sayu mengenangkan kucingnya.
Adli menyambung isi borang permohonan visa. Tiba-tiba dia dengar hon di depan rumahnya. Adli intai dari luar.
"Myvi? Alamak, ustazah nak apa malam-malam datang rumah aku ni?"
Telefon berbunyi.
"Hello, ustazah? Ooh, Adli...Adli kat luar ni? Haaa, Adli kat Bukit Jalil, haah, tengah tengok renang kuak dada dengan Nizam ni," Adli kuatkan televisyen bagi konon-konon efek macam dia takde rumah la.
Ustazah Mardihah dah rasa pelik, kenapa rumah Adli terang berderang.
"Siapa ada rumah? Terang berderang rumah ni," tanya Ustazah Mardihah.
"Aaaa....si Jongos la! Ha, Jongos ada rumah."
"Kenapa tak ajak Jongos tengok Sukan SEA?"
"Ala, Adli lepak dengan Nizam, malas lah..."
Tengok-tengok ustazah dah buka pintu rumah. Reaksi Adli pelik sebab Ustazah Mardihah dressing macam Avril Lavigne walaupun masih memakai shawl.
"Ooh, nak tipu ustazah ya?" kata Ustazah Mardihah.
"Err, err..."
"Tu kat peha ada laptop tu, tengok video apa sorang-sorang tu?" Ustazah Mardihah buat suara nakal.
"Mana ada ustazah ni."
"Duduk rumah sorang-sorang ni line clear, kan?"
Ustazah Mardihah buat muka geram.
"Okay la, Ustazah sekarang nak keluar dengan saya kan? Kejap saya tutup laptop, tutup TV, mandi, bersiap, tutup lampu, ustazah keluar kejap. 15 minutes max. Ustazah duduk luar, tak elok duduk berdua-duaan macam ni. Karang syaitan hasut kita nanti. Ustazah duduk luar dulu, ya?" kata Adli.
Sebab Adli ni menjaga aib dan nafsu ni la yang buat Ustazah makin turn on dengan Adli.
"Pantek la, aku dah la banyak hal ni, lagi Ustazah ajak keluar. Dah la pakai dressing macam Avril Lavigne, pelik gila aku tengok ni," kata Adli sambil garu-garu kepala dengan syampu.
"Kalau aku tau dia datang, aku off lampu apa semua. Sial ah!"
Adli pakai seluar jeans dan baju band Pavement yang dulu Nizam tolak kat dia sebab terlalu besar untuk Nizam pakai. Baju band dari kain Fruit of the Loom ni sering menjadi pilihan Nizam. Takpun Hanes. Tapi sejak dating makwe kaya ni, Nizam paling koman pun Uniqlo.
Dalam kereta, Ustazah bukak lagu Sk8er Boi. Alamak ustazah ni, ustazah ni nak jadi Ustazah Lavigne ke?
"Adli dah makan?"
"Dah."
Adli tipu. Dia sebenarnya belum makan lagi. Tapi dia rasa semak.
"Temankan Ustazah makan, boleh?"
"Sebenarnya saya ada kerja sikit ni, Ustazah."
"Ala, temankan ustazah kejap pun tak boleh ke? Kalau dengan Kam tu, lepak lama-lama pun boleh. Adli kata Adli dengan Kam tu member je, kan?"
Alamak, main sentimen la pulak.
"Nak makan mana ni?" tanya Ustazah.
"Mana saya tau, ustazah yang nak makan," kata Adli.
"Biasa budak punk macam Adli ni makan kat mana?"
Adli jadi blank nak jawab. Ada pulak port makan budak punk.
"Budak punk mana kisah makan kat mana pun," kata Adli.
"Eh, takkan la takde. Budak hipster makan kat kafe hipster, takde ke kafe punk kat KL ni?" tanya Ustazah Mardihah.
Sejak bila ada kafe punk?
"Kita makan kat Boat Noodle la kat Ikon Connaught, nak tak?"
"Hah, Boat Noodle? Sukati ustazah la, ustazah yang nak makan pun," kata Adli.
"Adli ni, tak sporting la dengan Ustazah. Niat ustazah ni ikhlas, Adli macam nak tak nak pulak," Ustazah Mardihah main sentimen pulak.
Adli mesej Kamelia senyap-senyap.
Adli: kam
Adli: mana?
Kamelia: el's
Kamelia: masih edit video
Adli: eleena masak tak?
Kamelia: dia dgn zam tgh masak tu, kenapa?
Adli: aku lapar ni
Kamelia: datang la
Adli: tapi aku dgn ustazah ni
Kamelia bagi GIF orang ketawa guling-guling.
Kamelia: kau tgh date dgn ustazah ke? suruh la dia belanja.
Adli: malas ah
Kamelia: hutang budi tergadai body
Adli: takat belanja boat noodle tak tergadai la body aku, body aku mahal, satu malam 500 one shot
Kamelia: kau suruh la ustazah bermalam dgn kau, dapat la beli henset baru lagi kan?
Adli: kau ingat aku budak wechat ke?
Kamelia: "kAw iGt aQ booDark wEchaT kEw?"
Adli: babi
Kamelia: haha
"Cibet Kam ni, makin jual mahal pulak dia dengan aku ni. Dulu kemain nak aku?"
Sambil tu dia menghadap Ustazah Mardihah Lavigne yang dah makan lima mangkuk Boat Noodle.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top