26 - 2057

Mereka berenam berada di depan bangunan Lawrence Berkeley Laboratory UC Berkeley, sambil Eleena buka pelan bangunan yang dirembat dari bilik Laura, oleh Nizam. Celaka mamat ni, dalam tangan patah pun dia boleh menyelinap dan menyelongkar tanpa dikesan.

Tapi Ray la tolong cover, kononnya nak cari buku.

Ray pandang arah sekeliling bangunan, dan memerhati di mana pak guard atau polis bantuan yang menjaga bangunan. Kamelia, juga memerhatikan bangunan, pura-pura menjadi awek yang berjogging di sekitar kawasan kampus.

Semua agak nervous, kecuali Adli. Dia boleh tenang makan waffle chocolate yang dia beli di kafeteria. Memandangkan kat sini takde jual karipap sardin kegemarannya, waffle pun jadi lah.

Semua menanti isyarat Ray dan Kamelia yang sedang pusing sekitar bangunan.

Eleena dan Tanty sedang menanti isyarat, sementara Nizam, akan berlakon sebagai seorang OKU yang memerlukan bantuan untuk naik tangga. Sempat lagi pinjam tongkat Ray masa dia jatuh motor dulu.

Kamelia bagi signal, semua dah clear. Ray bawa masuk laptop dan menggunakan skil hackingnya untuk mengawal sistem penggera keselamatan.

"Cinta, go!" Eleena tepuk bontot Nizam.

"Aww," Nizam jeling manja.

"Au hemhang hang," kata Adli sambil mengunyah waffle.

"Adli, makan kasi habis la dulu baru cakap, dari dulu aku dah cakap," kata Nizam.

"Pergi la cepat, gila. Kang kau tempang betul-betul karang," kata Adli.

Dengan tangan patah dan kaki terjungkit, Nizam berjalan menuju ke tangga.

Tiba-tiba Nizam pura-pura jatuh depan pak guard yang sedang makan donat. Pak guard tu buat bodoh je.

"Shit, rancangan kita gagal!" kata Adli yang usha dari jauh.

Tiba-tiba ada seorang gadis SJW datang dan bagi syarahan kesamarataan warna kulit pada pak guard tadi.

"Why you didn't help him, you racist jerk! He need your help and you're abandoned him. What kind of citizen you are, you are against humanity value!"

Nizam buat selamba masuk masa pak guard tu membebel.

Ray terus hack sistem keselamatan. Masa kecoh-kecoh itulah, orang merakam video pakai telefon.

"Kam, masuk, now," kata Ray melalui voice message.

"Korang, now!"

Eleena, Tanty, dan Adli terus masuk menuju ke dalam bangunan. Tanty tengok jam, pukul 9:28 pagi. Bermakna nanti bila dia nak balik ke sini semula, dia akan set masa jam 9:30 pagi untuk mengelakkan pertembungan.

"Tingkat 3, sayap kanan, bilik nombor 24 go go go!" kata Tanty sambil berlari.

Nizam terus campak tongkat tadi sebaik sahaja nampak Eleena, Adli dan Tanty berlari.

Adli berhenti, tunggu Kam.

"Tunggu apa lagi cibai, Kam cover Ray, gila!" kata Nizam yang mula berlari.

Ray sudah matikan penggera yang pertama, dia mula bergerak.

"Kam, let's go!" Ray pegang tangan Kamelia. Terasa bahagia kejap Kamelia.

Nizam dan Adli mula menyelinap menuju ke tingkat 3.

"Korang, line clear kat sini," kata Nizam, sambil menunggu Eleena dan Tanty.

"Hey, you're not authorized to go there," kata seorang pak guard yang nampak mereka berlari di koridor.

Adli pergi tunjuk jari tengah. Panas la pak guard tu, kejar bawak cota.

Adli baling guli ke lantai dan akibat lari takde brek, pak guard tu tergolek.

Ada pak guard dari arah penjuru lain pula, menuju ke arah Eleena dan Tanty.

Nizam terus pegang tangan Eleena, dan Adli pegang tangan Tanty.

"Lari laju sikit, sengal!" kata Adli.

Lengan Nizam yang bersimen tu terlanggar dinding dengan impak yang kuat.

"Arrggghhh!"

"Cinta, lekas bangun," Eleena tarik lengan Nizam lagi satu.

"Sakitlah cinta!"

"Maaf, terpaksa!"

Tanty tekan password bilik cyclotron itu dan masuk.

"Ini dia, mesin masa! Cepat semua!" Tanty mula menekan-nekan masa dan tempat.

"KL 101, Kuala Lumpur, 2057!"

Kamelia dan Ray sampai di bilik dan masuk ke dalam mesin masa.

"Adli, pakai seatbelt. Ini bukan kereta, ini mesin masa!" kata Tanty.

Eleena dan Nizam agak lambat kerana tangan Nizam yang kesakitan.

"Hey, stop!" kata pak guard yang dapat capai kasut Nizam. Nizam terjatuh lagi, tapi berjaya bangkit dengan kaki ayam sebelah.

"Eleena, cepat naik!"

"Nizam!"

Nizam masuk dalam mesin masa, dan Tanty terus tekan butang merah.

Dan mereka bergerak terus menuju ke tahun 2057.

--

Mereka tiba di tempat letak kereta bangunan pencakar langit KL 101.

"Perodua Elmira XL VNNS 3133 Y, right here!" kata Tanty sebaik sahaja dia memakai iGlassnya.

Keretanya mula bergerak menuju ke arah Tanty. Tanty gunakan ibu jarinya untuk membuka pintu kereta.

"Destination, Prof's Mohan house."

"Destination confirmed."

Kereta mula bergerak sendiri.

"Peh, driverless car, siot!" Adli kagum.

"Whoa, KL macam ni ke bila tahun 2057," Nizam terkebil-kebil melihat bangunan tinggi di sana sini.

"Mana KLCC?" tanya Kamelia.

"Adalah celah-celah tu, dah ada bangunan lagi tinggi banyak dah," Tanty tenang sebaik sahaja kereta mula menyusuri lebuhraya bertingkat menuju ke Petaling Jaya.

Ray tergamam. Dia tak pernah membayangkan Kuala Lumpur sebegini besar dan bangunan tinggi-tinggi.

"Cinta, cuba tengok tu, orang tu cakap dengan hologram," Eleena cuit bahu Nizam.

--

Kereta Perodua Elmira tiba di depan rumah Professor Mohan, Professor Mohan dan pembantunya, Adi sedang membaiki robot memasak.

"Prof.."

"Ha, Tanty. Macam mana dengan report kegagalan Pakatan Harapan tahun 2017?" tanya Professor Mohan yang sedang fokus membaiki robot.

"Prof..."

"Apa lagi kau ni? Ni malaon mana pulak kau bawak ni?" tanya Professor Mohan.

"Prof, mereka ini dari tahun 2017..."

"Aku dah kata jangan bawak orang dari zaman lain ke sini, nanti kacau macam zaman Alif Akbar dulu, kau tak ingat ke? Itulah, banyak sangat makan belacan," Professor Mohan cekak pinggang.

"Saya ada masalah. Mesin masa saya telah dibawa oleh adik dia ni..."

"Sedara aku la," kata Adli.

"Ya, sedara dia, ke tahun 1874," kata Tanty.

"Macam mana kau boleh ke sini kalau takde mesin masa?" tanya Professor Mohan.

"Eleena dan kawan-kawannya tempah tiket ke San Francisco, dan ke UC Berkeley untuk pecah masuk ke bilik cyclotron Professor Robert Halley dan masuk ke mesin masa dia, dan sekarang mesin tu ada di tempat kita letak mesin masa kita, macam biasa," kata Tanty.

"Macam mana kau nak pulang balik? Mengamuk orang tua tu karang!" kata Professor Mohan.

"Saya perlukan bantuan Prof untuk membuat calculation yang tepat untuk ke tahun itu dengan mesin masa yang lama, saya takut loop berlaku nanti," kata Tanty.

"Hish, tu la, masa dalam kelas, sibuk berbual dengan si tua kutuk Alif Akbar. Dah la dapat boyfriend tua, kejap la, aku tak senang ni. Ni budak-budak hingusan ni, siapa nama?" tanya Professor Mohan.

"Prof, Prof lahir 2007," kata Tanty.

"Ahah! Aku lagi tua dari kau, professor gila!" jerit Adli.

"Entah, suka-suka je nak panggil kitorang budak-budak hingusan, lempang kang," Kamelia peluk tubuh tak puas hati.

"Kau ni baya Jongos je," kata Adli.

"Nama saya Eleena Mahathir. Bukan anak pengerusi parti bunga raya, terima kasih."

Eleena malas nak terangkan panjang-panjang tentang nama ayah dia.

"Weh, lawa doh baju kau, mana dapat, Sex Pistols doh," kata Adi sambil pegang bahu Adli.

"Aku yang beli," kata Kamelia, tak pandang Adli.

"Jap, nama kau siapa doh? Aku Adi. Adi Skin."

"Aku Adli, Adli Margera. Kau budak skin ke? Skinhead SHARP ke Skinhead Nazi?"

"SHARP la brader. Nak mampos ke join Nazi? Jom, malam ni kita skankin?" tanya Adi.

"Mana?"

"Nanti aku bawak kau port baek punya! Boleh kita makan weed smoke candy."

"Aku dah pernah rasa dah smoke candy tu," kata Adli dengan muka ego.

"Fuyoo, bee's knees la brader. Kejap, abang ni kan Adli Margera yang jadi legend game cikgu-cikgu, ustazah-ustazah tu? Nama abang sampai sekarang disebut-sebut! Abang memang power gila la," Adi Skin macam memuja-muja Adli.

Adli buat muka angkuh la macam biasa. Dia rasa reputasinya selaku Margeraist tegar sangat dihormati di kalangan budak-budak yang tak suka benda skema ni.

"Yang muka nerd ni, siapa? Tangan kau tu dah kenapa?" tanya Professor Mohan.

"Nama saya Nizam. Tangan patah."

"Adi, nanti kau bawak budak Nizam ni pergi kilang 3D printer kita. Kau print tangan baru untuk dia. Kesian pulak dia nanti tak boleh toceng," kata Professor Mohan.

"Kenapa dia perlu toceng pulak?" tiba-tiba Eleena bersuara.

Semua pandang Eleena.

"Oops," Eleena segan sorang-sorang.

"Yang tomboy tak siap ni, siapa pulak?" tanya Professor Mohan.

"Woi kau mulut jaga sikit, karang tak pasal-pasal...." Kam dah sinsing lengan.

"Kam, tenang. Kita kat tempat dia, zaman dia," Eleena pujuk.

"Kamelia. Kamelia Ramlan."

Tiba-tiba muka Professor Mohan berubah. Macam ada bad experience dengan Kamelia.

"Maaf sifu, saya minta maaf," kata Professor Mohan sampai melutut.

"Pahal pulak kau ni?" tanya Kamelia.

"Saya dulu belajar muay thai dengan puan, saya belajar 2 minggu je sebab tak tahan," kata Professor Mohan.

"Bagus. Lain kali kau respek aku sikit," kata Kamelia, tinggikan suara.

"Yang ni, siapa nama?"

"Ray, Ray Mustafar. Kawan dorang ni semua."

"Korang semua dah makan ke belum? Robot memasak kitorang rosak. Korang okay ke kalau makan protein segera?" tanya Professor Mohan dengan nada bersopan santun.

"Apa benda tu? Makanan budak-budak sado ke?" tanya Adli.

"Diperbuat dari enzim protein, teknologi dari New Zealand. Masa 2 minit, tapi bila makan, rasa daging lembu, ayam atau ikan," kata Tanty.

"Orang dah tak makan ayam betul ke?" tanya Nizam.

"Ada, tapi mahal."

"Alaa, dah la aku suka makan sambal ayam."

"Dah, kita masuk ke dalam dan bincangkan apa yang patut," Professor Mohan masuk ke rumah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top