22 - Billie Joe

Tanty tersedar dia tidur atas meja selepas semalaman dia menyiapkan kiraan tepat untuk menggunakan mesin masa yang dibina oleh Professor Robert Halley. Tanty tersedar sebab mendengar Laura bercakap dengan seekor dinosaur pemakan daun yang jinak dan mesra bernama Denver, The Last Dinosaur.

Mesti korang pembaca semua salah sangka dengan Tanty kan? Kau ingat Tanty ni orang macam tu ke? Dia setia dengan Alif Akbar la.

Apa benda dalam almari Ray tu, Adli tak beritahu pulak.

"Mana dorang semua? Ala, semua dah keluar ke?"

Tanty duduk kat luar, termenung sorang-sorang.

"Keluar tak ajak," Tanty tongkat dagu seorang diri. Dia sedar dia cuma seorang penumpang di zaman yang berlainan. Tapi ini semua Jongos punya pasal. Kalau dia tak rembat mesin masa Tanty, takdelah perlu dia berada dalam cerita ni.

Kejap lagi kereta Ray pun sampai untuk membeli barangan untuk masak char kuey teow yang akan dimasak oleh Adli.

"Woi, Tanty, termenung apa?" jerit Adli.

"Keluar tak ajak," kata Tanty.

"Kau bangun pukul berapa pulak nak kitorang pergi pasar."

"Awak tidur mana semalam?" tanya Eleena.

"Saya sibuk buat kiraan untuk ke 1874. Tapi saya masih gagal untuk menyelesaikan masalah loop bila kita travel nanti. Kalau mesin masa yang dicipta oleh Professor Mohan, boss saya tu, takdelah masalah loop," kata Tanty.

"Loop?" tanya Adli.

"Loop ni macam katakan kita pergi ke masa lain, nanti kita kembali, takut kita bertembung dengan diri sendiri. Bila kita bertembung dengan diri sendiri, atom-atom dalam badan kita akan berpecah," kata Tanty.

"Maksudnya, kita meletup lah?" kata Adli.

"Jadi adakah kita perlu ke tahun awak untuk bertemu dengan Professor Mohan di tahun 2057 untuk selesaikan masalah ni?" tanya Eleena.

"Awak semua okay ke?" tanya Tanty.

"Fuh, dia punya plot twist," Nizam tercengang.

"Peh, power gak tengok masa depan ni. Jap, ada kereta terbang tak?" tanya Adli.

"Jangan nak merepek la. Yang ada cuma driverless car atau plane," kata Tanty.

"Kita bincang kat dalam," kata Eleena.

--

Adli pakai apron dan topi untuk menunjukkan dia seorang tukang masak yang berdisiplin.

"Okay puan-puan, hari ini kita nak masak char kuey teow gaya Adli Margera. Bahan-bahannya, kuey teow lah. Kalau takde kuey teow, bukanlah namanya char kuey teow, betul tak? Kicap pekat, udang, kerang, telur, minyak masak...weh, ni minyak apa ni? Minyak canola?" tanya Adli.

"Lebih menyihatkan," Eleena tunjuk dua ibu jari bagus.

"Bahan-bahan tumisnya, cili merah, bawang merah ye puan-puan, bawang putih,  dan sedikit garam, oh jangan lupa sedikit air asam jawa untuk potong pedas dia sikit. Amacam, ada skill tak aku potong?" tanya Adli.

"Beb, jangan banyak cakap lah. Aku tengah rekod video ni," kata Ray.

"Mula-mula, kita blender semua bahan tumis kita sampai lumat," Adli tekan mesin pengisar. Dia kemudian tuangkan bahan tumis tadi ke dalam mangkuk.

"Kita panaskan api ya, puan-puan."

Kamelia ketawa terkekek-kekek.

"Kau kenapa gelak, Kam? Serius la sikit, ini Chef Adli tau!" kata Adli dengan separuh tegas separuh manja.

"Comel lah cara kau masak, Adli. Macam Jaafar Onn," kata Kamelia.

"Pundek, bagi la aku Chef Nik Michael ke, Jamie Oliver ke, Anthony Bourdain ke, ada ke bagi aku Jaafar Onn," kata Adli.

"Okay, minyak dah panas, kemudian kita goreng udang ni."

Creeeeeeehhhhh bunyi udang digoreng.

"Kemudian kita letak kerang ni ya puan-puan, kita goreng dia lepas tu, barulah kita letak bahan tumis kita tadi," Adli mula menggaul bahan tumis tadi.

"Garam, kemudian kita letak telur, kacau-kacau. Tapi jangan bagi sampai dia kering, sebab terus kita masukkan kuey teow. "

Cheng che chenggg! Bunyi sudip berlaga dengan kuali.

"Wow sedapnya bau Adli masak char kuey teow," kata Tanty.

"Kicap."

Adli tuang kicap pekat sambil menggaul.

"Garam secukup rasa ya. Jangan jadi Kam, masak lupa letak garam."

"Pundek punya Adli," kata Kamelia.

"Penting ya puan-puan dalam kita mengawal api. Kalau kita tak pandai kawal api, char kuey teow kita akan jadi charcoal dan bapak aku akan tiow aku dengan penumbuk Ip-Man," kata Adli.

Cheng che cheng!

"Kita bubuh taugeh, lima saat, gaul, tutup api, siap!"

"Wow, what's cooking?" tanya Juliana.

"This is Malaysian dish, char kuey teow. Try it," kata Adli menghulurkan pinggan pada Juliana.

"Mmm! How to say delicious in Malay?"

"Sedap tahap gila babeng!" kata Adli.

"Se...dap ta..,ah, the words are so long!"

"He's trolling you. Sedap is enough," kata Ray.

"Weh, kitorang nak gak!" kata Nizam.

"Jap, jap. Aku masak satu-satu, korang lepak dulu," Adli masak untuk yang kedua.

--

Selepas makan, Ray ajak mereka semua untuk ke pusat bandar San Francisco untuk makan angin, dan bergambar.

Mereka menaiki keretapi BART (Bay Area Rapid Transit) yang menghubungkan San Francisco dengan semua bahagian di Bay Area. Dari Berkeley, Fremont, Contra Costa, Richmond, San Mateo dan banyak lagi.

Kedengaran seorang mat busker di tepi stesen sedang bermain lagu Californication dari kumpulan Red Hot Chili Peppers. Nizam senyum dan menghulurkan not lima dolar yang berwajah Abraham Lincoln.

Kamelia berdiri sebelah Ray. Dan pandang Ray.

"Why you looking at me like that?" tanya Ray.

"Tak sangka, dapat jumpa you kat sini," kata Kamelia.

"Yeah."

Baru hari ni sebenarnya mood Kamelia cantik sebenarnya. Hari ni baru dia nak rasa girly girly. Dua hari ni dia keletihan jadi mood dia macam potong sikit.

Tanty pulak dengan Juliana sibuk berbual pasal trend semasa. Juliana menerangkan budaya makan sandwich avocado yang kini hip di San Francisco.

Adli, Eleena dan Nizam pula sedang tengok pamphlet Musée Mécanique.

"Jom lawan pinball, Zam!"

"Apa barang, aku nak main Space Invader," kata Nizam.

"Space Invader pun kita main la jugak. Kau nak main apa Eleena?" tanya Adli.

"Siapa nak lawan dengan saya main Donkey Kong?" Eleena naik kening.

"Tak sabar aku ni."

"Adli, awak cuba tengok Kam. Awak tak jeles ke?" tanya Eleena.

Nampak Kamelia bukan main mesra lagi berbual dengan Ray.

"Peh, game Robotron sial!" Adli tunjuk pada Nizam.

Eleena senyum. Nampak sangat Adli cuba ubah topik.

--

Adli, Eleena dan Nizam macam orang gila bila masuk Musée Mécanique, muzium untuk pencinta arcade game.

"Jom lawan pinball dengan aku," kata Adli, bila ternampak Addam's Family Pinball.

Sedang sedap-sedap dia main, dia tak sedar kat sebelah dia ada brader tengah main pinball jugak, sampai terlanggar bahu.

"Holy shit, Adli. Kau cuba tengok kau langgar bahu siapa?" Nizam cuit bahu Adli yang sedang khusyuk main pinball. Nizam tergamam.

"Oh my..." Eleena pun tercengang.

Brader tu hanya senyum dan buat rilek.

"Adli, pandang kiri kau," kata Nizam.

"Jangan kacau aku la, tau la kau tak nak aku markah tinggi-tinggi," kata Adli.

"Weh bodoh, pandang kiri kau la!"

Bola pinball Adli terjatuh.

"Kacau la kau ni Nizam!" kata Adli.

"Adli, kiri awak," kata Eleena.

Adli pandang kiri.

"Hello," kata Billie Joe Armstrong, vokalis kumpulan Green Day.

Adli dah tergamam.

"Wow, Kerplunk shirt. Nice," kata Billie Joe sambil pandang baju Adli.

"Eleena, pen marker. Pen marker!" jerit Adli. Eleena terus kais begnya untuk autograf.

"Sign here, I'm your biggest fan!" Adli dah tunjuk dada pada Billie Joe untuk dia autograf.

Eleena dah keluarkan buku nota dalam begnya, Nizam pun dah suruh dia sign di buku lirik dia.

Mereka bertiga sempat bergambar dengan penyanyi pujaan mereka.

"You ma maaaannn Billie Joe!" jerit Adli.

"Where you guys from?" tanya Billie Joe.

"Malaysia," jawab Adli.

"Awesome, great!"

Billie Joe tinggalkan arked bersama seorang lelaki, mungkin anak dia kot.

"Cool gila Billie Joe weh," kata Adli sambil fistbump pada Nizam dan Eleena.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top