20 - Eleena The Mastermind

Bunyi bising dari kolam renang dari Adli dan Ray yang sedang terjun dan berenang main air sungguh riuh rendah. Kamelia hanya memerhatikan mereka berdua yang macam rapat gila.

"Beb, tengok ni," jerit Ray sambil terjun gaya tupai ke dalam kolam renang di belakang rumahnya.

"Hekeleh, meh sini aku terjun gaya macam Macho Man," kata Adli.

"Beb, kau minat wrestling jugak ke? Jom kita tengok wrestling sama-sama nanti?" tanya Ray.

"Aku kureng sikit wrestling zaman sekarang ni. Lama dah tak follow. Ada tempat menarik lagi tak lagi?" tanya Adli.

"Kau budak punk kan? Kau mesti nak pergi Gilman," kata Ray.

"Gilman tu apa?"

"Port gig punk. Kat situlah bermulanya Green Day, Operation Ivy, Rancid, The Offspring..."

"Gila kau aku tak minat! Cantik la Ray, you ma maaaaaannn!"

Baling-baling air dan kuak gaya penyu masing-masing dipraktikkan Adli dan Ray.

Juliana pula anti sosial, dan duduk di tepi sambil main phone.

Tanty dan Laura sedang serius membincangkan hal-hal saintifik.

Nizam pula sedang main gitar lagu Incubus - I Miss You, dan diperhatikan oleh Eleena.

"Kam, come on! Don't just stay there, come in!" Ray mengajak Kamelia mandi swimming pool.

"Tak nak lah!" jerit Kamelia, segan.

"Beb, Nizam dengan Eleena tu memang dorang asyik bersama ke? Macam lovebird sweethearts je," tanya Ray.

"Kat sekolah lama dulu, dorang ni pasangan paling popular. Orang panggil Nizaleena," kata Adli.

"Macam Brangelina la pulak! Takde ke orang nak ngorat Eleena tu? I'm sure mesti ramai," tanya Ray.

"Aku rasa seluruh daerah kot nak try dia. Kecuali aku la."

"Serius la, haha!"

"Dalam era social media ni, era sailang menyailang boleh berlaku dengan mudah, Eleena takde social media."

"Sailang tu apa beb?" tanya Ray.

"Rampas girlfriend ke boyfriend orang."

"Ooh. Sorry lah, aku dah lama tak tahu bahasa pasar korang ni," kata Ray.

Adli menyelam.

"Kamelia ramai tak minat?" tanya Ray.

"Ada la, tapi dia sombong. Kerek gila. Lepas tu, orang baru ngorat sikit, dah kena kung fu," kata Adli.

"Haha, tapi lu takkan tak minat dia, Adli?"

"Aku mana minat awek-awek ni. Aku ni budak punk. Budak punk tak lembik!"

"Ala entah-entah kalau jumpa punk girl kat Gilman besok, kau cair dulu!" kata Ray, ketawa.

"Pundek la kau, Ray!"

Baling-baling air berlaku. Terkena pada Juliana.

"Hey, asshole!" tempik Juliana sambil hentak kaki.

Adli dah rasa tak best. Tempat orang ni, dia malas nak cari pasal.

"Weh, Ray. Dah la tu, adik tiri kau dah bising pulak," Adli terus naik ke atas dan capai tuala.

"Baru macam ni dah takut ke, beb? Mana Adli Margera yang famous tu?" kata Ray, menganjing.

"Malas la cari pasal kat tempat orang."

"Alaa, come, kita kena dulu?"

"Kena apa?"

"Bob Marley la! Sini dah legalized sejak tahun lepas," kata Ray.

--

Waktu malam yang sungguh gelap, menakutkan si Jongos yang tidur di tepi penjuru. Billie Joe buat selamba lepas kenyang makan ikan kembung rebus.

"Mama, bila mama nak balik. Rayyan rindu mama," si Jongos menangis seorang diri sambil bertemankan bunyi cengkerik.

Dia ternampak beberapa orang dari celah tingkap sedang membawa obor, dan berjalan sekumpulan sambil menyimbah minyak.

"Depa semua nak buat apa tu?" Jongos ketakutan.

Kemudian mereka membakar rumah orang kampung.

"Abang, abaaaangggg...." jerit Jongos.

Abang Mat terus bangun dan kejutkan ayahnya yang dah tua sebaik sahaja terbau minyak tanah.

"Orang-orang Hang Lepar, datang serang kampung!"

"Bakar kampung ni, bakar! Bakarrrrr!"

Berkeliaran orang kampung lari. Yang mana anak dara kena tangkap, dan diculik, yang mana lelaki kena pukul dan ada yang dibunuh.

"Lari cepat, dik! Lari cepat," kata abang Mat berlari berkaki ayam.

Orang kampung yang lain berlari menuju ke arah tempat penyembunyian.

Mereka semua bersembunyi di sebalik bukit yang menjadi tempat persembunyian mereka apabila orang-orang Hang Lepar datang menyerang.

Walaupun Perang Klang sudah hampir di penghujung, namun keganasan masih tidak nampak untuk surut. Setiap hari ada sahaja kejahatan yang dilakukan oleh Hang Lepar di daerah Langat ini.

"Dik, jangan nangis kuat sangat, nanti mereka dengar," kata Abang Mat yang menyorok tepi pokok cempedak.

"Kalian semua, apa benda ni?" jerit Hang Lepar, melihat sesuatu yang aneh di mata mereka.

"Ini piano, tuan," jawab pengikutnya dengan penuh konfiden.

"Piano kepala hotak kau, kau ingat aku tak pernah jumpa orang puteh?" kata Hang Lepar.

"Biola ni, agaknya."

"Kau pun sama, biol! Semua, angkat benda ni, bawa ke rumah aku!"

"Baik, tuan."

"Alamak, mesin tu!" Jongos dah tutup mulut tercengang, mesin masa itu telah dirembat Hang Lepar.

--

"Guys, I don't think you guys can meet Bob this week. He's in Los Angeles for scientific conference there," kata Laura.

"Then, when we're going to meet him?" tanya Eleena.

"Next week, I guess," kata Laura.

"We don't have much time for that, shit, my aunt going to kill me," Adli dah garu-garu kepala.

Kamelia hanya pandang Nizam. Naik kening.

Nizam cuba pickup signal Kamelia, tapi tak faham.

Kamelia pandang Eleena. Naik kening juga. Eleena pandang Nizam.

Eleena balas kembali signal mata ke Kamelia. Kemudian pandang ke arah Adli.

"Apa dia?" kata Adli.

Eleena naik kening, kemudian pandang Kamelia.

Kamelia senyum.

Tiba-tiba Eleena bersuara.

"We'll wait."

"Weh, Eleena. Kau gila ke? Apa aku nak jawab kat makcik aku?" tanya Adli.

"Alright then. I'll tell him afterwards."

"Korang semua, mesyuarat!" tiba-tiba Eleena bersuara tegas.

Semua hanya mengikut Eleena yang membawa sekeping kertas dan sebatang pen dan kemudiannya duduk di tepi kolam renang.

"Tanty, tadi awak bual apa dengan Laura tadi?" tanya Eleena.

"Saya ada bual dengan dia tentang projek Prof Bob tentang Project Magellan."

"Perfect. Apa yang awak tahu setakat ni?" tanya Eleena.

"Mesin masa tu sebahagian dari cyclotron yang telah dibina oleh Ernest Lawrence pada tahun 1934 untuk charge particles yang mampu membawa sesuatu objek ke dimensi yang lain, iaitu masa yang lain. Jika perkiraan saya tepat, dengan mesin itu, saya mampu ke tahun 1874 di Langat untuk mengambil semula mesin masa itu, dan membawa Jongos pulang," kata Tanty.

"Billie Joe weh, tolong," kata Adli. Risau betul dia dengan kucing dia.

"Hah? Billie Joe?" Ray jadi blur.

"His cat name is Billie Joe," kata Kamelia.
"Baik, sebaik sahaja Tanty siap perkiraan, dimana saya akan bantu, saya nak Nizam, Kamelia dan Adli, menyelinap masuk dalam UC Berkeley bersama saya dan Tanty ke bilik cyclotron itu, dan menggerakkan mesin masa itu, ke tahun 1874 di Langat."

"Are you kidding me? Benda tu tak diuji lagi," kata Ray.

"Ray, tugas awak ialah hack computer system keselamatan," kata Eleena.

"B...b...b...but...but..."

"Nizam, disebabkan awak pakar menyelinap, awak akan bantu kami semua menyelinap ke bilik itu. Kam dan Adli, you guys The Jackalls kan? You guys know what to do."

"Eleena, this is dangerous."

"We will do, with or without you, Ray," suara Eleena tegas. Dia benar-benar bertekad dan tak nak lengahkan masa lagi.

"Ray, tolonglah kitorang," Kamelia merayu.

"Alright, sebab korang, aku tolong. You guys are maniac!" Ray geleng kepala.

"Kitorang pernah tamatkan satu sindiket pembunuhan lelaki yang dipotong kepala dan koneknya," kata Adli.

"Dan menewaskan sekumpulan ISIS yang mencari map harta karun," kata Nizam.

"Dan menyelamatkan alien dari diburu," kata Kamelia.

"Dan kami pernah di alam lain menentang tentera Yussouf al Taiyoobi dalam peperangan epik," kata Eleena.

"You guys are high, kan?" tanya Ray.

"Tak caya, sudah. Watch us," kata Nizam sambil senyum.

"Please, I don't want to die. I have my chance to get scholarship."

"Kitorang pun. Kitorang ada business start up lagi. Takkan kitorang nak mati awal pulak, ye tak, cinta?" Eleena cium pipi Nizam.

"Kau follow je kitorang. Kitorang dah biasa," kata Adli.

"Don't get cocky. Apa-apahal, kita selidik dulu macam mana," kata Kamelia.

"Go, go, go, Geng Kombi, go!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top