A ⚡6

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Siapa yang kau
nak percaya ? "

.
.
.

   KEDUA-DUA tubuh itu sudah berpeluk sesama sendiri di penjuru dinding. Jantung si tuan sudah berdegup kencang, si robot pula berpeluh lebat seperti baru sahaja meredah hujan.
 
   Sosok bermata merah mula mendekati mereka. Di tangannya terseret pedang yang menghitamkan jalan yang mengenainya. Rasa-rasanya... nyawa mereka akan hilang bila-bila masa dilibas pedang itu!
 
   "Eh, eh, eh." Filem seram itu berhenti serta-merta. Penjual cekodok itu menyelit situasi serius Adada dengan kawan-kawannya. "Ha, aku tak kisahlah kau orang nak gaduh ke, nak membunuh ke... asalkan cekodok aku kena bayar."

   Adudu dan Probe saling berpandangan. Wajah masing-masing nampak tak berduit sahaja. Lambat-lambat Adudu menyerahkan kad kredit Plutonium pada penjual itu.
 
   Penjual itu menyambut kad itu berserta dahi yang berkerut-kerut. "Apa bendalah bayar cekodok pun pakai kad kredit."

   Bebel di mulut namun tangan cepat keluarkan mesin pengimbas kad kredit dari dalam poket. Yang hebatnya, muat pula poket bajunya dengan mesin itu.
 
   "Kau pergi mana Adada? Jauh kau lari!" Ochobot termengah-mengah mendapatkan Adada.

   "Tak adalah, aku jumpa kawan-kawan aku ni, ha!" Adada memalingkan ke arah Adudu dan Probe yang ketakutan. "Tak sangka boleh terserempak dekat sini. Lama tak jumpa dengan kau orang."

   Penjual itu menyumbat semula mesin itu ke dalam poket bajunya. Sempat dia menepuk bahu Adada, meminta untuk beredar. "Saya pergi dululah ya. Abang settlelah dengan kawan-kawan abang tu. "

   "Kawan-kawan kau? Mana... EH KAU? ADUDU DAN PROBE!" Ochobot terperanjat melihat gerangan sahabat karib Adada. Aduh, Adada... kau sebenarnya tak ada kawan ini.

   Penjual itu berhenti sejenak. Dagunya diusap. "Tetapi muka dia macam pernah kenal. Dekat mana ya?" Bahunya diangkat tanda tidak tahu. Baik dia pergi ke gerai cekodoknya semula.

   "Eh kau kenal dia orang, Ochobot?" Mata Adada membulat tidak percaya.

   "Mestilah aku kenal! Mereka nilah yang culik kau... lepas tu dia orang bagi kau dekat alien jahat!" balas Ochobot tanpa bertapis.

   Ha? Culik? Bagi?

   Adudu segera menafikan. "Eh, bukan. Bukan. Apa kau merepek ni? Mana ada kita orang culik Adada." Probe lantas menambah.

  "Yalah, Adada ni kan kawan kita orang. Ha, ini pun kita orang nak beli cekodok untuk dia." Cekodok yang setengah dimakan dihulurkan kepada Adada. Adada perlahan-lahan menolak cekodok itu jauh darinya.

   "Kawan?" Ochobot kelihatan tidak berpuas hati.

   Adada yang perasan riak Ochobot, cepat-cepat menjelaskan. "Ochobot, dia orang ni kawan-kawan aku. Dia orang pernah buat parti hari jadi untuk aku sampailah ayah aku datang ambil."

   Ochobot menjauhkan Adada daripada dua jantan tersebut. Dia membisik perlahan. "Sebenarnya yang ayah itu... bukan ayah sebenar kau."

   Adada menjawab. "Memanglah. Itu kan ayah angkat aku. Macam mana... kau tahu?" Ochobot kehilangan kata-kata, dia kemudian menunduk ke bawah.

   "Macam mana ni encik bos?" Nampaknya bukan Ochobot dan Adada sahaja saling berbisik-bisik... Probe dan Adudu ternyata ada juga agenda sendiri.

   "Kalau kita larikan diri, habis kita ni Probe. Tapi kalau Adada masih anggap kita ni kawan dia... aku ada rancangan." Suasana mereka berdua menjadi sunyi seketika.

   Probe memandang Adudu yang berdiam diri. "Apa rancangannya?" Serta-merta naik roma wayarnya mendapat jelingan dari Adudu.

   "Kaulah bagi cadangan. Aku ni bos."

   Probe mengalah. Tetapi kepasrahan itu tidak lama apabila idea terlintas di otak wayarnya. "Ha, macam ni rancangan aku, encik bos. Pot pet. Pot pet..."

  Adudu dan Probe tiba-tiba mencelah antara mereka. Wajah kedua-duanya panik semacam! Probe mengoncangkan tubuh Adada. "Habislah, Adada! Apa kau dah buat ni, Adada! Habislah kita!"

   "Aaaaa..." Adada pening-pening lalat cuba menghentikan goncangan ke atas tubuhnya.

  Adudu menayang muka menyampah. "Hoi, berhentilah goncang dia."

  "Hehehe... maaf maaf." Automatik Probe menghentikan 'Adada-shake'nya.

   Adada keruan ingin tahu. "Habis? Habis kenapa?" Mana tahu kawannya ada masalah sampai perlukan bantuannya ke.

   "Sebenarnya... kawan baru yang kau jumpa ni penipu! Penipu seantero galaksi pula tu!" Adudu menyembunyikan senyumannya tatkala jarinya ditunding ke arah Ochobot.

   Adada laju menoleh ke arah Ochobot, tidak percaya. Rasa tidak enak mula bercampur-baur. Ochobot... penipu?

   Heh, rancangan berjaya.

  "Mana ada! Dia orang tipu, Adada!" Ochobot laju membela dirinya. Mana boleh diserahkan Adada pada orang begini!

  Probe menghampiri Ochobot. "Huh? Huh? Dasar. Sudahlah kau cuba nak tipu kawan kami... Adada yang comel ni." Probe memegang kepala Adada sesaat lalu mencampakannya ke tepi.  "Lepas tu kau tuduh kita orang menipu pula?"

   Adada memegang lutut, membangunkan dirinya. "Betul ke apa kau cakap ni, Adudu? Probe? Ke kau salah orang?"

  "Eh, mana mungkin salah orang pula. Betullah ni penipu depan mata!" Adudu mencekak pinggang menghampiri Ochobot. "Entah. Apa bukti kau kita orang menipu ha penipu?"

   Ochobot menolak Adudu yang menghalang laluannya. Habis terjelepuk jatuh Adudu dibuatnya. Namun, sekali dia ke hadapan, beberapa langkah Adada ke belakang.
  
   Nada Ochobot berubah terdesak. "Kau kena percayakan aku, Adada! Aku sebenarnya kawan kau! Aku tahu macam mana kau lupa diri kau!Daripada dia orang yang palsukan diri kau!"

   Kepala Adada terasa berkeliru dan berselirat. Lagi-lagi ayat Ochobot membuatkan dia makin tak faham.

  "Heh, satu lagi penipuan! Kau nak percayakan dia ni Adada?" Probe meminta keputusan Adada. Sambil-sambil itu juga, tuan yang jatuh itu mestilah dibantu.

   Antara kawan lama dia kenal... dan kawan baru yang menjanjikan sembuh dari penyakitnya.

   Mana satu aku nak percaya?

   Adada memegang kepalanya yang terasa sakit, pening hendak membuat memilih siapa. Yang pastinya dua-dua dia rasa... susah nak menolak.

   "Kau orang... saling kenal ke?"

   Senyap.

   "Ochobot ni..."

   Ochobot pantas memotong peluang Adudu untuk mencelah. "Dia orang ni punca kau hilang ingatan."

  Adudu menyampuk. "Dia nak memanipulasikan kau je!"

  "Eh, bagilah aku habis cakap dulu!"

   Sekarang ini mereka bertiga ini macam bergaduh adik-beradik. Kalau ada orang tonton situasi ni secara percuma, mesti sangka tiga beradik itu berebut perhatian si abang.

   "Kau kan kata... kau akan percayakan aku, Adada. Aku... aku nak bantu kau." Adada terkedu mendengar kata-kata Ochobot. "Kalau aku khianat kau, kau sendiri boleh hapuskan aku."

   'Kenapa Ochobot ni buat macam dia kenal aku je.' Adada mengetap bibir. Fikiran dia berserabut. Seperti ada sesuatu yang hilang dalam dia cuba buat keputusan.

    Sengihan terbit dari wajah kotak alien hijau itu. "Kau ingat Adada nak percaya karut-marut kau tu? Jangan percayakan dia!"

   Rasa pening.

   "Betul! Kita orang ni kawan kau. Kita orang lagi kenal kau dari sesiapa." Probe cuba menguatkan sikap setiakawan Adada dengan mereka berdua.

   Mana satu aku nak percaya?

   Wajah Santriantar muncul dalam bayangannya. "Dekat sini budak, siapa yang kau nak percaya?"

   "BERHENTI!" Serentak dengan itu, cahaya merah terpancar ke dalam mata ketiga-tiga peserta 'mendapatkan kepercayaan Adada'.

   Perlahan-lahan kelopak mata Adada dinaikkan. Adada tergamam melihat situasi di hadapan matanya. Alien dan kedua robot itu sudah pengsan terkena renjatan elektrik.

   Adada merenung tangannya yang masih berelektrik. "Ah... mesti sebab bola kilat aku."

   Ha, sudah. Sekarang dia nak buat apa?












⚡⚡⚡

Ha, kali ini aku nak bagi pickupline kat kau orang!

Apa beza korang dengan Adada?
Adada sekarang kena pergi terapi.
Kau orang pula kena pergi terapi juga.
Bezanya kau orang kena pergi lepas baca Adada ni.

Nooroo : Gelaklah. Dark joke tu.

Dark Nooroo : Kau nak buat bad ending ke?

Nooroo :

Nooroo : Mana ada. Kau ini. Aku buat bad ending untuk Al... uhuk! Uhuk! Nak makan kejap.

Fuh, lama tak lukis digital. Kaku jari bhai. Nasib lawo.

Bagi kau orang, setakat ni... Adada ada kekurangan tak yang perlu ditambah?
Sepanjang rancangan untuk membunuh Raja Keraunos tidak diterima.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top