4 - Tanty Dari Tahun 2057
Adli tiba di rumah dan terus buka TV. Menonton bolasepak di antara Malaysia vs Singapura.
"Bosan betul la match ni. Game slow gila," Adli tongkat dagu. Dia rasa macam buang bil letrik je tengok game slow macam ni. Dia tukar channel dan menonton berita pula.
"Wah, Kak Merlina. Kemain dia senyum sambil baca berita."
Bunyi Whatsapp.
Kamelia: woi
Kamelia: jom la tengok bola
Kamelia: aku kat aliff bistro
Tersenyum tanpa sengaja Adli bila nampak Kamelia mesej dia.
Adli: kau dengan siapa? sorang?
Kamelia: dgn alim
"Hah? Alim? Celaka kau, keluar dengan Kam tak bagitau aku? Dasar fuckboy! Asal rambut berpomade sikit je, sailang awek orang. Eh, kemain je mengaku Kam tu awek aku," Adli bermonolog dalaman.
Adli: pahal lak kau lepak dgn alim?
Kamelia: ptg tadi aku ada projek dgn dia la
"Projek? Pantek, tak pernah-pernah pulak bagitau aku dorang ada projek. Sial."
Adli: projek apa doh?
Kamelia: kau kalau jgn byk tanya kat whatsapp boleh x? dtg la
Kamelia: bwk jongos
Adli terus capai kunci kereta.
"Jongos, jom keluar. Aku nak makan ni."
Jongos terus sarung selipar dan mengikut Adli.
"Pakai tali pinggang keledar!"
Dalam hati Adli macam timbul perasaan pelik. Pelik bukan sebab projek si Alim ni, tapi pelik macam mana Kam macam rapat gila dengan Alim.
Zaman sekarang ni banyak je kes member baik caras awek member. Pesen rambut swag macam Alim ni bukan boleh percaya.
Tapi Adli lagi pelik dengan dirinya, dah kenapa diri dia tiba-tiba jealous tak tentu pasal pulak ni? Selalu tenang je bab makwe-makwe ni.
Adli dah syok dengan Kamelia ek?
"Mana ada aku minat Kam la, doh. Aku rasa pelik la kenapa tiba-tiba je dorang ada projek," tiba-tiba Adli bersuara ketika sedang memandu.
Lagu Addicted dari kumpulan Simple Plan berkumandang.
Sejak bila Adli boleh feel layan lagu punk gedik-gedik macam Simple Plan ni, hanya dia je tahu.
"Guilty pleasure, beb. Kau macam la takde. Yang kau layan Carly Rae Jepsen, Michelle Branch tu, aku tak kata apa pun Nami? Cibai mengata aku."
Eh tacing pulak Adli ni.
Adli tiba di Aliff Bistro dan kelihatan Kamelia dan Alim bersama dengan beberapa budak ravers melepak sambil tengok bola.
"Eh, bro. Dah sampai?" Alim terus salam Adli gaya Adli ni abang long kawasan.
Nampak Alim salam macam respek je, budak-budak ravers tu pun salam Adli.
"Projek apa doh?" Adli tanya Kamelia.
"Dorang ni nak pakai studio abah aku, nak buat MV untuk YouTube. Ini la kumpulan ravers Alim. Aku tolong rakam, nanti aku dengan Edry edit," kata Kamelia.
Lega hati Adli. Ingatkan projek apa sampai tak nak beritahu tadi.
Tapi dia saja la nak tunjuk jealous dia jugak.
"Asal tak beritahu aku?"
"La, kau nak ke buat projek raver ni? Kau kan budak punk."
"Eh, aku layan apa raver," tiba-tiba Adli kata macam tu.
"Kalau macam tu, apa kata kita buat lagu Mendap Syal kita buat The Margera remix, campur sikit punk, amacam?" tiba-tiba Alim Kasut bersuara.
"Kena tanya pandangan music producer ni," kata Kamelia.
"Hah? Korang ada music producer? Gila babi!" Adli dah pelik.
"Mestilah ada," Kamelia tenang minum horlick ais.
"Siapa?"
"Nizam. Tapi duit dari Eleena. Eleena kira macam CEO la. Kitorang baru je startup ni. Kira group Alim ni baru yang pertama kita nak buat MV ni semua. Lepas ni kitorang nak buat MV untuk Paddle Pop Pelangi pulak."
"Pantek, ni projek apa pulak ni?" kata Adli.
"Company baru kitorang. Kitorang buat kecil-kecilan je lah, here's my card," Kamelia hulur kad perniagaannya.
"Dah ada business card? Apa ni? GCK Production?" tanya Adli.
"GCK tu Geng Curi Kaset. Nizam bagi nama. Eleena rasa nama tu comel. Lepas tu GCK ni macam website muzik, kau tau? Untuk scene alternative music la."
Si Jongos pulak rilek mengorat awek-awek raver sebelah Alim ni. Dia pandang Ziel-O dengan pandangan menggoda.
"Nama saya Rayyan Aqish Danial Nur Hakim, tapi orang panggil saya Ray Misterio. Jom kita couple, lepas tu kita lepak kat Subang Jaya, Subang Jaya ada gaya, havoc voc voc, havoc voc voc!"
Budak raver ni pandang pelik je dengan si Jongos ni.
"Dik, bukan main lagi kemahiran berfikir aras tinggi kau ni," kata Ziel-O dari tepi.
"Kebat dooo, siapa nama kau?" Alim Kasut tergelak sambil minum teh bunga.
*Kebat adalah perkataan dari KBAT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
"Kau panggil dia Jongos je," Adli menyampuk.
"Jongos, kau ada makwe tak?" tanya Alim Kasut.
"Ada. Nama dia Nurul Izzati."
"Hari tu kata Syafikah, ni Izzati pulak. Kau jangan nak sembang gebang la, Jongos," kata Adli.
"Syafikah skandal, Izzati cinta sejati."
"Buto la!"
Terbarai gelak geng-geng Alim ni mendengar respon dari Adli bila dengar jawapan Jongos. Muka Adli macam tak boleh blah langsung dengan jawapan Jongos tadi.
"Kalau kau minat nak join, kitorang set je. Kau nak tak?" tanya Kamelia.
"Kau buat apa doh?" tanya Adli.
"Aku in charge grafik, lepas tu cameraman. Kau cakap la dengan Nizam, kau nak tolong dia buat video gak. Nizam yang in charge semua ni."
"Korang ni macam dah expert je."
"Ala zaman sekarang ni semua benda boleh belajar kat Youtube la. Aku nampak la kan, masa depan nanti, semua orang malas nak masuk universiti sebab dah la student loan jadi beban hutang millennials, lepas tu dah banyak benda kau boleh belajar tanpa masuk universiti. Aku percaya, satu hari nanti bila semua benda boleh belajar dengan YouTube, kau dah tak perlu lecturer, dah tak perlu sekolah, dah tak perlu universiti. Masa tu konsep sekolah yang macam penjara dan universiti yang dah macam kilang ni dah takde. Generasi akan datang nanti, adalah education liberated."
Kata-kata Kamelia itu membuatkan Adli tersenyum. Alangkah indahnya dunia bila kita boleh belajar ilmu pengetahuan tanpa rasa kita di dalam penjara sistem.
Power gila generasi zaman sekarang ni. Semua benda boleh buat sendiri. Produce muzik pun boleh buat kat rumah je. Tapi kalau tak kerana Eleena, rasanya semua duduk tepi longkang je la.
Ada duit baru boleh cerita, bro.
Perlawanan bola kesudahan dengan Malaysia 2-1 Singapura, tapi Adli hanya nak berbual dengan Kamelia je sebenarnya.
--
Tanty tiba di tahun 2017. Dia datang ke tahun ini untuk melihat keadaan politik semasa di negara ini.
Dia lekas-lekas sorokkan mesin masanya dengan kain agar tidak dilihat orang yang berada di sekeliling.
Dia menerima arahan dari Professor Mohan, seorang saintis yang mencipta mesin masa, untuk datang ke tahun 2017 untuk mengkaji tentang kejatuhan Pakatan Harapan. Perpecahan dalam parti politik pembangkang dilihat ketara dalam tahun ini, jadi tugas Tanty dari tahun 2057 adalah untuk melihat dan menyiapkan laporan lengkap untuk kajian masa untuk Professor Mohan.
Tanty yang telah mengembara masa ke banyak zaman, dari zaman penjajahan British, zaman kedatangan Islam ke Tanah Melayu, bahkan datang ke zaman Melayu Deutro ke Tanah Melayu pada zaman Gangsa.
Dia juga mahu jumpa kekasihnya, Alif Akbar di zaman ini.
Bagi sesiapa yang tak tahu cerita ni, boleh rujuk di novel Natalia.
Tanty terus berjalan dan menyamar seperti orang di zaman 2017. Segala peralatan canggih dari zaman 2057 disimpan dengan rapi.
Tanty nampak kereta Proton Wira warna putih tiba di depannya. Dia nampak seorang lelaki berpakaian baju Buzzcocks, berseluar jeans hitam dan tali pinggang spike bersama seorang budak masuk ke rumah.
"Fuh, selamat," urut dada Tanty bila melihat lelaki tu masuk rumah.
Dia nampak ada warung tomyam dan dia melepak di situ untuk makan malam. Sambil itu di kaca TV, acara Sukan SEA dalam acara badminton sedang berlangsung.
Dia ambil telefon bimbit lama (bagi dia lama la) jenis iPhone 7 untuk membaca berita terkini tentang politik semasa.
Esok dia harus ke Kajang bagi melihat sendiri mood di kawasan ini, kerana Kajang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri untuk Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Sikit betul duit 2017 dia bagi aku ni," ngomel Tanty tentang bosnya, Professor Mohan. Malam ini Tanty bercadang untuk tidur di hotel murah di Balakong.
--
Ketika Adli sedang nyenyak tidur, Jongos mengejar Billie Joe. Dari hari tu dia aim nak tangkap Billie Joe ni, tapi Billie Joe ni jenis hanya nak manja dengan Adli je.
"Ha, dapat pun tangkap kau!"
"Riaaaoooo!" Billie Joe meronta-ronta tanda tak selesa. Sedang dia berjalan-jalan sambil pegang Billie Joe, dia nampak sesuatu yang berbungkus di depan rumah Adli.
"Apa benda ni?"
Dengan perasaan ingin tahu, Jongos buka kain kanvas itu.
"Ish, apa benda ni? Macam benda best je?"
Jongos tekan-tekan butang, entah macam mana, mesin masa itu ternyala.
"Fuyoo! Bestnya!"
"Destinasi masa: 1874. Destinasi tempat: Langat, Selangor."
Jongos tekan butang warna merah, dan bersama Billie Joe, Jongos dan mesin masa tu hilang dari penglihatan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top