Bab Tambahan ✨ A
"SLUUURP!' Terpejam-pejam mata Ais menghirup koko sejuk di pagi hari. Di kala orang lain lebih mencapai air suam sebagai pemula hari mereka, Ais lebih selesa dengan air beku di mana-mana sahaja. Dengan rasa manisnya di dalam mulut, ah... sedapnya!
Tok Aba menyangkut kain pada penyangkut besi. Matanya teralih ke arah cucunya yang seronok menikmati air pada waktu subuh begini. Siap kacau sendiri pula itu!"Eh, kau ni... BoBoiBoy. Tak elok minum air sejuk pagi-pagi."
"Tak adalah. Sekali sekala je tok." Ais memberi alasan beserta sengihan. Walhal hampir setiap hari dia asyik memakan makanan sejuk! Mana ada orang sanggup makan aiskrim setiap hari, hanya Ais sahaja gembira menerimanya!
"Hmph... yalah tu." Tok Aba memutarkan bola matanya, tidak percaya dengan sepatah kata diujarkan Ais. Tok Aba menyambung. "Oh, atuk nak balik rumah kejap. Tiba-tiba rasa nak terbuang air pula. Kau dengan Blaze jaga kedai atuk elok-elok ya?"
Ais terpandang ke arah Blaze yang sibuk membuka lipatan meja dan menyusun kerusi-kerusi membentuk bulatan sekeliling meja tersebut. Perasan namanya disebut, pantas Blaze menyahut. "Jangan risau, Tok! Kita orang mana ada pernah gaduh."
"Risau pula tok tinggal kau orang. Dahlah Ochobot pergi ikut dia orang bertiga." Tok Aba meluahkan risaunya sambil pelipis dahinya diurut kecil. Masakan tidak, kali terakhir dia tinggalkan kedua orang ini tanpa sesiapa mengawasi, habis terbakar dan beku sekeliling kedainya sekaligus!
Haih... macam tinggalkan budak kecil sahaja! Sekurangnya lagi elok dari Duri dan Solar ditinggalkan bersama-sama di sini.
"Tak perlu risau-risaulah, tok. Kita orang takkan gaduh lagi kat kedai atuk! Tok pergilah cepat. Nanti terkucil pula Tok Aba dekat sini." Blaze menolak lembut Tok Aba, memaksa Tok Aba meninggalkan mereka berdua. Kalau tidak, memang sampai ke tengah hari Tok Aba terpacak di sini!
"Erm..." Ais menukar tempat ke dalam kaunter. Eh, manalah tahu kalau ada pelanggan datang, bolehlah bersiap sedia. Hrm... tetapi ada ke pelanggan datang pukul 7 pagi begini? Telefonnya dikeluarkan.
"Kita orang nak hantar surat khabar dengan stok koko ni. Kau orang berdua boleh jagakan kedai Tok Aba ni?" Gempa bertanya sekali lagi sebagai kepastian. Halilintar mengambil lebihan ikatan surat khabar yang dibawa Gempa.
"Aku okey je." Ais menjawab, pasif sementara Blaze membalas dengan penuh keyakinan. "Jangan risaulah. Kita orang bukan budak kecil."
"Kalau macam tu, okeylah. Tok Aba pun ada perhatikan dia orang." Halilintar cuba melegakan Gempa. Sempat lagi dia membetulkan kedudukan tangannya pada kotak-kotak koko dan surat khabar tersebut, risau barang-barang itu terjunam ke bawah. Taufan pun lagi satu, sudah pergi dulu bersama Ochobot!
Gempa menghembus nafas perlahan, mungkin sudah sedikit lega setelah mendengar kata-kata Halilintar. "Kalau macam tu, kita orang pergi dulu, Tok Aba!"
"Wah..." Meleleh air liur Ais saat siaran makanan mula terpapar pada sosial medianya. Nasib dia berjaya mengesat mulutnya sebelum air liur menitik terus ke meja. Apabila jarinya dileretkan pada skrin, muncul lagi siaran satay ayam dilimpahi kuah kacang. Ah, memang syurga makanan betul!
Memang begitulah rutin seorang BoBoiBoy Ais. Kalau tidak benamkan kepalanya pada bantal, pastinya dirinya tenggelam dalam makanan-makanan yang terhias di sosial media. Sepatutnya dia tidur sambil tertunggu makanan, namun selepas perkena air sejuk pagi-pagi, rasa mengantuk langsung tidak menjengah!
"Hrm?" Blaze selesai menyediakan meja pelanggan menoleh ke arah Ais yang masih melekat pada skrin telefon. Anehnya, bunyi-bunyi burung berkicauan tidak memuaskan hati si Blaze. Yalah, mana dia faham apa burung-burung tengah gosipkan. Lagi bagus kalau dengar suara manusia bercakap dengannya!
"Kau buat apa?" tegur Blaze. Tetapi, cara menegurnya sungguh tidak sopan! Dengan kaki berdiri di atas meja dan kepala ditundukkan ke arah skrin telefon Ais lagi. Ini kalau ada pelanggan ternampak, terus patah balik buat sarapan sendiri dekat rumah!
"Oh... aiskrim en?" Blaze berpindah posisi ke belakang Ais. "Sedap sangat ke makan aiskrim hari-hari?"
"Sedaplah. Sebab tu makan hari-hari!"
"Tak rosak gigi ke?"
"Makan cekidis pun boleh sakitkan gigi juga."
"Ha, khabar angin mana kau dengar tu?"
"Khabar angin mana pula kau dengar ais krim boleh rosakkan gigi?"
"Semua orang tahulah benda tu. Kalau tanya kucing pun, dia orang pun boleh jawab juga."
"Meow?" Kucing yang baru tiba di persekitaran mereka terpinga-pinga. Tidak fasal-fasal dia pula dibawa masuk dalam pengtengkaran mereka. Dilihat kedua-dua mereka berbalah mulut hinggalah Blaze bersuara tegang.
"Kau nak lawan ke?"
"Marilah!"
Alamak, buat-buat tak nampak sahajalah meow.
...
Mereka bertiga melepas lelah sebaik sahaja kembali ke kedai Tok Aba. Kotak-kotak koko pun sudah mereka buangkan di tong kitar semula. Jadi, apa lagi? Rehat, goyang kaki sambil tengok tvlah! Halilintar melabuhkan punggungnya pada salah satu kerusi. Tidak perasan Fang sedap-sedap memakan donat lobak merah di sebelahnya!
"Eh, Fang. Apa kau buat dekat sini?" Halilintar terperanjat setelah menyedari Fang berada di sebelahnya begitu lama. Senyap betul, bunyi nafas pun tak dikesan!
"Aku? Aku makanlah. Buat apa lagi?" Tersembur-sembur sisa donat ke arah muka Halilintar. Pantas Halilintar menepis-nepis 'serangan' si Fang itu. Haih, makan biarlah sopan sikit!
Berbanding dengan elemental lain, dia kurang kenal sangat dengan Fang. Maklumlah dia kena culik sebelum kenal-mengenal sama landak ungu ini. Namun, apa yang dapat perhatikan... Fang ini boleh dikatakan bijak, cuma bila sampai ke benda yang dia minat, tiba-tiba nampak macam tak betul.
Riak wajah Tok Aba berubah mendadak, seakan-akan teringat sesuatu. Dulang berisi pesanan pelanggan diletakkan ke meja. "Kejap, kau orang ada nampak Ais dengan Blaze tak? Dah dekat tengah hari tapi tak muncul pun dia orang."
"Iyalah, baru perasan dia orang tak ada." Ochobot mengiyakan.
"Dia orang dah balik rumah kot." Taufan membuat andaian. Dulang itu dibawa ke paras dada. Tok Aba lantas menidakkan. "Tadi tok balik rumah, nak buang air kejap. Lepas tu dia orang dah tak ada dah. Kalau dia orang balik rumah, mesti tok dah terserempak dengan dia orang."
"Ada sesuatu terjadi dekat dia orang ke?" Kini Halilintar pula melakukan spekulasi sendiri. Fikirannya dipenuhi ketakutan yang mula dia ciptakan seorang. Yalah, mana tahu dia orang kena culik? Kena serang?
"Oh. Sesuatu tu macam tu ke?" Fang menunding ke arah televisyen.
Siaran berita itu memainkan kekecohan di sebuah sekolah rendah. Kalut wartawan itu mendekatkan wajahnya ke arah skrin sebelum menjauhkannya apabila dia hampir mengenai bebola api. "Hai, sekarang anda bersiaran langsung bersama saya, Ravi J. Jambul. Di mana ada bahaya, di situ ada saya!"
"Sekarang ini, saya berada di padang Sekolah Rendah Pulau Rintis, merakamkan pergaduhan antara BoBoiBoy dengan dirinya sendiri! Ayoyo, habis hangus rumput padang ini semua!"
Gempa automatik berhenti mengelap meja dan terus memandang pasrah ke arah televisyen. Kamera kemudian bertukar arah ke arah Ais yang melakukan ombak berais untuk menenggelamkan bebola-bebola api milik Blaze. Pertembungan itu menyebabkan wap-wap mula tersebar ke udara.
"Mana ada orang makan bertih jagung sejuk-sejuk!" Bebola api mula terapung di udara.
"Eh, tak ada oranglah panaskan bertih jagung dalam microwave setiap kali nak makan. Orang lain terus makan je!" Panah-panah ais dilepaskan.
Sempat lagi, Tok Aba dan Halilintar berpandangan sesama sendiri, seolah-olah berkongsi pendapat sama antara satu sama lain melalui telepati. Mereka sambung mendongak ke televisyen.
"Itu orang lain! Bukan aku!"
"Oh... patutlah. Kau kan pelik."
"HAH?"
Haih...
...
"Aduh, aduh!' Ais menjauhkan tangannya serta merta. Rasa macam terkena api sahaja bila disapu ubat detol itu pada lukanya. Pantas Halilintar menarik tangan Ais semula. "Kau ni. Tak siap lagi!"
"Ah, sakitlah!" Blaze mengundur ke belakang. Berkerut-kerut dia melihat ubat dan minyak gamat pada Blaze. Tahu takut, padahal dia yang paling banyak lukanya!
Taufan memandang penuh spektikal ke arah Blaze. "Aku belum sapu lagi."
"Nak gaduh lagi ke?" Tok Aba mencengkak pinggang, sekaligus membantutkan seluruh pergerakan Blaze. Laju si Blaze menunduk dan menjarakkan diri dari Tok Aba. Ais juga terkulat-kulat takut dimarahi.
"Tak gaduh lagi dah..."
"Betul ke ni?"
"Betul..."
"Pff..." Fang senyap-senyap merakam aksi Blaze dan Ais. Bukan setakat Fang, Ochobot pun naik sekaki. Hrm, tetapi Ochobot tak ada kaki.
Fang menekan butang merah lalu tersenyum diri. Bolehlah dia simpan dalam koleksi gambar hodoh kawan-kawannya. Blaze menyedari segera ingin berteriak ke arah Fang tetapi dihalang oleh aura Tok Aba yang mempengaruhinya.
"Kalau macam tu, hari ni kau orang kerja tolong Tok Abalah. Dan hari seterusnya..." Gempa memberi cadangan bersama senyuman lebar.
Blaze tersengih besar. "Oh, okey je kalau macam tu..."
"Dan hari seterusnya. Dan seterusnya." Nada Gempa semakin lama semakin tegang dia akhir ayat. Hingga si Halilintar pun meremang bulu roma sedang dia menampal plaster pada luka Ais.
Blaze dan Ais memandang sesama sendiri. Habislah mereka!
✨✨✨
Ais dan Blaze : *minum air koko*
Tok Aba : Sakit lagi ke luka tu? Nanti sapu ubat lagi.
Ais : Tak ada dah tok...
Blaze : Ergh, tak naklah. Nanti sakit lagi
Halilintar : Habis tu macam mana nak sembuh?
.
Ochobot dan Fang : *sambung tengok video dirakam tadi* *gelak sama-sama*
Gopal : Eh, nanti hantar dekat aku, tau!
BoBoiBoy : Huh... *pandang dari jauh*
...
Memang suka gaduh dengan diri sendirilah si BoBoiBoy ni. Hrm... *pandang cermin* kau pun sama.
Kalau nak bab untuk Blaze pula, taiplah emoji ayam ramai-ramai.
Hrm, agak-agaknya BoBoiBoy makan ayam tak? Yalah mana tahu bila nampak ayam goreng, teringat kawan-kawan dia. Tak fasal-fasal makan makanan laut jelah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top