36 - Korban Adli
Lagu California Kids dari kumpulan Weezer berkumandang dalam radio imaginasi Nizam saat dia berjalan berpimpin tangan dengan Eleena di Baker Beach. Sambil belanja Eleena makan gula-gula kapas, tangan mereka seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
"Jom, kita naik kereta kabel lepas ni, jalan-jalan kat Mission Street?" tanya Eleena.
"Awak nak pergi tempat LGBT tu nak buat apa?" tanya Nizam.
"Sajaaaaaa....nak buat surprise kat Kam!"
Gulp! Nizam telan air liur. Lain macam je bunyi Eleena ni.
"Takdelah semua benda kat situ LGBT je, cinta. Banyak lagi benda kat situ. Lagipun kan, kat situ ada jual...."
Eleena bisik-bisik kemudian ketawa kecil.
"Serius ke awak nak macam tu?" tanya Nizam.
Eleena hanya ketawa, tapi macam tinggalkan klu.
"Kita duduk kejap! Fuh, penatnya kalau berjalan kat San Francisco ni. Berbukit-bukit!" kata Eleena.
"Bak sini kaki awak, biar saya urut," kata Nizam.
"No, no, no. Kalau saya turn on kat sini, siapa susah?" tanya Eleena.
"Ye ke, jap nak test."
"Janganlaaa...tak naaaaak."
Tiba-tiba datang beberapa orang lelaki nak tarik tangan Eleena.
"Hey you little quirk, get off from her," kata lelaki tadi.
"Hey, get off my hand!" jerit Eleena.
Nizam terus swing tangan kirinya tepat ke pipi lelaki tadi. Tercabut gigi terus.
Tapi kawan lelaki tadi terus keluarkan pistol dan tembak dada Nizam, dan tangan Nizam terhempas ke tanah, lalu mencetuskan gegaran yang kuat.
"Shit, it's an earthquake!"
Gempa bumi berlaku di San Francisco adalah perkara normal memandangkan garisan Lingkaran Api Pasifik melalui kawasan di San Francisco.
Tetapi tumbukan tangan kiri Nizam ke tanah yang ada Lingkaran Api Pasifik mencetuskan gempa bumi yang kuat.
Semua bangunan runtuh, dan tanah mulai merekah.
"Cinta!" jerit Eleena yang melihat Nizam menekan dadanya yang sudah merah dibasahi darah.
Ada satu tiang mulai jatuh ke arah Nizam, dan Eleena terus mendakapnya, lalu kedua-duanya saling berpelukan dalam runtuhan.
"Cinta, kalau cinta pergi, bawa saya sekali," kata Eleena dalam kesakitan.
Gempa bumi berlaku selama 15 minit dan hampir separuh bandar San Francisco musnah. Kebakaran dan bangunan runtuh di mana-mana.
Satu lagi tiang menghempap kepala Eleena. Mereka berdua mati dalam dakapan cinta mereka.
--
"Fuh, penat betul aku panjat bukit ni. Aku rasa ni mesti bukit sekolah Taman Cuepacs nanti," kata Adli menuju ke sebuah rumah atas bukit milik Hang Lepar.
"Itu dia mesin masa kita! Yessss!" kata Tanty.
"Jap, jap. Cuba kau check, ada apa-apa benda rosak ke, karang mampos juga aku sangkut kat 1874 ni. Aku dah la nak tengok Farah Ann ni," kata Adli.
"Dorang cuba umpil besi ni, tapi besi ni terlalu kuat untuk mereka bukak. Jadi, mereka give up, dan tak buat apa-apa," Tanty periksa mesin masanya. Tiada cacat cela. Boleh digunakan untuk kembali ke tahun 2017.
Tanty set koordinat untuk ke tahun 2017, dan depan rumah Ray. Tanty tekan butang merah dan mesin masa itu bergerak menuju ke tahun 2017.
Mereka tiba di rumah Ray dan terkejut dengan melihat apa yang terjadi.
"Weh, what the fuck? Rumah Ray runtuh! Kam! Kam! Nizam! Eleena!" Adli terus meluru ke arah runtuhan rumah Ray.
Dia nampak mayat Ray sedang terbogel bersama patungnya.
"Kam, mana kau, Kam? Nizam?" jerit Adli di timbunan runtuhan itu.
Dia nampak mayat Laura dan anaknya, tapi tak jumpa mana Kamelia.
"Kam? Kaaaaaaam! Kaaaaaaaaam!"
Dia nampak Kamelia tersepit di tepi katil dan tubuhnya terhempap pada tiang rumah Ray.
"Kam, kau jangan mati, Kam. Takde kau, takde semua, hidup aku takde erti! Kam, bangun, Kam. Bangun! Shit!"
--
"Aku syak Nizam dengan Eleena dah selamatkan diri tinggalkan Kam sorang-sorang," kata Tanty.
"Tak, Eleena dengan Nizam tak macam tu. Dorang takkan tinggalkan Kam macam tu je. Mungkin Eleena dengan Nizam keluar kejap, lepas tu gempa bumi berlaku," kata Adli, sambil lap peluh yang merecik di dahinya.
"Internet okay tak? Aku takut tak je," kata Adli, sambil buka smartphonenya. Ternyata kecewa. Line internet terlalu slow di kawasan yang digelar Silicon Valley kesan dari gempa bumi ini.
Dia telefon Nizam, juga tak terangkat. Telefon Eleena, juga tak terangkat. Adli jadi bingung.
"Adli..."
Tanty tunjuk ke arah skrin TV besar di simpang jalan yang masih menyala.
Dia nampak Eleena memeluk Nizam dalam keadaan yang menyayat hati. Sayu hati Adli melihat tubuh mereka yang tak bernyawa dalam keadaan berpelukan.
"Aarrrggggghhhh! Tanty, bawa aku ke 1874 balik! Bawa balik aku ke sana!" Adli goncang bahu Tanty.
"Kau nak buat apa, nanti kau bertembung dengan diri kau, jisim atom kau akan meletup!"
"Itu la apa yang aku nak buat. Kau ikut cakap aku, lekas!"
"Tapi, Adli..."
"Takde tapi-tapi lagi, bawa aku ke sana, lekas!"
--
Mereka kembali ke daerah Langat tahun 1874. Masa Hang Lepar nak serang Kampung Sungai Raya.
"Kau dengar sini, Tanty. Aku rasa aku dah faham ni. Lepas je aku letupkan diri aku, kau pergi ke masa kau datang rumah aku, jangan bagi diri kau jumpa diri kau. Kau nampak je Jongos, kau tempeleng kepala dia. Halang dia sebelum dia naik mesin masa kau."
"Tapi, akan berlaku loop pada aku pulak, Adli," kata Tanty.
"Kau sabar dulu. Lepas kau lempang Jongos, kau pergi ke masa sebelum kau tiba..."
"Jap, kau nak aku ambik mesin masa aku tu jugak ke?"
"Bukanlah, bengap! Aku suruh kau lempang Jongos sebab aku geram dengan babi tu. Lepas tu, kau pergi ke masa sebelum kau tiba ke tahun 2017 depan rumah aku tu..."
Kelihatan Eleena dan Nizam sedang berlari berpimpin tangan, Kamelia pegang tangan Ray masa berlari.
Adli sempat baling batu ke kepala Ray.
"1874 la?" kata Tanty.
"Dan anggap kau tak pernah datang kat rumah aku. Semua yang berlaku ni tak pernah berlaku."
"Tak faham!"
"Halang Jongos dari ambil mesin masa kau, lahanat!"
Adli terus meluru ke arah Adli yang sedang mencari kucingnya.
"Kalau Tanty halang Jongos, Billie Joe takkan ke sini, Nizam dan Eleena takkan mati, Kam takkan mati. Macam dalam video lagu Green Day, somebody has to pick up the newspaper!" kata Adli, merujuk pada video muzik lagu Redundant.
"Banzaaaaaaaaaaiiii!" Adli menjerit dan meluru ke arah Adli yang lagi satu, sebelum letupan besar berlaku.
"Fuck, fuck, fuck, fuck. Mana boleh watak utama yang digilai ramai orang macam Adli Margera mati macam tu. Shit, aku kena stop benda ni. Karang orang bakar novel Nami Cob Nobbler, mampos aku," Tanty terketar-ketar menekan butang untuk ke depan rumah Adli, sebelum Jongos naik mesin masanya.
--
Ketika Adli sedang nyenyak tidur, Jongos mengejar Billie Joe. Dari hari tu dia aim nak tangkap Billie Joe ni, tapi Billie Joe ni jenis hanya nak manja dengan Adli je.
"Ha, dapat pun tangkap kau!"
"Riaaaoooo!" Billie Joe meronta-ronta tanda tak selesa. Sedang dia berjalan-jalan sambil pegang Billie Joe, dia nampak sesuatu yang berbungkus di depan rumah Adli.
"Apa benda ni?"
Dengan perasaan ingin tahu, Jongos buka kain kanvas itu.
"Ish, apa benda ni? Macam benda best je?"
Jongos tekan-tekan butang, entah macam mana, mesin masa itu ternyala.
"Fuyoo! Bestnya!"
"Best kepala hotak kau!" Tanty terus bagi penampar sampai terpelanting Jongos. Billie Joe terus lari menuju kembali ke rumah Adli.
"Apasal kakak tampar saya?" tanya Jongos yang sedang menangis.
"Kau jangan sentuh mesin masa aku, faham! Sini kau!" Tanty piat telinga Jongos menuju ke depan rumah Adli.
"Mesin masa? Kakak kenal Doraemon ke? Awwwww sakit la kakak!"
Tanty ketuk-ketuk pintu sekuat hati.
"Adliii! Adliii!"
Adli terbangun dari tidur.
"Siapa pulak panggil aku malam-malam buta ni," Adli menggosok mata. Tengah sedap-sedap mimpi margerakan ceramah Mahathir kat Kajang, tiba-tiba kena ketuk pintu. Ingatkan macai pembangkang datang nak pukul dia.
Bunyi pintu semakin kuat diketuk.
"Weh, kau ni ketuk pintu aku ni dah kenapa? Siapa kau?" tanya Adli menggosok mata.
"Kau simpan budak lahanat ni elok-elok, sebelum dia menyusahkan kau di masa depan, faham tak! Lagi satu, kau jangan sentuh mesin depan rumah kau ni sampai besok pagi. Kau anggap la benda ni tak pernah berlaku, faham!" jerit Tanty tepat ke muka Adli.
"Lek la, tak payahlah jerit-jerit, doh. Macam la Jongos ni bunuh orang. Datang-datang rumah orang, jerit-jerit. Mende?"
Adli tak faham apa-apa sebenarnya. Tapi dia terpaksa mengangguk kepala sebab tak nak cerita panjang.
"Kau buat apa kat kakak tu, lahanat?"
"Rayyan nak naik mesin tu. Macam mesin Doraemon pulak."
"Mesin Doraemon kepala hotak kau! Kau jangan menyusahkan orang, boleh tak? Cukuplah Mak Su nak suruh aku jaga biawak hidup macam kau ni, sial! Dah, kau tidur je!" Adli terus tutup pintu.
Maka segala yang kau baca selama ni pun tak berlaku. Dorang tak pergi San Francisco, Jongos pun tak masuk ke tahun 1874, Nizam, Eleena dan Kamelia pun tak terperangkap kat runtuhan gempa bumi. Semua ni, takkan berlaku kalau Jongos tak naik mesin masa.
Dan Jongos pun tak naik mesin masa.
Tapi mesti kau nak tahu apa yang berlaku lepas ni kan? Kau semua jangan risau. Yang ni bukan episod terakhir. Chapter lagi satu baru episod terakhir.
Sabaaaaarrrr....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top