A ⚡ 5

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Buat apa aku
nak percayakan
kau ? "

.
.
.

                                      CEKODOK itu dimasukkan ke dalam bungkusan satu persatu. Dua orang pelanggan di hadapan kaunter luar kedai sudah meleleh air liur melihat cekodok angkasa. Bila-bila masa cekodok itu akan menyentuh lidah mereka!
 
   Sebuah robot tudung saji berwarna ungu berkata riang. "Uuuu! Betullah kata encik bos. Cekodok kat angkasa ni memang sedap. Belum tengok je dah merasa-rasa dalam lidah!"
 
   Tuan hijau itu memandang pelik robotnya. "Apa kau merepek ni, Probe? Kau mana ada lidah. Lagi satu, bukannya kau boleh makan pun."
 
   "Alah, encik bos. Belum cuba... belum tahu!" Probe menidakkan. Mata robot itu kini bersinar-sinar melihat cekodok itu bertukar tangan dengan tuan Adudunya.
 
   "Semuanya 2 wang kertas."
 
  "EH, kau orang bukan ke kawan-kawan aku?" Semua orang di kedai cekodok itu berpaling ke belakang. Anak siapa pula menjerit tak ingat dunia itu.

   Adudu terbuntang mata melihat sosok yang menuju ke arahnya. Probe apatah lagi, dah berpeluh badan besinya dibuatnya! Adudu menunding jari ke arah Adada. "KAU!"

   Walaupun gaya topinya sudah berubah, memori aliennya masih segar dengan mata merah itu!
 
   "AAAAA!" Probe sudah mencabut terbang meninggalkan tempat itu.

   "Hoi, Probe! Berani kau lari tinggalkan aku!" Adudu pantas mengejar Probe, sekaligus melarikan diri daripada Adada.

   Adada yang melihat kawan dia lari apa lagi, terus kejarlah! Tetapi tidak sangka kelajuan Adudu mampu mengalahkan gerakan kilat Adada. Takut sangatlah tu.

   Penjual cekodok itu terpinga-pinga menghulur tangan. "Hei, kau orang tak bayar lagi cekodok tadi!" Maka, penjual cekodok itu turut menyertai acara lumba lari tersebut.

   "Huh! Huh!" Termengah-mengah Adudu berlari. Malah kereta pun dilompatnya! Ini bukan tahap berlari dah ini, ini dah tahap parkour!

   Sedar-sedar sahaja sudah masuk ke belakang bangunan. Adudu berpaling ke belakang. "Hoi, apa fasal tambah dua orang pula ni?"

   Wajah Adada dan penjual cekodok itu dialihkan dari pandangan. Tak mungkinlah... budak itu...

   Macam mana dia ada dekat sini?
 
...

Beberapa jam sebelum...

    " - - -! "
  
   "  - - -! "
 
   "BoBoiBoy!"
 
   Ochobot tidak dapat duduk diam. Badannya menerawang ke sini dan ke sana melihat keadaan Adada yang tidak berubah walau secubit.
 
   "Dia tipu aku ke apa? Dah sumbat ubat pun tak bangun-bangun." Ochobot terbang menghampiri Adada kembali. Ke sebab dia panggil nama BoBoiBoy, lelaki ini tak sedar-sedar!
 
   Yalah sebab yang dipanggilnya bukan nama yang dia ingat!
 
   "Adada!"
 
   "Adada! Bangunlaaaah! Berapa lagi ubat aku kena sumbat ni?" Ochobot sudah mengoncang tubuh Adada beberapa kali. Gayanya macam nak patahkan tubuh anak orang sahaja. "Adada! Bangun!"
 
   Bunyi seakan belon entah dari mana meletup tiba-tiba. Tidak disangka, bunyi 'pop' tu berjaya membangkitkan Adada dari tidurnya.

   "Huh!" Adada duduk terperanjat. Dia memegang kepalanya yang masih samar-samar ingatannya. Matanya perlahan-lahan memandang sekeliling sambil menahan sakit kepala yang beransur hilang.

   Niatnya nak pergi melawat Santriantar, balik istana, keluh tak ada ubat... kepalanya perlahan-lahan ditolehkan ke tepi.
 
  ... dan jumpa robot pelik ini!
 
   "Ah! Kau sedar juga akhirnya!" Ochobot pantas menerpa memeluk Adada. "Eh, lepaslah!" Adada yang rimas berusaha melepaskan Ochobot dari terus mendakapnya
 
   Ochobot menjelaskan setelah ditolak Adada. "Kau pengsan tadi... lepas kau macam sakit sangat-sangat. Jadi aku sumbatlah ubat-ubat dekat kau.."
 
   "Berapa ubat kau sumbat dekat aku..." Adada terdiam seribu bahasa saat mengangkat kalungnya. Hrm, dari enam belas biji tinggal dua biji.
 
   Rasa aneh mula menyelami robot itu apabila Adada perlahan-lahan menoleh ke arahnya. Dengan senyuman Adada, tahu-tahu sahaja dia sudah laju memecut ke hadapan.
 
   "KENAPA KAU SUMBAT BANYAK SANGAT UBAT?" Adada melemparkan pedang halilintar berterusan pada Ochobot.
 
   Ochobot berulang kali mengelak sambil menjelaskan. "Kau tak cakap pun berapa banyak ubat kena bagi!"
 
   "IKUT LOGIKLAH. UBAT MESTI DUA PIL JE KENA MAKAN. TUNGGULAH AKU DAPAT KAU NANTI!"
 
   "Jangan!"
 
   Hasilnya, habis hitam legam Ochobot jadinya. Adada mengarahkan pedangnya pada Ochobot. Memastikan Ochobot tidak bergerak, tangannya mengambil Ochobot ke dalam pegangannya.
 
   Lantaklah niat baik ke tidak. Dah dia habiskan ubat-ubat aku. Dia kena balas balik dengan ubat yang dia habiskan itu. Jangan harap aku nak tunjuk simpati dekat dia!
 
   "Ah! Kau nak bawa aku ke mana ni!" Cepat betul si Ochobot ini sedar. Ochobot berhenti meronta melihat ekspresi Adada. Tiada apa-apa emosi. Suara pun hilang! Alamak, aku dah buat dia marah ke?
 
   Tumpuan Ochobot tertangkap pada jam tangan Adada.  "Aku rasa, sakit kau mesti berpunca pada jam tangan ni."

   Langkah Adada terhenti. "Jam tangan? Apa maksud kau?"

  "Yalah, kau tak terfikir ke dari mana kuasa kau datang? Maksud aku... kuasa halilintar kau... mungkin berpunca kau sakit kepala selama ni." Ochobot laju menukar topik. Risau kalau kata sakit kepalanya berpunca dari jam, dibukanya jam itu nanti.

   "Erm." Adada terdiam sejenak. Lama dia begitu sebelum akhirnya dia membuat keputusan... untuk sambung sahaja berjalan. "Heh, buat apa aku nak percayakan kau."

   "Eh, eh, eh. Mestilah kau kena percayakan aku. Macam aku kata, aku power sphera. Mungkin aku dapat tahu cara nak merawat sakit kau ni ke... memandangkan kau pun ada kuasa." Ochobot cuba sedaya-upaya memujuk Adada.

   "Kalau aku khianat kau, kau boleh bunuh aku."
 
   Tubuh Adada menjadi kaku, memikirkan tawaran-tawaran yang diucapkan Ochobot tadi. Ochobot lambat-lambat menambah. "Takkan kau... nak bergantung dekat ubat-ubat je?"

   "Power sphera itu apa sebenarnya?" Adada bertanya selepas lama membatukan diri.

  Nada Ochobot serta-merta berubah. "Power sphera ialah teknologi tertinggi yang memiliki kuasa-kuasa hebat. Menjadi rebutan ramai. Power sphera telah lari da...."

   "Hoi, hoi." Adada tayang muka menyampah pada Ochobot. "Dah melebih dah tu."

   Ochobot tergelak kecil. "Tapi power sphera ini ada kuasalah. Kuasanya juga boleh diberikan dan digunakan oleh pengguna lain."

   "Jadi apa langkah kau seterusnya nak sembuhkan aku?" Adada nampaknya sudah dapat menaruh percaya pada Ochobot. Muka pun tak berkerut-kerut macam tadi.

   "Ha, nasib kau tanya. Aku dah ingat jalan aku tercampak jauh ke sini. Ada kawan-kawan aku yang mungkin dapat merawat kau," terang Ochobot.

   "Tapi kalau kau khianat aku, aku akan bunuh kau." Tegang suara Adada memberi amaran. Ochobot pula muka macam tak takut sahaja, terangguk-angguk begitu. "Okey, okey."

   Adada menghilangkan pedang di tangannya lantas bergerak mengikuti Ochobot. "Kawan-kawan kau ada dekat mana?"

   "Rasanya dari isyarat ni, kapal kita orang... agak jauh dari sini. Tak dapat jelas sangat." Ochobot mengeluh melihat paparan skrinnya. "Kena keluar daripada hutan nilah nampaknya."

     Seorang budak jauh dari belakang dua makhluk tersebut meliar mencari sesuatu. Dia mengesah kuat melihat bolanya yang sudah pancit. "Ala, baru je beli 5000 wang semalam. Tak apalah, boleh minta ayah beli lagi."

   Wah, begitu ya kamu budak. Sudahlah tak kutip balik sisa bolanya.

   "Eh?" Budak yang ingin keluar dari hutan itu terhenti gajaknya. Matanya terarah pada belakang sosok yang dikenali ramai rakyat itu. 

   "Eh, itu bukan putera Adada ke? Wah, jarang-jarang dapat jumpa walau jauh. Kena beritahu semua orang ni!"

...

   Mereka tiba di kawasan bandar. Adada mengubah gaya topinya. Memandangkan dia jarang melawat kawasan bandar, jadi tak banyak orang dapat mengecamnya. Kerundung pun tak payah susah-susah pakai.

   Adada berpaling ke arah Ochobot. Ah kalau diikutikan sebenarnya. Ochobot belum tahu lagi yang dia putera raja di kawasan ini.

   "Jauh lagi ke tempat kawan kau tu?" soal Adada.

   "Kalau keluar dari kawasan bandar ni, rasanya dapatlah jumpa," jelas Ochobot.

  "Ha, kamu berdua. Mari tengok silap mata saya!" Seorang perempuan menyapa mereka berdua. Adada memandang posisi tangan perempuan itu. "Silap mata?"

   "Apa benda itu?"

   Perempuan itu tergamam tidak terkata sekali dengan Ochobot.  Posisi tangan pun jadi terburai jadinya. Ha, silap mata pun tak tahu? Orang ini tinggal dalam hutan ke?

   "Ah, tak apa. Kau orang tengok je..." Laju perempuan itu membuat posisi tangannya semula. Dua jarinya memeluk ibu jari berlainan tangan.

   Ochobot berteriak teruja. "Oh, ini silap mata putuskan jari kan!"

   "Prak!"

   Sekelip mata, tangan perempuan itu putus ditarik jari tersebut. Ochobot dan Adada menjadi terdiam belaka. Tidak berhenti setakat itu sahaja, tangan itu dimakan perempuan itu!

   Tidak tahulah terasa menakutkan ke terasa jijik sekarang ini.

  "Tada!" Perempuan itu mengeluarkan tangan asalnya. "Tadi yang saya makan itu gula-gula buatan restoran kami. Datanglah singgah kalau terliur ya!"

   Perempuan ini bukannya berjaya buat pertunjukkan silap mata, tetapi berjaya menyumpah dua kawan ini menjadi batu!
  
    Dah itu, sempat pula promosi kedai. Ah bukan setakat nak singgah, nak tengok nama kedai pun tak ingin!

   Sedang Ochobot masih lagi mengeras seperti batu terapung, Adada terlepas dari sumpahannya. Dia menoleh ke belakang sehingga matanya tertacap pada seseorang.

    Eh... dia orang itu...

    "EH, kau orang bukan ke kawan-kawan aku?"

   Ha, sudah.















⚡⚡⚡

Mentang-mentang sekarang ada sekolah sibuk merentas desa, rajin pula Adada nak kejar orang sana-sini.

Jika Ochobot terlepas kata;

Sama-sama kita harap Adudu dan Probe selamat selepas kejadian ini.
Sudahlah hari jadi Adada tak diberi langsung hadiah.

Adudu : Huh! Huh! Jumpa di bab seterusnya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top