35 - Dalam Almari Ray
Nizam agak marah dengan keselambaan Eleena sebenarnya. Ada ke Ray cabar dia masak masakan Korea, kalau tak sedap kena bagi gambar bogel? Jem jugak Nizam dalam hal sekarang ni. Dia dah rasa tak seronok dah bila berada di sini. Semua benda dia rasa palat. Dia rasa San Francisco ni palat. Ray ni palat. Burrito burit. Semua benda dia rasa celaka.
Nizam duduk di tepi pantai, di tepi jalan Eastshore Drive sambil termenung, dia pun takut relationship dia dengan Eleena jadi tak pasti kalau situasi macam tadi berulang lagi.
Sedang dia duduk termenung panjang, ada jari mencuit bahunya.
Eleena duduk di sebelah.
"Rare betul cinta saya ni merajuk dengan saya. Selalu saya je merajuk dengan awak."
Nizam terus membisu. Dia tak mahu bercakap apa-apa pasal peristiwa tadi.
Eleena pegang tangan Nizam. Nizam hanya biarkan sahaja cintanya pegang tangannya.
"Cinta, awak ingat tak first time awak pegang tangan saya?" tanya Eleena.
"Masa kat atas bukit tengok bintang tu ke?" tanya Nizam.
"Hari Kantin lah," kata Eleena.
"Ye ke? Saya ingat Hari Kantin tu kali kedua. Sebab saya ingat, masa kat bukit tu, saya nak pandang planet Zuhal, awak pegang tangan saya," kata Nizam.
"Tu tak sengaja lah, cinta!" Eleena menahan malu sambil ketawa kecil.
"Sengaja tak sengaja, bagi saya, itu kali pertama," kata Nizam.
"Saya gementar sangat masa tu, awak tau tak? Okay, saya nak cerita kali kedua awak pegang tangan saya. Hari Kantin."
"Kenapa dengan Hari Kantin?" tanya Nizam. Selalunya cerita Hari Kantin ni dikaitkan dengan cerita lelaki misteri yang memeluk Kamelia.
"Kan balik dari sekolah, awak datang rumah saya. Awak pegang tangan saya. Tapi kita belum naik level lagi. Hanya lepas peristiwa tu, kita kat ruang itu."
"Ruang apa?" tanya Nizam.
"Antara persahabatan dan cinta."
"Itu bukan ruang 'sesuatuuuu' ke?" tanya Nizam.
Eleena terus palingkan muka Nizam ke mukanya.
"Kita punya part sesuatuuuuuuu tu masa time nasi bento la," kata Eleena.
"Rindu masa tu. Takde orang kacau. Nak gambar bogel la, apa la," kata Nizam, kembali memalingkan mukanya memandang laut.
Eleena dah agak, Nizam agak terasa dengan peristiwa tadi.
"Cinta, awak tau tak, arwah Azlam pernah try nak ayat saya? Hafiz tulis puisi, even Ail pun pernah ajak saya pergi hiking? Rafi, jangan cakap la. Nami Cob Nobbler tu, lagi la. Mula-mula cakap nak order butterscotch cookies, tapi lepas tu belok soal hati dan perasaan."
Nizam pandang muka Eleena, terkejut. Tapi lepas tu dia sambung.
"Nami Cob Nobbler tu tak terkejut langsung. Tak malu, crush kat awek member."
"Awak tahu tak, apa yang buat dorang stop dari terus kejar saya? Saya kata dari awal lagi, saya hanya nak awak seorang je," kata Eleena.
"Tapi awak tak pernah beritahu saya pun?" tanya Nizam.
"Ni saya beritahu lah. Dorang beritahu saya, awak suka Kam. Tapi masa tu saya tengok Kam tak nak make move, saya buat la."
"Oh ye la, masa tu lah," kata Nizam, baru teringat.
"Lepas tu dorang semua mengeluh, haih semua nak Nizam ni, susah la nak cari makan," Eleena ketawa.
Nizam menahan malu.
"Cinta, hati ini hanya ada awak seorang je. Awak pun tahu kan, pantang diri saya kena hina. Sebab tu saya gunakan benda dia dalam almari tu untuk hina dia balik," kata Eleena.
"Tapi buatnya awak kalah, macam mana?" Nizam kembali memandang ke mata Eleena.
"Cinta, dengan bahan X, saya dijamin takkan kalah dalam masakan. Sama dengan penumbuk tangan magnesium alloy awak tu," kata Eleena, ketawa.
"Siot!" Nizam ketawa. Barulah Nizam tahu cara Eleena berfikir. Jenis main psikologi sebenarnya dia ni.
Mereka berdua berpelukan sambil melihat kesibukan Lapangan Terbang Oakland dari seberang Teluk San Leandro.
"Cinta, maafkan saya. Saya ingat..."
Eleena senyum.
"Saya tak macam tu lah."
"Tau. Girlfriend saya lagi pandai dari saya."
Eleena bisikkan pada telinga Nizam kemudian gelak kecil.
"Nak tak?" tanya Eleena.
"Kat mana? Nanti Kam cari kita?" tanya Nizam.
"Biar dia bongkar rahsia almari Ray."
--
Kamelia tak senang duduk dalam bilik. Dia sedang membaca novel Ika Natassa Critical Eleven, tapi hatinya tak sedap. Dia nak tahu apa benda sebenarnya yang disorokkan oleh Ray.
Dia ingin tahu sebab Nizam, Eleena dan Adli - semua dah tahu. Kenapa dia sorang je tak tahu.
"Robot? Tapi kenapa dia takut sangat, ha?" tanya Kamelia bermonolog seorang diri.
Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke bilik Ray.
"Ada apa, doh?"
"Shit, kunci pulak. Think, Kam. Kau kan ahli The Jackals paling berdisiplin," Kamelia terus bermonolog dalaman. Dia toleh ke kiri dan kanan, dan dia terjumpa pen.
Dia keluarkan besi dalam pen tadi, dan cuba untuk membuka pintu bilik Ray. Prinsipnya sama macam dawai, tapi pen agak lebar dan sukar untuk mencelah di balik lubang.
"Come on, I need your guidance, Master Adli Margera," bisik hati Kamelia dalam usaha membuka pintu bilik Ray. Kalau Adli ada ni, benda macam ni benda kacang je.
Pintu dapat dibuka.
Kamelia tahu dia tak boleh lama dalam bilik ni. Ray dekat dapur je tu. Dia bimbang memandangkan dia seorang diri kat rumah. Walaupun satu masa dulu Ray menyelamatkan dia dari jadi mangsa rogol, tapi siapa tahu, kan?
Terutamanya bila dia minta gambar bogel Eleena petang tadi. Terus kepercayaan tu hilang banyak dah.
"Almari yang ni ke?"
Dia tarik. Kunci.
"Damn it!"
Kamelia nampak Ray sedang menuju ke arah biliknya. Kamelia lekas-lekas kunci pintu bilik untuk menghilangkan segala syak.
Kamelia cepat menyusup bawah katil.
"Shit!"
Ray mula buka pintu bilik. Dia masuk, kemudian dia senyum nakal.
"Oooh, I'm kinda miss you so much," kata Ray sambil buka pintu almari yang dikunci Ray tadi.
Ray keluarkan sesuatu dari almari itu.
Kamelia ternganga, terlopong. Terus perasaan crush dengan Ray kini menjadi abu dalam lipatan sejarah.
--
"Kita berada di lima minit lagi awal dari kejadian masa kita kena serang dari Hang Lepar tadi. Sekarang, cari kucing kau, dengan satu syarat," kata Tanty.
"Apa?"
"Kau jangan benarkan diri kau bertemu dengan diri kau sendiri. Nanti partikel dalam badan kau tak stabil, badan kau akan meletup."
"Kenapa?"
"Sebab tak mungkin dia entiti sama dalam satu tempat. Kalau kau nampak diri kau, ha, yang tengah makan jambu atas pokok tu, kau jangan jumpa diri kau."
"Huish, kita ni sekarang macam hantu la," kata Adli.
"Jaga-jaga, kau cari kucing kau, lekas," kata Tanty.
"Billie Joe....chuk chuk chuk! Mana kau ni," kata Adli, matanya melilau pandang kucing warna oren.
"Alamak, dia dekat pokok tu la pulak, aduuuuhhh, sakitnya badan aku ni. Pundek," Adli mula rasa effect dirinya berdekatan dengan dirinya lagi satu. Dia harus mengelak daripada terserempak dengan Adli yang lagi satu.
Tiba-tiba ada orang serkup Adli dengan selimut putih.
"Aku, Tanty. Shhh!"
"Mana kau rembat selimut ni?"
"Ada orang sidai kain tadi. Aku rembat la," kata Tanty.
Adli nampak geng-geng Hang Lepar mengacau Eleena. Dan nampak Nizam menumbuk assistant Hang Lepar sampai tercabut kepalanya.
"Ha, kimak punya Billie Joe! Orang tengah perang, kau boleh berjimak pulak kat situ," kata Adli.
"Shit, Eleena dah kena culik dengan Hang Lepar, aku mesti lakukan sesuatu! Tanty, ikut aku!"
"Apa dia?" tanya Tanty.
"Kita sergah Hang Lepar."
"Lepaskan saya! Lepaskan saya! Lepaskan saya!" jerit Eleena bila tangannya ditarik oleh Hang Lepar sebelum menaiki kuda.
"Okay, satu dua, keluar!"
"Maaaaaaaakkkk pocongggggg!" jerit Hang Lepar sampai dia terjatuh dari kuda. Nizam sambut Eleena dari terjatuh, sebelum chopslam Hang Lepar dan terbenam ke tanah.
"Shit, aku nampak diri aku pulak," kata Adli.
Sebelum Adli bertembung dengan dirinya dan menyebabkan atom-atom badannya berkecai, baik dia blah dulu dan selamatkan Billie Joe.
"Woi, dah-dah la tu berjimak," Adli terus angkat kucingnya.
Dia nampak Eleena berlari memegang tangan Nizam, dan menampak dirinya bersama Jongos dan Tanty berlari ke satu arah. Kamelia dan Ray berlari di belakang.
"Fuh, settle. Lepas ni, jom kita travel ke San Francisco, untuk berlepas ke Seattle pulak," kata Adli mengurut dada lega. Sambil tu dia dukung Billie Joe di bahu.
Tanty dan Adli berjalan kembali ke tempat mesin masa mereka mendarat tadi.
"Weh, Tanty. Kau asal orang mana eh?"
"Aku asal Selangor la. Nama taman aku, Bandar Tun Jamal Yunos."
"Jamal Tuala pun dapat Tun? Jem aku, jem!" Adli tepuk dahi.
Mereka mendapati mesin masa mereka dah hilang.
"Pundek, siapa pulak rembat ni?" Adli garu kepala.
"Hmm, kita la masa mula-mula tadi."
"Sial lah! Satu demi satu masalah! Bodoh gila, dah tu, macam mana nak balik ke 2017 ni?" tanya Adli.
"Kena pergi ke rumah Hang Lepar yang mencuri mesin masa kita masa mula-mula la."
Adli dah pening kepala. Dia rasa dah berbelit-belit cerita ni.
"Jap jap jap! Mesin masa yang kita naik tadi tu, mana datang?" tanya Adli.
"Masa kita sampai tadi la," kata Tanty.
"Dah tu, macam mana boleh ada mesin masa tadi?" tanya Adli.
Tanty dah hantuk-hantuk kepala ke pokok.
"Shit! It's a loop!" kata Tanty.
"Maknanya?" tanya Adli.
Nanti, mesin masa akan kembali, sebab kita dari tahun 2017, ke masa Hang Lepar tarik tangan Eleena tadi, dan benda akan berpusing-pusing macam tu je. Dan kita akan ulang benda ni lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan kau akan nampak lebih banyak diri kita akan tiba di sini. Masa tu, kalau kita bertembung, atom kita berkecai," Tanty cuba terangkan konsep time loop pada Adli.
"Jadi, macam mana?" tanya Adli.
"Kita kena pergi rumah Hang Lepar jugak!"
"Aku mana tau rumah si cibai tu. Dah mamat ni terbenam dalam bumi pulak! Ah fuck la!"
"Adli, sorok!" kata Tanty.
Tanty tarik tangan Adli. Berderau jantung Adli.
"Wow!"
"Dah kenapa kau?" tanya Tanty.
"Macam ada sentuhan listrik la," kata Adli.
"Apa tu sentuhan listrik?" tanya Tanty.
Adli hanya diamkan diri. Entah kenapa dia rasa lain macam tadi.
Adli nampak dirinya dan Tanty yang satu lagi sedang berjalan ke arah tempat mesin masa mendarat tadi.
Dengan dialog yang sama.
"Weh, Tanty. Kau asal orang mana eh?"
"Aku asal Selangor la. Nama taman aku, Bandar Tun Jamal Yunos."
"Jamal Tuala pun dapat Tun? Jem aku, jem!"
Adli tekup mukanya.
"Shit! Dia ulang-ulang macam tu!"
"Itu yang aku cuba jelaskan kat kau tadi," kata Tanty sambil berjalan di celah pokok-pokok hutan.
"Dah macam cerita Looper pulak. Tak pun videoclip Redundant lagu Green Day, we are living in repetition jeng je jengggg!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top