A ⚡ 28

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Dia ni makhluk apa?"

.
.
.

                                                "KAMU datang lagi? Nak tengok Keraunos dengan Hetir berlatih ke?" Satu suara menyapanya lembut. Ya suara itu tidak lain tidak bukan ialah Santriantar sendiri.

   Ra'ada membiarkan kepalannya diusap-usap oleh Santriantar. Belaian itu penuh kasih seolah-olah dibelai oleh ibu yang tidak pernah wujud dalam seumur hidupnya. Dia sambung membenamkan wajahnya ke lutut, sambil  matanya memerhatikan Santriantar kembali pada Keraunos dan Hetir.

  Iris mata milik Ra'ada bersinar-sinar. Bukan mengidolakan sosok bersut merah itu, tetapi dahagakan kuasa di dalam pegangan wanita itu.

Dia dan Keraunos masing-masing daripada rumah anak yatim. Malangnya, rumah anak yatim tidaklah indah sejak dia bersalin lampin di situ. Penjaga di situ pendera dan menganggap anak-anak yatim di situ tidak ubah seperti binatang ternakan yang perlu diarahkan untuk bekerja. Ada juga terdetik dalam hatinya agar terus menikam penjaga-penjaga di rumah anak yatim itu.

  Siapa sangka, khidmat setiap penjaga tamakkan kuasa itu tamat apabila Santriantar sendiri membuat lawatan ke rumah anak yatim tersebut. Ketika semua kanak-kanak menangis berterima kasih kepada Santriantar, lain pula cerita dengan dia dan Keraunos.

  Mereka berdua impikan kuasa seperti Santriantar. Lihatlah... sekali titah sahaja, semua orang tunduk ketakutan. Tiada siapa berani melawan. Rasa bagaikan berada di taktha tertinggi!

  "Shring!" Santriantar menangkis pedang kedua anak muridnya sekaligus. Keraunos yang melihat tiada kesan jika terus menggunakan pedang, berlari laju sebelum melompat dengan kaki yang bersedia untuk menujah. Tetapi boleh terkena pula pada badan Hetir. Senak terus budak itu!

  Santriantar yang hilang sekelip mata serta-merta muncul semula. Itulah kehebatan pemilik kuasa Voltra!

   Panik baginda mendekati anak-anak muridnya. "Kamu berdua okey?"

  Ra'ada menggenggam buku limanya, hingga terasa kukunya terbenam ke dalam kulit. Kuasa itu... lebih berguna jika di tangannya. Lebih berkuasa pada tangannya. Bukan pada tangan sesiapa.

    "Kalau kita nak dihormati, kita kena pastikan kuasa Santriantar itu berada pada tangan kita." Ra'ada mengutip batu-batu kecil. Setelah dikutip, habis dibuang sejauh-jauh hati.

    Keraunos pula tidak seperti kisah akan perbuatan Ra'ada itu. "Tapi, lepas aku berlatih cuma beberapa bulan dengan dia, pukulan aku tak pernah langsung kena."

  Ra'ada memandang Keraunos yang seakan-akan lemah semangat. Yalah, budak 13 tahun hendak kalahkan wanita berbaju besi? Ibarat kucing hendak bergaduh sama dengan gajah!

   Keraunos membaringkan diri di bawah pokok tersebut. Tidak semena-mena dahinya dijentik Ra'ada.

  "Jangan putus asa. Tak selamanya Santriantar akan berdiri gagah. Dia pasti akan jatuh juga satu hari nanti." Ra'ada mempamerkan senyuman hangat kepada Keraunos. Macam tak kena sahaja reaksi itu dengan ayat.

  "Satu hari nanti, kuasa halilintar akan jadi milik kita. Dan tak ada siapa boleh kalahkan kita."

  Keraunos yang sedari tadi menutup mata, kini membukanya kembali. Dia bingkas bangun sampai terkejutkan kawan sebelah. Jari manisnya disuakan pada Ra'ada. "Jadi, ini kira janji kita. Kita akan pastikan aku paling berkuasa di masa akan datang nanti."

  Ra'ada tersenyum. Jarinya ditautkan bersama jari manis Keraunos.

  "Janji."

  "AUGGHHHH!"

  Bergema jeritan Ra'ada saat dia menahan perit kerana tidak mampu mengawal kuasa halilintar itu. Sepantas kilat itu jugalah Keraunos menghampiri Ra'ada. Pasti hendak menyelamatkan kawannya, fikir Ra'ada. Namun, mata Ra'ada tiba-tiba terbeliak melihat senyuman sinis Keraunos hulurkan kepadanya.

   Seolah-olah ingin menggunakannya sekarang ini.

  "Hei, penakut! Ergh!" Duri terpaksa berundur ke belakang apabila cas-cas dari Ra'ada sedikit lagi mahu mencederakannya. Pelindung yang dibuat Ais pun sudah mendidih serta berlubang-lubang akibat terkena serangan tak terkawal si musuh. Ais menepis hidungnya. "Nampaknya dia cuba gunakan Ra'ada sebagai pelindung."

  Gempa menumbuk tanah membentuk pelindung mengelilingi Ra'ada dan Keraunos, sekaligus memerangkap mereka. Tetapi cas-cas itu masih mampu menyelit keluar daripada celah-celah lubang tanah itu.

  "Macam tak berhenti-henti je." Adada mengulas situasi.

  "Eh? Kenapa si Keraunos tu tak boleh keluar je dari tanah tu?" tanya Gopal sambil kepalanya digaru-garu. Ini sekarang berada di cengkaman Gempa sekalipun, masih boleh goyang kaki dekat dalam. Tangannya berhenti menggaru kepala saat memandang Adada yang sudah bersiap-sedia.

  "Cengkaman tanah!" Gempa memeluk buku limanya lalu tanah yang menjadi pelindung mula menyempitkan Keraunos dan Ra'ada. Cepat-cepat Keraunos membelah dinding tanah itu hingga patah-patah semuanya. Hakikatnya, Adada sudah bersedia lebih awal.

  "Serapan Voltra!"

  Kaki Keraunos terasa direnjat! Serta-merta dia mengapungkan diri dengan mempapah Ra'ada di sisinya. Adada terus menerus memegang tanah menyebabkan Keraunos tiada peluang bertapak ke atasnya! Kalau tidak, memang habis kuasanya diserap!

  "Alah, tahu takut!" komen Gopal. Sesekali ada juga dia kutip bertih jagung dibawa masuk ke dalam mulut. Ochobot yang ternampak memberi pandangan hairan dan menyampah dalam masa yang sama. "Mana kau dapat popcorn tu?"

  Siapa sangka, arus-arus elektrik pada tubuhnya dapat turun ke tanah lalu diserap oleh Adada. Kaki Keraunos mula merasa kebas sampaikan fikirannya langsung tidak dapat memikirkan cara lain. Dia melepaskan Ra'ada jatuh ke bawah lantas mara menghunus pedang ke arah Adada.

  "Tanah Tinggi!"

  Keraunos pantas mengelak. Kalau tidak, pasti terkena terus dagunya. Bukan setakat itu sahaja, malah semakin banyak tanah terpacak-pacak tinggi menghalangnya dari mendekati Adada. Adada menggunakan peluang itu untuk menyerap kuasanya kembali dari Keraunos.

  "ARGH!" Keraunos terjatuh ke bawah. Rasa mencucuk-cucuk uratnya terasa. Amarah dalam dirinya mula mendidih. Bagaimana dia boleh tewas dengan budak-budak mentah sebegini? Sekali lagi Keraunos menghindari serangan dari bawah oleh Gempa. Akan tetapi, si tamak tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri dan memilih jalan lain melalui cara kotor!

"GEMPA!"

Adada terjatuhkan senjatanya sendiri. Badannya automatik berdiri tegak. Keraunos ini memang gila! Memang tidak terjangkau akal fikirannya yang raja itu sanggup membaling pedang miliknya menembusi betis Gempa! Sejuk seluruh tubuhnya cuba berlari mendapati Gempa.

  Darah lagi...

Sama macam Santriantar.

Sama macam dekat gua tadi!

  "ERGH!" Keraunos berjaya mencengkam muka Adada, menghalang dia mendekati Gempa yang merintih kesakitan. Bergetar-getar pupil Adada memerhati keadaan Gempa menerusi celah tangan Keraunos. Gempa kini merengkokkan diri seraya tangannya memegang betis menahan sakit.

  'Aku kena...'

Kepalanya dihentak ke tanah.

"AKU AKAN SERAP KUASA KAU!"

Kepalanya mula berdenyut-denyut. Tetapi sekali lagi, ia dihentak ke tanah.

"KAU TAK LAYAK GUNA KUASA INI!"

  Tangannya cuba menyalurkan cas elektrik kepada Keraunos, berharap ia akan menyakitkan lelaki itu. Sebaliknya, kepalanya dihentak lagi ke tanah. Rasanya... sakit amnesianya tidak sesakit ini.

  "INI SEMUA SALAH KAU!"

  "PRAK!"

  Sut yang disarung oleh Keraunos serta-merta bertukar menjadi biskut kering. Tidak cukup dengan itu, tubuhnya dihentam-hentam berkali-kali dengan batu ais hingga lebam-lebam seluruh tubuhnya. Buka mata pun tak boleh!

  "Ini semua salah kau," ucap Gopal sebelum disambung oleh Ais. "Keraunos."

  Sebaik sahaja ayat itu terucap, serangan itu tidak terhenti begitu sahaja. Malah, Keraunos terus diserang bertubi-tubi oleh Ais. Setiap serangan daripada Ais kini tidak berbentuk belas langsung, macam hendak menamatkan nyawa si Keraunos secepat yang mungkin! Yang Gopal pula dah terkaku tengok perangai Ais berubah seserius begitu.

"Hali! Kau okey?" Duri tiba ke arah Hali. Panik 'budak kecil' itu dibuatnya melihat kepala Adada mula mengalirkan darah. "Hali, kepala kau keluar cecair merah!"

  Belum sempat Adada mengatakan apa-apa, kepalanya dibalut secara melulu oleh Duri. Entah dari mana dia dapat kain balutan ini lagaknya. Selamba Adada melihat Duri memotong balutan itu dengan durinya sebelum dia teringat sesuatu.

  "Macam mana dengan Gempa?"

  Duri menolak lembut wajah Adada ke arah Gempa. Kelihatan Ochobot, Gopal dan Hetir sudah mengerumuni Gempa. Serta-merta, suara Adada terasa hendak pecah. Adada pantas berlari seperti kilat ke arah Gempa. "Kenapa cabut pedang? Nanti makin keluar banyak darah macam mana?

"Ini pedang Keraunos kot." Sekelip mata Hetir mematahkan pedang itu macam mematahkan batang kayu. Terkejut beruk semua makhluk di situ termasuklah robot kuning si Ochobot. Hetir menyambung. "Jadi, dia mungkin boleh salurkan elektrik dekat pedang dia. Bahayalah."

  "Lagipun aku dah balut dan selagi kita tekankan luka tu, ia akan berhenti  berdarah."

  Walaupun begitu, ia tidak mampu menyorok riak Adada yang risau. Perlahan-lahan Gempa mengusap rambut Adada dengan tangan gempanya. "Jangan risaulah, Hali. Duri. Korang. Aku boleh tutup luka tu dengan jadikan kulit ni jadi  kulit tanah, macam tangan aku."

  Gopal dan Duri saling berpandangan. Serentak mereka berkata. "Tak sakit ke?"

  "Ja..."

  Tidak semena-mena pedang yang Hetir patahkan tadi, bersambung semula. Laju Hetir cuba mencapai pedang itu kembali, tetapi pedang itu pantas terapung semula ke pemiliknya. Ais yang sibuk menghentam Keraunos serta-merta terkaku. "Apakah..."

  "AIS!"

  Adada pantas menarik Ais ke belakang. Nyaris-nyaris Ais mahu terkena sepakan maut daripada Keraunos itu sendiri. Keraunos membelah bongkah ais yang mengurungi dirinya sambil kepalanya tertunduk ke bawah. Bulu roma mereka menegak melihat Keraunos berdiri terpacak ke tanah, sementara tubuhnya mula dikelilingi cas elektrik.

  Adada terkesima. "Kenapa dah pecahkan sut Santriantar tu pun, dia boleh gerak lagi?"

  Keraunos tiba-tiba menghilang daripada pandangan mereka. Secara automatik mereka berdua berpusing memerhati keadaan sekeliling, mencari kelibat Keraunos. Duri yang perasan senjata Adada, pantas mencampakkannya menggunakan akar berdurinya. "Hali! Senjata!"

  Baru sahaja Adada ingin mengambilnya, sebuah tangan sudah terlebih dahulu mencapai. Lalu pedang itu tidak fasal-fasal menyala terus menyilaukan permandangan Keraunos. Pedang yang terlepas itu terus disambut Adada.

  "Tusukan Pedang Voltra!"

  Senjata Adada memanjang dari cas-cas elektrik darinya laju menghinggap tubuh Keraunos. Pantas Keraunos mengelak sekali lagi. Adada mengetap gigi. Sampai bila lagi kau hendak mengelak? Segera dia mencucuk pedangnya ke tanah.

  "SERAPAN VOL..."

  Akhirnya Keraunos muncul di hadapan mata. Semuanya berlaku dalam sesaat, deras Adada mengangkat semula pedangnya lalu berlagalah pedang mereka. Pihak lawan masing-masing berebut-rebut siapa hendak menyerap kuasa siapa, atau siapa hendak menikam siapa dahulu.

  "Bzzzz!"

  Ais menaikkan sebuah pelindung berbentuk ombak melindungi Adada. Eh, masih bernyawa lagi si Ra'ada itu. Ya, sedang si Ra'ada itu tidak terkawal... Keraunos masih lagi giat menepis dan menghunus pedang ke arah Adada meskipun sut curinya menjadi biskut kering yang hangus.

  "Dia ni makhluk apa?" Gopal sudah semakin naik meremang akan Keraunos. Bukan setakat gila, kalau jumpa doktor psikiatri, pasti Keraunos menjadi pelanggan VIP!

"Nampaknya, situasi Keraunos sama macam Ra'ada, bezanya... dia boleh kawal diri dia sendiri." Ochobot menjelaskan setelah dia mengimbas Keraunos melalui pertarungannya dengan Adada.

"Macam mana dia boleh kawal?" Gempa bertanya, hairan.

"Kau ni... dia kan pernah berlatih sama-sama dengan aku. Tak hairanlah kalau dia boleh kawal semua tu. Entah-entah dia dah berlatih untuk kawal kuasa tu." Hetir menerangkan sambil tangannya sibuk berbuat sesuatu. Sesekali Gopal menjadi tukang hulur barang kepada Hetir.

"Hetir buat apa tu?" Nada Duri seperti budak kecil inginkan sesuatu. Dijenguk-jenguk dari belakang melihat pergerakan tangan Hetir. "Eh, itu kan..."

"Ha'ah. Aku suruh Hetir betulkan Voltrabot," ujar Gempa. Tangannya masih menekap pada betisnya yang kian menyembuh. "Aku harap dengan Voltrabot, kita boleh guna untuk serap kuasa Hali dari Keraunos."

  "Eh, tapi kerja baiki ni bukan siap seminit dua je." Hetir menyampuk sambil tangannya menggoyang-goyangkan pemutar skrunya.

  "Tapi, bukan ada Hali ke? Kenapa tak suru..." Pertanyaan Duri dicelah Hetir.

  "Kalau dibiarkan, ia akan terus berlarutan. Nak serap kuasa tu, salah seorang mereka kena lemah terlebih dahulu. Kalau tak, semuanya takkan berakhir." Ayat Hetir dihentikan apabila pandangannya dibuangkan ke arah pertarungan antara Adada dengan Keraunos yang tiada penghujung. Lagi-lagi, Ais sudah lelah menahan serangan Ra'ada daripada masuk campur perlawanan tersebut.

  "Hrm yalah." Gopal mengiyakan. Lambat-lambat dia menukarkan ranting-ranting menjadi wayar lebihan. Tidak fasal-fasal dia menjadi pembantu Hetir pula.

  Haih... kenapa tidak suruh sahaja si Fang itu. Eh, iyalah.

"Kejap, mana Fang?"

"SHRING!"

  Pedang yang Keraunos hayunkan sekali lagi ditepis oleh Adada. Sukar Keraunos hendak mencari arah untuk menusuk Adada, walhal dia pernah mengalahkan budak mentah di hadapannya ini dulu. Bagaimana boleh jadi sekuat ini?

  Genggaman pedang pada tangan Adada semakin ketat. Senjata berelektriknya kini dahagakan secebis darah dari lelaki itu. Langkah Adada juga sudah berani hingga gagal dikesan Keraunos kerana terlalu laju! Segalanya berlaku dengan pantas.

"Huh... huh..." Keraunos mula kehilangan tenaga. Tambahan pula, rasa cas elektrik dari diri sendiri dan juga Adada semakin memakan diri. Staminanya juga sudah berkurang. 'Ah, tak boleh jadi!'

"ARGH!" Adada menghalang matanya yang silau akibat pelindung Keraunos. Pandai lelaki tua itu mengguna semula teknik pedang Adada tadi. Ingat ini termasuk dalam amalan sekitar semula ke?

Segera Adada menurunkan tangannya selepas keadaan sekeliling menjadi sediakala. Rupa-rupanya Keraunos ada rancangan lain. Adada pantas mendongak merenung langit yang semakin hitam, lalu semakin kemerah-merahan.

"Takkanlah... hujan halilintar lagi?"

  Keraunos tergelak kecil. Betullah, memang perlu dibawa ke hospital dan kubur dengan segera ini. "Sampai sini sahajalah, Ada..."

"DUM!"

Celoteh Keraunos terhenti saat dirinya dirempuh oleh sesuatu. Bergolek-golek kawan menghampiri anak pokok. Mujur dia sempat bangun sebelum maruahnya yang jatuh. Matanya perlahan-lahan terbuka, mengesan budak yang baru melanggarnya tadi.

  "Kau?"

  Adada berpaling ke arah Fang yang sudah berubah 360 darjah dari segi rupanya. Dia membentuk naga separa bayang. Kepalanya bersarung naga bayang yang matanya merah menyala serta sayap naga di belakang sebagai pelengkap.

  "Bila masa kau bertu..."

  "Ah, dia dah hilang!"

  "Ergh..." Adada laju menekan kakinya ke tanah. Sampaikan tanah itu hangus menerima kesan tersebut. Cas-cas elektrik mengalir keluar daripada Adada, seolah-olah mencari sesuatu. Sekelip mata cas itu bergerak ke satu arah, dan dalam masa yang sama, Adada laju menoleh ke atas.

  "Itu..."

  Keraunos mencengkam muka Ra'ada dari atas langit. Tangannya sibuk menyerap seluruh tenaga juga kuasa dari Ra'ada. Air mata dan teriakan Ra'ada langsung tidak menjejaskan senyuman lega pada wajah Ra'ada. Malah, sut santriantar yang disarung Ra'ada pun dirampas Keraunos!

  "Shring!"

  "Dush!"

  Bertubi-tubi Fang dan Adada menyerang Keraunos. Namun, ia tidak menghentikan walau secas elektrik mengalir dari tubuh Ra'ada ke Keraunos. Keraunos siap menggunakan Ra'ada sebagai pelindungnya. Ais pun sudah mendengus geram tatkala tiap panahannya langsung tidak mengena umpan.

  "Lepaskan dialah!"

  Fang menarik Ra'ada dari Keraunos. Hampir gugur jantung Fang melihat perubahan tubuh Ra'ada. Kurus kering. Mukanya pun sudah menjadi cekung dan matanya putih. Dah macam mayat sahaja.

  Keraunos kini sudah bersayap lengkap dengan bantuan cas-cas elektrik barunya. Makin marak alur elektrik keluar dari badannya disertai gelakan sinis Keraunos.

  "Sekarang... barulah kau lawan setaraf dengan aku."















 










⚡⚡⚡

Adada : Alaaaah, dah dahlah tu. ( Member dah terseksa)

Tinggal 3 bab - termasuk Epilog sahaja lagi! Aduuuh, adakah Adada akan ada ingatan dia kembali? Nantikan sahaja untuk bab akan datang!

Fuh, macam pengulas rancangan tv pula.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top