5 - Menyusahkan Orang, Jongos Ni!
"Billie Joe, Billie Joe! Ni kau keluar memantat ke apa ni?" Adli capai biskut kucing untuk beri makan pada kucing kesayangannya.
"Budak jongos ni mana hilangnya? Setan betul. Nak libas karang, anak Mak Su. Ish, aku pening kepala betul la, Mak Su ni reti jaga anak ke tak? Ni memang betul-betul anak hantu," Adli membebel sambil cekak pinggang.
"Hish, risau pulak aku ni. Tapi aku nak cari si jongos ni kat mana pulak? Dia kat kedai ke? Selipar tak pakai, habis tu pergi mana setan ni?"
Adli dah garu-garu kepala.
"Bala betul. Budak ni pergi mana? Syaitan betul."
Tiba-tiba Adli nampak seorang perempuan sedang panik melihat sesuatu depan rumahnya.
"Ni pahal pulak perempuan ni? Aku panik dia pun nak panik?"
Budak perempuan tu terus berjalan menuju ke depan gate rumah Adli.
"Boleh saya tanya?"
"Ha, apa dia?"
"Ada nampak tak mesin depan rumah awak ni?"
"Hah? Mesin? Mesin apa?"
Perempuan tu dah terkial-kial nak jawab.
"Alaaa, mesin..."
"Ye la cik kak, mesin ada macam-macam. Mesin basuh, mesin rumput, mesin fotostat, Mesin Niaga, eh tu kat Subang Jaya."
"Err...mesin..."
Dia tekan sesuatu pada jamnya.
"Astaghfirullah al azim!" perempuan tu tepuk dahi.
"Dah kenapa?"
"Awak ada nampak sesiapa buka kain kanvas ni? Dan start mesin ni?"
Adli dah panas dengan perempuan ni.
"Kau ni dari tadi asyik mesin, mesin. Mesin apa, bongok! Aku dah la tension kucing aku dengan anak buah aku ni hilang."
"Ala, macam mana ni nak balik?"
"Ada orang curi kereta kau ke? Walaupun kereta ni sejenis mesin, aku belum pernah dengar orang panggil kereta ni mesin."
"Kalau saya sebut ni, awak jangan terkejut tau. Maaf, Prof Mohan, terpaksa beritahu."
"Apa dia?"
"Nama saya Tanty dan saya penyelidik bagi pihak Professor Mohan. Saya dari tahun 2057."
Adli terkebil-kebil.
"Dah agak dah, awak mesti takkan percaya punya."
"Eh, kejap. Kau ni otak kau center ke tak ni?"
"Betul, saya dari tahun 2057. Aaa, macam mana nak membuktikan ni? Err, smoke candy?" tiba-tiba Tanty menghulurkan plastik yang saiz gula-gula ke tangan Adli.
"Amende ni?" tanya Adli.
"Pada tahun 2057, orang dah tak merokok. Orang kunyah smoke candy. Bila awak kunyah, dia akan keluar asap, tapi asap ni berwarna, terpulang pada perisa apa awak makan."
Muka Adli berkerut pelik.
"Biar betul?"
"Cubalah."
Adli buka plastik tu dan kunyah gula-gula tadi.
"Kunyah lama sikit, sampai aktivasi."
"Orang zaman akan datang suka guna bahasa masturbasi ke?" tanya Adli sambil mengunyah.
"Bahasa masturbasi?"
Tanty dah rasa pelik.
"Ye la, aktivasi, populasi, verifikasi, bulshitasi, masturbasi."
Tanty dah tak tahu macam mana nak respond.
"Fuyoo, asap ni warna merah la sial. Perisa strawberi!" Adli tiup asap tu ke udara.
"Sekarang, percaya tak saya dari tahun 2057?"
"Kejap, siapa nama kau tadi?"
"Tanty."
"Benda ni tak berapa nak convincing. Kau boleh tak tunjuk aku apa-apa yang membuktikan kau dari tahun tu? Macam duit tahun tu ke, sebab mestilah lain kan?" tanya Adli.
"Kami tak pakai not kertas lagi, kami hanya scan dari dompet elektronik kami sahaja."
"Dompet elektronik? Kau takde IC?"
"IC saya juga dalam dompet elektronik."
"Handphone?"
"Kami tak pakai handphone, sebaliknya pakai iGlass."
Tanty keluarkan cermin mata dari begnya.
Adli pakai cermin mata tu.
"Takde apa pun?"
"Sebab ia memerlukan teknologi 8G."
"8G? Sini baru 4G la, gila! Tu pun masih slow nak mampos. 8G ni download movie berapa cepat la sial?" Adli dah pelik dengan Tanty ni. Dah gila agaknya dia ni.
"Hologram."
"Oh, macam tu la pulak."
"Sedap la download Naruto kalau 8G. Eh, benda lain? Kau ni, macam mana aku nak yakin dengan kau ni?"
"Ala, saya dah takde benda lain lagi la nak buktikan pada awak! Mesin masa saya, awak ada nampak?" Tanty dah rimas dengan keyakinan Adli. Banyak tanya pulak dia ni.
"Ye la, aku pun tak tahu rupanya macam mana. Kau nak marah aku, apahal? Ni, anak buah aku dengan kucing aku pun hilang."
Dua-dua duduk dan termenung di kerusi batu depan rumah.
"Apa saya nak jawab dengan Professor Mohan ni? Patutnya saya datang sini nak buat kajian tentang kejatuhan Pakatan Harapan," kata Tanty.
"Mengarut la dorang. Sembilan tahun memerintah, gila kuasa je dorang tu."
"Jadi, awak ni penyokong Barisan Nasional?" tanya Tanty.
"Kau mengarut apa? Aku belum cukup umur nak mengundi. Aku budak sekolah lagi."
"Kalau awak boleh mengundi, sokong mana?"
"Bagi aku, mengundi ni kerja bodoh. Beratur panjang-panjang lepas tu pilih wakil kat Parlimen yang ramai orang tak faham pun macam mana function. Aku ni belajar Form 6, aku belajar Pengajian Am ni pun aku tak lalu nak mengundi."
Tanty tengok baju Adli. Baju dengan logo A berserta gambar budak punk baling molotov cocktail.
"Awak anarkis rupanya, patut la tak percaya sistem undi. Sama macam Professor saya."
Terbeliak mata Adli.
"Masa akan datang kat Malaysia ada Professor anarkis ke? Power gila! Setahu aku professor anarkis dalam dunia sekarang ni, Noam Chomsky je," baru semalam Kamelia bercakap pasal masa depan, universiti dah tak relevan sebab semua orang boleh belajar kat Internet. Sekarang dia dengar ada professor anarkis pulak.
"Tapi saya dah sangkut kat sini pulak."
"Aku lagi pening. Apa aku nak jawab kat Mak Su aku ni? Pundek la Jongos, kau ni menyusahkan aku la," Adli tekup kepala.
"Entah-entah, anak buah awak..."
"Mesin masa kau..."
"TIDAAAAKKKKKK!" serentak dua-dua menjerit.
Dua-dua kebingungan. Sorang pening kepala nak jawab dengan makcik sebab anak buah hilang, sorang lagi pening kepala sebab tersangkut kat zaman yang berlainan.
"Billie Joe! Ya Allah, aku fikir kucing aku je ni. Si Jongos tu kalau tak kerana dia anak makcik aku, aku tak ambik pot. Sial la dia ni. Kau tau ke dia ke tahun mana?" tanya Adli.
"Dia ke tahun 1874, menurut yang tercatat kat jam saya ni," Tanty tunjuk jamnya pada Adli.
"Kepala hotak dia? Dia pergi kat sini jugak ke?"
"Menurut pengesan lokasi mesin masa saya, di Langat," kata Tanty.
"Langat ni luas doh. Hulu Langat ke Kuala Langat? Besar la, eii bodohnya!" Adli dah facepalm.
Tanty dah termenung panjang. Kalau dia ke zaman yang kedepan, boleh lagi dia pinjam mesin masa orang lain. Tapi tahun 2017 ni...
"Serabut la aku, eii Jongos! Dah la menyusahkan aku, kau pergi culik Billie Joe aku pulak!"
Whatsapp berbunyi.
Kamelia: woi kata nak tolong kitorang
Kamelia: aku kat rumah nizam
"Kau buat apa kat rumah Nizam, Kam?" Adli bermonolog dalaman.
Adli: watpe pg umah zam?
Kamelia: eleena's la
Adli: haah ye x ye
Kamelia: kau jg yg kte gtu
Adli: aku ad masalah besar ni
Kamelia: kau dtg sini jap, aku tgh fokus edit video ni
"Tanty, kau ikut aku jap."
"Jap, jap. Nama awak ni siapa?"
"Adli, Adli Margera."
Adli start enjin kereta dan pasang lagu Holiday In Cambodia oleh Dead Kennedys.
"Kita pergi rumah kawan aku kejap."
Adli tiba di rumah Eleena, dan empat orang menghadap komputer. Kamelia sedang menghadap Mac sebab tengah edit video, Nizam sedang tulis artikel tentang album baru The National, Sleep Well Beast. Eleena pula sedang baca laporan kewangan syarikatnya, dan Edry pula sedang set software.
"Cinta, tolong buka pintu, Adli dah sampai," kata Eleena yang sedang fokus.
Nizam buka pintu.
"Eh, kau datang dengan siapa pulak ni? Makwe baru ke?"
Kamelia dah terjenguk-jenguk tengok Adli bawak perempuan mana pulak ni.
"Ni Tanty, dan kitorang dua-dua ada masalah. Bagi aku dengan dia masuk jap," kata Adli.
"Sejak bila rumah kau ni dah jadi office, Eleena?" tanya Adli.
"Eh, Adli. Siapa ni..."
"Ni Tanty. Macam ni, aku ada problem besar ni," kata Adli.
"Kenapa? Kau kantoi dengan ustazah sebab ada skandal lain ke?" Kamelia respon dengan nada sarkastik.
"Jongos dah hilang."
"Hah!" semua terkejut.
"Macam mana dia boleh hilang?" tanya Kamelia.
"Cara dia hilang lagilah aku pelik. Sekarang, Tanty ni..."
"Saya Tanty, dari tahun 2057. Saya adalah pengembara masa. Tapi sekarang ni, kami berdua syak, anak buah Adli ni dah bawa mesin masa saya ke tahun 1874."
Empat-empat terkedu tak tahu nak jawab apa.
"Serius lah?" kata Nizam.
"Saya tak tahu lagi macam mana nak buktikan pada awak semua, tapi kalau tanpa mesin masa tu, saya tak boleh balik ke zaman saya."
Eleena bangun dari kerusi.
"Apa yang kami boleh buat?"
"Macam la kitorang boleh bina mesin masa?" kata Edry.
"Sekarang tahun 2017. Tiga tahun yang lepas, Professor Robert Halley bersama krewnya membina mesin masa prototaipnya. Jadi, ada satu sahaja mesin masa pada zaman ni," kata Tanty.
"Hah? Kitorang tak tahu pun?" kata Eleena.
"We read science journal and nothing tells about it?" kata Edry.
"Mungkin dia rahsiakan sebab ini teknologi rahsia," Kamelia menyampuk.
"Professor Robert Halley tu yang ajar Prof saya, Prof Mohan di masa hadapan," kata Tanty.
"Prof Robert Halley tu kat mana?" tanya Nizam.
"University of California, Berkeley."
Eleena terkedu.
"Tolonglah saya, saya tak boleh balik ke zaman saya kalau macam ni," Tanty merayu.
"Adui, macam mana ni. Takkan nak kena pergi California pulak? Kau ni memang sial la, Jongos!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top