A ⚡ 26
A D A D A
- - - - - - - - - -
"Dia cuba serap kuasa aku... tanpa Voltrabot ke?"
.
.
.
"ADADA?" Sesaat kemudian, bunyi tapak kaki berlari berpusu-pusu kedengaran berdekatan kapal mereka. Adudu dan Probe berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka berdua membuang pandangan mereka ke luar tingkap.
"Apa jadi? Adudu? Probe?" Yaya memanggil mereka berdua setelah suasana di sebalik talian tiba-tiba senyap tanpa sebarang respon. Risau jugalah hati ini. Sudahlah dekat sini, kilat berdentum-dentum serta pokok tumbang di merata-rata tempat. Bahaya!
"Ha, ha. Tadi kita orang nampak ada orang ramai lalu berdekatan sini. Teruk sangat ke keadaan dekat situ?" balas Adudu dengan soalan. Dia bersama-sama Probe masih melihat keadaan persekitaran di luar.
"Kejap, dekat dengan tempat kau orang tu... ada kawasan lapang, kan?" Ying menyampuk teringatkan kawasan lapang berhampiran kapal di mana Adudu dan Probe berada. Adudu lantas mengiyakan. "Ha, ya..."
"Bahayalah! Kalau dekat dengan kawasan lapang, makin tinggilah risiko kena panah petir!" Lantang suara Ying dan Yaya serentak memarahi Adudu dan Probe. Selantang guruh yang kuat berdentum sekarang ini. Haih... macamlah dia orang yang pergi dekat kawasan lapang tadi.
"Habis tu macam mana?" Terkecut Adudu apabila dia tidak semena-mena ditengking begitu.
"Bawa dia orang masuk dalam bangunan-bangunan berdekatan. Mungkin boleh bawa dekat bangunan yang BoBoiBoy berlatih tadi. Nanti aku dengan Yaya datang," jelas Ying panjang lebar. Terpinga-pinga Gopal mendengarnya. "Eh? Aku? Aku kena buat apa?"
"Gopal, kau boleh gunakan kuasa kau untuk lawan Keraunos tu." Tok Kasa bersuara memberi cadangan kepada Gopal. "Tak silap dia orang, katanya Keraunos ni ada geng. Dan mungkin Keraunos bahagikan sut kepada kawannya lagi satu."
"Jadi, saya kena tembak sut dia oranglah kiranya?" Gopal meminta kepastian, takut-takut. Tangannya sudah diangkat seperti pistol yang sedia untuk menembak.
"Nampaknya itu sahaja caranya." Tok Kasa mengakhiri ayatnya dengan nada tegang. Sepertinya itu sahaja jalan untuk mengalahkan kedua-dua musuh itu, walau dia sendiri tidak yakin akan keputusannya.
Yaya tersedar sesuatu. "Eh, kau orang kata yang kapal tu tak ada elektrik? Macam mana dengan bekalan oksigen?" Yalah, tengah sibuk bersembang dengan Adudu dan Probe. Silap-silap pengsan nanti alien hijau itu.
"Oh, aku ada pecahkan tingkap tadi. Jangan risau." Probe menjawab seraya muka polosnya ditayangkan. Adudu pula selamba menghalakan kamera ke arah cermin tingkap yang sudah habis bercerai-berai kacanya.
Yaya sudah terpolong melihat. Ochobot menggaru-garu kepala besinya. "Kau orang tak risau Fang marah ke nanti?"
"Dah pintu tertutup, nak kita orang mati ke kat sini?" Adudu sepertinya tidak bersalah akan perbuatan mereka berdua tadi. Walhal Probe itu robot... hendak hidupkan dia pun boleh pakai air paip sahaja, macam mana hendak mati lemas tanpa oksigen?
"Ah, tak apa. Yang penting kita kena selamatkan orang ramai tu." Ayat Ying terhenti saat sebuah kilat memancar tepat di hadapan mereka. Hampir-hampir sahaja mengenai limpangan tubuh para pengawal yang terbaring sana-sini. Bahaya betul!
Terhinjut tubuh Gopal gara-gara bahana mengejut daripada kilat tadi. Gopal menoleh Yaya yang bersuara tegang. "Kita orang kena tolong pengawal-pengawal tu dulu. Baru kita orang akan datang kat tempat kau orang," ujar Yaya sambil dia dan Ying saling berpandangan, seolah-olah menerima isyarat antara satu sama lain.
"Eh, nanti!" Suara Adudu terhenti apabila panggilan serta-merta diputuskan oleh Yaya sendiri. Sementara Gopal sudah menidakkan tindakan Yaya dan Ying mengheret pengawal masuk ke dalam gua. "Kenapa kena tolong dia orang? Dia orang hampir nak bunuh kita kot tadi!"
"Ah, tolong jelah!" teriak Ying. Yaya menggunakan kuasa apungan gravitinya memasukkan pengawal-pengawal yang tersisa ke dalam gua tersebut manakala Ying mempercepatkan perbuatan Yaya dengan kuasa masanya.
Tok Kasa berpaling ke arah Gopal yang masih terkaku ibarat orang-orang di tengah sawah. "Apa kamu tunggu lagi, Gopal? Pergilah dekat dia orang!"
"Ah, err... okey!" Gopal segera berpusing menuju ke arah Fang pergi sebentar tadi. Disebabkan terlalu panik dan gelabah, tidak fasal-fasal Ochobot diheret bersama sekali. Ochobot pula terpaksa pasrah berada di bawah celah ketiak Gopal, dibawa beriringan ke arah medan pertarungan.
...
Langit mulai gelap bersinarkan kilat-kilar yang tidak sudah-sudah sambar-menyambar. Cas-cas elektrik berbentuk sayap di belakang Ra'ada bergerak seperti sayap dikibaskan sementara Ra'ada masih tidak percaya akan mata kepalanya sendiri. Macam mana budak ini boleh gagahkan diri lagi? Dan... penampilannya juga berubah.
Guruh mulai berdentum lagi maka sepantas kilat Adada mara menyerang menggunakan tombak halilintarnya. Ra'ada pantas melompat melintasi Adada lalu bertapak pada salah satu pokok. Masalahnya, pokok itu menjadi hangus semuanya kerana kekuatan petir milik Ra'ada! Macam tak ada tempat lain nak duduk!
"Kenapa?" Adada perlahan-lahan berpusing ke arah Ra'ada. Berbeza dengan Ra'ada, kaki Adada berada di awang-awangan dan melawan hukum graviti! "Kenapa kau lari? Kau nak lari dari apa yang kau dah buat ke?"
Mata Ra'ada bertentang dengan mata merah Adada. Meremang bulu romanya buat pertama sekali! Seolah-olah dia sekarang bertemu mata merah milik Santriantar! Namun, egonya melebihi segala-galanya. Pantas dia maju ke hadapan sambil senyap-senyap mengeluarkan pistol. Sebaliknya, Adada sekelip mata hilang di hadapannya!
"Huh..." Ra'ada mengeratkan pegangannya pada pistolnya. Seperti hilang anak, dia menoleh ke pelbagai arah mencari kelibat Adada. Dalam kelekaan itu, kepalanya ditekup oleh seseorang, yakninya itu adalah Adada! Cepat-cepat dia melepaskan tembakan pada dada Adada.
"Bang!"
Huh? Terlepas?
Sekejap, baru dia perasan! Badan Adada, bajunya... semuanya lutsinar! Adakah sebab kuasanya diserap separuh oleh mereka berdua? Baru sahaja Ra'ada berfikir lebih dalam, mukanya terasa pedih terbakar. "ARGH!"
Meronta-ronta Ra'ada melepaskan diri. Wajahnya sudah merah-merah akibat serangan Adada itu. Tangan Ra'ada sedaya-upaya menolak Adada daripadanya hinggalah dia tiada pilihan lain hingga mencengkam bahu Adada. Siapa sangka...
"ARGH!" Adada bagaikan terkena renjatan elektrik, menjauhi Ra'ada selaju mungkin. Kepalanya berdenyut-denyut tidak semena-mena. Dia memegang tangannya sendiri yang kian menghilang sebelum wajahnya diangkat ke arah Ra'ada. "Dia cuba serap kuasa aku... tanpa Voltrabot ke?"
Ra'ada serta-merta bangun dan mengimbangi dirinya di atas udara. Wanita itu mengeluarkan senyuman menyeringai lalu mengeluarkan bebola elektriknya.
"Pancaran Kil..."
"Tak boleh!" Suara comel tiba-tiba kedengaran seiringan dengan sebuah lilitan duri yang mengikat Ra'ada. Secara mendadak serangan Ra'ada itu terbatal sepenuhnya. Segera Ra'ada meleburkan ikatan itu menggunakan cas elektrik pada dirinya. Ingatkan dirinya sudah terlepas, malah dia ditembak lagi hingga seluruh tubuhnya membeku!
"Apakah..." Tubuhnya yang beku Ra'ada terus matanya terpaku pada sosok berbaju biru dan putih tidak jauh dari bawah. Budak lelaki itu menjatuhkan meriam ke sisi. Itu kan...
"Kau okey, Hali?" Duri berdiri di salah satu pokok berdekatan Adada. Sempat dia melatah apabila sebelah pokoknya dipanah petir. Hampir pekak dia dibuatnya! Tetapi semua itu diendahkan Duri. "Wah, lawalah baju kau! Siap dengan mantel putih lagi! Macam superhero!"
Adada terkedu melihat Duri. Eh, ini siapa pula?
Di pihak Ra'ada, dia mulai naik angin kerana menerima serangan tidak putus-putus daripada Ais. Hampir hilang seluruh tenaganya cuba mengeluarkan cas elektrik mencairkan ais di sekelilingnya. Ra'ada berdesis di dalam hati. 'Kenapa budak itu boleh bebas di bawah sana? Si Keraunos itu buat apa?'
"Ktang!"
Serpihan pedang tercampak lalu tertacak pada batang pokok. Hetir melepas lelah seraya tangannya lemah memegang pedangnya yang patah. Keraunos menghala pedangnya pada leher Hetir. "Lihatlah... kau takkan mampu lawan aku, Hetir."
Hetir menghayunkan pedangnya ke arah pedang Keraunos. Malahan, ia langsung tidak menjejaskan mahupun menggerakkan sedikit pun pedang Keraunos. Nampaknya dia betul-betul sudah melebihi batasannya. Keraunos kemudian mencengkam rambut Hetir dan membenamkannya ke tanah.
"Rehatlah, Hetir. Kau dah cukup membuang masa aku tadi." Keraunos memalingkan tubuh daripada Hetir yang cuba hendak bangun lagi. Hendak takutkan apa lagi? Kondisi budak itu sudah seperti bayi yang nyawa-nyawa ikan. Cas-cas elektrik mula dibentuk sebagai sayap mengapungkan dirinya, menuju ke subjek sebenar.
"Tanah Tinggi Pencengkam!"
Dua tangan gergasi dari tanah mencapai kaki Keraunos malangnya ia menemui kegagalan. Pantas Keraunos mengelak ke bawah, hingga dia tidak perasan bahawa sebuah orakan tanah menghampirinya. Sibuk dia mengelak serangan dua tangan tanah itu dari terus mencapainya, dia terlupa akan nasib belakangnya.
"Golem Kristal!"
Sebuah golem kristal gergasi bangkit dari tanah lantas memeluk Keraunos dari belakang. Pelukan itu bertambah erat sampaikan nafas Keraunos tersekat. Keraunos cuba menggerakkan badannya namun hendak menggerakan sejari pun terbatas! Pandangannya terarah pada remaja lelaki yang memikikan pergerakan golem kristal.
"Adada? Tak..."
Gempa perlahan-lahan mengundur ke arah Hetir. "Kau okey?" Dia menghela nafas lega ketika Hetir menunjukkan simbol terbaik padanya.
"Baik kau hentikan semua ni!" tengking Gempa saat melihat Keraunos bersusah payah mengenakan serangan pada golem kristal itu. Petir lawan tanah... itu satu pertarungan yang sia-sia sahaja! Melihat Keraunos kian lemah, membuatkan peluangnya untuk beralih ke Ra'ada semakin cerah.
"Hen... tikan?" Keraunos mengujarkan kata tersekat-sekat. Dalam masa yang sama, kedengaran bunyi petir dan guruh gara-gara perlawanan yang berlaku di atas. Keraunos gelak tersekat-sekat sambil dia dicengkam erat oleh golem kristal.
Gempa memasang langkah berjaga-jaga. Yalah, tiba-tiba sahaja tergelak seperti orang tidak betul. Hetir pula memerhati keadaan sekeliling hinggalah kepalanya dialihkan ke langit.
"Hati-hati!"
Hujan-hujan halilintar mula menuruni bumi secara mengejut. Panah-panah halilintar itu berjaya mengalihkan tumpuan Gempa daripada terus mengawal golem kristalnya.
"Gempa!"
"Boom!"
"Ergh..." Fang di sebalik semak membuka sedikit kelopak matanya, melihat persekitarannya. Asap apa pula itu? Terbatuk-batuk dia gara-gara menghidu asap tersebut. Akan tetapi, cepat-cepat dia menumpukan semula fokusnya. Ini sebabkan BoBoiBoy jugalah ini!
"Ingat tak dulu masa kita lawan Ejojo?" BoBoiBoy bertanya pada Fang seraya tangannya membetulkan jam tangannya, bersedia untuk berpecah.
Fang terkedu buat seketika. Dagunya diusap tatkala otaknya memproses salah satu memorinya. Oh, yang dia guna teknik bayang itu, ya? "Mestilah aku ingat. Kejap, kau nak aku guna naga bayang ke? Tapi tu ambil masa lama kot."
"Yalah, sementara aku lawan dia orang. Kau kumpullah tenaga!" Selamba badak BoBoiBoy memberi cadangan. Selepas itu, boleh pula dia berpecah kepada tiga, meninggalkan Fang terpinga-pinga sendirian.
"Huh..." Adada menoleh ke bawah. Kabus-kabus mula menutupi permukaan sehinggakan sukar dia untuk mengesan sesiapa. Tidak silap, dia terdengar suara Gempa tadi. Dan dengan hujan halilintar... selamatkan Gempa?
"Hali! Hati-hati!"
Adada pantas mengelak bagai belut digetir. Namun, Ra'ada tidak seperti berhenti sekerat jalan, terus dia mara melakukan tumbukan demi tumbukan, tepisan demi tepisan terhadap tombak halilintar milik Adada. Sepertinya Ra'ada tidak lagi getir setelah mengetahui dia dapat menyerap kuasa halilintar dengan memegang pemiliknya sahaja!
"Jangan risau, Hali!" Mata Adada tertacap ke bawah! Rupanya Duri sudah keluar dari bersembunyi daripada kiub ais! "Gempa selamat!"
Secara automatik, matanya teralih ke bawah, tempat Gempa bertarung tadi sambil mengelak serangan Ra'ada. Benarlah! Ada tanah tinggi yang melindungi permukaan di bawah. Tetapi, maksudnya. Gempa sedang berlawan dengan Keraunos ke?
Tiba-tiba, tombaknya dirampas oleh Ra'ada! Pantas di membelakangkan tubuhnya apabila tombaknya sendiri dihunus ke arah mukanya. Dalam masa yang sama, sekali lagi sebuah lilitan duri menarik Ra'ada ke belakangnya. Ra'ada mengoyakkan lilitan duri pada dirinya sebelum tombak pada tangannya hilang dan memakan diri sendiri. Bergetar tubuhnya ketika direnjatkan oleh tombak halilintar itu.
"Huh.. huh..." Ra'ada mencari nafas di tengah-tengah udara. Inilah terjadi apabila kuasa menerkam kembali tuannya. Bagaimana rasanya bila direnjat elektrik?
Ais muncul bersama pokok-pokok berduri yang tumbuh meninggi mengapungkannya di udara. Dia mengangkat Voltrabot menghala ke arah Ra'ada. Ra'ada yang melihat, segera melepaskan das tembakan kepada Ais namun dihalang oleh daun mengkuang berduri daripada Duri. Sekelip mata, tubuhnya diikat lagi.
Duri merenung tajam ke arah Ra'ada. Ikatannya diperketatkan. "Kau tak ada tempat nak lari lagi!
"Eh, rosak?" Ais memeriksa Voltrabot apabila power sphera itu tidak menyerap langsung kuasa Ra'ada walaupun sudah ditekan beberapa butang. Skrin Voltrabot dilihat dan memang patutlah! Skrin Voltrabot terherot-berot dengan warna putih dan hitam seperti televisyen yang rosak. "Ini... ini macam terkena virus lagi!"
"Bang!"
"Ais!"
Kepala Ais sempat diselamatkan apabila pokok itu direndahkan oleh Duri. Lambat-lambat Ais mengangkat wajahnya. Matanya terbeliak besar. "Apakah..."
Ra'ada kini bebas tetapi mereka berdua kini dalam masalah bahaya. Masakan tidak, Ra'ada kini mengeluarkan meriam besar yang diperbuat daripada cas elektrik! Gila-gila!
Sedang Duri dan Ais masing-masing terkaku akan rupa baru Ra'ada, pupil mata Ra'ada bergerak-gerak mencari sasaran. Tidak lain tidak bukan, mestilah pemilik kuasa Santriantar itu. Namun, apa yang dia nampak hanyalah langit yang gelap, dua orang budak mentah dan juga pokok-pokok tanpa daun!
"ADADA, HOI! MANA KAU, HA?"
"Kilauan Kilat!" Sebuah cahaya terang keluar entah dari mana menyilaukan pandangan sesiapa berada di situ. Ra'ada menutup matanya menghalang silau sementara tangannya sebelah lagi memegang erat meriamnya.
"Tetakan Dua Halilintar!"
Adada berlari ke arah Ra'ada yang sudah 'buta' pandangannya. Cepat-cepat dia mengeluarkan dua pedang halilintar lalu menetak bahu Ra'ada hingga menjunam terus ke bawah. Ra'ada menahan perit, pantas mengalihkan meriam laju ke tepi menyebabkan Adada terpaksa mengelak ke tepi.
Ra'ada menghala meriamnya ke arah Adada. Adada menghindar ke sebelah saat melihat picu pada meriam itu ditarik lagi. Sebaliknya, ia bukan dihala pada Adada, sebaliknya pada pokok yang menampung Ais. "Boom!"
Tersentak Ais dibuatnya. Laju dia melompat daripada pokok tersebut. Kalau tidak, habis rentung dia dibuatnya. Namun, serangan Ra'ada tidak terhenti di situ, malah dia terus dan menerus menembak ke arah Ais, berharap Voltrabot akan jatuh padanya. Maka, Adada membelah tiap peluru meriam yang hampir mengenai Ais.
Ais jatuh lalu membentuk landasan ais memusingkan dia sekeliling medan pertarungan itu. Boleh pula dia melempar ke arah Duri yang tengah bergayut dari pokok ke pokok. Kemudian, Duri membaling Voltrabot kepada Ais semula.
Eh, ingat tengah main bola baling ke?
Tetapi, ia berjaya membuatkan Ra'ada panik dan fokusnya terganggu. Adada mengambil peluang mara ke arah Ra'ada. Pedangnya dihalakan ingin membelah meriam Ra'ada namun dia terpaksa mengelak lagi apabila meriam itu melepaskan tembakan. Perbuatan itu berlaku berlanjutan hinggalah Ais berjaya membekukan Ra'ada sekali lagi.
Bahu Adada dipegang Ra'ada.
Ra'ada meraung ketika kuasanya terasa diserap Ra'ada. Badan Adada makin lama makin memulih. Daripada lut sinar menjadi objek legap. Mata Ra'ada bercahaya tanpa anak pupil memerhati sambil memikirkan cara melepaskan diri. Lututnya jatuh ke tanah, terus tangannya dihentakkan.
"Pelindung Halilintar!"
Sebuah gelombang kuat menghentikan perbuatan Adada. Cas-cas elektrik terpancar ke merata-rata tempat. Nasib baik tidak terkena Fang yang tengah bermeditasi dari jauh. Tetapi, serangan itu berjaya terkena pada tangan Duri, menyebabkan Voltrabot tercampak lalu jatuh pada lubang besar di tanah!
"Ergh! Ergh!" Alamak, dah termasuk!" Duri kelam-kabut mengejar jejak Voltrabot namun terhenti apabila Adada terlebih dahulu mendahuluinya. Duri tercengang sejenak. Kilat-kilat terpancar dari belakang menjedakan lamunannya.
Duri berpaling ke belakang. Ra'ada membuka matanya, menampakkan anak matanya yang putih tanpa bebola mata. Musuhnya itu kelihatan melihat tangannya sendiri. Keadaan tubuhnya juga tidak terkawal saat cas-cas elektrik mula keluar tanpa arah tuju.
"Tak apa, Duri." Ais tiba di sebelah Duri menggunakan landasan ais. Meriam ais dikeluarkan lalu diletakkan pada bahunya. "Kita fokus pada dia dulu!"
Mereka berdiri berhadapan Ra'ada yang hilang kawalan. Tanah di sekeliling mereka bergegar serta cas-cas elektrik bertempiaran memancarkan sana-sini. Sama dengan keadaan guruh di langit sekarang. Nampaknya, perlawanan ini akan jadi lebih lama!
⚡⚡⚡
Nyusoh hidup oranglah Ra'ada ni. Mengalah jelah. 😔
Bab seterusnya kita akan tengok abe Keraunos pula. ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top