A ⚡ 7

A D A D A
- - - - - - - - - -
" BoBoiBoy? "

.
.
.

                                       BUNYI sesuatu diseret terkesan masuk ke dalam audio telinganya. Ditemani muzik angin malam... Ochobot cuba menggerakkan tubuh badannya, namun siapa sangka dia diikat bersama kawan-kawan Adada!
 
   "Buk!" Begitu kasar sekali mangsa-mangsa dicampakkan ke dalam isi rumah. Macam lempar beg sekolah saja lagaknya!
 
   Adada menatap di luar rumah. Kakinya lambat-lambat menanggalkan selipar darinya. "Lama... aku tak datang sini." Mata Adada terkaku ke arah Ochobot yang pening-pening lalat.
 
   "Kau dah sedar? Kenapa kau selalu pengsan ajak-ajak ayam?" Adada menghalakan pedangnya ke arah Ochobot.
 
   "Adoi... bukan tidur ajak-ajak ayam ke?" Ochobot membetulkan sambil menghilangkan rasa pening sistem robotnya.
 
   Tetapi dah pengsan. Mestilah hanya sekadar beberapa jam atau beberapa minit sahaja. Kalau nak berbulan tu kenalah ada kemahiran mengkomakan orang!
 
" Eh..." Ochobot memerhati seluruh isi rumah sebelum teralih pada pedang yang terarah kepadanya. "Ni rumah kau ke Adada? Kenapa bersepah sangat? Macam tak pernah duduk je."

   Adada menghilangkan pedang halilintarnya. "Ini... ini bukan rumah aku. Ini rumah..." Dia membiarkan sahaja kata-katanya tergantung.
 
   Ochobot janggal menunggu jawapan sambil melihat Adada yang duduk bersila. "Rumah siapa?"
 
  "Ini rumah kawan aku."

  "Jadi, mana kawan kau?"

  "Rumah lama kawan aku."

  "Kau boleh tak lepaskan aku?" pinta Ochobot. Ketat seperti diikat mati dengan tiang! "Lagipun susah nak bergerak sebab terikat dengan dua ekor ni."
 
   Ochobot yang meronta-ronta dalam ikatan itu dihiraukan sahaja Adada. "Tak boleh. Lagipun korang bertiga nampak mencurigakan."
 
   Muka pelik ditayangkan robot itu. "Mencurigakan macam mana?"
 
   "Sudah." Adada segera menukar topik. Lagi dilayan, lagi panjang pula bab ini. "Fasal sakit aku tu, apa maksud kau sakit tu datang dari kuasa aku?"
 
   "Kau lepas guna kuasa kau... kau selalu sakit kepala ke?" Nada Ochobot mula berubah ala-ala seorang doktor.
 
   "Kalau aku selalu macam tu, mesti aku dah sakit kepala sekarang." Adada memutarkan bola matanya. Dia menyambung menerangkan. "Sakitnya datang tiba-tiba. Kebanyakkan waktu pagi. Biasanya sakit kepala, loya dan pening datang serentak."
 
   Ochobot terangguk-angguk mendengarnya. "Sakit yang datang tiba-tiba? Sejak bila kau ada?"
 
   Adada terdiam sejenak. "Sebulan lepas parti hari jadi aku... waktu itu aku sakit kepala teruk sampai aku fikir aku nak mati je waktu tu."
 
   "Doktor rawat aku pun sendiri tak tahu penyakit aku ni. Apatah lagi aku." Adada menarik nafas dalam-dalam seperti mengumpulkan sesuatu. "Jadi aku bergantung pada UBAT yang ORANG TU HABISKAN."
 
   Ochobot kini memahami perasaan Probe dalam berpeluh ketakutan, walaupun mereka berkulit besi. Sudahlah dijeling bagaikan hendak telan! Huhuhu... aku mana tahu!
 
   "Lepas sebulan?" Ochobot seakan menangkap sesuatu. "Kau ada sakit teruk lagi ke sebelum ni. Dalam masa terdekat ni."

   "Ah... dalam sebulan yang lalu ke?"

   Pertanyaan itu tepat mengenai batang hidung Adada sendiri. Adada mengemam bibirnya sebelum membuka kata. "Tak adalah sebulan... lebih kurang dua minggu lepas. Aku adalah demam teruk ."
 
  "Masa aku 12 tahun, aku ada juga demam teruk. Kenapa?"

   "Aku rasa aku dapat tahu punca kau sakit sebenarnya." Teruja benar suara Ochobot menyatakannya. "Nampaknya kau kena tunggu jumpa kawan aku je..."

   "Shring!"

   Pedang berkembar halilintarnya dikeluarkan. Adada sudah dalam posisi bersiap-sedia, seperti mahu melawan sesuatu. Bergerak-gerak anak mata Adada meliar mencari bahaya.

   "Kenapa Adada?" tanya Ochobot.

   "Aku rasa ada orang." Adada mengemaskan pegangannya pada pedang.
 
  "Inilah lokasinya."

   Giginya diketap. Mata merahnya menyinar keresahan. Tak mungkin ayahnya menghantar orang kanan sebab dia belum balik lagi.

  "Eee, macam seram sejuk je rumah ni. Tak akan ada kat sini?"

  Suara perempuan muda mengeluh kedengaran. "Kalau kau tak nak masuk, biar kita oranglah masuk!"

   Tak, ini orang luar.

  "Tunggu, Yaya! Ying!"

   Dua perempuan tadi masuk ke dalam isi rumah yang gelap gelita itu. Tuan rumah ini tak bayar bil elektrikkah? Perlahan-lahan mereka memijak lantai rumah...

   "Ocho..."

   "Tetakan Halilintar!" Dua perempuan itu membuntang mata mendongak ke atas. Tahu-tahu sahaja cahaya merah memasuki mata mereka sebelum terpadam akhirnya.

   "ARGH!"

  Kawan lelaki mereka terundur ke belakang. Masakan tidak, tiba-tiba sahaja ada cahaya merah terpancar dari dalam rumah tu. Sekali dengan jeritan dua kawannya lagi. Tak mungkin mereka berdisko pula!
 
   "Yaya! Ying! Kau okey tak?" Lelaki itu memberanikan diri menjenguk pintu rumah. Adada berdiri di atas tubuh Yaya dan Ying merenung tajam padanya. Ah! Lain diharap, lain yang muncul!

   "AAAAH! HANTU MATA MERAH!"  Cahaya berwarna hijau keluar dari tangan lelaki itu, meluru ke arah Adada.

  Adada pantas mengelak keluar ke hadapan rumah. Lelaki itu seperti... lemah sahaja. Duduk meliar ke sana-sini melawan rasa takutnya.

   "Gerakan Kilat!" Adada muncul di belakang lelaki itu. Tangannya sudah mengangkat pedang ingin menetak lelaki ini.

  "Tunggu, Adada! Itu kawan aku!"

  "WARGH!"

   "Prak!" Adada terkedu mendengar bunyi patah itu. Tak akan pedangnya patah semasa potong kepala lelaki ini.

   "Eh. Tak sakit pun." Gopal memegang lehernya. Matanya terarah ke bawah. "Eh ada coklat." Masyarakat ini budak. Sempat lagi dikutip coklat berbentuk pedang itu  masuk ke dalam mulut!

   Tergamam dia dibuatnya. Pedang dia berubah jadi makanan?

  "Erm, sedaaAAAAAARGH!" Lelaki itu dilempar kasar ke arah dinding bangunan di bertentangan.

   "Tak guna." Adada mencampakkan pedang 'coklat'nya ke tepi. Nampaknya lelaki ini bukan calang-calang orangnya. Tetapi kenapa tubuh dia seperti sama spesies dengan aku?

   "Eh? BoBoiBoy?" Lelaki itu tersentak melihat wajah Adada. Namun, terus dia bertukar nada. "KENAPA MUKA KAU SAMA MACAM DIA? DASAR CETAK ROMPAK!"

   Sedang sibuk marah melulu tadi, tahu-tahu sahaja Adada menghilang. Yang ada cuma dua pedangnya sahaja.

   "Eh? Mana dia pergi?"

   "Apa kau merepek ni ha?" Suara itu dari belakang! Adada mengangkat tangannya yang membawa bola kilat gergasi. "Rasakan ni!"

  "Pemberat graviti!"

   "Ah!" Adada dan lelaki itu sama-sama terjelepuk jatuh ke tanah. Ditambah dengan efek renjatan elektrik pula itu!

   "Gopal? Kau okey ke?" Yaya segera menghilangkan kuasanya setelah mendapati Gopal pengsan.

   Pedang itu dilibas ke arah Yaya. Adada terpinga-pinga ketika mangsanya hilang dari permandangan. Kepalanya dicongak. Perempuan itu... perempuan itu ada di atas kepalanya!

   "Apungan Graviti!"

   Kaki Adada kini tidak berpacak pada tanah bahkan berhayun-hayun di atas awangan. Dia tidak bebas bergerak! Seolah-olah terperangkap dalam bola!

   "Cakap! Apa kau nak buat dengan Ochobot, ha?" Yaya mula sesi soal siasat apabila lelaki itu 'berdiri' sama tinggi dengannya.

   "Ochobot?" Dahinya berkerut. Dia orang ini kawan-kawan Ochobot ke? Dia fikir spesies robot macam Ochobot juga.

  "Cepat jawab!"

  Ataupun... mereka ini mahukan Ochobot.

  "PEDANG HALILINTAR!" Pedang yang baru muncul di tangan Adada. Selaju kilat, bola yang memerangkap dirinya ditetak sehingga...

   Pecah?

   Tidak sempat Yaya bergerak. Tubuhnya terkena hayunan elektrik daripada Adada, lalu ditendang jatuh menghempas tanah. Iris merah itu tidak beremosi memandang Yaya yang sudah pengsan.

   Perempuan memakai spek mata panik keluar dari rumah itu. "Tunggu Yaya, itu - - -"

   "DUP DAP!"

   'Ah! Takkan sakit ni lagi?' Rasa marah bergelumam dalam hati. Sudahlah tinggal dua biji sahaja ubatnya. "Uhuk! Uhuk!"

  Dia semakin lama, semakin jatuh ke bawah. Adada terbatuk-batuk sambil mencengkam dadanya yang sakit. Sakit itu membuatkan tubuhnya membongkok ke depan.

   "Uhuk! Uhuk!"

   "Yaya!" Ying berlari laju ke arah Yaya terbaring di dalam lubang kesan hentakan itu. Matanya tertacap pula pada seorang lagi kawannya. "Gopal!"

   "Yaya, kau okey tak! Yaya!" Jasad Yaya digerakkan namun tiada sebarang reaksi ditunjukkan. Makin mendebarkan hatinya melihat darah mengalir dari kepala Yaya.

   "Kau... apa kau buat dengan kawan-kawan aku..." Ying melompat ke belakang tatkala hujung pedang itu hampir mengenainya.

   Dada Adada turun naik dengan laju menahan kesakitan. Sesekali batuknya mengeluarkan darah. Pertarungan ini... perlu tamat secepat mungkin!
  
   Tidak semena-mena, telinga Adada menangkap bunyi laju menuju padanya. Pantas dia mengangkat pedang bagi menahan tendangan bertubi-tubi Ying!

  "Tetakan Halilintar!" Adada mengubah kedudukan pedangnya. Nasib bagi Ying, hampir sahaja dia bertapak pada pedang berelektrik Adada itu!
  
   Nampaknya... kuasa Ying ini serupa dengan Raja Keraunos. Bezanya, dia masih boleh melihat kelajuan Ying.

   Perlawanan Adada dan Ying bagaikan buku bertemu dengan ruas. Sesekali Adada yang mengenai serangan Ying dan ada kalanya Ying merasakan renjatan elektrik pada tubuhnya.

  Tapi sekarang dia boleh mengagak bila-bila masa Ying akan muncul!

   Ying membawa diri jauh ke belakang seketika. Jamnya yang menyala berwarna biru bertukar menjadi sediakala. "Haiya... aku dah perlahankan masa pun, budak ni masih laju lagi!"

   Kaki Adada masih mampu terpaku di atas tanah. Saat wajah Adada diangkat, mata merahnya menjadi tumpuan. Dengan darah masih mengalir di bawah senyumannya.

   Budak ini betul-betul gila!



















⚡⚡⚡

*tarik nafas dalam-dalam* *bawa keluar satu kertas*

Kepada budak lepasan SPM, sekarang  hamba sudah memahami perasaan tuan hamba. Addmath itu... langsung hamba tak faham.

Macam mana dengan bab kali ini? Lama tak hadap aksi-aksi dengan Adada. Harap memuaskan hati kau oranglah.

Adada yang sakit : Memu..

Okeylah, mari kita hadap memes yang aku sediakan! ( Dan maaf update lambat TvT)

Adada ni, makin risau aku tengok dia.

Jumpa Adada di chapter seterusnya!
  

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top