17 - Otaku

Adli tersedar dari tidur. Dia nampak Kamelia asyik pandang di tepi tingkap.

"Weh, Kam? Kau tak tidur lagi ke?"

"Aku terbangun. Tadi langgar awan agaknya, terus tak boleh tidur."

"Ooo. Eh, kau agak-agak tu pulau mana tu? Filipina ke, Taiwan ke?" tanya Adli.

"Entah, kau tanya Ail la. Dia kan pakar Geografi. Aku pernah dengar cerita dari Rafi dulu, dia boleh tidur dalam kelas Geografi, dan cikgu bagi lesen dia tidur sebab tahu dia boleh jawab," kata Kamelia.

"Betul weh, mamat tu terror gila Geografi. Kau tanya la negara celah mana pun, dia mesti tahu kat mana," kata Adli.

"Sekarang pukul berapa doh?" tanya Adli lagi.

"Entah, aku tak tahu. Tapi jam aku ni waktu Malaysia, jadi dah lima jam dah aku rasa ni," kata Kamelia.

"Aku rasa pulau tu China kot, takpun Korea," kata Adli.

"China lah, kot. China kan besar gila," Kamelia mengagak.

"Hmm, sebenarnya ni first time aku naik kapal terbang," kata Adli.

"Aku pun. Ni first time. Kau takut ke?" tanya Kamelia.

"Ye lah, aku generasi yang membesar lepas September 11, lepas tu generasi MH370, MH17, lepas tu dengan konflik dunia sekarang ni, China rebut pulau, Korea Utara sibuk uji nuklear, kau fikir aku tak fikir semua ni ke?" kata Adli.

"Rajin betul kau tengok CNN."

"Kau tak takut?" tanya Adli.

"Aku hampir mati dua kali dah, Adli. Satu bila aku hampir jadi mangsa rogol, lagi satu masa aku kena kanser ovari dulu. Eh, tiga. Aku ada hampir mati lemas masa aku kecik dulu. Jadi, mati tu bukan sesuatu yang patut ditakutkan pun. Cuma yelah, bila kita mati, orang yang rapat dengan kita tu lah, macam mana nanti. Kita dah tak peduli dah semua bila dah mati," Kamelia terus pandang cahaya lampu neon dari bawah.

"Tu bandar mana tu? Terang gila?" Adli tunjuk di tingkap.

"Haah, besar semacam. Shanghai? Xiamen? Beijing? Tianjin?" Kamelia mengagak.

"Lepas ni flight Tokyo-San Francisco mesti bosan gila. Laut je memanjang," Kamelia kata lagi.

"Kau rasa, kat airport ada kedai komik Jepun tak? Aku nak beli satu," kata Adli.

"Kau ada yen tak?"

"Takde, aku ada USD je. Tapi tukar je la sikit, bukan nak pakai banyak pun," kata Adli.

"Kau nak beli apa?"

"Komik la. One Punch Man ke, One Piece ke, Naruto ke, Fullmetal Alchemist ke," Adli penuh bersemangat.

"Tapi kau faham ke tulisan Jepun?"

"Aku suruh Eleena tolong translate," kata Adli, ketawa kecil.

Tiba-tiba Eleena pusing ke belakang.

"Fuh, terkejut aku! Kus semangat!" Adli urut dada.

"Saya tahu mana kedai komik yang bagus, Adli. Tapi kita ada tiga jam je, jadi kita kena cepat," kata Eleena.

"Kenapa, jauh ke? Kalau jauh, takpelah," Adli macam tak berapa berharap sangat.

"Bukan, saya kalau dalam kedai komik, mau lama saya nak keluar," Eleena ketawa kecil sambil tutup mulutnya.

"Ohh, jap. Kau pernah shopping kat sana ke, Eleena?"

"Awak sedang bercakap dengan seorang otaku tegar, Adli," kata Eleena.

"Fuyoo! Power la! Rasa-rasa komik Slam Dunk ada tak? Captain Tsubasa ke?"

"Kalau di Akihabara, banyak. Takpun di Nakano," kata Eleena.

Ni kalau Eleena temberang pun rasanya Adli percaya kot. Tapi kedengaran macam real.

"Kalau dalam airport ada tak? Ke kena keluar jugak?"

"Dalam airport ada Tanabe Bookstore dan Kaizosha Shoten. Cuma bila dalam airport tu, harga agak mahal. Kalau dari airport nak ke Akihabara, tu dah makan masa 45 minit. Saya tak rasa kita sempat memandangkan kita hanya ada tiga jam," kata Eleena.

"Yang mana best?" tanya Adli.

"Awak ikut saya je lah nanti," kata Eleena.

"Dalam kad Suica saya ni, ada kurang lebih ¥2500 kot. Dalam RM100. Kalau tak silap, Kaizosha Shoten boleh beli barang pakai Suica," Eleena menunjukkan kad Suica pada Adli.

"Amende ni?"

"Macam Touch and Go kalau kat Malaysia," kata Eleena.

"Ooohh.."

"Cuma, sesetengah tempat, boleh guna kad ni untuk beli barang. Tapi saya rasa hampir seluruh Tokyo rasanya. Sebab hampir semua orang naik public transport. Kad ni boleh topup maksimum ¥20,000, dalam RM700, macam tu," kata Eleena.

"Gila mende topup Touch and Go sampai RM700," kata Adli terkejut.

"Sana barang mahal, Adli. Kalau biasanya makan kat tempat paling murah, dalam ¥500. Tu pun ramen biasa semangkuk."

"Berapa tu kalau ringgit?"

"RM20," jawab Eleena.

"Mak datuk mahal gila semangkuk ramen harga macam tu. Paling murah pulak tu?"

Kamelia geleng kepala.

"Tak sanggup la hidup kalau macam tu," Kamelia ketawa.

--

Kapal terbang Air Asia X mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, di Tokyo, bersebelahan dengan Teluk Tokyo, tepat jam 9 pagi waktu di Jepun.

"Cinta, bangun. Dah sampai Tokyo. Kita transit kat sini," Eleena kejut Nizam yang masih lagi tidur.

"Kau ni membosankan la kalau travel dengan kau, Zam. Asyik tido je," Adli geleng kepala.

"Tanty, bangun. Dah sampai," Kamelia kejut Tanty yang masih tidur.

Suhu di Tokyo 24 darjah Celcius di musim panas, dan Adli mula pakai sweaternya.

Urusan cop passport, sebelum masuk ke dalam lapangan terbang untuk mengambil bagasi. Urusan untuk menukar kapal terbang penerbangan ke San Francisco dengan menaiki pesawat Japan Airlines.

Tapi untuk mengelakkan Adli kempunan untuk membeli buku komik, Eleena menemani Adli ke Kaizosha Shoten, iaitu pusat membeli komik di dalam lapangan terbang sementara Nizam, Kamelia dan Tanty hanya menunggu di ruang legar.

"Anda, anda lapar?" tanya Kamelia.

"Agaklah, sandwich tu berapa harga?" Nizam tunjuk pada sandwich yang dijual di mesin vendor.

"Jap, ¥600 ni berapa?" tanya Nizam.

Kamelia tekan kalkulator.

"RM22.60," Kamelia tunjuk kalkulator.

"Mak kau hijau la Jepun. Gila babi," Nizam menyumpah mesin vendor.

"Nasib baik saya ada bawak roti ban masa pack barang semalam, anda nak sikit?" Kamelia hulur roti ban kelapa pada Nizam.

"Duduk Malaysia lagi bagus," Nizam kunyah roti ban.

"Eh, Tanty, zaman kau nanti, roti macam ni harga berapa?"

"RM7.80," jawab Tanty.

"Ha, zaman kau pun kepala hotak mak kau hijau gak," Nizam menyumpah, ada ke patut roti harga macam tu.

"Tak boleh nak marah juga, Nizam. Dah memang inflasi. Makin ramai populasi, makin kurang sumber, demand naik, harga naik lah. Ceteris paribus. Takkan awak tak ingat Cikgu Selvam ajar kita kat Ekonomi Asas dulu," kata Kamelia.

"Mahal betul. Entah apa benda yang mahal entah," Nizam komplen.

--

Adli dan Eleena masing-masing dah rambang mata nak beli komik.

"Fuyoo! El, Tokyo Ghaul, yang ni Serpent lawan dengan geng Urie!" kata Adli.

"Tau, yang ni Akira Mado dapat kuasa kagune dan kakugan! Sasaki guna pedang Yakimura!" Eleena excited.

"Takde lagi ni. Rare betul ni," kata Adli.

"Nak beli tak?" Eleena naik kening.

Eleena tepuk bahu Adli.

"My Hero Academia, minat tak?" tanya Eleena.

"Huish, best gak ni," Adli naik kening.

--

"Kau ni sesuatu dengan girlfriend aku ke, Adli?" Nizam tongkat dagu kebosanan.

"Anda ni insecure betul la! Ada pulak Adli dengan Eleena sesuatu," Kamelia ketawa.

"Dah tu, lama gila dorang shopping komik."

"Anda tak minat komik ke?" tanya Kamelia.

"Minat, tapi tak segila Adli. Dia tu sanggup bertumbuk dengan orang sebab orang curi komik Spiderman dia," kata Nizam.

"Hmm, memang la. Anda tengok Eleena tu pun minat komik, manga juga. Memang kita jadi tukun la kat sini," kata Kamelia.

"Lama lagi ke dorang nak habis? Jangan la terlepas flight," Tanty dah sandar kepalanya ke bahu Kamelia.

Kejap lagi, Adli dengan Eleena datang dengan muka ceria, jalan melompat-lompat.

"Weh, aku beli Tokyo Ghaul baru weh! Takde lagi kat Malaysia ni," kata Adli menayang komik terbaru yang dibelinya.
"Cinta, nah, Cardcaptor Sakura," kata Eleena, menghulurkan komik itu pada Nizam.

"Ish, apa ni..."

"Hekeleh, toksah nak sorok la Nizam! Dari kau kecik dulu kau minat Cardcaptor Sakura," Adli ketawa.

"Awak beli apa pulak tu?"

"Ni, ada Food Wars, Blue Exorcist, lepas tu One Punch Man..."

"Okay, jom kita gerak, flight kita dah nak buka gate dah," kata Kamelia.

--

Penerbangan dari Tokyo Haneda ke San Francisco memakan masa sembilan jam 20 minit.

"Kau faham bahasa Jepun ke, Adli?" tanya Kamelia yang sedang baca novel John Green, Looking For Alaska.

"Aku sedang menghayati seni lukisan ni, Kam. Faham tak faham belakang cerita," kata Adli.

"Tanty, okay tak?" tanya Kamelia.

Tanty hanya tunjuk ibu jari tanda okay.

Nizam pula sedang melayan lagu dari Phantom Planet - California - saat kapal terbang mula meluru laju menuju ke awan.

We've been on the run
Driving in the sun
Looking out for number 1
California here we come
Right back where we started from

Hustlers grab your guns
Your shadow weighs a ton
Driving down the 101
California here we come
Right back where we started from

California!
Here we come!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top