6 - Visa

"California?" kata Eleena.

Tanty mengangguk.

"Masalah ni," Eleena terus duduk, dan ketuk-ketuk pen di bibirnya. Dia fikir banyak perkara.

"Kalau nak flight pergi sana, berapa Eleena?" tanya Adli.

"Singapore-San Francisco, seribu tujuh ratus..."

"Gila mahal..."

"Dolar."

"Mak datuk!" terduduk Adli dibuatnya.

"Tapi itu bukan isu. Masalah untuk ke sana ialah faktor imigresen dia yang sangat ketat, tambah pulak ini zaman Donald Trump," kata Eleena.

"Ketat macam mana tu?" tanya Adli.

"Pertama, awak kena isi borang DS-160 beserta gambar berukuran visa untuk buat visa ke sana."

"Macam kita pergi UK dulu tu, macam mana, cinta?" tanya Nizam.

"Kita takde masalah untuk ke UK sebab hubungan diplomatik di antara negara Komanwel, dan kita tak perlu visa untuk ke UK. Tapi untuk ke US, kita perlu. Itu satu hal, lagi satu, kita kena pergi interview sebelum visa diluluskan," terang Eleena.

"Nak buat visa tu macam mana?" tanya Adli.

"Kejap ya, saya buka laman web US Embassy kejap, sebab kali terakhir saya ke sana, tiga tahun lepas. Kalau Encik Osman, dia biasa pergi, dia kenal orang dalam ni."

Eleena baca dengan teliti syarat-syarat serta prosedur untuk memohon visa Amerika Syarikat.

"Awak kena bayar $160 untuk visa dan bank in ke Bank Standard Chartered, tapi sebelum tu, Berkeley dekat dengan Bay Area. San Francisco. Saya tak ada kenalan di San Francisco. Kam, Ray duduk San Francisco kan?"

Berderau jantung Kamelia bila sebut nama Ray. Dia masih ingat peristiwa tempoh hari.

"Tak payah la contact dia."

"Mana boleh, Kam. Kalau kita nak ke sana, kita mesti ada contact alamat di sana, kalau tak, visa tak diluluskan," kata Eleena.

"Tolonglah aku, Kam. Mampos makcik aku marah aku ni," Adli merayu.

Ini yang Kamelia lemah ni. Dia dah la malas nak contact Ray sejak dia nampak Ray dengan Sarah hari tu.

"Kalau tak involve Ray, tak boleh? Awak takde sesiapa ke kat US?" tanya Kamelia.

"Saya ada kenalan di Massachusetts, sepupu saya di Washington DC, dan ayah saudara saya di New York. Kalau California, saya tanya Encik Osman sebentar, Encik Osman..."

"Ya Cik Eleena?"

"Supplier herba kita tu California di sebelah mana ya?"

"San Diego, sangat jauh dengan San Fran. Macam sini ke Thailand," kata Encik Osman.

"Mak datuk, jauhnya."

"Nak buat apa pergi San Francisco?" tanya Encik Osman.

"Panjang ceritanya, Encik Osman," kata Adli.

"Kena ada alamat rumah di bandar yang kita nak pergi tu. Nak pergi San Francisco, kena ada alamat yang bandar yang nak pergi tu. Lagipun perjalanan dari San Diego ke San Francisco tu jauh betul."

"Kalau Los Angeles?" tanya Eleena.

"Contact saya di LA, sebab tu dari LA drive je pergi San Diego, ada la dalam tiga jam. Kalau drive ke San Fran dari LA, lima jam."

Eleena diam.

"Kena sewa kereta lagi. Lagipun, siapa di antara kita ni boleh drive right side of the road? Naik bas is no go," kata Eleena. Eleena pandang je Kamelia.

"Keretapi?" tanya Adli.

"Nak kematu bontot ke?"

Ternyata Eleena bijak main psikologi dalam hal ni. Dia pandang Eleena, tapi ketuk-ketuk pen di bibir, dengan bahasa badan untuk tunggu respon Kamelia. Tak perlu guna kata-kata.

"Ni saya kena pergi jugak ke ni?" tanya Kamelia.

"Hey, Ray bukan kawan saya. Kenapa awak tak nak ikut pulak? Awak tak nak pergi California?" tanya Eleena.

Memang dari dulu Kamelia nak ke Amerika Syarikat, terutamanya California. Tapi sejak peristiwa dia nampak Ray dengan Sarah, dia dah padamkan perasaan tu.

"Alright, I'll contact him."

"Bila kita nak pergi ni?" tanya Eleena pada Adli.

"Besok lah."

"Kepala hotak awak berjambul. Mana boleh proses visa macam tu punya cepat? Proses dalam masa tempoh 60 hari waktu bekerja," kata Eleena.

Mendengar perkataan '60 hari waktu bekerja' membuatkan lutut Adli terus lemah dan terus terguling-guling meraung.

"KAU MEMANG KIMAK LA, JONGOS!"

"Paling cepat pun, sebulan," kata Encik Osman.

"Makcik aku nak balik sini lagi dua minggu! Aku dapat kau, aku penyek-penyek kau jadi murtabak sardin!" jerit Adli, meroyan.

"Jap, murtabak sardin tu bukan sama ke dengan roti sardin?" tanya Nizam tiba-tiba soalan yang begitu awkward. Eleena jeling Nizam kenapa tanya soalan sebegitu ketika di saat genting begini.

"Macam ni lah, Adli. Saya cuba sedaya upaya saya untuk tolong awak. Tapi awak kena buat paperwork, boleh?" kata Eleena.

"Tak kisah la, janji boleh dapat Jongos dengan Billie Joe balik. Aku sayang kucing aku la! Babi kau, Jongos!"

"Encik Osman, macam mana? Boleh ke ni? Ke kena under table jugak ni?" tanya Eleena.

"Saya cuba, Cik Eleena. Saya tak janji. Tapi isi borang DS-160 tu, bayar semua tu, lepas tu book flight semua. Uruskan apa yang patut. Tapi saya nak tanya ni, ada urusan apa yang sampai macam ni punya emergency?" tanya Encik Osman.

"Baik, Encik Osman, perempuan sebelah Adli ni namanya Tanty. Dia dari tahun 2057, dia kata lah."

Muka Encik Osman dah berkerut cuba nak faham keadaan.

"Menurut Tanty, pada tiga tahun yang lepas, mesin masa telah dicipta oleh Dr Robert Halley di University of California, Berkeley. Dan dia datang ke tahun ini, dan mesin masanya telah diambil oleh anak saudara Adli yang kini terperangkap di tahun..."

"1874," kata Tanty.

"Ya, 1874. Jadi, untuk itu, kami semua kena ke San Francisco untuk ke universiti tu untuk pinjam mesin masa itu untuk bawak anak saudara Adli ke sini kembali," kata Eleena.

"Mula-mula mayat tanpa kepala dan konek, lepas tu harta karun, lepas tu alien, lepas tu masuk ke alam dalam gerobok, ni kena time travel pulak. Lepas ni apa pulak?" tanya Kamelia.

"Operasi Bocor kot?"

"Tapi tu bukan masa kita mula-mula kenal ke, Eleena?"

"Itu pandai-pandai la Nami Cob Nobbler tulis, sekarang ni, kita kena fikir macam mana nak selesaikan masalah ni," Eleena bangun dari kerusi dan pergi ke dapur.

"Awak semua nak makan? Saya nak masak, dah tengah hari dah pun, saya lapar," Eleena buka peti ais.

"Cinta, cinta nak masak apa?" tiba-tiba Nizam datang dari belakang, menggedik.

"Bila saya nak masak je, mula la datang gedik awak tu," Eleena picit hidung Nizam.

"Alaa, nak manja dengan cinta hati saya sendiri pun tak boleh dah ke?"

"Bukan, awak tu bila saya ke dapur tiba-tiba nak manja tahap ekstrem. Artikel The National dah siap tak? Kejap, Adli, awak kata awak nak tolong kitorang, kan? Apa kata awak jaga social media kami," kata Eleena.

"Aku jaga sosial media?" tanya Adli.

"Ye la, kan awak tweetfemes?"

"Alim la tweetfemes. Dia budak Suzuran."

"Alim tu dah kira artis. Awak tu tolong la promote laman web kami. Youtube kami, ada banyak video kami nak upload, tunggu Kam siapkan je," kata Eleena.

"Aku set je."

"Cinta, awak nak cepat siap kan? Keluarkan ayam dalam freezer tu, saya nak masak nasi ayam kukus," kata Eleena sambil keluarkan daun pandan dan bawang.

"Yes, mam!" Nizam tabik spring.

"Nak saya tolong ke?" tanya Kamelia.

"Takpe, saya nak suruh kitchen steward saya ni tolong saya. Awak siapkan video dulu, kalau awak dah tepu, rehat-rehat dulu. Bual-bual dengan Tanty, kesian dia terperangkap dalam zaman lain."

Kamelia tarik Eleena tepi.

"El, terus terang, saya tak selesa la cara awak pandang saya tadi. Awak tahu kan saya dengan Ray macam mana?" kata Kamelia.

"Cinta, keluar dapur kejap. Girl's talk."

Nizam lepak di ruang tamu kejap. Edry berehat sekejap dari buat kerja dengan start main game Need For Speed Payback.

"Baik, kenapa awak rasa tak selesa?" tanya Eleena.

"Saya tak nak jumpa Ray."

"Kenapa?"

"Ray date dengan Sarah, awak tau tak?"

"Hanya sebab Ray date dengan Sarah, awak nak putuskan hubungan dengan dia? Yang cari pasal dengan awak ialah Sarah, bukan Ray. Kenapa nak putuskan hubungan yang elok?" tanya Eleena.

"Awak tak faham. Saya dah crush lama dengan Ray, tiba-tiba Sarah masuk dan caras saya, awak tak rasa tu macam tikam saya dari belakang ke?"

"Kalau macam tu, saya pun boleh dikatakan tikam awak juga, Kam. Sebab awak pun crush dengan Nizam," kata Eleena sambil basuh beras.

"Bukan macam tu, Eleena. Macam ni..."

"Kam, awak ingat tak awak cerita dengan saya, yang Ray selamatkan awak dari kena rogol dengan orang kat tepi jalan?"

"Ya saya tahu tu."

"Awak tak tengok muka Adli merayu dengan awak, macam mana? Ya, saya tahu Jongos tu annoying, tapi Adli tu kawan baik saya. Saya rasa useless, kalau saya mampu bantu kawan baik saya tapi saya tak tolong. Setakat duit tu semua, kalau saya mampu saya tolong. Tapi saya cuma nak awak tolong hubungi Ray untuk alamat sahaja. Awak tak nak tolong Adli? Lelaki yang cari cempedak kat kebun atok dia malam-malam buta sebab awak teringin makan?"

Pandai Eleena main psikologi ni. Kamelia tak boleh counter balik.

"Sampai sana nanti, cuba awak tanya Ray betul-betul pasal peristiwa awak nampak di 1Utama dulu, okay? Dah, awak duduk depan. Mana steward saya ni, cinta!"

"Yes mam!" Nizam tabik spring.

"Lekas, siang ayam ni. Lepas tu tulang-tulang tu, rebus untuk dapatkan stok ayam. Kulit dan lemak ayam tu awak cairkan untuk masak dengan nasi. Kita nak masak nasi ayam hari ni," kata Eleena.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top