A ⚡ 24

A D A D A
- - - - - - - - - -
"Kita kena cari Adada..."

.
.
.

                                                       RAKYAT Planet Kilas kelam-kabut berlari-larian, ada yang mencabut langkah tanpa menutup pintu rumah, dan ada yang terangkat-angkat kepala melihat langit yang diselaputi mendung. Suasana gelap meliputi bandar dan desa menambahkan kekalutan antara rakyat. Tambahan pula, kilat biru mula sambar menyambar. Guruh bergaung.

   "Ibu, apa yang jadi? Kenapa semua orang lari?" Budak itu cuba mengejar panik ibunya. Dia cuba melalui kesesakan orang ramai berlari tanpa hala tuju. Yang pastinya mereka semua hendak menyelamatkan diri dari mendekati istana dan hutan itu.

  "Tak apa, mari ikut ibu, sayang." Sang ibu cuba mendukung anaknya di dalam keadaan yang berasak-asak itu. Hinggalah ibu itu ditolak-tolak terus rebah ke bawah.

   Kilat semakin kuat melentam-lentum. Sementara itu sang ibu menahan kesakitan saat tubuhnya dipijak-pijak dalam dia cuba melindungi sang anak.

   Ngauman kuat daripada hutan menghentikan beberapa langkah sesetengah orang ramai. Ia menggegarkan sekitar mereka sampaikan habuk-habuk pada atap perumahan jatuh. Tiba-tiba, sebuah gargantua besar bangkit daripada hutan tersebut.

   "Ibu, ibu okey?" Budak itu cuba memerhati suasana sekeliling di dalam pelukan ibunya. Matanya terpaku pada gergasi besar yang tidak semena-mena muncul. Itu bukan kuasa Raja Keraunos, apatah lagi kuasa Santriantar, lagenda ibu pernah ceritakan dulu.

   "Itu siapa..."

   Guruh biru mula berdentum.

   "BERANI KAU CEDERAKAN HALILINTAR!"

  Glasier berdiri tegak menghadap Ra'ada daripada jauh. Tanah-tanah sekelilingnya mula membeku malah ais-ais berbentuk rumput tajam mula menumbuhi sekitar Glasier. Belum sempat Ra'ada memberi sebarang reaksi, tangan Gargantua Ais melayang ke arahnya.

  Bahu Glasier terhinjut sedikit melihat Ra'ada menaiki dengan pantas ke atas tangan Gargantua Ais itu. Matanya terbeliak terpandang pada pistol di tangan Ra'ada. Laju dia mengelak daripada terkena tembakan tersebut menggunakan tangan Gargantua bagi melindunginya.

  "Ergh..." Ra'ada terpaksa menurunkan pistolnya sambil mengimbangkan badannya di atas tangan Gargantua Ais yang bergoyang-goyang. Sudahlah dia tidak nampak kelibat Adada mahupun Voltrabot. 'Voltrabot dah berjayakah serap kuasa Halilintar itu?"

  Paling mengelirukan, di mana-mana terdapat kiub-kiub ais. Seolah-olah budak mentah itu seakan-akan mahu mengelirukannya!

  "Heh..." Glasier tersenyum sinis.

  "Huh?" Ra'ada tidak sengaja menjatuhkan pertahanannya. Dia tidak semena-mena dihempap oleh kedua tangan Gargantua Ais seperti nyamuk. Kakinya menahan Gargantua Ais daripada cuba mempenyeknya. Ingatkan ia akan menyelamatkan dirinya sebaliknya situasi menjadi lebih teruk! Ra'ada memperhatikan dua pasang kakinya bertukar menjadi beku kerana menyentuh Gargantua Ais terlalu lama.

  Seraya Glasier cuba mengawal pergerakan Gargantua Ais, matanya meliar mencari-cari Voltrabot. Kepalanya terpusing-pusing ke arah pelbagai arah. Tanpa disedari, Voltrabot berada tidak begitu jauh daripada tembok ais tadi. "Itu pun dia!"

  "Bang!"

  Pipi Glasier tercalar ketika peluru yang dilepaskan hampir sipi-sipi mengenainya.  Laju Glasier mendongak ke atas. Segera dia mengundur ke belakang apabila Ra'ada menjunam terjun ke arahnya. Secara automatik, ais-ais yang memerangkap kaki Ra'ada pecah kesan inersia dan hentakan kuat pada tanah tadi.

  Setiap kali Ra'ada cuba mendekatinya, setiap kali itulah tangan Gargantua Ais tidak putus cuba menimpa sang musuh. Sampaikan Ra'ada tiada sebarang peluang untuk menarik picunya! "Kau yang letakkan virus dekat Voltrabot, kan?" Nada suara Glasier tegang, menahan amarah.

  "Kenapa? Nak marah?" Sengaja Ra'ada menunjukkan mimik mengejek, mahu mendidihkan lagi kemarahan yang dialami Glasier. Dia mengelak kesemua serangan tangan Gargantua Ais bagaikan seorang ahli gimnastik! "Itu sahaja yang kau boleh buat?"

  Anak matanya terpaku pada Voltrabot. Ya itulah sasarannya. Bukan budak mentah sebegini!

  Dalam peluang yang cukup sengit, Ra'ada menaiki tangan Gargantua Ais lalu berpindah ke tangan yang lain. Kakinya memanjat hingga tiba di bahu, sambil menghindari sebarang serangan dari tangan gergasi tersebut. Pistol ditujukan ke arah muka Gargantua Ais. Das dilepaskan.

  "Bang!"

  "ARGH!" Jeritan daripada dua sumber suara berbeza membawa senyuman pada Ra'ada. Dia membiarkan Gargantua Ais menutup muka, menahan pedih sebelum Ra'ada menghinggap pada beberapa batang pokok lantas dia mendarat ke tanah. Kakinya diorakkan menuju ke Voltrabot.

  "Heh..." Ra'ada menepis hidungnya. Senyuman miliknya masih tidak hilang apabila melihat Voltrabot mengeluarkan cahaya malap berwarna merah. Tidak lama lagi... kuasa Santriantar akan jatuh pada tangan mereka berdua!

  "DUSSSH!"

  Badan Ra'ada tiba-tiba disorong ke tepi bersama kelajuan sebuah kereta api. Tergapai-gapai tangannya menyentuh tangan berkulit batu yang melindungi wajahnya. Pedih belakangnya ketika bertembung kuat dengan batang pokok. Kayu-kayu pun terasa menusuk belakangnya. Ra'ada hilang nafas ketika mukanya ditekup oleh Glasier.

  "Baik kau mengaku kalah saja!" Glasier seolah-olah tidak dapat mengawal api kemarahannya. Malah, tidak tumpah rasa kasihan terhadap Ra'ada yang bagaikan nyawa-nyawa ikan di hadapannya. Dia cuba membekukan Ra'ada.

  "Shring!"

  Sebuah cahaya tidak fasal-fasal melintas di hadapan mereka. Terkedu Glasier memandang sosok Ra'ada yang tiba-tiba menghilang. Begitu juga Voltrabot! Dia menggengam tangannya sampaikan habuk tanah keluar dari tangannya sendiri.

  "BoBoiBoy!" Fang berlari anak menggunakan kuasa bayangnya sambil diekori oleh Hetir dari belakang. Rupa Fang juga berubah menjadi separa helang bayang. Katanya mati memerhati suasana kecoh yang terjadi saat dia membuka mata. Wajahnya ditoleh ke arah BoBoiBoy. "BoBoiBoy? Kau okey?"

  "Fang! Mana yang lain?" Glasier terjenguk-jenguk, mencari-cari kelibat kawan-kawannya yang lain.

  Fang pantas menjawab. "Dia orang tengah kumpul tenaga. Kejap, mana Adada?"

  "Halilintar..." Kata-kata Glasier dipintas Hetir. Wajah Hetir berpeluh menampakkan riak paniknya yang tidak mampu dikawal. "KERAUNOS MANA? KITA KENA HALANG DIA! DIA DATANG KE SINI TADI SEBAB NAK DAPATKAN VOLTRABOT!"

  "Uhuk! Uhuk!" Terbatuk-batuk Ra'ada penangan kuasa Glasier tadi. Riak mukanya juga pucat dalam ais-ais melekat pada pipi juga badannya masih belum mencair.

  Keraunos memberi pandangan menyampah terhadap rakan sekutunya. Nasib baik dia berjaya menyelamatkannya ke atas tembok ais ini. "Dengan budak macam tu  pun kau boleh kena teruk macam ni?" Dia membelek Voltrabot pada tangannya. Skrin Voltrabot memaparkan maklumat diberi. Kenapa cuma satu perdua daripada kuasa Adada yang berjaya diserap?

  "Hey." Berdesing telinga Ra'ada mendengar kutukan Keraunos itu. "Bukan salah akulah! Dia..."

  "Mana Adada?" soal Keraunos. Jelingan tajam diberikan kepada Ra'ada. Sambil itu, tangannya menekan pelbagai butang pada skrin Voltrabot. Satu cahaya merah keluar daripada robot tersebut lalu berpindah kepada sut Santriantar yang disarung oleh Ra'ada dan Keraunos.

  "Kita kena cari Adada..."

  "DUNG!" Seekor bayang berupa helang melanggar mereka berdua. Cuma Keraunos dapat mengelak daripada serangan itu, namun itu bukan memberikan nasib baik buatnya. Tahu-tahu sahaja, sebuah tangan Gargantua melayang ke arahnya.

   Keraunos sempat mencengkam pada dinding salah sebuah kiub saat dirinya tercampak ke tanah . Hampir dia teerjatuh akibat tanah beku yang licin ini. Glasier menghela nafas lelah, dia tidak boleh rebah lagi! Kedua-dua tangannya dihentakkan pada bumi Kilas.

  "GELOMBANG PEMBEKU!"

  Ais berbentuk duri mencacak-cacak naik sekitar mereka, lalu memerangkap Keraunos juga Ra'ada di dalam duri-duri ais. Akhirnya, Glasier mengerah sisa tenaganya pada Gargantua Ais. Tangannya diangkat.

  "TAMPARAN GARGANTUA AIS!"

  Tiba-tiba, bunyi ais merekah kedengaran. Tangan Gargantua terhenti dan bergetar seakan-akan terkena renjatan elektrik. Glasier yang terkena tempiasnya sudah jatuh terduduk. Iris matanya bergetar merenung tanah sebelum wajahnya diangkat. "Tak... tak mungkin."

  Nampaknya kedua-dua musuh itu berjaya mengaktifkan kuasa halilintar mereka!

  "Tak cukup kuat." Keraunos mengujarkan kata seraya dia menilik pedangnya yang kejap-kejap mengeluarkan cas elektrik. Nampaknya dia perlukan kuasa yang penuh untuk menstabilkan kuasa halilintar ini. Dia mengalih pandangannya ke arah Glasier yang menggagahkan diri cuba berdiri semula. "Baik kau bagitahu aku."

  Pedangnya diangkat. "MANA ADADA?" Sepantas hembusan nafas, Keraunos menuju ke arah Glasier.

  "Shring!"

  "Bang!"

  Sengihan Ra'ada tertarik sampai ke telinga. Masakan tidak, pelurunya sekarang lebih berkuasa. Sebuah tembakan dilepaskan. Habis tumbang dan rentung pokok di belakang Fang gara-gara peluru berelektrik itu.

  Fang menoleh ke belakang. "Heh, tembak pun tak kena."  Kata-kata itu ibarat menyimbah minyak kepada api yang sedang menyala. Ra'ada mengetap bibir menangkap kata sinis Fang.

  "Kau fikir kau hebat sangat, budak? Aku sekarang sudah miliki kuasa Santriantarlah!" Ra'ada mula menyasarkan tembakannya kepada Fang. Laju Fang terbang mengelak daripada tembakan itu. Terdapat satu peluru hampir mengenai mukanya tetapi secepat kilat dia menangkapnya dengan tangan bayang.

  Pupil Ra'ada membesar melihatnya. Selamba badak Fang melepaskan peluru tersebut. Kini, Fang pula tersenyum. "Kau tahu kau tak boleh lawan bayang-bayang sendiri, kan?"

Bergetar suara Glasier menahan lelah. Gargantuanya juga sudah terlerai satu demi satu dek kepenatan yang dirasainya. Hakikatnya, pertarungan masih belum tamat. Kabur permandangannya melihat Hetir sedang menangkis segala serangan kilat daripada pelbagai arah.

  Hetir menggenggam pedangnya yang sudah bercalar-balar, erat. Jika dia ingin memenangkan perlawanan ini, telinganya perlu memainkan peranan yang baik. Ini kerana pergerakan Keraunos menjadi semakin laju serta serangannya juga menjadi tidak terjangka. Seperti...

  Seperti Santriantar.

  "SHRING!"

  Pedang Hetir dan pedang Keraunos sama-sama berlaga. Cas-cas elektrik mengalir pada tangan Hetir hingga menimbulkan luka-luka dan calar pada kulitnya. Berbuih mulut Hetir dibuatnya. Tidak mampu menahan lebih lama, Hetir melompat naik ke belakang Keraunos. Seperti biasa, Keraunos hilang lagi.

  "Heh, pengecut!" Hetir mengelap buih keluar dari mulutnya. Cas-cas elektrik keluar dari badannya sementara dia kuatkan diri mengangkat pedangnya kembali. "Kenapa kau nak sangat kuasa tuanku Santriantar?"

  "Sebab apa?" Keraunos datang muncul di hadapan Hetir. "Sebab dia tak layak guna kuasa ni! Apatah lagi Adada!"

  Pedang dilibas sekali lagi, setiap tusukan masing-masing mengelak, bayu sejuk beku menghembus menambahkan kedinginan antara mereka berdua. Kemudian secara mengejut, satu bunyi hentakan kuat kedengaran sebelum bunyi gedebuk datang dari belakang tembok ais. Ia sekaligus menyedarkan Glasier yang berubah menjadi BoBoiBoy semasa pengsan.

   BoBoiBoy menarik nafas lama. Dadanya terasa sesak seperti sudah lama dia menahan nafas. Perlahan-lahan dia mendongak ke atas. "Sekejap... itu."

  Ra'ada terapung melawan dunia fizik dan graviti. Cas-cas elektrik terbentuk di belakangnya seolah-olah membentuk sebelah sayap yang tidak lengkap. Wanita itu mengusap dagunya sementara kepalanya berpusing-pusing, mengesan sesuatu.

  "Hrm...  sepertinya kau mesti sorokkan Adada dalam salah satu kiub ini, bukan?"

  BoBoiBoy menongkatkan lututnya untuk bangun. Hampir sahaja dia rebah lagi lebih-lebih pula kakinya sekarang sudah lemah seperti jeli. Dia memandang Hetir dan Keraunos yang masih hanyut dalam perlawanan mereka.  "Aku... aku... kena selamatkan Hali."

  Sebuah cahaya muncul entah dari mana menghentikan langkah BoBoiBoy.

  Ra'ada mengangkat sebuah bola halilintar. Nampaknya dia hendak merobohkan seluruh kiub ais itu dengan merenjatkan seluruh kawasan ini! Laju BoBoiBoy berpusing ke arah Hetir. "Hetir! Fang! Hati-hati!"

  "PERANGKAP KILAT!"

  "DUM!"

...

   Bunyi bingit yang hampir memekakkan telinga itu berjaya mengejutkannya. Sebuah cahaya memasuki ke dalam matanya hingga ia menjadi semakin cerah serta menyilaukan pandangan sampailah permandangan Adada terisi dengan cuma warna putih.

  "Aku... dekat mana?"

  Adada merenung kedua belah tangannya. Tangannya dikepalkan lalu dia turunkan. Ke mana-mana pandangan dia buangkan, dia hanya nampak warna putih semata-mata. Kepalanya yang bersarung topi digarukan. "Tempat apa ni? Macam mana aku boleh sampai sini?"

  "Erm... hello? Ada sesiapa tak?" Adada cuba memanggil seseorang. Dia mengetap bibirnya. "BoBoiBoy? Ochobot? Tok Kasa?"

  Wajah Adada bertukar pucat. Eh? Entah-entah dia sudah meninggal dunia?  Tetapi seingat dia, dia kena serap oleh Voltrabot. Tidak mungkin sebab itu, kan? Ah, sudah! Apa yang dia nak buat ini?

  "Oh, kamu tersesat ke?"

  "San... triantar?"
































⚡⚡⚡

Ra'ada dan Keraunos - Spesies orang tua tak nak mengaku kalah 😔


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top