Bab Tambahan ✨ T
IRIS coklat miliknya mula berkaca-kaca. Telinganya tidak mempercayai apa yang baru dikhabarkan. Dia mahu bertanya, menjerit, tetapi lidahnya terikat dari mengatakan apa-apa. Bahunya terhinjut apabila Tok Aba menghentak meja dengan kuat.
"Apa maksud kau? Mana cucu aku?"
Adudu tertunduk, begitu juga dengan Probe. Terkulat-kulat Probe cuba memberitahu. "Betul! Bukan kita orang! Bukan kita orang yang culik dia!"
"Habis tu siapa yang ambil dia pagi tadi ha?" Ying sudah menempelak Probe. Tanah menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. "Jadi... Petir kena culik dengan siapa?"
Tiba-tiba leher baju Adudu ditarik Angin. "SIAPA DIA? BUKAN KAU KE YANG CULIK PETIR TADI?"
"Aku... aku sumpah tak tahu! Dia tiba-tiba ceroboh kapal angkasa aku. Lepas tu habis kapal aku rosak." Adudu menafikan. Kepalanya ditolehkan sekilas pada kapal angkasanya yang terhempas tidak jauh dari mereka.
"TAK TAHU? JADI APA SEBAB KAU CULIK DIA? KENAPA KAU CULIK DIA?" Angin mula hilang kawalan, menerbangkan Adudu dan Probe jauh darinya. Terhentak mereka berdua pada dinding kayu pondok berhampiran.
"BoBoiBoy dah mula hilang kawalan!" Gopal menjerit sambil menunding pada Angin. Langit-langit pun sudah mulai kehitaman tanpa guruh dan petir yang memancar.
Yaya pantas terbang mendekati Angin, namun dia tercampak jauh ke belakang. Ying lekas mendapatkan Yaya yang merengek kesakitan. "Yaya, kau okey ke?"
"Okey, tapi rasanya aku tak boleh dekat dengan Angin. Pelindung dia kuat sangat!" Yaya merujuk kepada pusaran beliung yang mengelilingi Angin, Probe dan Adudu.
Tanah terpaku pada Angin yang kelihatan samar-samar di dalam puting beliung itu. Ah, apa dia nak buat? Apa dia nak buat? Objek-objek yang lain pun mula terbang sekeliling pelindung Angin tersebut.
Tok Aba berpaut pada tiang kedainya. Kuat betul pusaran angin hingga ke sini terasanya! "Kita kena tenangkan Angin tu dulu!"
"Macam mana nak tenangkan dia, tok?" Gopal yang memeluk tiang sebelah bertanya. "Nak dekat dengan dia pun tak boleh!"
Adudu dan Probe sudah berpelukan antara satu sama lain. Masing-masing menggigil ketakutan. Nak keluar dari beliung ini, risau mereka akan terpusing-pusing pula. "Betul, kita orang tak tahu!"
Probe menambah. "Dia pun laju macam kilat! Kita orang pun tak sempat nampak muka dia!"
Tetapi setiap apa yang dikatakan langsung tidak didengari Angin. Sebaliknya dia sudah meringkuk dalam keadaan terapung, seolah-olah menahan kesakitan yang amat. Tiba-tiba, anak kecil itu meraung. "ARGHHHHH!"
"TANAH PENCENGKAM!"
Keluar tanah-tanah lalu mencengkam tubuh Angin. Pada mulanya puting beliung semakin deras berpusing, namun ia semakin lama semakin perlahan. Barang-barang yang mengelilingi mereka pun satu persatu jatuh ke tanah, menampakkan dengan jelas Angin yang telah dicengkam oleh tanah.
Perlahan-lahan Tanah menggerakkan tubuhnya menghampiri Angin. Begitu jugalah dengan kawan-kawannya yang lain. Mata Tanah terbeliak saat bertembung bersama mata biru milik Angin.
"Angin?"
Sejak daripada itu, namanya mula bertukar. Daripada Angin bertukar menjadi Taufan. Dan mungkin dari hari itulah, BoBoiBoy kerap menggunakan kuasanya.
Lebih-lebih lagi apabila marah.
Di dalam benak kepalanya, mungkin BoBoiBoy rasa apa yang dia rasa sejak Petir hilang. Rasa dikhianati dari orang terdekat, buatkan dia berjaga-jaga apabila bertemu orang yang baru.
"Huh... macam ni rupanya muka orang penakut." BoBoiBoy menghilangkan angin dari tangannya. Iwan yang berada di tengah-tengah antara pertarungan Fang sudah menutup mulut. Mungkin teruja mendengar kata-kata pedas BoBoiBoy.
"Oh, berani kau!" Fang menggepal penumbuknya.
"Eh, mestilah berani. Bukan macam kau." BoBoiBoy menunding ke arah Fang. "Penakut! Lari masa tengah lawan!"
"Hoi, aku bukan penakutlah!" Fang sudah membuka langkah, bersedia untuk berlawan. Memandang tingkah Fang, BoBoiBoy pun melakukan hal yang sama. Bebola taufan dia tangannya mula dikumpul.
"Dey, jangan gaduh dalam kelas! Nanti meja bersepah, aku juga yang kena susun balik!"
Berbeza dengan BoBoiBoy, dia masih boleh mengumpul kawan dan tersenyum semula. Manakala dia... dia tak mampu. Rasa macam... kalau dia jadi diri dia sendiri, 'seseorang' itu akan hilang.
Jadi dia perlu kekalkan wataknya supaya 'seseorang' itu kekal antara mereka.
"Da... Daun! Aku minta maaf!" Api segera mengangkat kaki dari terpijak tanah yang terkeluar dari pasu. Salah dia juga berlari galak sangat, hingga tersepak pasu pokok Daun hingga pecah.
Daun semakin menangis, sampai berbunyi sedutan hingus dia. Kalau peminat perempuan dia lihat, mungkin ada yang buat mimik geli. Hodoh sangat! Atau ada yang tak kisah langsung.
Angin menjeling ke arah pokok yang terbalik itu. Batang pokoknya elok sahaja, cuma pasu itu sahaja yang pecah. "Pokok saja pun, kenapa nak merengek macam budak kecil?"
Api dan Daun sama-sama menoleh pada Angin, terkedu. Mungkin mereka tidak sangka ayat itu akan keluar dari mulut Angin. Angin mengelak pandangan mata mereka, menyorok rasa bersalah kerana tersilap kata tadi.
"Angin."
Angin terkaku melihat Tanah memandang terus ke arahnya. Sunyi sepi suasana mereka. Hanya tapak kaki menghampiri sahaja bunyi yang ada setakat ini. Reaksi kawan-kawannya yang ketakutan dan keliru meremukkan hatinya.
Angin mengetap gigi lantas bersuara. "Aku nak pergi dapurlah." Cepat-cepat dia berlalu daripada kawasan tersebut, meninggalkan mereka semua terpinga-pinga begitu sahaja.
...
"Ergh..." Berkerut-kerut kening dan dahi Daun dalam tidurnya. Mungkin alami mimpi ngeri atau masih teringat peristiwa kehilangan pokoknya tadi. Tidak semena-mena, tubuhnya diselimuti kain tebal.
Angin kemudian mengalih kain tebal darinya ke atas tubuh Api yang tertidur. Kedudukan Api dan Daun agak jauh. Mungkin dia rasa bersalah kepada Daun, jadi dia menjarakkan diri. Dalam masa yang sama, dia cuba menjaga pokok Daun sehingga tertidur.
Angin teralih pada pokok milik Daun. Pasunya telah diganti oleh Gopal manakala pokoknya pula sudah ditanam semula bersama-sama mereka berlima dan kawan-kawannya.
Sedangkan dia duduk mengasingkan diri daripada yang lain. Layakkah dia duduk bersama mereka?
Dia datang semula ke sini pun, sebab dia rasa bersalah memarahi mereka semua. Sampai tidak tidur malam dia melayani rasa bersalah.
Angin takut-takut mendekati pasu itu, membelek daun-daun pokok. Mahu sahaja dia menjerit apabila pokok itu hampir memakan jarinya. Pokok alien mana Duri ambil ini? Dia tergelak sendiri, sebelum tawanya mati.
"Kalau Petir ada kat sini, mesti semuanya akan okey kan?" Angin meluah seorang diri. "Aku tak sama dia, dan aku cuma buat orang takut dengan aku. Sebab... semua orang takkan berani dekati puting beliung macam aku."
Pokok itu hanya berdiam diri mendengarnya. Lah, kau orang nak aku buat apa? Menyanyi? Nanti lari lintang-pukang si Angin ini, aku pula yang bersalah. Maka, jadi pendengarlah satu-satunya cara yang terbaik.
Tersengguk-sengguk Angin dibuatnya. Maklumlah, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi! Akhirnya Angin tidur memeluk lutut di hadapan pokok tersebut.
"Awww..." Daun menutup mulutnya. Dia membetulkan tubuhnya dan menyedari, dia diselimuti seseorang! Siapa baik sangat selimutkan diri dia? Matanya terarah pada seseorang di hadapan pokoknya.
"Angin... Api..."
Senyuman dilukiskan pada wajahnya. Menahan rasa mengantuk, dia membawa selimut lalu duduk di sebelah Angin yang sudah terbaring. Dia laju menarik selimut dan memejamkan matanya.
"Selamat malam, kau orang..."
...
TAUFAN meneguk air milo sejuk di tengah-tengah koridor. Tak sopan betul gayanya! Laju Gempa menepuk bahunya. "Jangan minum sambil berdirilah. Tak baik."
Taufan terus meneguk hingga tiada setitik pun yang tersisa. Selepas itu boleh pula tersengih dan mengelap bekas coklat di pipinya! Apa punya perangailah! Siap tersengih-sengih lagi! Gempa mampu menggeleng.
"Dah, dah. Jom pergi dekat ruang tamu. Cerita Ejen Ali nak mula dah ni." Tangan Gempa menyentuh bahu Taufan berkali-kali. Taufan hanya memerhati Gempa yang pergi terlebih dahulu sebelum dia turut melangkah sama.
Kaki Taufan berhenti mendadak di belakang sofa, tempat di mana mereka berenam berhimpit duduk. Blaze dan Ais sudah duduk bersila di bawah. Tempat-tempat di sofa juga sudah penuh. Memang tidak cukup ruang untuk dia masuk sekali.
Daun yang tidak sengaja berpaling ke belakang, teruja memandang ke arah Taufan. "Taufan, cepatlah! Dah nak mula dah cerita ni!"
"Kau buat apa tadi?" Halilintar juga menoleh ke belakang.
"Alang-alang tu, kau bawalah snek snek ke untuk aku sekali!"
"Ambillah sendiri, Blaze!"
"Alaaaa, ke kau nak ambilkan Ochobot?"
"Kau tak ingat ke hari aku jadi bola sepak hari tu?"
"Sorry."
Halilintar turun dari bawah sofa. Dia menepuk-nepuk tempat duduknya yang kini kosong. "Duduklah, muat lagi ni."
Taufan membulatkan matanya bersama air mata yang bergenang. Laju dia menutupkan matanya, mengalirkan air mata yang bergenang. Panik kembar elemental itu melihat Taufan kalut mengesap air mata.
Aku yang salah. Sebabkan nak hilangkan rasa bersalah dekat Halilintar, aku sanggup jadi dia. Walau aku tak rasa Halilintar nak aku buat begitu.
Hakikatnya, aku telah cederakan semua orang, termasuklah diri aku sendiri.
"Aku minta maaf, kau orang. Aku minta maaf sangat-sangat."
✨✨✨
Under the lamppost back on Sixth street
Hearing you whisper through the phone
"Wait for me to come home"
- Photograph, Ed Sheeran
Tak fasal-fasal Taufan jadi emo. 😔
Kalau nak bab Gempa, taiplah! Memandangkan kau orang tak boleh cakap muka ke muka dengan aku. Tetapi kalau rajin, boleh naik kapal terbang cari aku. Alamat aku dekat Bumi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top