A ⚡ 8
A D A D A
- - - - - - - - - -
" Adada? "
.
.
.
LANGKAH milik Raja Keraunos serta-merta terhenti. Wajah pengawal direnung tidak percaya saat dipaling. Beku terus tubuh si pengawal apabila dipandang tajam oleh redupan mata itu. Takut-takut dia mengulang.
"Err... ya, tuanku. Nampaknya seperti proses hibernasi 'dia' telah pun tamat. Baru sahaja Voltrabot..."
"Adada!" Pintu bilik dirempuh tiba-tiba. "Adada dah hilang!"
Kehadiran dayang mencelah diri dalam perbincangan penting itu ibarat meminta kepalanya dipenggal! Bulu roma dayang itu automatik berdiri tegak. Aduh aduh... dia ini dah tersalah masuk kandang harimau!
Lagi-lagi pandangan gelap raja Keraunos diberikan kepada dia. Dah tak lama dah ajalnya nak datang!
Bahu yang tegak perlahan mengendur saat keluhan Raja Keraunos kedengaran. "Haih... Adada hilang lagi, dayang?" Watak raja penyayang dimainkan. Siap urut pelipis mata lagi!
Lagipun, ini dayang baru berdekatan sini...
"Tak apa, arahkan pengawal untuk cari dia."
"Ba... ba... baik!" Baru sahaja matanya dikelip sekali, kelibat sang raja sudah lenyap di hadapan mata. "Eh? Tuanku?" Bukan setakat dayang yang panik, dengan pengawal sekali turut gelabah!
"Tuanku?" Sedari sahaja, Raja Keraunos telah berada di luar, berteduh di bawah pohon. Terburu-buru pengawal mengikuti raja Keraunos di luar istana. "Ke... kenapa ni, tuanku?"
Raja Keraunos membisu sambil memegang kerundung oren yang tersangkut pada dahan pokok. Tidak syak lagi... mereka lari cepat dari aku sangkakan.
"Ada... ada penceroboh ke, tuanku?" Tidak semena-mena pengawal itu peramah menegur. Mungkin lihat mood raja ini baik hari ini.
"Mungkin."
Kerundung itu pantas ditarik sehingga meninggalkan garis koyakan panjang di belakang. Raja Keraunos berpatah balik masuk ke istana. "Aku nak ke 'bilik pesakit' kita tu. Dan..."
Tubuh pengawal itu langsung kaku apabila raja menoleh ke belakang. Kali ini raut raja itu ditayang tanpa ekspresi.
"Pastikan cari dan bawa Adada dengan segera."
...
Atmosfera persekitaran pantas berubah tegang. Ying drastik mengundurkan langkahnya seraya wajah Adada diamati. Budak ini okey ke tak? Dengan darah di sana-sini. Tengok itu, sempat lagi tersenyum! Serba-salah pula nak lawan.
Budak ini betul-betul gila!
"Hah? Nak mengelak! Hahaha, jangan harap!"
"Perlahankan masa!"
Pedang itu digenggam dan jam itu dihidupkan serentak pada masa yang sama. Meskipun masa sekitarnya dilambatkan, Adada masih lagi mampu berlari ke arahnya.
Ying menghalakan tangannya, menahan bilasan pedang Adada. Berkerut mukanya menerima rasa perit. Rasa macam terkena renjatan elektrik.
"Tendangan bertubi-tubi!" Adada sempat mengelak ke tepi tanpa sangka pihak lawan sudah mengubah cara pencaturan. Kaki Ying beralih bertapak pada dada Adada sebelum dilancarkan sepakan bertubi-tubi!
"Ergh!" Pedang itu dihunus pada tapak kaki Ying baru Ying terus mengundur semula ke belakang.
Ying memandang jamnya. Tinggal 30 saat sahaja lagi kemudian masa akan jadi normal semula.
Ying menjengil lelah ke arah Adada yang masih belum mengalah. "Hentikan! Lagipun... apa yang kau dapat lawan dengan kita orang?"
"Huh..."
Aiya, dia cakap laju sangat kan?
"Beeeeerheeeeeentiiiiiii..." Eh, tak fasal-fasal ada robot kuning ini mencelah pula!
Beep! Beep!
"Aaaaadaaa.... aadeh!" Ochobot serta-merta tersembam ke tanah sebaik sahaja gelombang masa itu tamat.
Ochobot laju menerpa Adada. "Adada! Jangan serang dia orang dah! Dia orang semua ni kawan-kawan aku!"
"Eh? Kawan-kawan kau?" Bahu Adada yang tegang perlahan-lahan kendur semula. Jarinya ditunjukkan ke arah 'mangsa-mangsa' nya tadi. "Dia orang ni?"
"Ya. Mungkin dia orang ingat kau orang jahat yang culik aku, sebab tu dia orang serang kau." Ochobot cuba meredakan salah faham yang terjadi.
"Tapi inilah kawan-kawan yang aku cakapkan tu."
Adada tercengang sendiri. Jadi betullah dia orang ini kawan-kawan Ochobot. Yang aku pergi menerawang jauh itu kenapa?
Darah di tepi bibirnya dikesat guna lengan baju sendiri. Matanya menoleh ke arah Ying dan Ochobot saling berbisik lalu pada botol ubatnya. Tak sangka dia boleh atasi sakit kepala tadi tanpa gunakan ubat pun.
Hahaha... mungkin penangan kena sumbat banyak ubat 'pagi' tadi.
"Adada?"
"Adada, banyak gila darah kau! Kau okey tak?" tegur Ochobot, panik. Kalau luka-luka ini tak apalah, sebaliknya darah siap keluar dari hidung dan mulut lagi!
Bawah hidungnya dikesat. "Tak adalah aku okey je." Adada meleset darah pada baju.
"Okey je? Itu lagi?" Ochobot tidak berpuas hati dengan jawapan selamba Adada.
"Dah tu kenapa kau habiskan ubat aku..."
"Huhuhu... kau berdendam lagi ke fasal tu... dan macam mana boleh teruk sangat sakit kau tu!"
"Aduh, Tok Kasa tu pergi hilang lagilah." Ying mengeluh setelah berpenat lelah meletakkan kawan-kawannya ke tepi rumah. "Dari kita orang cari kamu lagi, tak serempak langsung dengan dia ma."
"Siapa Tok Kasa?" soal Adada.
"Oh, Tok Kasa tu boleh dikatakan kawan kita oranglah..." Adada mengerutkan dahi mendengarnya. Berapa banyak kawan kau ada ini, Ochobot?
"Mungkin dia dapat tahu sedikit sebanyak masalah kau ni."
"Eh? Adudu dan Probe!" Suara Ying berbunyi dari dalam rumah. Adada dan Ochobot segera meluru masuk ke arah Ying.
"Apa bising-bising ni? Malam-malam buta pun nak kacau orang tidur ke?" Adudu merengek kecil seperti budak dikacau lenanya. Sempat lagi dipeluknya Probe lalu disambung mimpinya!
"Hoi! Sempat lagi kau tidur ya?" jerkah Ying.
"EH? YING?" Terbuka luas mata Adudu dan Probe melihat orang yang mengejutkan tidur mereka. Terperanjat Adudu dibuatnya. "Macam mana kau..."
"Ying, kau pun kenal dia orang?" tanya Adada.
"Bukan setakat kenal je, tahu sangat!" Kata-kata Ying seperti terkandung dua makna. Lagaknya pun macam tengah tahan sahaja nak tampar Adudu dengan Probe.
"Entah-entah dia orang ni ganggu kau tak ya, Adada?" Aik, tiba-tiba saja Ying ini bersikap prihatin terhadapnya.
"Ganggu? Dia dulu yang ganggu kita orang adalah!" Adudu menidakkan tuduhan tidak berasas Ying itu. Dipaksa joging tengah hari buta pula tu!
"Betul tu betul! Siap diikatnya kita orang. Ish... ish... ish... tak patut, tak patut." Probe menambah sambil menggeleng berulang kali.
Ochobot membisik perlahan. "Bukan kau seorang je."
Adada menghela nafas panjang. "Itu sebab..."
"WAZZUP PENDUDUK PLANET KILAS!"
"Eh?" Ying dan Ochobot mematung saat suara itu lantang bergema. Macam terkena jumpscare tanpa amaran! Hingga ke sini boleh dengar!
"Oh, tu mesti pentas awam yang terbuka kat tengah-tengah pasar tu. Sesiapa pun boleh buat persembahan kat si... hachum!" Aduh, berpeluang pula bersin itu nak menyelit! Adada menyambung. "Jadi tu mesti datang dari situ."
Bersemangat terus Probe mendengarnya! "Ush, tak sangka pula dekat sini ada konsert. Bolehlah aku nak menyanyi ni! Adada, lepaskanlah aku!"
"Tadi tu mesti Tok Kasa!" suara Ochobot selepas dapat mengecam suara tersebut.
"Itu... suara Tok Kasa?"
Ying menggaru rambut di sebalik topinya. "Haiya... dia pergi buat konsert pula! Kau tahu ke konsert tu dekat mana?"
Baru sahaja Adada ingin bersuara, Ochobot sudah mengheretnya. "Jomlah, Adada... kita jumpa Tok Kasa! Tok Kasa mesti gembira kalau dapat jumpa kau punya."
Nada Adada seakan kurang senang katanya disampuk. "Aku tak cakap aku nak kan. Dan kenapa pula Tok Kasa tu nak gembira tengok aku..."
"Haiya! Kenapa cakap banyak ni? Pergi sahajalah!" Ying menolak Adada berjalan meninggalkan rumah tersebut. Termasuklah dua kawan lama Adada, terikat dan tak terdaya di dalamnya.
"Eh, eh, eh! Lepaskanlah kita orang dulu!"
"Hoi, kita orang ni macam mana?"
"NAMPAKNYA KORANG SEMUA MESTI TAK SABAR NAK PERLIHATKAN PERSEMBAHAN AKU NI!"
Boleh dilihat seorang lelaki tua bersesungut berdiri penuh megah di hadapan pentas. Di tangannya terdapat sebuah mikrofon dihalakan ke arah penonton.
Krik... krik...
"Tak masalahnya, siapa atuk ni?"
"Panjang benar nafas dia... nak... sebut semua tu..."
"Hahaha... nampaknya korang semua begitu bersemangat!" Mikrofon dilepaskan tidak semena-mena menghasilkan bunyi bingit di sekitarnya. Jarinya dipetik. "Music please!"
Suasana seronok mula terasa apabila rentak lagu didendangkan. Maka habis segala jenis tarian mula digerakkan oleh Tok Kasa. Ada rupa macam ayam menari dan sesekali berubah menjadi penari hip hop mengikut rentak!
Sesiapa anak cucu atau anak murid Tok Kasa ini, pasti sekarang tengah cari lubang untuk menyorok malu!
"Tok, tok buat apa ni?" Ochobot memandang menyampah Tok Kasa di kaki pentas.
"Bagus korang dah sampai!" Tanpa disangka, Tok Kasa menarik Adada ke sisinya untuk menari.
Pembesar suara itu mula bersenandungkan bunyi violin dan akordion sekali gus tatkala Adada masih terpinga-pinga. Tok Kasa menepuk tangan lalu serta-merta rima muzik bertukar rancak.
"Menari je!"
Kaki Adada gerakkan secara rawak. Tangannya digoyangkan mengikut irama muzik tersebut. Setiap gerakan bagaikan semula jadi mengikut alunan muzik. Terlalu seronok sehingga dipusing seluruh badan!
Khalayak ramai ada mengikut menari sama. Tergerak-gerak bahu juga mendengung bersama. Tangan pun dibuat pukul angin berkali-kali! Rancak gila!
Ying dan Ochobot turut menyertai menari di belakang Tok Kasa dan Adada. Ying membalikkan tubuhnya lalu berpusing 360 darjah. Eh, macam berpengalaman sahaja Ying ini!
"Woooh!"
Ochobot mencelah di antara Adada dan Tok Kasa untuk berjoget bersama. Gerak-geri kaki dan tangan saling seiring seperti sudah menghafal tempo lagu ini. Paling mahal sekali, Adada tidak berhenti senyum dari tadi.
"Fuh, Adada!"
"BAM!"
Hembusan nafas ceria automatik tertahan mendengar bunyi bising tersebut. Lantas semua kepala tertoleh ke belakang, bertentang wajah dengan dua pengawal raja Keraunos. Ah, buat apa pengawal istana tiba-tiba baik buat lawatan ke sini!
"Hmm hmm hmm hmm HMM!" Si rakan yang masih dibuai tarian laku disiku berkali-kali oleh sahabatnya. Tidak kisahlah terpenyek hidung mahupun lubangnya... asalkan tak dipancung sekelip mata!
"Putera Adada. Baginda Raja Keraunos minta tuanku tuk' pulang ke istana dengan segera." Salah seorang pengawal menyampaikan titah raja.
Suasana berseri yang Adada rasakan langsung suram. Kini, semua mata terpacak pada Adada sementara ada mulut mereka mengherot berbisik kata. "Eh, seriuslah yang menari tadi tu... putera?"
"Tulah! Tak cam mana."
"Mesti sebab gaya topi tuanku tu yang berbeza."
Ochobot memekakkan telinga lalu melihat Adada, bersama keliru yang bercampur. "Kau... kau putera raja kerajaan ni?"
Adada cuma membisu. Iris matanya bergerak-gerak seperti mencari sesuatu barulah akhirnya sekuntum senyuman dibentukkan. Kakinya tertib menuruni tangga. "Maaf ya, semua. Saya kena balik ni."
Sosok 'Putera' Adada tenggelam dalam khalayak ramai. Pasti teruja putera sendiri turun menjejak padang bandar ini.
Tok Kasa merenung lama Adada sebelum bersuara. "Tak sangka pula aku menari dengan putera raj..."
"Haiya! Tok ni! Kita kena dapatkan Adada balik!" Ying maju ke hadapan namun pantas sahaja didahului Ochobot.
"Tunggu! Adada!" Entah kenapa, pergerakan Ochobot terhenti serta-merta.
Adada mengerling ke belakang, memandang Ochobot. Seakan memberi isyarat, kepalanya dianggukkan perlahan. Seolah mengatakan yang dia baik-baik sahaja.
Lambat-lambat dia berjalan bersama-sama pengawal istana sambil diekori oleh pandangan mata kawan barunya.
⚡⚡⚡
Akhirnya dapat juga kembali dalam Adada! Rindunya dengan Adada TvT.
Juga Nooroo : ARGH INTERNET BUAT MASALAH!
Dan ini pertama kali aku tulis scene orang menari. Dengan sekali aku aku juga ikut menari sama. Ada ada yang gembira, saiya pun gembira juga. 😔✨
Dark Nooroo : Kau okey tak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top