12 - Ubah Sejarah

Besok pagi-pagi lagi mereka bersama Encik Osman menaiki MRT dari Stesen Bandar Tun Hussein Onn menuju ke stesen Pasar Seni untuk ke LRT Ampang Park menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

"Sedap juga naik MRT ni," kata Adli ketika kereta api sampai.

Nasihat Encik Osman agar tidak menaiki kenderaan kerana di kedutaan, tiada parking, lagipun nak bayar parking kat KL ni harga macam orang gila.

"Jangan sampai awal sangat, nanti dia suruh tunggu luar," kata Encik Osman.

Interview mereka semua bermula jam 9:30 pagi. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Mr Thomas.

"Saya dengan Encik Osman tunggu awak semua di luar ya," kata Eleena, yang visanya masih belum luput.

Mr Thomas mulakan interview dengan Kamelia, kemudian Adli, lepas tu Nizam, dan diakhiri dengan Tanty. Mr Thomas tanya soalan-soalan seperti apa tujuan untuk ke sana, berapa lama akan duduk sana, duduk sana dengan siapa, semua Kamelia jawab dengan tenang. Siap senyum-senyum lagi.

Adli dia pandang slack sikit sebab Adli pakai baju band Dead Kennedys. Tak beragak mamat ni. Nasib baik Mr Thomas tak kisah sangat. Dan nasib baik English Adli ni power. Nampak je macam budak bermasalah kat sekolah tapi English dia power.

Sampai Nizam, Mr Thomas tenang je sebab muka Nizam ni pun muka budak nerd, jadi dia biasa je lah. Dan sampai Tanty, dia teliti sikit, tapi lepas juga.

Akhir sekali Mr Thomas minta agar passport diserahkan pada pegawainya bagi tujuan pengesahan. Mr Thomas memberitahu dia akan menghubungi Encik Osman untuk penyerahan passport bila visa dah siap.

"Isnin ni Mr Thomas kata, siap. Hari ni Khamis, Jumaat, lepas tu Sabtu Ahad cuti, Isnin dah boleh kutip. Ini pun dah paling cepat yang boleh, nasib baik boleh kawtim dengan Mr Thomas," kata Encik Osman.

"Suhu kat sana berapa? Sebab saya tak tahan sejuk," tanya Kamelia.

"Sekarang ni, summer, suhu dalam 16-18 darjah," kata Eleena.

"Ada satu masalah saya nak beritahu," kata Encik Osman.

"Apa dia?" tanya Eleena.

"Kan Cik Eleena kata nak flight ke Shanghai, kan? Tiket yang tu dah habis jadi saya tempah ke Haneda, dan flight tu hari Rabu. Masalahnya, Adli kata makcik dia pulang minggu depan, macam mana?" tanya Encik Osman.

"Tak faham?" kata Adli.

"Ticket pulang lagi seminggu, maknanya makcik awak dah sampai KL, dan awak masih berada di Amerika, apa awak nak jawab dengan makcik awak?" tanya Eleena.

"Hish, haah la. Macam mana?" Adli dah garu kepala. Karang mak dia Whatsapp dia kat mana, takkan nak jawab kat Amerika pulak?

Menyusahkan betul la si Jongos ni.

"Takpe, pasal masa tu, saya boleh hantar Jongos dengan mesin masa ke masa yang makcik awak balik dari Medan," kata Tanty.

"Jadi, kita semua akan ke tahun 1874 bersama-sama dengan mesin prototaip di San Francisco, kemudian sampai sana, saya dan geng akan pulangkan mesin ini ke sana, dan awak dan Jongos akan pulang ke Cheras Perdana waktu makcik Adli pulang?" tanya Eleena.

"Ya," Tanty mengangguk.

"Macam tu, baik aku ikut Tanty je," kata Adli.

"Alamak, tiket ada dua kosong lah macam ni. Kita jual balik nanti?" tanya Eleena.

"Takpe, sampai sana kita plan. Hish, menyusahkan betul Jongos ni," kata Adli.

"Ada satu lagi masalah," kata Encik Osman.

"Balik, awak semua tak ikut San Francisco, tapi Seattle," Encik Osman kata dengan muka serius.

Tiba-tiba Nizam tersenyum lebar sebelum dia melompat-lompat macam orang gila.

"Yes! Yes! Yes! Yes! Yes! Yes! Yes! Yessssssss! YESSSSSSSSSSS!"

Nizam menjerit kegembiraan sampai tergolek-golek tepi rumput.

"Pantek la, pergi Seattle pulak, fuck you, Nizam, fuck you!" kata Adli dalam nada bengang.

"Kenapa dengan Seattle?" Encik Osman dengan wajah blur.

"Hmm, siapa la tak gila nak pergi Seattle kalau dia gila minat grunge, Encik Osman," kata Eleena, peluk tubuh. Sabar je lah dengan boyfriend dia.

"Weh, hari tu kau dah pergi Glastonbury, bagi la aku pergi Seattle pulak. Aku peminat grunge, Zam!" kata Adli.

"Habis tu, kau yang nak balik mesin masa ke Cheras Perdana sambil temankan si Jongos masa makcik kau balik," kata Nizam.

"Ish pundeknya. Ah, sial la, flight lambat la pulak. Ah mampos aku tak nak bekap kau seminggu macam kau pergi Glastonbury hari tu," kata Adli.

"Apa awak semua nak gaduh-gaduh? Macam ni lah, Adli. Demi impian awak nak ke Seattle, saya hantar Jongos ke Cheras Perdana," kata Tanty.

"Tapi makcik aku ni..."

"Takpe, lepas hantar Jongos, saya akan time travel awak ke destinasi San Francisco, ke masa mereka ni semua bertolak ke Seattle. Jadi, awak akan kembali ke San Francisco dengan mesin masa saya, dan saya akan pulang ke zaman saya pulak," kata Tanty.

Adli garu kepala.

"Kita pergi San Francisco, lepas tu mesin masa ke 1874."

"Okay."

"Dari situ, saya akan hantar awak dan Jongos pada tarikh makcik awak balik. Kemudian, kita akan balik ke tarikh awak di San Francisco, dan kemudian awak tak terlepas dari ke Seattle, untuk berjumpa dengan roh Kurt Cobain awak tu," kata Tanty lagi.

"Eh, memandangkan awak ada mesin masa, apa kata..." Nizam mula berfikir.

"No, no, no. I'm afraid I'm not allowed you to have that. Kalau awak balik ke zaman Kurt Cobain masih hidup, dan awak nak autograf dia, besar kemungkinan awak akan mengubah kontinuum ruang dan masa," kata Tanty.
"Dan kalau awak nak hentikan Kurt Cobain dari bunuh diri, saya takut sesuatu yang amat teruk akan mengubah masa dan saya takkan benarkan awak buat benda tu," Eleena peluk tubuh dan geleng kepala tanda tak setuju.

"Alaaa...." Nizam merayu.

"Mesin masa tu Tanty punya, Tanty kata no, saya pun kata no."

"Tugas saya dalam mengembara masa ialah untuk memerhati sejarah, bukannya mengubah sejarah. Saya takut jika itu berlaku, banyak keadaan akan berubah dan saya tak tahu apa akan berlaku pada masa depan saya," Tanty memberi penegasan.

Nizam kecewa. Dia sebolehnya nak pinjam mesin masa Tanty untuk menghalang Kurt Cobain membunuh diri.

"Leave me alone," tiba-tiba Nizam merajuk dan berjalan seorang diri menuju ke LRT. Ternyata Nizam sangat kecewa. Dia ada kemampuan untuk mengubah sejarah, dan menyelamatkan heronya sejak kecil untuk terus hidup.

Kamelia kejar Nizam hingga ke tangga LRT Ampang Park. Nizam sedang duduk di tepi tangga dan menangis seorang diri.

"Hey, anda, kenapa ni? Kan kita semua nak ke San Francisco. Lepas tu kita ke Seattle pulak. Takkan tak seronok?" tanya Kamelia.

Nizam terus menangis. Dia rasa Tanty dan Eleena macam tak faham perasaan dia.

"Out of Time atau Automatic For The People?"

"Automatic."

"Blood Sugar Sex Magik atau Californication?"

"Blood Sugar dari segi teknikal, tapi Californication lebih pada teenage memories."

"Superunknown atau Badmotorfingers?"

"Dah pernah jawab."

Kamelia tengok Nizam yang sedang hampa, terus menangis dan tidak mempedulikannya.

"Kita semua kalau boleh nak ubah sejarah. Saya pun, kalau boleh, nak minta tolong Adli, saya dan dia pergi margerakan bank, time travel balik dan selamatkan ibu saya dari mati sakit kanser. Ataupun pinjam duit Eleena, kalau dia boleh tolong. Tapi, kita tak boleh buat macam tu, anda. Lepas ni apa pulak? Nami Cob Nobbler nak pinjam mesin masa untuk selamatkan arwah kekasih dia. Lepas ni apa pulak, nak halang Portugis dari masuk ke pintu Melaka. When it's going to end?"

Nizam hanya diamkan diri dan tidak bercakap apa-apa.

"Cinta?" Eleena datang dari belakang, penat mengejar Nizam.

"Weh kau ni, rilek la. Kalau kau nak ubah sejarah Kurt Cobain, aku nak selamatkan Sid Vicious dari mati overdosed. Lepas tu nak tumbuk penembak John Lennon sebelum dia sempat tembak, tapi, kau rasa, apa jadi pada dunia lepas tu? Lain beb. Kau pun takkan kenal dunia yang ada lepas kau ubah," kata Adli.

"Korang semua tak faham apa aku rasa! Muzik zaman sekarang macam sampah, semua macam sial!" Nizam terus turun menuju ke bawah, masuk dalam stesen LRT.

Dalam LRT, Nizam hanya diamkan diri walaupun Eleena memeluknya. Nizam seolah-olah kecewa dengan sikap Eleena sebab tak faham perasaan dia.

Bukan Eleena tak faham, tapi apa yang Tanty kata tu betul.

"Stesen berikutnya, Pasar Seni. Stesen pertukaran ke MRT Sungai Buloh-Kajang."

Mereka tukar keretapi di Pasar Seni, menuju ke stesen Bandar Tun Hussein Onn.

"Cinta, dengar cakap saya. Kalau awak tak nak peduli kata saya pun, tak apa. Tapi dengar kata saya."

Nizam pandang muka Eleena.

"Cuba bayangkan, Kurt tak bunuh diri, dia selamat, Nirvana buat album baru. Pertama, tiada Foo Fighters. Kedua, band seperti Green Day, Rancid, Operation Ivy, dan seterusnya Blink 182 tidak berpeluang untuk naik. Menjelang album kelima Nirvana, muzik yang sama diulang oleh Kurt, dan orang mulai bosan sebab Kurt tiada inspirasi. Kemudian orang mencari alternatif baru. Disebabkan band punk rock band seperti Green Day atau Rancid naik, maka dan disebabkan Foo Fighters tak wujud, Sunny Day Real Estate masih di takuk lama kerana bassist Nate Mandel tidak dapat exposure. Seluruh scene emo tidak dapat inspirasi, maka tiadalah Jimmy Eat World, Finch, My Chemical Romance, The Used, dan Dashboard Confessional. Tiada Yellowcard. Sementara itu di Britain, Oasis tidak akan menulis lagu Live Forever, dan Radiohead akan stuck dengan gaya Pablo Honey, dan pada akhirnya, semua blergh, dan yang naik ialah muzik seperti Vengaboyz. Awak nak macam tu?"

Nizam pandang pelik pada Eleena.

"Percaya pada qada dan qadar. Ayah saya meninggal dunia dan Encik Osman selamatkan saya dengan berpindah dari Jakarta ke sini. Ada konflik tentang keluarga saya. Kalau ayah saya tak meninggal dunia, hari ini, saya tak berada di sisi ini, di sebelah lelaki yang saya cinta sepenuh hati. Saya mungkin berkahwin dengan putera raja dari negeri, mungkin negara mana, atau anak billionaire mana. Mungkin hidup saya akan berbeza dari sekarang, tapi saya boleh beritahu, perasaan cinta ini takkan sama, macam mana saya mencintai awak."

"Sorry," kata Nizam.

"Bukan saya tak faham awak, saya faham, muzik hari ini tak mengikut selera awak. So what? Dunia ini tak berputar kerana awak. Hanya sebab muzik hari ini tak seperti yang awak suka, tak semestinya tak ada orang seperti awak yang masih bawa gitar ke studio, dan tulis lagu, main muzik sepenuh hati, walaupun tak dapat perhatian dari ramai orang seperti Nirvana. Move on, and carry on. Jangan sebab perasaan awak, awak nak korbankan seluruh sejarah dunia. Satu benda kecil berubah, perubahan besar akan berlaku."

Eleena buka cermin mata Nizam, dan kesat air matanya.

"Kalaulah saya mampu ke masa silam, dan tolak Gavrilo Prinsip dari membunuh Franz Ferdinand, maka tiadalah Perang Dunia Pertama, dan tiadalah Perang Dunia Kedua kerana tiada Hitler sebagai seorang yang mengapikan kemarahan rakyat Jerman. Tapi, kalau begitu, tak ada lah saya, kerana arwah datuk saya, dan arwah nenek saya, bertemu ketika arwah datuk saya menjadi tentera, dan arwah nenek saya menjadi jururawat tentera. Tanpa Perang Dunia Kedua, saya tak dilahirkan, dan kalau saya dilahirkan, saya bukanlah Eleena binti Mahathir, insan yang mencintai awak, Mohd Nizam bin Lazim."

"Sorry, cinta. Saya minta maaf," Nizam peluk Eleena, dan mengesat air mata Eleena.

Tanpa disedari, Kamelia menitiskan air mata. Encik Osman menepuk bahu Eleena. Tanty pulak peluk bahu Kamelia.
Adli pulak sedang conteng cermin kerusi.
"Saya gay dan mahu hisap batang - sila hubungi Alim Suzuran - 013-4432903 uyeeehh ah ah!" disamping gambar konek.

"Weh Adli, kau selamba je conteng kerusi MRT, ada kamera, bodoh!" kata Kamelia.

"Dia takkan perasan aku punya," kata Adli sambil ketawa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top