28 - Magnesium Alloy
"Tulang kau ni tak hancur beb, cuma retak. Jadi aku tak rasa aku perlu ganti tangan baru. Tapi, aku buat reinforcement pada tulang kau dengan magnesium alloy, 86 peratus magnesium, 14 peratus silicon carbide. Bahan ni adalah bahan paling kuat, tapi paling ringan. Bermakna, kalau kau swing tangan kau bagi penumbuk kat orang, kau rasa ringan, tapi, muka budak tu barai berkecai. Serius beb, tangan kiri lu ni kuat macam Wolverine, brader," kata Adi sambil mula nak cucuk bius di lengan Nizam. Eleena dan Kamelia turut menemani Nizam.
"Kejap, kejap. Awak ni betul ke, doktor?" tanya Eleena.
"Dr Adiputra. Dulu gua masa kecik, budak genius. Masuk paper. Lepas tu bila gua dah remaja, gua fedap. Gua jadi skinhead. Tapi gua tak quit medical school gua. Dengan teknologi zaman gua ni, lu orang tak boleh bayangkan punya. Pernah fikir jantung orang boleh print pakai 3D printer?" tanya Adi pada Eleena.
"Bukan apa der, ni, aku nak cakap dengan kau sikit. Awek kau ni, cantik. Kau pulak, sikit-sikit sakit. Karang apa-apa jadi, payah der. Orang zaman sekarang bukan boleh caya," Adi mula mencucuk bius pada lengan Nizam.
"Kau rilek je. Kau bayangkan kau sedang lepak di atas gunung. Kau kalau nak tenang, kau suka dengar apa?" tanya Adi.
"Sigur Ros," kata Nizam, perlahan.
"Music, Sigur Ros!" jerit Adi. Tiba-tiba lagu Olsen Olsen berkumandang.
"Wooo, macam tu je kau on radio eh?" tanya Nizam.
"Zaman bila kau hidup panggil radio ni? Radio ni benda-benda ancient, purba. Dah boleh sama rank dengan modem Internet, telefon pusing, dan Firaun. Dah boleh masuk muzium. Zaman sekarang kami ada smart software di dinding rumah yang diberi nama TransmitX, iaitu sejenis panel dinding atau siling yang akan pasang lagu mengikut mood kita."
Eleena terkebil-kebil.
"Ada berapa lagu?" tanya Kamelia.
"Dalam database aku ada lebih 50 juta lagu yang berjumlah 8 exabyte," Adi senyum, sambil mula menyiapkan tulang dari magnesium alloy untuk dipasang ke tangan Nizam.
"8 exabyte...kejap, berapa gig eh?" Kamelia pandang Eleena.
"8 billion gigabyte," kata Eleena.
Kamelia hanya tercengang mendengar kecanggihan sistem audio Adi.
"Lepas ni jangan suruh dia ajak orang lawan gusti lengan. Mampos tangan orang tu berkecai kalau mamat ni genggam kuat," kata Adi, yang mula membedah tangan Nizam yang mulai khayal dengan ubat.
--
Selepas 4 jam, pembedahan tangan Nizam, selesai. Dengan teknologi canggih, segalanya siap dengan mudah.
"Der, kulit kau ni, aku ambik sel kau dan membiakkannya jadi kulit kau. Begitu gak dengan daging kau. Cuma sekarang, tulang kau dah reinforced dengan magnesium alloy. Aku bagi amaran, kalau kau bengang gila ke apa, kau jangan tumbuk, kau jangan apa. Karang mati anak orang. Tangan kau ni, tumbuk dinding, pecah dinding. Jangan ajak lawan gusti lengan, nanti patah tangan orang. Kalau nak toceng..."
Eleena dah pandang panas kat Adi.
"Kalau je, kalau tak nak, takpe. Kalau nak toceng, pakai tangan kau yang lagi sebelah. Karang terpenyek pulak adik kau, dah satu kerja kau kena time travel ke sini untuk aku bikin konek kau," kata Adi sambil tersengih mata kecik je pandang Nizam.
"Berapa lama luka tangan aku nak sembuh ni?" tanya Nizam.
"Tu, dah baik tu. Cepat, kan? Sebab sel-sel kat tangan kau cepat bercantum."
Nizam pandang tangannya dengan perasaan yang kagum.
"Kau nak test? Kejap, aku ambik sebijik periuk," Adi berjalan menuju ke dapur. Dalam dua minit, dia kembali.
"Okay, fokus. Kau tumbuk periuk ni sekuat hati kau."
Dengan sekuat hati Nizam tumbuk, dan periuk itu tembus. Tapi tangan Nizam tak rasa sakit.
"Fuyoo!" Nizam mula kagum dengan diri sendiri.
"Jangan syirik kahfi, anda. Nanti Tuhan tarik nikmat tu nanti," kata Kamelia.
"Kalau main gitar macam mana?" Nizam ni, benda tu dia paling risau.
"Kau jangan tekan chord kuat sangat. Tekan perlahan. Karang patah jugak gitar kau. Jari kau dah cukup kuat dengan sedikit sentuhan. Oh ya, kalau finger..."
Sekali lagi, Eleena pandang slack.
"Aku beritahu je. Guna tangan yang lembut. Karang susah pulak," Adi naik kening.
Bengang pulak Eleena tengok Adi senyum-senyum gatal macam tu.
"Dah, jom balik. Nizam, baik-baik, jaga-jaga tangan tu. Guna bila perlu, faham. Jangan salah guna," kata Adi.
"Fuh, nasib baik tangan kiri kau yang patah. Kalau tangan kanan, payah gak nak salam kau ni," kata Adi, sambil bersalam dengan Nizam.
--
Balik dari rumah, nampak Adli sedang mencangkung depan rumah, hisap rokok John dia yang masih tak habis-habis. Kamelia jeling tajam, mukanya masih marah dengan Adli.
"Cinta, bagi saya cakap dengan Adli. Awak masuk dalam dulu ya?" kata Nizam sambil mencium pipi cinta hatinya. Eleena mengangguk faham.
Nizam duduk di sebelah Adli. Hanya menunggu Adli membuka kata.
"Tangan kau dah okay ke?" tanya Adli.
"Better than ever, heh!"
"Bak sini lawan tangan aku," kata Adli.
"Jangan, terpeleot tangan kau nanti," Nizam ketawa.
"Banyak cakap, jom!"
Adli genggam tangan Nizam, Nizam tekan sikit je.
"Fuck! Fuck! Fuck! Fuck! Woi, lepas woi! Bapaklah, tangan kau ni besi waja ke apa sial?" Adli tiup-tiup tangannya selepas meraung kesakitan.
"Adi bikin tangan aku, ada magnesium alloy. Sekali tumbuk, dah berkecai," kata Nizam.
"Ni macam cerita komik Pendekar Laut yang aku baca masa kecik-kecik tu je. Tangan dia besi, bila tumbuk boleh membelah bumi," kata Adli.
"Lebih kurang la, heh!" Nizam ketawa.
Adli diam balik. Kemudian dia pandang Nizam.
"Zam, sorry tau. Pasal aku, tangan kau..."
"Kalau tak robot tu terjatuh kat tangan aku ni, aku takde tangan besi ni. Takde hal la, Li."
"Kau asyik eksyen je dengan aku tangan besi tu. Kalau tangan kau power, cuba kau tumbuk pokok sebelah tu," kata Adli.
"Kau tengok ek," Nizam tersengih. Nizam bagi penumbuk tepat pada pokok itu, langsung pokok tu tumbang dan batang kayunya terbelah dua.
"FULAMAKATAAAAAAAKKK!"
Terkejut beruk Adli melihat kekuatan tangan Nizam.
"Ini sekali karate je dah boleh menuju alam barzakh dah ni, Zam. Takutnya aku dengan tangan kau ni!" kata Adli.
"Tapi aku kena gunakan dengan bertanggungjawab. Payah jugak memandangkan tangan kiri aku ni tangan kuat aku. Kau bayangkan, aku nak cebok berak pun kena pelan-pelan, karang senak jubo aku," kata Nizam.
Adli hanya gelengkan kepala tanda tak percaya apa yang dilihatnya.
"Weh, Adli, kita dah kawan sejak darjah empat, kan? Kau ingat tak, aku 4 Orked, kau 4 Siantan. Kau nampak aku kena henjut ketampi sebab tak siap homework Matematik. Lepas tu, kau ajak aku dajal kereta cikgu Zarina tu, kan?" kata Nizam.
"Meletup tebabo enjin kereta dia. Aku letak kat piston enjin dia air cincau aku beli kat kantin tu. Baru dia tau tinggi rendahnya langit tu," kata Adli ketawa.
"Kau dah jadi best friend aku lama gila, Li."
"Cuba kau cakap je terus, Zam. Jangan belok-belok," kata Adli.
"Kenapa sejak hari tu, kau macam marah-marah Kam? Kau suka dia, kan?" tanya Nizam.
"Tu memang. Tapi aku tak kisah kalau dia tak suka aku, Zam. Aku pun memang tak nak relationship-relationship ni. Aku cuma tak nak Kam kecewa, sebab..."
Adli terus berbisik pada Nizam.
"Haah, bukan kau sorang je nampak, aku pun nampak," kata Nizam, menunjukkan reaksi terkejut.
"Serius lah? Bila kau nampak?" tanya Adli.
"Hari tu. Masa tu aku lepak bilik dia, dengar lagu. Pastu aku jalan sikit kat bilik dia, aku terlanggar almari."
"Ah, kau memanjang la terlanggar itu ini," kata Adli.
"Lepas tu, aku try la tutup almari dia. Ketat, aku macam, apa benda la dalam almari tu. Rupanya benda tu halang almari tu tutup."
"Panjang pulak tu."
"Tu la pasal," kata Nizam.
"Aku tak nak hati Kam hancur bila tahu perkara sebenar. Aku tau, berdasarkan bendalah tu, Ray bukan..."
"Sealiran..."
"Exactly. Tambah pulak aku tengok Kam tu macam angau gila dengan Ray. Pandang mata tak kelip-kelip."
"Dah tu, kau cakap je la dengan dia perkara sebenar," kata Nizam.
"Kau ingat senang nak cakap dengan Kam dengan perkara macam tu? Aku tak tahu, Zam. Aku cuba nak cakap, tapi aku tak nak dia kecik hati, atau dia ingat aku dengki dia dengan Ray. Dia tu nampak je keras, tapi rapuh tu."
Nizam nak letak tangannya ke bahu Adli, tapi Adli mengelak.
"Woo, kang patah bahu aku karang," kata Adli.
"Celaka, aku tak ingat pulak tangan aku dah power gila," kata Nizam.
"Cibai, berlagak doh kau ni. Weh, habis tu, nak main gitar macam mana? Patah la gitar kalau kau pegang?" tanya Adli.
"Kena pegang perlahan-lahan. Aku kena belajar control tangan kiri aku ni."
"Fuck, takut la bodoh," kata Adli.
Nizam sentuh pakai tangan kanan.
"Woi!" jerit Adli.
"Tangan kanan takpe, ni tangan biasa."
"Kau nak toceng macam mana? Karang patah karang, merana Eleena nanti."
"Pundek."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top