14 - Jongos Di Tahun 1874
Adli melabuhkan bontotnya ke kerusi sebaik tiba di Aliff Bistro. Kamelia pergi beli topup kat 7 Eleven.
Sambil tu Adli menonton channel Roman Atwood untuk mempelajari teknik margera yang sempurna.
"Hoi!" tiba-tiba Alif Zakwan tepuk meja.
"Kau ni umat Islam ke tak? Mana pergi akhlak kau ni? Bagi salam la, macibai kanina," kata Adli sambil hulur salam.
"Sejak jadi anak ikan ustazah ni, bukan main sembang akhlak," Alif Zakwan ketawa.
"Kau apa cerita?"
"Aku niaga roti john, burger, ada la fries, ala macam burger bakar tu. Aku niaga kat Damai Perdana. Ha, Kam mana? Aku ada benda nak mintak tolong dia ni."
Kamelia datang dan nampak Alif Zakwan sedang berbual dengan Adli.
"Ha, tu dia Kam," Adli menjuihkan bibirnya.
"Kau rupanya," kata Kamelia. Alif Zakwan ni dulu satu kelas dengan Kamelia masa dia 5 Amanah kat sekolah CP dulu.
"Bapak kau masih on studio jamming lagi?" tanya Alif Zakwan.
"Macam tu la."
"Kental gila abah kau. Sekarang ni, susah gila nak cari studio jamming. Sejak Suresh tutup, budak Kajang menggagau nak cari studio jamming. Sampai ke Ampang dorang cari. Tapi dorang tak tahu bapak kau punya studio jamming," kata Alif Zakwan.
"Eh ada lagi la. Kajang banyak lagi apa. Tu, sedara Nami Cob Nobbler pun abang sedara dia punya studio jamming kat Kajang," kata Kamelia.
"Ha, sedara Nami Cob Nobbler pun ada studio jamming? Yang mana?"
"Eddie," kata Kamelia.
"Oh, bro tu. Eh, Kam, ni, aku nak mintak tolong sikit ni, sebelum tu, order air dulu."
Pekerja Aliff Bistro datang meja untuk order air.
"Kasi teh o suam satu," kata Alif Zakwan.
"Nescafe tarik," kata Adli.
"Horlicks ais," kata Kamelia.
"Makan?"
"Tak kot. Tadi dah makan laksa Johor kat rumah Eleena," kata Kamelia.
"Eleena makwe Nizam tu? Yang cun lagi genius tu? Eh, serius doh, Nizam tu untung gila babi. Kau dah tengok cerita Siam, Bad Genius?" Alif Zakwan buka cerita.
"Ha, aku belum tengok, tapi dengar kata, cerita tu gempak," kata Adli.
"Kau ingat tak masa Eleena plan share jawapan masa SPM dulu? Ha, macam tu la cerita dia, cuma lagi gempak!" kata Alif Zakwan.
"Weh, lek lek la. Nanti Nami Cob Nobbler nak tulis apa kalau kau dah cerita Operasi Bocor?" kata Kamelia.
"Aku tanya Nami, dia kata dia nak cerita kita yang lain pulak. Ala, yang gaya-gaya macam Are You Afraid of the Dark tu. Pasaran cerita hantu ni laku," kata Adli.
"Oh yang tu, diam-diam. Shhh! Tak sabarnya!"
*Eh, excited pulak Kamelia ni. Kau sabar je la, nanti aku yang tulis.* - Nami Cob Nobbler
"Tu la, cerita Siam, gempak gila. Cerita Indonesia pun gempak. Kau tengok, Siam buat filem, Indonesia buat filem, semua tiptop. Kita, balik-balik cerita sendu. Balik-balik Ahmad Idham. Buat cerita macam zaman 90an. Fakof," kata Alif Zakwan sambil light rokok.
"Cerita Abang Long Fadil tak gempak ke?" tanya Adli.
"Pundek, tiru Kingsmen. Nak tayang Wak Doyok. Fak la," Alif Zakwan keluarkan phone.
"Gini Kam. Aku baru bukak bisnes burger bakar. Aku tau tangan seni kau ni ajaib gila. Jadi aku perlukan tangan kau nak design menu burger bakar aku. Boleh tak? Aku bayar la sikit," kata Alif Zakwan.
"Mana gambar, tengok?"
Alif Zakwan hulurkan handphonenya pada Kamelia.
"Kau design biar simple, tapi kemas. Ni senarai menu dengan harga. Kau agak-agak siap bila?" tanya Alif Zakwan.
"Adli, bawak laptop?" kata Kamelia.
Adli terus keluarkan laptopnya dari beg.
"Kau dah macam biasa guna laptop Adli je, Kam? Siap tau password lagi?"
"margera1248," selamba je Kamelia beritahu password.
"Gila sweet kau dengan Kam ni, Adli. Sesuatu betul," Alif Zakwan hirup teh o suam yang baru tiba di meja.
Tiba-tiba Alim Kasut datang dan tepuk bahu Kamelia.
"Oh mak kau filter color magenta!" Kamelia melatah.
Alif Zakwan tergelak besar.
"Teruk doh Kam melatah, dulu dalam kelas, time kelas Sejarah..."
"Dah, Lep kau jangan cerita la, cibai!" Kamelia dah segan.
"Entah apa benda dia berangan, sekali tiba-tiba angin takde, ribut takde, Kamelia jerit, 'kapal terbang Jepun'. Start tu budak kelas panggil dia Kam Kapal Terbang Jepun," Alif Zakwan gelak-gelak.
"Eh, sedap gak kan nama aku Kapal Terbang Jepun. Takpun kau panggil aku, Japan Air," kata Kamelia. Kamelia ni sejak dah lepak dengan Adli, dia pun dah pandai merepek macam Adli.
"Ha, apasal Alim? Dah tak lepak Shell Taman Mesra?" tanya Adli.
"Bukan, kita ada sasaran Margera yang baru. Ini proposal aku," tiba-tiba Alim bawak keluar fail dari begnya.
"Peh, nak dajal orang pun ada proposal?" Alif Zakwan terbeliak biji mata.
"Budak ni langsi kat Twitter bai. Kerek. Lepas tu dia ni fuckboy. Hari tu member gua punya makwe kena kacau dengan dia. Dia ni slide DM ayat manis-manis kat awek member aku. Member aku mintak tolong, jadi aku rujuk kat lu, bro," kata Alim pada Adli, selaku bos The Jackalls.
"Ni budak mana ni?" tanya Adli yang serius baca fail kes.
"Budak Jalan Bukit. Masalahnya mamat ni anak orang kaya. Hari tu dengar cerita dia ayat manis sorang awek kat Twitter, dapat main, lepas dalam, awek tu mintak tanggungjawab, dia buat tak tau. Fuck gila budak ni weh," kata Alim.
Telefon Alim berbunyi.
"Ish pantek la, masuk ni dah lima orang *kunyit call aku nak berkenalan, apahal sial? Mana datang la dorang ni, celaka. Siap nak suruh hisap konek, jubo apa ni?" Alim dah stress dengan panggilan telefon dari entah mana-mana sejak pagi tadi.
*Kunyit adalah gelaran derogatif terhadap golongan lelaki homoseksual.
Kamelia tersengih. Adli buat rilek.
"Wei, aku tak nak hisap konek kau la, babi tak payah la call, kimak! Hakelah ai, nak gay pergi belakang CIMB Balakong la, belakang Minlon ke!" jerit Alim stress gila dengan satu panggilan kunyit.
"Kau macam tau je port kunyit ni, macam dah biasa je?" kata Alif Zakwan.
"Selalu orang kata ada *bapuk kat situ?"
*Bapuk adalah perkataan derogatif untuk golongan transgender.
"Kau ni muka jambu, biasa la jadi tarikan para kunyit," kata Alif Zakwan.
"Lim, kau tau dia duduk mana tak?" tanya Adli.
"Taman Bukit Mewah, tu je info yang diberi," kata Alim Kasut.
"Dekat dengan Taman Zamrud, Taman Jasmin, Sungai Jelok, situ?" tanya Adli.
"Haah, situ."
"Kau tau motor dia yang mana satu? Kau tau dia selalu lepak mana? Kau tau siapa geng dia yang lain? Semua ni kau perlu perhatikan untuk margera. Takat prank bodoh ni bukan tugas kita. Kita prank to the maximum. We don't prank for jokes, we prank for punishment."
"Tolong clear ni semua sebelum kita mulakan kerja, aku nak awek member kau korek-korek sikit rahsia dia, bagi dia reveal. Once dah dapat, kita akan bertindak."
"Ok, bos."
Telefon Alim berbunyi lagi.
"Kimak betul la, siapa yang sebar nombor phone aku ni? Banyak kunyit call aku dari tadi ni."
Kamelia gelak-gelak sambil pandang Adli. Adli buat muka serius.
--
"Alaaaaaaa internet takde! Boringnya! Macam mana nak usha awek kat Instagram ni!" jerit Jongos sambil melihat phonenya yang langsung tak boleh berfungsi.
Akibat kepishangan yang amat ketara, Jongos hanya tongkat dagu depan tangga dan melihat ada dua orang makwe baya dia sedang main batu seremban.
Jongos terpikat dengan seorang makwe yang main batu seremban tu. Ada bunga kat celah telinga dia.
Kerana Jongos ni spesis tak malu, dia selamba je mendekati makwe yang main batu seremban tadi.
Jongos bertenggek kat tangga rumah makwe tadi.
"Hi, bebeh! Nama saya Raiyan Aqish Daniel Nor Hakim, orang panggil saya Ray Misterio, jom couple dengan saya, kita jalan-jalan kat Subang Jaya ada gaya, kan aku dah kata aku havoc voc voc havoc voc voc!"
Gadis yang main batu seremban tadi pandang slack je dengan si Jongos.
"Kita cakap dengan mak kita, awak ni orang gila!" dua awek tadi pun masuk rumah.
"Ish, ada awek, sombong pulak. Hekeleh, kecoh laaa!" Jongos dah pishang depan tangga rumah awek tadi.
"Kenapalah aku patah balik kat zaman pak kadok ni? Takde internet, takde kereta, takde game. Macam mana korang semua boleh hidup ha!"
"Woi budak, buat apa kat rumah jiran sebelah tu, balik, mandi!" jerit Abang Mat ke Jongos.
"Water heater pun takde. Elektrik pun takde! Apa teruk sangat ni. Abang, macam mana nak mandi ni?" tanya Jongos.
Abang Mat hulurkan timba kepadanya.
"Nak buat apa benda ni?" tanya Jongos.
"Kau cedok la air dalam perigi tu, nak mandi! Takkan tu nak kena ajar?"
"Cedok air dalam perigi? Air paip pun takde ke? Mundurnya tempat ni, macam mana korang boleh hidup kat sini! Bang, nak berak, macam mana?"
Abang Mat hulur penyodok.
"Hah?"
"Kau pergi kat pokok pisang tu. Kau gali lobang. Lepas berak, kau timbus balik dengan penyodok ni."
Jongos terus rasa macam nak pitam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top