24 - Adli Eleena Curhat

"Korang pergi mana je tadi?" tanya Kamelia pada Nizam, Eleena dan Adli di stesen BART Embarcadero.

"Kami semua main arked di Musee Mecanique, lepas tu, awak nak tau, Adli ni tengah main pinball, terlanggar bahu siapa? Billie Joe Armstrong!" kata Eleena bertepuk lengan Kamelia.

"Seronok la kau, Adli, jumpa idola kesayangan kau," Kamelia usik Adli. Adli hanya diam membisu, masih lagi takde mood nak bercakap.

"Awak dengan Ray pergi mana?" tanya Eleena.

"We all going to The Haight, to see Grateful Dead house. Lepas tu, we all pergi kat satu kedai hippie kat situ. I temankan Kam belikan vinyl favorite Wak Ramlan," kata Ray. Kamelia punyalah senyum gembira.

"Wow, Scott McKenzie! Cool gila!" Nizam capai beg Kamelia, dan tengok vinyl yang dibeli oleh Kamelia.

"Grateful Dead, Big Brother and the Holding Company, Cream, Jefferson Airplane! Weh, nanti test la pasang," kata Nizam, excited dengan koleksi vinyl Kamelia.

Tanty dan Juliana tiba di stesen BART. Nampak muka Tanty macam pelik.

"Where you guys going?" tanya Ray.

"We've went to Cha Cha Cha," kata Juliana.

"Eating Carribean food?" tanya Ray.

"No just have few shots of rum, haha!"

Patutlah tingtong si Juliana ni. Dan patutlah muka Tanty pelik.

Keretapi tiba di stesen.

Adli hanya pandang sahaja kemesraan Ray dan Kamelia. Muka dia tak senyum langsung pun. Tapi sebenarnya dalam diri Adli, dia confused. Dia tak tahu perasaan apa ni. Kenapa dia harus cemburu bila Kamelia rapat dengan Ray? Sama la bila dulu dia rapat dengan Ustazah Mardihah, dia pun rasa kenapa Kamelia nak cemburu pulak? Atau anak tokan si Atikah Suhaimi tu? Bukan main marah lagi dia.

Tanty pulak dah pishang dengan Juliana yang asyik membebel tentang perjuangan feminis dari kat kafe Cha Cha Cha tadi.

"Awak okay, Adli?" tanya Eleena sebagai sahabat yang prihatin.

"Adli, chill lah. Tak punk rock la macam ni. Mana Adli pujaan orang ramai ni? Nak emo-emo jadi Hafiz la," kata Nizam.

"Awak ni, janganlah usik dia macam tu. Biarkan dia, nanti dia okay la tu," kata Eleena.

--

"Wow, Eleena! Your butterscotch cookies are the best I've ever tried in many, many years! I never thought this cookies will transformed me to be a pterodactyl in a Jurassic world," puji Laura sebaik sahaja mereka tiba di rumah.

"Wow, look at that," Laura pandang Kamelia dan Ray saling ketawa dengan lawak masing-masing.

Adli terus masuk rumah, tak banyak cakap, dan terus mandi.

Lepas mandi, dia terus simpan baju Kerplunk Green Daynya dalam beg. Dia sayang baju tu, walaupun ada bekas sos cili dan cheese, tapi ada sign Billie Joe, dia tak nak basuh. Kalau boleh dia nak frame baju ni.

Adli sarung baju Rage Against The Machine Evil Empire, dan terus sumbat telinga kat earphone sambil baca komik manga yang dia beli di Jepun.

Lagu Bulls on Parade berkumandang di gegendang telinganya, seolah-olah menjerit pada dirinya, "weh, kau Adli Margera! Kau tak boleh cengeng pasal chinggey. Kita kena terus rebel dan tak jadi lembik macam mat sendu."

Gorengan gitar Tom Morello dan rapping Zach de la Rocha membuatkan dia terus bersemangat.

Kamelia nampak Adli seorang diri baring sambil membaca komik sambil dengar lagu dalam earphone.

"Weh, Adli. Tengok apa aku beli untuk kau," kata Kamelia. Kamelia belikan dia t-shirt Sex Pistols. Dia tau Adli suka band macam ni.

Adli ambil lepas tu letak tepi macam tu je.

Kamelia dah rasa pelik dengan reaksi Adli.

"Weh, kau kenapa ni? Tiba-tiba moody je," kata Kamelia. Adli buat bodoh. Dia macam tak nak layan Kamelia.

Kamelia buka earphone di telinga Adli.

"Jangan kacau aku lah, fuck you!" Adli terus bangun dan blah dari bilik. Kamelia terpinga-pinga tak faham kenapa tiba-tiba Adli herdik dia macam tu.

"Kam?" Eleena masuk bilik. Kamelia masih terkejut dengan herdikan Adli.

"Saya tak faham kenapa tiba-tiba Adli jerit kat saya macam tu. Saya ada buat salah kat dia ke?" tanya Kamelia.

Eleena serba salah. Dia perlu cover Adli untuk tidak mengeruhkan keadaan. Untuk ini, Eleena terpaksa buat bohong sunat. Kalau Eleena cerita perkara sebenar, takut Adli terguris hati pada dia pulak.

"Mak dia, makcik dia marah dia sebab Jongos. Awak janganlah ambil hati dengan dia," kata Eleena.

"Kita kat sini pun sebab nak selamatkan Jongos lah. Tak perlulah marah saya macam tu," Kamelia tahan sebak.

"Dia tengah tertekan tu. Sebab tu dia bad mood dari tadi lagi. Awak tak tengok dia punyalah excited bila jumpa Billie Joe tadi. Lepas tu dia dapat message mak dia je, terus muka dia merah padam macam tu. Bagilah dia cool down dulu, nanti dia okay la," Eleena tepuk bahu Kamelia.

Kamelia hanya sandar bahunya pada Eleena.

"Awak tau tak Eleena, bila saya sedih, awak bertiga akan ada untuk saya. Saya paling takut kalau kita berempat berpecah belah dan tak kawan lagi," kata Kamelia.

"Kalau kita ada rezeki, kita akan bersama sampai bila-bila," kata Eleena, pegang erat bahu Kamelia.

--

Ray ajak Nizam dengar muzik di biliknya.

"Woo, Incubus S.C.I.E.N.C.E! Sailing Catamaran Is Every..."

"...Nautical Captain's Ecstasy!" jerit serentak mereka berdua.

"You are a music geek, Nizam. Tak ramai yang tahu nama penuh album ni. Kau ada band?" tanya Ray.

"Few bands," kata Nizam.

"Gila la kau! Orang nak ada satu band pun bertuah tau. Mesti power kau main gitar ni."

Mereka berdua dengar lagu dari kumpulan Incubus berjudul New Skin.

"Ray!" dengar suara Laura memanggil anak tirinya.

"Kejap ya, my stepmom panggil," Ray terus keluar dari bilik.

Nizam curious, dia tengok keliling bilik Ray, apa lagi benda yang best yang ada dalam bilik dia.

Dia terlanggar almari, dan pintu almari terbuka.

"Adoi, almari kau ni," Nizam gosok-gosok kepala.

Dia nak tutup pintu almari tu, tapi macam ketat sikit.

"Apa benda yang jam ni," Nizam bermonolog.

Dia pandang dalam almari Ray.

"What the hell?"

--

"Hey, Adli. Jom la kita pergi Gilman, ada gig punk malam ni," kata Ray sambil bersiap-siap nak pergi gig.

Nizam pun turut bersiap-siap, dengan pakai sweater Supreme favoritenya.

"Adli, jom la pergi. Bukan kau nak pergi Gilman ke selama ni," Nizam tepuk bahu Adli. Adli tepis tangan Nizam, seperti tidak mahu ditegur.

"Apahal pulak ni?" Nizam rasa pelik. Selama ni Adli jenis chill je.

Kamelia pandang Adli dengan satu pandangan yang cuba untuk faham apa sebenarnya masalah dalam diri Adli.

"Woi, kau dah kenapa ni?" tanya Kamelia.

"Korang nak pergi, pergi lah. Aku tak larat, demam."

Nizam pandang Adli dengan pandangan yang pelik.

"Jarang betul kau demam ni, Adli?" tanya Nizam.

"Hanya sebab aku jarang demam, kau ingat aku tak boleh demam ke, setan? Kau nak pergi, pergilah! Jangan kacau aku, boleh tak?" Adli terus blah dari kerusi sofa dan berjalan keluar.

"Well, okay la, jom lah, kita pergi," kata Ray. Kamelia hanya pandang Adli yang duduk jauh dari semua orang.

"Cinta, nanti dulu!" tiba-tiba Eleena mencelah.

"Apa dia?"

"Awak nak pergi gig kan?"

"Haah."

"Buka spek awak," kata Eleena.

"Nanti tak nampak?" kata Nizam.

"Awak nak patahkan cermin mata pusaka arwah ayah saya ke? Lain kali buat contact lens kalau awak ni kaki gig, faham?" kata Eleena sambil ambil cermin mata Nizam.

Baru dua langkah, Nizam dah langgar tiang rumah.

"Kam, tolong tengokkan si Nizam ni, risau betul," kata Eleena.

"Awak tak nak pergi ke?" tanya Kamelia.

Eleena hanya gelengkan kepala dan pandang pada Adli. Kamelia faham, Eleena nak pujuk Adli.

Kereta Ray mula bergerak, dan Eleena duduk di sebelah Adli.

"Bukan main ligat lagi si Kam dengan Ray," tiba-tiba Adli bersuara.

"Bukan masa mula-mula saya nampak awak okay dengan Ray ke? Kenapa tiba-tiba je awak macam ni?" tanya Eleena.

"Aku pun tak faham kenapa aku nak marah. Agaknya aku tak pernah rasa perasaan ni benda yang serius, kot?"

Eleena angguk.

"Sebelum Nizam, kau pernah ada pakwe lain?" tanya Adli.

"Masa sekolah rendah cinta budak-budak tu biasa lah. Tapi jujurnya, saya jadi tumpuan ramai lelaki. Nak tau cerita tak, masa saya sekolah dulu, saya duduk kat meja je, sekurang-kurangnya lima orang nak belanja saya makan. Padahal saya lagi kaya dari mereka. Tak faham saya, masa tu lah."

"Peh, statement kau?" lepas tu Adli gelak.
"Ada tak lelaki yang pernah buat kau tak keruan?" tanya Adli.

"Masa di Jakarta dulu ada la, abang senior. Nama dia, Roman Basuki Tsumadja. Cina Indonesia. Kristen."

"Woo, jap jap, Nizam tau tak ni?" tanya Adli.

"Nizam dengan Kam dah tau, cuma saya jarang menceritakannya. Dia pun nak saya, tapi bila saya found out dia suka mainkan perasaan perempuan, saya game dia balik."

Adli gelak.

"Kau buat apa?"

"Buat-buat suka dengan dia. Set revenge for a friend," kata Eleena.

"Whoaaa, ada kerja terlarang tak?" tanya Adli lagi.

"Wooo, nope. Nizam is my first. Tapi si Roman tu ada la nak try saya. Masa dia cuba tu lah, Encik Osman tak kasi dia. Arwah ayah siap warning dia lagi. And then dalam kekecewaan, dia pun pindah Australia, I'm not sure lepas tu dia jadi apa dah. Mati kot, haha!"

"Mati?" Adli rasa pelik.

Eleena hanya ketawa.

"Saya cakap kot, kan?"

"Apa yang buat kau rasa, bila kau nampak Nizam, kau rasa macam, 'this is the one'? Haa!"

Eleena berdehem.

"Saya tak suka lelaki yang try hard. Masa saya kat sekolah lama, setiap hari ada je lelaki yang hurung saya. Rasa macam sebiji ovum dalam ovari yang dihurung oleh ribuan sperma, awak faham tak?" kata Eleena.

Tersedak Adli dibuatnya.

"Celaka jugak ayat kau ni, Eleena!"

"Sebenarnya masa mula-mula saya datang sekolah, saya rasa rimas juga, ramai lelaki pandang saya."

"Terutamanya Rafi, kan? Aku tau, masa kau baru masuk sekolah dulu, dia paling teruk usha kau. Nizam pulak usha Kam," kata Adli.

"Kebetulan, saya masuk kelas Nizam. Kebetulan, kerusi sebelah Nizam kosong, sebab dia suka duduk belakang, kan. Jadi, saya duduk je la kerusi sebelah dia. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Saya dah perhatikan awak semua dah lama dah pun. Encik Osman lah, dia perhatikan awak semua. Kalau tak, dia takkan suka-suka je bagi saya kawan dengan awak semua. Dia rasa awak semua okay, dan Nizam okay untuk jadi boyfriend saya."

"Sebab?"

"Saya suka Nizam sebab kelemahan dia sebenarnya. Dia clumsy, dia pemalu, dia macam dorky sikit. Saya tak suka lelaki yang bragged, not my type."

"Tapi kadang-kadang Nizam tu berlagak jugak," Adli mula nak membahan member.

"But in a funny way, kan?"

"Haah."

"Adli, kalau awak suka Kam, awak cakap je kat dia. Jangan biarkan memori lama mengganggu awak. Saya buang perangai playgirl saya demi cinta saya pada Nizam. Dia pun ada trauma masa silam dia dengan perempuan. Awak pun tau kan?" kata Eleena.

Adli hanya mengangguk.

"Cari cinta yang nak memahami awak, dan yang buat awak rasa dunia ini rasa aman bila di sisinya. Jangan sebab dia cantik la, lawa la, kaya la, apa-apa lagi lah. Hati saya rasa tenang je bila Nizam ada di sisi saya, rasa bahagia."

Telefon berbunyi.

"Kam?"

"Hello? Ye Kam, kenapa? Ya Allah, macam mana tangan Nizam boleh patah?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top