A ⚡ 25

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Kamu masih ada tempat untuk pulang"

.
.
.

                                          KIUB ais di sekitar mereka mula runtuh dan bongkahnya  jatuh bertaburan. Kepala BoBoiBoy berdenyut-denyut saat matanya terbuka semula. Rasa cucuk-mencucuk pada seluruh badannya memaksa dirinya melekat pada tanah. Dia mencari-cari kelibat seseorang, seperti dua penjahat yang berada di awangan sekarang.

  "Kau ada nampak Adada ke?" soal Keraunos sambil dirinya dipapah oleh Ra'ada di atas awangan. Muncul cas-cas elektrik berbentuk sayap pada sebelah belakangnya serupa akan Ra'ada. Namun, bezanya kedudukan sayapnya bertentangan dengan sekutunya.

  "Aku tak nampak pula dia." Ra'ada berdecit, kasar. Walaupun semua kiub dan tembok telah hancur lebur gara-gara kuasanya tadi, susah hendak melihat dalam keadaan berkabus di bawah sana. "Voltrabot pun nampaknya hilang sama."

  Sesaat sudah berlalu membuatkan Ra'ada hilang kesabarannya. Dia melepaskan pegangannya pada Keraunos. "Baik aku turun dahulu dan mencari di bawah." Bahunya tiba-tiba dipaut oleh Keraunos. Keraunos menghalang. "Jangan buat tindakan melulu. Baik kita tunggu kabus menghilang dulu."

  Sementara itu, keluhan kesah mula kedengaran dari bawah. Hetir rebah lagi ketika dia cuba menongkat lutut untuk bangun. Cas-cas elektrik terkeluar dari badannya akibat serangan Ra'ada tadi. Tangannya bergetar memegang pedang yang hampir longgar. Matanya lantas merenung tajam Keraunos dari jauh. "KERAUNOS!"

  Keraunos cuma memerhatikan Hetir, tanpa perasaan. Rasa kelakar pula apabila melihat rakan segurunya, dalam keadaan lemah sebegitu rupa. Nak mengangkat pedang pun tidak larat. Inikah pelindung Santriantar yang dikatakan? Heh, sama sahaja macam tuannya. Pandangannya dialihkan.

  "Shring!"

  Keraunos mundur jauh ke tanah apabila dia cuba menahan serangan daripada Hetir. Siapa sangka... yang Hetir sanggup memanjat dari pokok ke pokok, untuk menetak dirinya yang berada di langit! Memang semangat budak itu betul-betul gila!

  "Keraunos!" Ra'ada berura-ura ingin turun untuk membantu namun ia disekat oleh suara Adada

  "Kau cari Adada!"  Kata-kata itu diselang-seli oleh bunyi pedang. Kelibat mereka berdua tidak kelihatan sebaliknya pancaran sinar dari selisihan pedang mereka berdua memenuhi asap kabus di bawah. "Jangan biarkan dia terlepas."

  "Heh, macamlah aku akan biarkan kau dapat kuasa Santriantar dengan mudah!"

  "Hetir?" BoBoiBoy berpaling. Seperti dia terdengar suara Hetir tadi serta bunyi pedang berlaga. Entah-entah si Hetir itu tengah sibuk melawan Keraunos lagi.

    Dia mengendahkan semua itu lalu menyambung menggunakan sisanya yang tersisa, berlari senyap-senyap ke arah kiub yang telah hancur berdekatan pokok. Harapnya, kabus-kabus sekeliling dapat mengelakkan Keraunos atau Ra'ada daripada melihatnya. Akan tetapi, matanya terbuntang saat tiba di situ. "Hi... hilang?"

  "Takkanlah... mereka dah ambil Halilintar?." Berderau-darah BoBoiBoy memikirkannya. Kepalanya digeleng laju. "Tak mungkinlah, sebab dia orang tengah cari dia sekarang." Seketika, dia mendengar rintihan seseorang cuba berdiri kembali. Laju dia menoleh ke tepi.

  "BoBoiBoy..." Fang memegang tangan kanannya. Dia berjalan terhinjut-hinjut ke arah BoBoiBoy.

  "Fang!" BoBoiBoy berlari pantas mendapatkan Fang. Dia membelek tubuh kawannya yang tercedera. Bahu Fang dipegang. "Kenapa ni, Fang? Kau... kau kena tembak ke?"

  Fang perlahan-lahan mengalihkan tangan BoBoiBoy dari bahunya. Sahabatnya ini seorang pun. Sudah tahu bahunya sakit disentuhnya lagi. "Aku okey. Cuma, bahu aku terhentak dekat batang pokok tadi. Tapi aku okey. Macam mana dengan Keraunos? Hetir?"

  BoBoiBoy mengetap bibir, panik. "Sekarang dia orang tengah cari Halilintar. Tapi masalahnya sekarang, Hali pun hilang!"

  "Hilang, bukan ke tadi aku nampak..."

   Tanpa sedari mereka berdua, kabus-kabus sudah menghilang sekaligus mendedahkan persembunyian mereka. BoBoiBoy dan Fang serentak mendongak ke langit, ke arah cahaya merah yang datang dari Ra'ada. Ra'ada sudah mengangkat sebuah bola gergasi berelektrik yang semakin lama semakin membesar.

  "Pancaran Halilintar!"

  Dengan kekacauan yang sedang berlaku, tiba-tiba kedengaran bunyi halilintar membelah tanah planet Kilas. Dalam masa yang sama, jeritan Ra'ada mula memenuhi ruang telinga yang berada di situ. Bola gergasi  juga sekelip mata hilang, seakan-akan diserap sesuatu.

  Ra'ada cuba mengimbangkan dirinya supaya tidak melayang terus ke bawah. Tubuhnya terkaku sejenak. Nada suara Ra'ada bergetar dan seakan tidak percaya akan apa yang dilihatnya.

  "Kau..."

  "Huh?"

   Adada mara beberapa langkah ke hadapan. Wajah itu memasuki ruangan pandangannya. Rambut wanita itu merah hingga mencecah pinggang. Dirinya dihiasi parut merata-rata tempat. Meskipun tubuh itu tidak disarung apa-apa baju besi, yakninya itu betul-betul.

   "Santria... antar?"

  "Adada rupanya." Santriantar mempamerkan senyuman lebar sambil matanya dipejam rapat. "Lama kita tak berjumpa."

  Tidak semena-mena, kakinya terasa dipaut oleh sesuatu. Adada sudah duduk melutut lantas meraung kuat. "Santriantar, saya minta maaf! Semua ni salah saya! Saya minta maaf! Maaf! Maaf sangat-sangat... maaf." Air matanya tumpah berderetan sementara ayat maaf itu tidak berhenti dilontarkan.

  Santriantar terkesima. Perlahan-lahan dia merendahkan posisi tubuhnya lalu meraup lembut topi yang disarung Adada. "Ini bukan salah kamu." Namun begitu, ayat itu tidak cukup untuk menghilangkan rasa bersalah Adada.

  "Maaf! Maaf! Maaf. Maaf... maaf..." Perkataan itu diulang-ulang sampaikan ayatnya tenggelam dalam raungan.

  Kening Santriantar turun perlahan dan ditarik rapat bersama. Dia menghela nafas, berat. Hatinya remuk melihat anak muda itu sudah kemerahan wajahnya dengan air mata yang sudah membasahi pipi anak itu. "Tak apa, ini bukan salah kamu..."

  Lama mereka dalam keadaan begitu hinggalah Adada sudah penat menangis. Adada lambat-lambat berdiri di hadapan Santriantar. Wajahnya memandang ke bawah. Santriantar menarik senyum. "Kamu dah okey sekarang?"

  Melihat tiada respon daripada Adada, Santriantar berkata lagi. "Jadi, nampaknya kamulah pengguna kuasa Voltra yang seterusnya. Kamu pun nampak kuat orangnya."

  "Kuat?" Nada suara Adada bergetar. "Merepek saja. Depan Keraunos pun saya dah menggigil, kuat ke macam tu?"

  "Lagipun... saya yang sebabkan semua ni jadi, kan? Kematian tuanku Santriantar, sebab orang nakkan saya." Adada mengelap matanya saat permandangannya terasa kabur lagi. "Termasuklah Keraunos.  Dan sekarang dia orang pun berlawan demi saya."

  Santriantar berjalan ke sisi Adada lantas memegang bahu anak itu. "Kamu tahu, apa yang terjadi dekat saya, semua bukan salah kamu. Sebab saya berlawan ini, semuanya demi rakyat-rakyat saya, dan juga elakkan kamu jatuh dari tangan yang salah."

  "Dan memang betul. Ia tidak jatuh ke tangan salah." Terkedu Adada mendengarnya. Lambat-lambat dia mengangkat wajahnya. Santriantar  menyambung. "Semestinya, kawan-kawan kamu pun hendak lindungi kamu, termasuklah BoBoiBoy sendiri."

  "Tetapi, saya bukan ingat mereka pun, kenapa mereka bersungguh-sungguh nak tolong saya?" ujar Adada, perlahan.

  "Kamu dah lupa ke? Bukankah mereka kata, kamu kawan mereka? Sesuatu yang berharga untuk mereka?" Santriantar menjatuhkan tangan dari bahu Adada. Tangannya dibawa ke belakang. "Kamu kuat bukan sebab kamu ada kuasa. Tapi kamu kuat sebab kamu dapat lawan rasa ketakutan tu. Dan itulah kekuatan yang sebenar yang perlu kamu ingat."

   "Yang penting, kamu kena percayakan diri sendiri." Dahi Adada dijentik  lembut Santriantar. Wanita itu tergelak kecil melihat Adada memegang dahinya.

    Santriantar duduk bertongkatkan lutut, memastikan tingginya setaraf dengan Adada. "Kamu masih ada tempat untuk pulang. Selagi ada orang yang tunggu dan lambai ke arah kamu, kamu akhirnya akan ingat."

  "Halilintar!" Sayup-sayup kedengaran suara BoBoiBoy memanggilnya.

  "Diri kamu memanggil kamu." Santriantar membetulkan topi Adada. "Kembalilah."

...

  Bucu bangunan disambar menghasilkan cahaya dan bunyi yang kuat menakutkan mereka berdua. Probe dan Adudu berpelukan di dalam kapal tersebut. Sudahlah gelap-gelita, satu habuk pun tak dapat kesan.

  Probe menempel pada Adudu seraya suaranya mendayu-dayu mengadu. "Huhuhu... seramlah encik bos! Macam dalam cerita seram je! Tiba-tiba je kapal tak ada elektrik."

  "Mesti ni kesan dia orang tengah berlawan." Adudu cuba menghilangkan rasa gugup dalam suaranya. Dia perlahan-lahan menghampiri tingkap kapal. Langit kini sudah gelap ditambah pula dengan kilat-kilat merah yang kuat memancar.

  "Kita kena tolong dia orang ke, encik bos?" Persoalan Probe itu disambut kosong oleh Adudu. Terdiam Adudu memikirkannya. Jujurlah, dia takut untuk menghadapi situasi di luar sana. Tetapi, sampai bila dia perlu menyorok macam pengecut?

  "Tit! Tit! Tit!"

  Probe yang perasan perubahan skrin jam Adudu lantas menegur. "Eh, jam Encik Boss menyala-nyalah! Lampu RGB baru ke ni?"

  "Lampu RGB menda? Ini jam si Fang tu kasi dekat aku! Senang nak telefonlah... apalah." Belum sempat Adudu menghabiskan ayatnya, dirinya telah disampuk oleh Yaya.

  "Eh, Adada dengan BoBoiBoy dekat kau orang ke?"

  "Tak, dia orang tak ada dengan kita orang." Probe menjawab bagi pihak Adudu. Adudu kemudian membalas pertanyaan Yaya dengan soalan. "Korang dekat mana ni?"

  "Ingatkan dia orang ada dengan korang... jadi betullah Adada dan BoBoiBoy dekat dengan Fang sekarang." Yaya mengeluh, risau. Ying mencelah di sebelah Yaya. "Kita orang dekat hutan sekarang. Hrm... kapal Fang pun dah gelap macam bandar-bandar ni!"

  "Bukan setakat gelap, siap ada guruh ngan kilat merah lagi." Adudu menambah. Probe mengangguk-angguk, setuju. "Betul tu, bukan main berdentum kuat dekat sana sini."

  Yaya seperti terpaku seketika. Sesekali bunyi guruh turut kedengaran di sebalik talian. "Dekat sini pun sama, siap ada pokok yang tumbang lagi."

  Tiba-tiba berbunyi Gopal bersuara "Entah-entah kilat warna merah ni mesti..."

  "Bzz.. bzz.."

  Tangannya menghasilkan cas-cas elektrik, efek serapan bola kilat yang diserap daripada Ra'ada. Topinya sudah hilang dari kepala, menampakkan rambutnya yang mulai perlahan-lahan bertukar warna. Merah irisnya terang seperti rambutnya sekarang ini.

  Petir sambar-menyambar. Cahaya daripada petir untuk memperlihatkan jelas wajah Adada.

  "Sampai sini saja rancangan kau orang!"













⚡⚡⚡

Uiyo, Adada buat kam-bing ( comeback) ... setelah habiskan air mata aku untuk beberapa minit.

Garangnya abe...

Apa-apa pun, macam biasa. Jumpa Adada balas dendam dekat dia orang di bab seterusnya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top