A ⚡ 3
A D A D A
- - - - - - - - - -
" Kau makin tak berguna.
Siapa kau sebenarnya? "
.
.
.
"BEBERAPA jam yang lalu, kita telah menerima isyarat kecemasan daripada planet Kilas." Kecoh semua ahli kadet yang mengelilingi meja mesyuarat tersebut. Kelihatan sebuah hologram komander terpapar di tengah-tengah meja.
Salah seorang ahli berkulit hitam manis menyampuk. "Kenapa planet tu nama planet Lipas?"
Muncul urat-urat pada wajah hijau Komander itu. "Telinga kau tersumbat ke apa? Planet Kilas! Bukan planet Lipas!" Mahu tersedak air liur sendiri penyoal itu dibuatnya. Garang sangat!
"Isyarat kecemasan?" tanya lelaki berambut gaya landak itu.
"Ya, isyarat kecemasan tersebut datang berdekatan dengan istana. Mungkin raja ataupun orang istana yang melaporkannya." Komander memberhentikan penjelasannya sebentar.
"Pada mulanya, Tapops ingat perkara tu cuma main-main. Sebabkan ia bukan dihantar dari istana, tapi dari sumber tak diketahui. Bukan sekali isyaratnya, malah berkali-kali!"
"Jadi misi kami nak siasat siapa hantar isyarat tu ke?" Gadis bertudung itu cuba meminta kepastian.
"Betul!" Seorang lelaki tua berantena mencelah masuk dalam perbualan.
"Eh, Tok Kasa!"
"Jadi mesti kita kena jadi penyelamat kalau ada orang perlukan pertolongan, kaaan? Betul tak?" Komander kelihatan terganggu dengan muka selamba Tok Kasa. Terlebih yakin sangat!
"Salah!" Komander pantas menidakkan. "Kita tak tahu lagi siapa yang menghantarnya. Jadi... laporkan kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan kita!"
"Eh salah ke?" Tok Kasa tergaru-garu kepala.
"Baik komander!" Semua kelima ahli membuat kadet Tapops, termasuklah seorang bertopi, melindungi rambutnya yang separa hitam putih itu.
...
Langit pagi itu terlukis di permandangan Adada ketika matanya terbuka. Seorang budak lelaki kabur wajahnya berlari-lari ke arah dua kembarnya. Yang membezakan mereka ialah warna baju mereka.
Adada meraup sebelah matanya. "Ni mimpi lagi ke?"
Adada memegang lutut, cuba membangunkan diri. Matanya ligat memerhati keadaan sekeliling. Keadaannya berbeza dengan planet Kilas. Suasananya tidak moden seperti planet itu.
Ada pondok, jalan penjalan kaki, rumput, tiang lampu dan... "Kedai Kokotiam Tok Aba?"
Seorang lelaki tua melintasi di tepinya, bagaikan Adada hantu di situ. Lelaki tua itu memanggil cucu-cucunya. "----!"
"Huh?" Adada terpinga-pinga. Apa benda atuk ini cakap?
"Marilah minum air ni. Terima kasihlah pasangkan signboard kedai atuk." Lelaki tua itu meletakkan dulang membawa tiga gelas ke atas meja.
"Adada..."
Budak lelaki berbaju merah itu tersengih-sengih. "Tak apa, tak susah..."
"TUANKU ADADA!"
"Huh!" Adada segera bangun daripada lenanya. Kelopak matanya dilebarkan memerhati sekeliling. Dia terkindap-kindap sampailah menyedari dia berada di kawasan luar istana.
"Macam mana aku boleh ada dekat sini... eh?" Perbuatan seperti hilang anak itu terhenti apabila wajah dayang menerpa masuk ke matanya.
"Sepatutnya patik yang tanya dekat tuanku. Habis risau raja Keraunos dengan kehilangan tuanku." Dayang menghembus nafas lega melihat keberadaan Adada, walaupun macam hilang arah bila bangun tadi.
"Ayahda risaukan saya?" Adada berkerut mendengar kata-kata Dayang. Ah, pasti tidak salah hanya lakonan dari tingkah laku palsunya. Juga mungkin ni dayang baru berkerja di sini.
"Yalah, ayahda kan ayahda tuanku. Pasti baginda risau dengan anaknya. Sudahlah mari masuk," usul Dayang tanpa mengeksyaki apa-apa. Nasib baik juga Adada telah mencuci darahnya, kalau tidak... pasti beribu-ribu persoalan harus dijawabnya.
Dayang menambah. "Raja sayang gila tuanku. Tadi pun patik tengok sampai menangis-nangis! Risau sangat!"
Huh?
"Kenapa kau beriya-iya nak keluar?" Raja Keraunos menyimpan pedangnya ke dalam sarung. "Kau langgar peraturan sampai subuh baru nak balik. Lepas tu kau fikir apa aku akan lupakan?"
Raja Keraunos melirik tajam botol ubat yang terkalung pada Adada. "Kau kira bersyukur aku masih ada belas, berikan ubat untuk sakit kau yang mengarut tu."
Risaukah macam ini?
Sudahlah dia lupa mahu kambuskan lorong semalam. Macam mana kalau ada orang menjumpai jalan rahsia tersebut. Nak tak nak, terpaksa dia ingkari arahan ayahdanya hari ini juga!
"Saya nak keluar sekejap saja, ayahda. Lagipun, siapa lagi yang nak bawa pekerja ayahda... kalau saya tak keluar?" Adada merenung mata raja yang tegang itu. Mata itu berubah terkejut mendengar pernyataan berani Adada.
"Kau nak keluar untuk dapatkan hamba aku, atau kau ada niat lain?" Raja Keraunos menyeringai saat tubuhnya mendekati Adada.
"Kalau ada niat lain, pasti saya cuma nak beli makanan je. Lagipun... ayahda takkan tak nak nama ayahda dapat nama atas nama saya?" Adada segera menyoal balas.
"Baiklah kalau kau nak keluar sangat." Bunyi pedang ditarik keluar dari sarungnya kedengaran. Mata pedang Keraunos terhala tepat hadapan mata Adada.
"Kalau kau berjaya kalahkan aku, kau boleh berseronok bersiar-siar hari ni."
Adada menepis hidungnya. "Heh, okey je."
Sebaik sahaja persetujuan dilafazkan, terasa tubuhnya dilanggar angin yang kuat. Sedar-sedar sahaja... dia sudah berada dalam halaman istana. Berpijak di atas rumput istana.
"Mari kita tengok kebolehan kau yang kau lagakkan tu." Raja Keraunos sudah bersiap-sedia berposisi, ingin menyerang Adada.
"Pedang Halilintar!" Tangannya mengeluarkan elektrik, menghasilkan dua pedang merah menyala. Serangan pertama ditujukan ke arah raja Keraunos.
Adada berlari sepantas kilat ke arah Raja Keraunos yang tidak sempat bergerak. Dia melibaskan pedangnya. "Hiyargh! Eh?" Adada terlebil-kebil melihat kelibat raja yang menghilang. Sebaliknya yang dia potong bukanlah raja Keraunos, tetapi pokok yang ditebangnya.
Batang pokok itu jatuh ke pagar istana. Kesian buruh istana yang kena baiki pagar yang dah hancur itu.
Bahunya tidak semena-mena ditekan dari belakang. Darah mula terbit keluar darinya. Adada berpusing pantas sambil memegang bahunya.
Raja Keraunos memusingkan bilah pedangnya sekilas. "Lama kau tak lawan aku, kau dah lupa kebolehan aku ya?"
Macam mana dia boleh lupa. Raja Keraunos mempunyai kuasa menjadi selaju kilat! Jadi mesti raja yang memindahkannya ke depan pokok tanpa dia sedari.
"Lembap!"
Pedang Raja Keraunos yang hampir mengenai kepalanya pantas dia tahan menggunakan pedangnya. Adada mengeluarkan tangannya. "Bola Kilat!"
Adada melemparkan pada perut Raja Keraunos. Seperti dijangka, Raja Keraunos mengelak dengan melompat setinggi yang mungkin. Adada mengambil peluang itu dengan menghayunkan pedangnya ke pinggang raja.
"Tch!" Raja Keraunos menahan pedih terkena pedang berelektrik. Hampir kejang otaknya dibuatnya.
Di mata para dayang dan pengawal, pasti dilihat seperti anak dan bapa yang bermain. Ya, memang mereka berdua bermain pun. Bermain nyawa masing-masing!
"Gerakan Kilat!" Adada muncul di hadapan Raja Keraunos. Pedang itu disambarkan ke arah raja itu malangnya berlaga dengan pedang sebelah pihak.
Pengawal yang menjaga pintu masuk tersepet-sepet mata menonton perlawanan pedang antara Raja Keraunos dan Adada. Masakan tidak, terlalu laju ibarat dua kilat yang berlawan sesama sendiri!
"Eh?" Pengawal mencongak ke arah lampu yang berkelip-kelip itu. Terhinjut bahunya apabila mentol lampu itu meletup tiba-tiba! "Rosak ke?"
Sinisan Raja Keraunos mengembang tatkala tenaga elektrik istana berjaya diserapnya. Peliknya! Tenaga dia habis meski berlawan dengan Adada sesaat sahaja tadi.
Raja Keraunos laju mengelak ke tanah ketika Adada menghunus pedang ke arahnya. Adada berdecit kasar melihat Raja Keraunos ke bawah. Degil betul raja ini! "Bola Kilat!"
Kini muncul bola kilat sebesar pemeluk di atas Adada. Amarah mula menenggelamkan Adada dalam mengalahkan lawannya secepat mungkin!
"Hilang, huh?" Adada tidak terkejut melihat Raja Keraunos hilang seperti bayang. Tercangak-cangak dia di udara, mencari kelibat Raja Keraunos yang akan muncul bila bila masa.
"Aku kata ni perlawanan pedang, bukan perlawanan kuasa." Siapa sangka raja Keraunos muncul di bawah tapak kaki Adada!
"Hiyargh!" Adada melempar bola kilat ke bawahnya. Raja Keraunos tersengih melihat Adada dikuasai kemarahan, pantas dia mengelak dan hadir di belakang Adada.
"Jangan bermimpilah nak kalahkan aku." Raja Keraunos menetak hujung pedang pada Adada. Adada tersekat nafas sehingga hilang kawalan di udara.
Dia jatuh menjunam, lebih tepat, jatuh ke arah bola kilat yang turut jatuh sama.
"Bzzz..." Kawan pengawal turut memerhati sama dua lampu yang rosak itu. Kali ini, dua dua melatah kerana lagi satu lampu pecah seiring dengan bunyi kuat dari halaman istana.
Adada terbatuk-batuk menahan cucukan-cucukan elektrik pada sekeliling tubuhnya. Tangan dan kakinya terdapat kesan hitam hitam gara gara termakan serangan sendiri.
Matanya cuba mengfokuskan ke arah Raja Keraunos mendekatinya.
"Tak sangka kau makin lemah, ya. Kau ni makin kuat atau tidak untuk aku?" Raja Keraunos meletakkan mata pedangnya pada leher Adada. Langsung tidak kasihan pada Adada yang diperlakukan seperti mayat hidup.
"Semakin lama, kau makin tak berguna. Siapa kau sebenarnya?"
"ZAS!" Pedang dilibas.
⚡⚡⚡
Ini kalau The Flash tengok Raja Keraunos, mahu menangis dia dan undur diri.
Yalah, dia tak layak nak ambil anugerah kejam macam raja Keraunos.
Entah-entah rumah aku blackout pun... Raja Keraunoslah punca! Dasar Kerang tak bersos!
Penat bayar bil elektrik, senang-senang dia serap.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top