Bab Tambahan ✨ D
"BOBOIBOY kuasa tiga!"
Setelah penat berlawan penjahat yang satu itu, Duri menyapu-nyapu tangannya, membersihkan habuk pasir yang melekat pada tangannnya. Tidaklah susah mana hendak kalahkan robot A.B.A.M ini. Segera dia mara ke arah Taufan dan Blaze.
Tangannya dihalakan ke arah Blaze. "Yay, kita dah berjaya!"
"YAY!" Duri pantas menarik balik tangannya apabila Blaze hampir melagakan tangannya yang berapi dengan tangannya. Haih, kan tak fasal-fasal melecur kulitnya nanti.
"Eh! Blaze! Hati-hatilah sikit!" Duri memarahi Blaze sambil menggembungkan pipinya. Haih, tidak macam marah langsung! Mencuit hati pula!
"Ah, maaf Duri." Blaze menggosok lehernya, tersengih lebar. Tangannya hilang bara lalu disuakan kembali ke arah Duri. Tangan mereka bertepuk. Terus mereka berdua tertawa sebelum Duri berpusing ke arah Taufan. "Taufan, yay..."
Taufan perlahan-lahan mengangkat tangannya, namun lekas dia turunkan kembali. Wajahnya dielakkan dari menghala Duri dan Blaze. Topinya dibetulkan menghadap ke hadapan. Terkedu Duri melihat reaksi Taufan. Gopal yang sibuk membuang kucing-kucing melekat pada tubuhnya juga terhenti. Begitu jugalah kawan-kawan mereka yang lain.
"Hey..." Kata-kata Blaze dipotong Taufan.
"Jom jelah bergabung."
Duri juga turut menurunkan tangannya, lemah. Sememangnya dia langsung tidak terkejut akan perangai Taufan... tetapi tidak sangka dia seserius begini. Kata Gempa... setelah salah seorang mereka hilang, Taufan serta-merta berubah.
Seolah-olah dia cuba jadi sesuatu yang kontra dari dirinya yang asal.
"HAHAHAHA!"
Sampailah hari ini.
Duri memerhati dari jauh Taufan yang terbang sekeliling Halilintar. Sesekali dia menahan gelak melihat reaksi Halilintar yang sepertinya jengkel Taufan asyik memanggilnya. Dalam masa yang sama, di sudut hatinya terbit terasa aneh memandang Taufan yang perangai sebegitu rupa.
Mungkin... terasa? Kepalanya digeleng laju. Memanglah, ini pertama kali dia orang berjumpa semula. Mestilah Taufan gembira. Tangannya memotong hujung pucuk pokok tomatonya. Yalah, mesti Taufan gembira daripada dia.
Hrm... bilalah Taufan hendak menegurnya kembali?
"Kau buat apa?" Terlatah Duri saat Halilintar tiba-tiba muncul di sebelahnya. Nasib kepalanya tidak berlaga pada mana-mana pasu. Kalau tidak, memang kena usung terus ke hospital gamaknya.
"Eh, Halilintar? Apa kau buat dekat sini?" Duri membetulkan topinya yang senget. Diperhati lagak Halilintar yang membelek tomato-tomato kecil yang baru hendak menumbuhkan dirinya. "Kau tanam semua ni?"
"Taklah, dia ajar semua tu cara-cara untuk fotosintesis." Solar menjawab bagi pihak Duri. Duri mengetap gigi, menyampah. Pantas dia mengaut tanah lalu membaling ke arah Solar. Laju Solar mengelak menghampiri kelajuan cahaya.
"Huh, baling pun tak kena." Solar menepis hidungnya. Nampak tak berlagaknya dekat situ?
"Okeylah dari yang seorang tu pakai topi tak betul."
"EH, KAU PUN SAMA KAN?"
"Oi... oi..." Halilintar menayang wajah tidak puas hati. Niatnya hendak menegur Duri, tiba-tiba beralih menjadi pendamai antara mereka berdua. Kejap bergaduh, kejap okey dia orang berdua ini. Sudahlah Gempa tolong Tok Aba dekat kedai. Halilintar menghela nafas berat. "Dah, dah. Kau tak ada kerja ke?"
"Dia kan ada kerja. Jadi matahari... barulah pokok-pokok aku dapat nutrisi yang mencukupi!" Duri tersenyum penuh mengejek.
"HUH?" Timbul urat-urat pada dahi Solar.
Belum sempat Halilintar hendak bersuara, kedengaran bunyi tapak kaki berlari ke arah mereka. Semakin lama, semakin kuat hinggalah muncul Blaze bersama bulu-bulu ayam berlari lalu melutut ke arah Duri. Bahu Duri digoyang berkali-kali.
"DURI! TOLONG AKU! AKU DALAM BAHAYA!"
"Aaaaaaaaaa... baaa... ha... ya... a... pa?" Bergetar nada suara Duri bila tubuhnya terus digoncang tanpa henti oleh Blaze. Ingat dia susu goncang (milkshake) ke apa?
"Kenapa ni, Blaze?" Halilintar memegang tangan Blaze, sekaligus menghentikan 'penyeksaan' terhadap Duri. Dalam hati Halilintar sudah berdebar-debar... ada musuh ke yang menyerang Blaze? Perlukah mereka bersiap-sedia?
"Oh... Hali pun ada." Blaze mengesat peluh menggunakan tangannya yang dipegang Halilintar. Sesaat kemudian, dia menghidupkan kembali suis paniknya. "TOLONG AKU. Tadi aku buat persembahan dekat kawan-kawan aku, lepas tu, aku jumpalah Yaya... eh, Solar dah hilang."
Halilintar mengerutkan dahinya. "Jumpa Yaya? Kenapa? Dia dalam bahaya ke?"
...
"Terima kasihlah sudi bantu aku hari ni, BoBoiBoy!" Yaya bersuara riang seraya tangannya menyediakan bahan-bahan. Telur, tepung gandum, rempah kurma, serai, limau purut... oi, ini nak buat biskut ke nak buat nasi kandar?
"Aku tadi nak ajak Ying. Tapi dia sakit perut pula. Cirit-birit katanya. Gopal pula, dia tolong appa dia berniaga hari ini. Fang pula..." Sedang sibuk Yaya membebel, Halilintar, Taufan dan Duri tenggelam dalam fikiran masing-masing. Memanglah dia orang ada hal, semua mengelak dari bekerjasama dengan agenda ini!
"Masa Yaya jumpa aku, dia kata dia nak buat biskut.. sempena nak buka sekolah katanya. Dia ajak aku. Tapi aku katalah kau orang yang nak pergi!"
"EH? Apa fasal libatkan kita orang pula!" Kini Blaze menjadi mangsa goyangan Halilintar.
"Ah, kepala aku tiba-tiba pening..." Blaze buat-buat sakit, melindungi kepalanya dengan lengan sambil matanya terpejam-pejam rapat. Seperti menahan sakit yang sangat-sangat!
"Tak payah nak pura-puralah!"
Jadi, begitulah ceritanya...
"Hrm... nak buat biskut ni macam mana?" Halilintar sudah menggaru kepala. Dengan mangkuknya, alat pengacau, sudulah... kerja sekolah Matematik prasekolah, eh apa buku itu buat dekat sini?
"Heh, tu pun tak tau." Duri menarik muka penuh sindiran terhadap Halilintar, menyebabkan lelaki itu memandang Duri, tidak puas hati.
"Kau tahu ke?"
Duri kemudian memandang langit, sambil tangannya ditekapkan ke cermin tingkap. "Hrm, best juga kalau berfotosintesis sekarang ni."
"Dah! Dah! Jangan nak mengarut! Kata nak tolong aku buat biskut." Yaya menghentikan perbalahan mereka yang tidak berpenghujung. Haih... layan 'seorang' macam layan ramai orang! Dua mangkuk dibahagikan kepada Duri, Taufan dan Halilintar.
"Taufan dulu pernah tolong aku buat biskut." Serentak dengan itu, Taufan menjadi perhatian mereka berdua. "Jadi, kalau kau orang nak tanya apa-apa, boleh tanya dia."
Taufan berpaling saat matanya bertembung dengan Duri. Lehernya diusap, kekok. Laju dia mengambil mangkuk pertama serta mencapai dua bekas berisi tepung. Halilintar pula pasrah mengambil mangkuk seterusnya tanpa sebarang ilmu dalam bidang masakan. Hunus pedang pandailah.
"Kakak, mana buku adik?" Kedengaran suara ToToiToy panik mencari buku di ruang tamu. Hrm... sungguh berbeza dengan perangai adik bongsu penulis yang tengah menonton televisyen di luar. ( Dasar, pergilah belajar. Tengok Minecraft buat apa.)
"Ah, kejap en korang!" Yaya lantas meletakkan bekas mentega lalu buku adiknya dicapai. "Ni, adik!"
Tercengang-cengang mereka bertiga ditinggalkan oleh Yaya. Hinggalah Halilintar perasan bahawa terdapat satu buku resepi yang ditinggalkan Yaya di atas meja. "Rasanya... kena ikut resepi inilah rasanya."
"Kenapa kita kena potong bawang? Nak buat biskut je kan?"
Taufan tidak banyak cakap, pantas mengambil cawan bagi menyukat tepung gandum. Dipandang wajah Halilintar dan Duri yang masih terpaku memandang siling. Keluhan berserta tawa disembunyikan. "Haih... korang ni. Halilintar boleh sukat bahan A aku tengah buat ni. Ikut je resepi tu. Sementara aku boleh buat bahan B. Nanti kita bolehlah campurkan."
"Aku pula?" tanya Duri.
"Kau..." Taufan terdiam, seketika.
Halilintar mengerling ke arah Duri dan Taufan. Ada apa-apa jadi ke antara mereka berdua ini? Belum sempat Halilintar berkata apa-apa, Duri terlebih dahulu berjauh hati. "Tak apalah, aku boleh buat air."
Taufan laju menghalang. "Eh, taklah, kau boleh tolong pecahkan telur ni. Sementara aku bubuh bahan lain."
"Ya ke?" Duri merapati Taufan, teruja. Segera dia menjarakkan diri, risau Taufan tidak selesa. Melihat reaksi Duri terus Taufan bersuara lagi. "Eh, tak apa. Aku okey je."
Janggal seketika buat mereka berdua. Tiba-tiba kepala mereka berdua diketuk serentak oleh Halilintar. Halilintar tampil dengan senyuman yang cuba disorok. "Cepat cepat jelah buat. Nanti aku yang siap dulu, kang!"
Kedua-dua kombo hijau dan biru itu seia tergelak. Mereka meneruskan kerja dapur yang nampaknya dilupakan Yaya di ruang tamu. Duri sengaja, konon-kononnya ingin menunjukkan bakat, berura-ura memecahkan telur di bucu meja. Halilintar dan Taufan apa lagi? Pergi halanglah si Duri itu. Nanti tak fasal-fasal kena mengelap rumah orang pula.
"Pukul jelah telur ni guna garfu. Lepas tu kupas-kupas jelah." Taufan meletakkan garfu ke dalam mangkuk setelah kulit telur mula menampakkan isinya yang kuning kemerahan. Lalu dia tuangkan ke dalam mangkuk bercampur tepung yang diukur tadi.
"Eh tapi, kulit telur tu masuk dalam mangkuk."
"Macamlah tak boleh kutip balik."
Duri ditugaskan untuk mengacau adunan bahan B yang dibuat Taufan tadi. Adakalanya menjerit si Taufan dan Halilintar apabila hampir sahaja mereka mahu dicalitkan dengan adunan tersebut. Setelah itu, bahan A yang dikacau Halilintar dimasukkan ke dalam mangkuk dipegang Daun.
"Oh, yang ini... kita kena uli jadi doh."
"Jadi pintu? Door kan?"
"EH, bukanlah, Duri!"
Yaya berlari anak kembali ke ruangan dapur. Macam manalah dapurnya diuruskan oleh budak bertiga tu. Tangannya bertongkat pada dinding. "Maaflah, korang. Adik aku tiba-tiba minta ajar kerja Matematik pula. Kau orang dah siap ke?"
Yaya terkelu lidah memandang keriangan antara mereka bertiga. Siap bergurau-gurau lagi sampai tidak perasan kehadiran dia semula. Tambahan pula, sudah lama dia tidak melihat Taufan bergembira begitu dengan elemental lain selain Halilintar. Lambat-lambat dia menarik nafas panjang dan mengulum senyuman.
"Siapa nak potong bawang pula?"
"HUH? MEMANG KENA POTONG KE!"
✨✨✨
Yaya : Yaaaaay! Dah siap! *pandang biskut perisa bawang, perisa santan dan perisa lain-lain*
Duri, Taufan, Halilintar : *dalam hati* Memang kena elak makan biskut dia nanti...
...
Kalau nak lagi bab, cakaplah 😔✨
Lepas ini, Ais pula. 😏
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top