10 - Berkenalan Dengan Gadis Di Wechat

"Mama kata jangan pergi kat rumah orang la," kata Jongos bermonolog dalaman.

"Tapi aku dah lapaq ni, macam mana ni?"

Jongos duduk di tepi batu, termenung. Dia kemudian ditegur oleh seseorang yang memandangnya dengan pandangan yang pelik. Lelaki, berusia lingkungan 20 tahun, dan berpakaian baju Melayu, berselempang kain pelekat.

"Huh?"

Jongos terkejut sebab pandangan orang itu sangat pelik dan macam tak pernah nampak orang.

"Kau orang mana ni?" tanya lelaki itu.

"Saya, saya dari Pulau Pinang, tapi mai Cheras."

"Jauhnya berjalan."

"Naik kereta la!"

Lelaki itu garu-garu kepala.

"Kenapa?" tanya Jongos.

"Kereta tu apa?" tanya lelaki itu.

Jongos tak faham. Tapi dia tak mahu terus berbual dengan lelaki itu. Dia mahu pulang ke rumah Adli.

"Tau dok, Cheras Perdana nak pi dari sini macam mana?"

"Apa?"

"Cheras Perdana?"

"Apa tu?"

"Kuala Lumpur?"

"Oh, Kuala Lumpur dekat, kalau jalan kaki dari sini sehari. Kalau naik perahu mudik ke kuala, setengah hari."

Jongos pandang lelaki tu dengan pandangan yang pelik.

"Naik perahu? Takde bas ke? MRT ke? Kata MRT dah siap dah?"

"Tapi Kuala Lumpur dalam bahaya sekarang, orang-orang Raja Mahadi sedang berkumpul di Sungai Kerayong, bahaya. Lagipun nak ke Kuala Lumpur buat apa? Orang-orang Raja Mahadi, Syed Masahor bila-bila masa datang serang. Mereka akan memburu sesiapa sahaja dari Langat, kerana ini kawasan Tunku Kudin, ha, nama kamu ni, siapa?"

"Rayyan Aqish Danial Nur Hakim, tapi orang panggil Ray Misterio," kata Jongos.

"Panjang-panjang betul nama orang Pulau Pinang ni, maklum lah, orang puteh dah duduk situ, nama pun kena macam orang puteh lah. Dah tak nama macam orang Melayu. Nama orang Melayu senang nak ingat, macam saya, Mat."

"Nama abang, Mat?"

"Ya, Mat bin Lah. Lah nama ayah saya. Ni, awak dah makan belum?"

Jongos geleng kepala.

"Mari ikut abang Mat, kita makan. Perut dah lapar dah ni," kata Mat sambil menjemput Jongos makan.

"Chut chut chut!" Jongos panggil Billie Joe untuk menuju masuk ke rumah Mat.

--

"Lepas ni nak pergi mana ni?" tanya Nizam. Mukanya dah kebosanan, pishang kerana menunggu giliran nak tunggu IC si Tanty siap pun sikit punya lama. Ni nak naik Kombi pergi buat passport pulak.

"Kita nak buat passport untuk Kam, Adli, Tanty," kata Eleena.

"Kenapalah passport ni tak digabungkan dengan IC je? Dengan driving licence sekali. Kenapalah kena ada sampai tiga jabatan untuk uruskan identiti warganegara? Such a money waste," Nizam peluk tubuh.

"Kenapa anda rasa macam tu?" tanya Kamelia.

"Driving licence, IC, passport, semua menunjukkan identiti. Lepas tu ada tiga jabatan uruskan benda yang sama. Lepas tu masih penuh macam ni," keluh Nizam.

"Habis tu, awak nak macam mana?"

"Satu ID untuk semua. Kalau dah ada identiti, benda tu dah menunjukkan anda seorang warganegara. Kalau nak memandu, update je kat situ. Lepas tu, kerajaan sekarang ni terlalu banyak kerja overlapping," kata Nizam sebelum dia hirup air teh bunga dalam botol.

"Maksud anda?"

"Ye lah, contohnya roadblock. Situlah polis, situlah JPJ, situlah AADK, situlah Rela, tak rasa ke kerja dorang overlapping? Lepas tu bagi saya, ridiculous gila kalau law enforcement ni. Asalkan tak kacau orang dah la, save every taxpayers money. Saya dah la tak suka bayar tax."

Kamelia pandang Nizam dengan pandangan yang tajam.

"Kalau tak bayar tax, macam mana nak bina sekolah, hospital, apa semua?" tanya Kamelia.

"Tak payah bina sekolah kot zaman sekarang ni. Sekarang ni semua benda boleh belajar through online. Hospital tu perlu lah, tapi only for chronic case lah, atau nak beranak ke. Macam penjara pun, kurangkan la bina, instead buat community service macam kat Belanda tu. Kan dah jimat belanja."

"Aku sokong kau part tak payah AADK, JPJ ni semua," kata Adli sambil memandu.

"Kau memang, sebab kau anarkis," kata Kamelia.

"Aku tak setuju anarkis jugak. Bagi aku, semua orang kena ada peluang nak explore diri sendiri. Termasuklah free market," kata Nizam.

"Kau ni an-cap ke, Zam? Anarcho capitalist?" tanya Adli.

"No such thing," kata Kamelia.

"Aku percaya dengan free market dan small and limited government barulah manusia dapat capai kemampuan diri yang sebenar," kata Nizam, habiskan air teh bunga botol di tangannya.

"Awak ni terpengaruh kuat dengan buku Ayn Rand ni," kata Eleena.

*Ayn Rand adalah ahli pemikir libertarian yang menulis novel seperti Atlas Shrugged dan The Fountainhead.

"Awak pulak macam mana, El?" tanya Kamelia.

"Saya percaya pada kestabilan dan apa yang terbukti telah berjaya, saya agak konservatif terutamanya dasar fiskal," kata Eleena.

"You're a conservative?" tanya Kamelia.

"Probably. Tapi saya terbuka dalam hal sosial. Cuma saya tak suka kalau orang paksa saya untuk terima sesuatu yang saya tidak bersetuju," kata Eleena.

"Terutamanya SJW," kata Nizam.

"Kau la Kam, SJW. Liberal pejuang hak asasi manusia, kahkahkah!" gelak Adli.

"Mana ada aku SJW la, aku sokong social reforms terutamanya safety net untuk rakyat terbanyak," kata Kamelia.

"Kau sosialis ke, Kam?" tanya Adli.

"Takde la macam tu, tapi macam kebajikan untuk orang ramai. Sebab tu aku tak setuju dengan free market macam Nizam. But, agree to disagree kan?" kata Kamelia.

"Nampaknya kita semua di spektrum politik yang lain-lain. Semua jauh beza. Tapi kita semua boleh jadi kawan baik. Pelik, kenapa orang sanggup putus kawan, putus saudara, sampai cerai-berai pasal politik?" tanya Eleena.

"Saya tak berapa into politics sangat, cuma saya benci kalau PAS bantah konsert. Bagi saya, selagi tak kacau orang, tak payah kacau dia," kata Nizam.

"Tu semua orang dalam kereta ni setuju, Tanty macam mana?" kata Eleena.

"Saya? Saya sebenarnya saintis dan saya hanya percaya pada fakta. Saya tak percaya pada perasaan rakyat. Kalau saya cerita, 40 tahun dari sekarang climate change telah menenggelamkan 20 peratus muka bumi, suhu dunia naik 5 darjah Celsius, saya cerita pada orang ramai, mesti tak percaya. Jadi, bagi saya, perasaan rakyat tidak penting, yang penting adalah setiap keputusan dilakukan oleh pakar."

"Teknokrasi?" kata Kamelia.

"Ya, kerana demokrasi telah banyak memusnahkan sebenarnya. Kerana demokrasilah, pemerintahan diktator bermula. Kerana demokrasilah, sebelah pihak yang lain akan rasa tertindas."

"Wow, kita ada lima orang yang berlainan politik dan ideologi dalam geng ni," kata Eleena.

"Politik ni bikin kacau je, yang penting hidup kena happy!" kata Adli sambil buka radio lagu Aboi, Yang Penting Happy.

Mereka berlima makan tengah hari apabila masa makan tengah hari, jadi sementara itu, mereka makan di tempat berhampiran dengan Jabatan Imigresen.

"Adli, Adli," Kamelia singgung lengan Adli ketika Adli sedang sibuk memikirkan apakah patut dia ambil lauk ikan keli goreng sambal atau ikan kembung bakar air asam.

"Mende kau ni, Kam?"

"Tu, tu, meja hujung kiri kau."

"Alamak, Ustaz Hanafi!"

Alamak, ni mesti takde lain nak cerita pasal Ustazah Mardihah ni.

"Buat-buat tak kenal, buat-buat tak kenal..."

"Adli!"

Suara garau Ustaz Hanafi bergema di warung.

"Alamak ai, malasnya aku!"

"Adli, mari sini."

"Kau pergi duduk dulu, nanti aku datang. Entah amende orang tua ni nak," Adli selesai ambil lauk. Dia memilih ikan keli goreng sambal.

Adli datang ke meja Ustaz Hanafi.

"Duduk la sini, ustaz nak ajak borak ni," kata Ustaz Hanafi.

"Ni, kira meja saya dengan meja sana sekali, saya belanja," kata Ustaz Hanafi. Wah, kemain lagi Ustaz ni.

Adli dah rasa pelik. Ini apa game Ustaz Hanafi dah letak ni?

"Ada apa ni, Ustaz?" tanya Adli.

"Gini, semalam, saya berkenalan dengan seseorang dalam Wechat," kata Ustaz Hanafi.

Dalam hati, Adli beristighfar. Macam mana Ustaz boleh terjebak ke kancah Wechat ni.

"Dah tu?"

"Saya berkenalan dengan seorang gadis ni. Ayu orangnya. Katanya belajar di UPSI, nama dia Marliana."

"Astaghfirullah al azim, Ustaz," Adli tepuk dahi.

"Jadi, ustaz nak minta tolong dengan kamu sikit ni, nanti saya bagi ganjaran," kata Ustaz Hanafi.

"Ah, ustaz punya ganjaran bukan boleh caya. Hari tu bagi upah, bagi sebutir kurma je. Kan tak pasal-pasal dah kena margera."

Adli memeluk tubuh, meminta ganjaran yang lebih baik.

"Adli nak apa dari ustaz? Bagi la yang ustaz mampu. Kalau minta kereta Ferrari, tak boleh la."

"Tak mintak dari segi material, tapi minta favour."

"Apa dia?"

"Saya, Nizam, Kamelia, dengan Radhi, tidak dikenakan apa-apa tindakan kalau kami ponteng atau datang lewat."

"Benda mudah, lagi?"

"Saya diberi jaminan dapat parking kat sekolah kalau saya memandu."

"Yang tu payah sikit, sebab hal tu pengetua yang uruskan, lain?"

"Markah presentation kami A+ tanpa banyak cekadak."

"Tak nak duit?" Ustaz Hanafi geser-geser dua jarinya.

"Tak nak la, amacam?"

"Bagus. Nanti Ustaz akan hubungi Adli."

"Kejap, Ustazah Mardihah apa cerita?"

"Tu target bini kedua."

"Yang Wechat ni?"

"Bini ketiga."

"Astaghfirullah al azim," Adli tepuk dahi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top