A ⚡ 4
A D A D A
- - - - - - - - - -
" BoBoiBoy...
Siapa BoBoiBoy? "
.
.
.
"TAK sangka kau makin lemah, ya. Kau ni masih berguna atau tidak kepada aku?" Adada menahan pedih apabila mata pedang itu mengenai lehernya.
Adada cuba mengfokuskan wajah Raja Keraunos dalam penglihatannya yang kabur. Wajah tanpa penuh belas, bagaikan bila bila masa hendak membunuhnya.
"Semakin lama, kau makin tak berguna. Siapa kau sebenarnya?" Mata pedang itu rasa ditarik. Badan Adada automatik kaku dan buntu.
Ayahda... raja betul betul nak membunuhnya ke?
"ZAS!" Pedang dilibas.
"Tuanku, tuanku dah selesai latihankah?" Setiausaha memasuki situasi sengit itu. Adada sudah turun naik dadanya merasakan kolar bajunya yang terkoyak. Rasa lega serta takut dalam masa yang sama.
"Ya, kami dah selesai latihan." Raja Keraunos menyimpan pedang berserta senyumannya yang tak lekang. "Ada apa kamu nak jumpa beta?"
"Maafkan patik kerana menganggu. Patik setiausaha pembantu pembesar Guruhan," jelas Setiausaha tersebut.
"Orang-orang besar hendak berjumpa tuanku. Memandangkan ada kemasukkan kapal yang tuanku tak benarkan... jadi mereka nak berbincang dengan tuanku..."
Setiausaha teralih pada air muka pucat Adada. "Putera Adada... tak apa-apa ke?"
"Jangan risau, putera beta penat saja tu. Biasalah penat waktu latihan." Raja Keraunos memaniskan muka pada pengawal di pintu istana. "Pengawal, nanti sampaikan pada dayang... sediakan makanan untuk putera beta."
Raja Keraunos menunduk ke arah Adada. "Adada, ayahda pergi keluar sekejap ya. Kalau kamu nak keluar, keluar sajalah ya..." Adada yang mematung hanya membiarkan sahaja rambutnya dibelai raja.
Setiausaha yang melihat mengutum senyum. Benarlah khabar angin yang raja Keraunos sosok raja baik hati. Tengoklah cara dia melayan anakanda angkatnya. Memang satu dalam seribu!
"Ayahda pergi dulu." Raja Keraunos melambai pada Adada, meskipun Adada tidak memandangnya.
"Huh... huh..." Kornea mata mula menjelaskan permandangnya, sejelas awan yang bergerak di atasnya. Otaknya kosong, bahkan kepalanya tidak mampu mengungkapkan satu kata pun!
"Haha..." Entah mengapa tiba-tiba dia terkekek kecil. Terus ketawa besar meletus dari mulut Adada. "HAHAHAHA!"
Pengawal berdiri mula memandang Adada yang tergelak terbahak-bahak. Serupa macam tengok cerita lawak! Pengawal itu sendiri mengetap bibir, dia sendiri tak dapat tolong Adada yang hampir dipenggal oleh raja, kerana ketakutannya sendiri.
"Hahaha..." Tawa Adada beransur hilang. Matanya kini kabur, tetapi kali ini bukan sakit kepala... sebaliknya kelopak matanya menumpahkan air mata.
Adada menyentuh bawah matanya yang basah. Apa benda ini? Nak kata hujan, langit cerah berderang. Dia tak boleh berhentikan ngaliran air mata ini. Dia terus... menerus jatuh.
Suaranya bergetar. "Aku kena pergi sana."
Jumpa Satriantar.
...
Seperti rutin Adada yang biasanya, kaki Adada pasti melekat di dalam kawasan hutan... di mana Santriantar berada. Botol kalung ubat itu bergerak-gerak seiring dengan tubuh Adada yang berjalan itu.
"Dah berapa hari ni, ubat aku pun dah nak habis dah ni. Kalau macam ni, boleh mati aku sebab sakit kepala." Adada mengeluh kasar. Daun-daun disepak. "Tak akan nak ambil pekerja dari orang desa selalu, nanti mesti orang pelik."
"To... long!"
"Eh?" Adada berpaling ke belakang saat telinganya menangkap sayup-sayup suara orang meminta tolong. Teragak-agak dia toleh ke depan semula. Imaginasi dia sahaja kot.
"Tolong! Ergh!"
'Biarlah...' Adada sengaja ke hadapan. Tidak mahulah jadikan suara budak kecil yang didengarinya menjadi hamba. Baik dia pura-pura tak peduli.
"Ergh! Ergh!" Jeritan minta tolong itu bertukar menjadi keluh kesah kesakitan.
"Ah, terpaksalah." Adada berpusing ke belakang. Kakinya mengeluarkan kesan-kesan elektrik.
"Gerakan Kilat!"
Sebuah robot bulat kuning sedaya-upaya melepaskan dirinya yang terikat tali daun. Makin meronta, berbelit-belit daun itu dibuatnya! Akhirnya dia berhenti kerana penat.
Rungutan mula keluar dari robot itu. "Aduh, macam mana boleh teleport sampai ke sini? Huhuhu, dahlah aku terpisah dengan B..."
"Nak aku tolong?"
Ingatkan budak, rupanya robot bersuara budak!
Hologram wajah robot kuning itu berubah ceria melihat wajah yang menyelamatkannya. Pantas ekspresi lega itu dipamerkan pada wajah itu. "BoBoiBoy... huhuhu. Kau memang terbaiklah. Cepat betul kau jumpa aku. Aku terikat dekat sini, Bo..."
"BoBoiBoy? Siapa BoBoiBoy?"
Robot itu mematung seketika. Apa fasal dengan kawan dia ini.
"Aku Adadalah!" Serentak dengan itu, bunyi guruh kedengaran.
Saat itu, bukan setakat terbungkam... membatu terus!
"Shring!" Tali daun itu dipotong sekali hayun oleh pedang halilintar Adada. "Adeh" Robot itu lantas terjelepuk jatuh ke bawah.
'Aku tak pernah nampak robot bulat macam ni. Robot ni... bukan dari planet ni. Orang luar.' monolog Adada sambil matanya memerhati gelagat robot kuning di hadapannya ini. 'Tadi pun dia sebut orang nama BoBoiBoy, jadi bukan dia seorang jelah ceroboh masuk planet ni?'
Robot kuning itu cuba mengimbangkan dirinya meskipun pening-pening lalat. Dia terbang selaras dengan ketinggian Adada. Reaksi robot itu berubah terkejut melihat wajah Adada.
"Tak... mungkinlah."
"Hei! Kau sebenarnya siapa, ha?" Adada menyusun langkah berjaga-jaga di hadapan robot itu. Pedang halilintar juga digenggam di sisi.
Robot kuning itu senyap-senyap mengesan kondisi Adada. Bisiknya perlahan, "Nampaknya ingatan dia dah teruk sangat ni. Dia dah... jadi orang lain. "
Sesi analisis robot itu terganggu apabila mata pedang halilintar terarah di hadapannya. "Cakap. Siapa sebenarnya kau ni?"
"Terima kasih sebab selamatkan aku. Aku Ochobot, sebuah power sphera." Perkenalan Ochobot itu membuatkan Adada berkerut muka. Power... sphera? Menatang apa pula itu?
Ochobot itu ditenung atas bawah, dari kiri ke kanan. Hrm, kalau dibawa kepada Raja Keraunos... adakah dia akan dapat ubat yang lebih? Atau ayah akan layan dia lebih baik?
Ah... mungkin dapat ubat sahaja.
"Adada? Kau okey ke?" Ochobot menyedarkan Adada yang termenung tiba-tiba. Dia tak tahu, Adada baru je rancang startegi penculikannya tadi!
Ochobot tertarik pada kalung yang dipakai Adada. "Tu... botol apa tu?"
"Oh." Adada mendongak ke bawah. "Oh ni... cuma perhiasan je. Nama kau Ochobot kan? Kau... sesat ke? Kau ingat ke tempat mana kau nak pergi?"
Ochobot membisu sesaat. Laju dia panik. "Alamak, aku tak ingat." Sudahlah tenaga telepotasi pula mengambil masa untuk aktif semula. Kemudian, dia tak boleh bawa orang penting ini ke tempatnya!
"Apa kata kau tumpang dekat rumah aku sekejap?" pelawa Adada... dalam dua makna. Ah... maaflah. Terpaksa buat macam ini.
"Rumah kau? Ada orang ke?" tanya Ochobot.
Adada teringatkan pada pekerja-pekerjanya di istana. "Erm, bolehlah ada orang juga." Ya Tuhan, jawapan apa macam itu.
"Okeylah! Jom pergi!" Adada terpinga-pinga melihat Ochobot yang cepat bersetuju. Dia sengajakah atau memang bendul?
"Erm, kalau macam tu... jomlah." Adada teragak-agak mengajak Ochobot mengikutnya. Ochobot pula beriya-iya terapung mengekori Adada dari tepi.
Baguslah. Serobot itu ada agenda pada Adada. Seorang Adada itu pula nak buat aktiviti pertukaran antara robot dengan ubat. Bolehlah jadi kawan ini.
"DUP DAP!"
Jantungnya seperti ditebuk keluar. Langkah Adada serta-merta terhenti lalu mengigil dia memegang dada. Lepas ini... mesti kepalanya pula!
"DUP DAP! DUP DAP!"
"ARGH!"
Ochobot resah melihat Adada menjerit kesakitan. Dia menghampiri Adada yang sudah membongkok. "Adada, kau okey ke tak ni? Kau sakit kat mana?"
"Uhuk! Uhuk!"
Kakinya menjadi lemah seperti kehilangan tulang, tidak mampu menahan tubuhnya yang sakit. Dapat dilihat samar-samar Ochobot yang panik melihat keadaannya.
"- - -! Apa aku nak buat ni?"
Adada cuba memberitahu Ochobot dalam kelopak matanya kian terjatuh. "U... bat... dalam... botol."
Tubuhnya terasa dialihkan menghadap langit. Makin kuat rasa sakit ini! Rasa loya, nak muntah, sakit kepala berdenyut! Rasa...
... rasa macam nak menangis sahaja!
"Sekejap! - - -! Jangan tutup mata dulu!"
Rasa berdenyut di kepala itu seakan memaksa Adada untuk menutup mata. Lagi-lagi tangannya yang memakai jam bagaikan hancur tulang sakitnya!
"BoBoiBoy!"
Kesedarannya hilang.
⚡⚡⚡
Setelah tulis Adada ni, nama BoBoiBoy rasa pelik pula nak ditulis.
( Ah, dekat atas tu lupa pula nak lukis kalung dia. Berani Adada tambah aksesori.)
( Anggaplah bawah baju. )
Nampak cantik pula Adada dalam lukisan aku. Mungkin tangan aku pun suka Adada juga.
Apabila anda rasa yang Adada dan Ochobot ni best friendship, ingatlah Adada dan encik Sakit Kepala.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top