A ⚡ 20
A D A D A
- - - - - - - - - -
"Patutlah kau boleh jadi lemah depan Keraunos tu!"
.
.
.
ADADA, Taufan dan Gempa saling berpandangan. Ketiga-tiga mereka memandang wajah Tok Kasa, serentak. "Tiga lawan tiga?"
"Ya, tiga lawan tiga." Tok Kasa memusingkan tongkatnya beberapa kali sebelum dihentaknya ke lantai. "Memandangkan kau orang bertiga dah bersama semula, baik gunakan masa ni untuk berlawan sama-sama."
Fang mencelah. "Tapi, tok... saya kena jaga tempat ni. Mana boleh lawan suka hati."
"Ah... ya tak ya juga." Tok Kasa tergelak sendiri. Hetir tidak semena-mena bangun dan berdiri seiring Tok Kasa.
"Tak apa, kita buat dua lawan tiga! Setakat tiga orang, saya pun boleh lawan!" Hetir sudah menggepal penumbuknya sendiri. Memang betul-betul definisi 'masuk ke dalam bakul, angkat sendiri' ini!
"Tapi..." Taufan terhenti. "Kita tak payah guna kuasalah kan? Mana elok lawan orang-orang tua..."
"Hoi, aku belum tua lagilah!" Hetir cuba membelasah Taufan namun dihalang oleh tongkat Tok Kasa. Tok Kasa menguntum senyum penuh makna. "Tak mengapa, lagipun walau dah tua, tok masih diam diam ubi berisi lagi. Tak tahulah dengan sebelah tok ni."
"HOI!"
Adada terdiam sendiri. Ya, dia sendiri belum tahu potensi sebenar Tok Kasa dan Hetir. Terutama sekali Hetir. Yalah, bukankah dia pernah dilatih Santriantar sebelum ini? Pasti dia lebih jauh hebat daripada dirinya. Tok Kasa itu boleh tahan tangkas semasa berlatih dengan beliau sebelum ini.
"Hali." Bahunya ditepuk.
Matanya bertentang sama mata biru milik Taufan. Taufan menunjukkan simbol terbaik sambil tersenyum lebar menampakkan giginya. "Jom kita lakukan yang terbaik, macam sebelum-sebelum ni!"
Adada terkedu seketika. Lambat-lambat dia membalas dengan menunjukkan simbol terbaik kepada Taufan juga.
Fang mengetatkan lagi pertahanan sekeliling dinding bangunan yang berlubang itu dengan memanipulasikan bayang-bayang sekelilingnya. Risau jika dia orang duduk syok sangat berlawan, tentera Raja Keraunos turut sertai bersama mereka. Pandangannya kini dialihkan ke arah si trio dan dua pihak lawan yang masing-masing sudah bersedia.
"Baik." Ochobot selaku pemula mula mengira. "Satu. Dua. Ti..."
Hetir menyampuk. "Robot kuning, kiralah dari belakang. Kalau kira satu, dua, tiga... sampai tahun depan tak habis."
Semua memandang menyampah terhadap Hetir. Hetir terpinga-pinga saat mendapat pandangan sebegitu rupa daripada mereka semua. "Apa? Aku cakap saja." Adada yang mendengarnya hanya berkerut dahi. Boleh tahan badut juga si Hetir ini.
"Erk, okey." Ochobot pasrah, hanya mengakur. "Tiga. Dua. Satu. MULA!"
Adada yang ingin mara ke hadapan dihalang Gempa. Dia tercengang kehairanan seraya tangannya melonggarkan pegangan pada pedang Halilintarnya. Gempa memegang bahu Adada, erat. "Percayakan aku."
Taufan sebaliknya sudah menjadi penyerang utama. Serangan angin mula dikenakan ke arah Hetir tetapi berjaya dielak oleh pihak lawan. Tok Kasa menyerang balas dengan menghala tongkat ke arah Taufan. Tetapi serangan itu dihalang oleh tangan Taufan itu sendiri.
Tok Kasa mengambil langkah bijak lalu menendang jauh Taufan. Taufan terseret ke belakang bahkan ia langsung tidak mencederakan dirinya. Dia mengukir senyum sambil mengangkat pisau berbentuk angin pada tangannya.
"Lontaran Cakera Udara!"
Cakera-cakera itu bertempiaran ke arah dua sasaran itu. Malah ia tidak mencalarkan walau sedikit pada tubuh pihak lawan. Taufan berdecit kecil tanpa menyedari Hetir sudah berada di belakangnya!
"SHING!"
Mata Adada terbeliak besar. "Dia halang pedang aku pakai tangan je?"
Hetir segera melompat beberapa langkah ke belakang setelah menyedari pedang Adada mula mengeluarkan cas-cas elektrik. Dia mengusap dagunya. "Hrm, boleh tahan."
Adada terasa tercabar mendengarnya. Dia laju melibas dan menetak beberapa kali Hetir. Malangnya, serangannya ibarat dia cuba menyerang lalat! Setiap serangannya langsung tidak tepat!
"Kenapa? Tak boleh serang aku?"
Adada pantas menetak dari belakang. Matanya terpacak memandang Hetir yang sudah mengelak ke belakang. Hetir berbicara lagi. "Aku perasan... kau cuma pandai gunakan pedang sahaja. Kau... tak ada cara lain ke? Atau ini sahaja latihan Keraunos bagi pada kau?"
Bahu Adada turun ke bawah.
"Kalau macam ni cara kau menyerang aku... baik kau bermimpi sahaja untuk lawan Keraunos tu. Heh, patutlah kau boleh jadi lemah depan Keraunos tu!" Hetir mencapai serpihan batu berbentuk pisau. "Menghampakan... eh?"
Hilang?
"TEDANGAN HALILINTAR!"
Sebuah tendangan padu dikenakan pada belakang Hetir, membuatkan dia terjatuh ke tingkat bawah. Cas-cas elektrik keluar sekeliling serangan tersebut. Fang sudah tersentak melihatnya. "Hey, aku tak tutup lagi kawasan dekat bawah tu!"
Taufan menggunakan serangan angin bagi menghalang Tok Kasa dari turun ke bawah. Dia mengeluarkan bebola anginnya lantas terus dibaling berulang kali ke arah Tok Kasa.
"Huh..." Tok Kasa menangkis setiap bebola itu dengan tongkatnya. Senyumannya dilorekkan pada wajah. "Nampaknya kamu dah makin kuat ya sejak kebelakangan ni."
"Heh, mestilah!" Taufan mengeluarkan gerudi taufannya. "Tok juga cikgunya, kan!"
"Bzzz... bzzz..." Hetir mengumpulkan tenaganya untuk bangun. Sakit betul belakangnya. Begini ke rasanya setelah terkena renjatan elektrik? Dia pantas mengangkat wajahnya apabila dia menangkap bunyi seolah-olah pedang diseretkan.
Adada muncul mengheret senjatanya daripada kabus-kabus sekeliling mereka. Kali ini, senjatanya tidak lagi berupa pedang, malahan ia merupakan tombak!
"Aku akan tunjukkan." Adada memutarkan tombaknya. Dalam masa yang sama, hujung tombaknya mengeluarkan cas-cas elektrik. "Yang aku tak lemah!"
"DUSH!" Taufan terhentak ke dinding. Dia terjatuh melutut. Nafasnya tercungap-cungap. Aduh, tak sangka kena pukul dengan tongkat pun sakit sebegini! Tok Kasa tertawa melihat keadaan Taufan. "Tak sangka dah lawan sikit pun penat."
"Aduh, mestilah, tok. Mana boleh buat serangan besar-besar kat sini. Nanti kantoi pula dengan orang lu..." Taufan menghentikan ayatnya saat matanya menangkap Fang dan Ochobot mula turun ke bawah. Kejap, Gempa pun dah tak ada dekat sini! Bukan ikut rancangan... nak perangkap Tok Kasa dan Hetir dari belakang ke?
"Eh, Hetir pun tak ada kat sini!"
Tok Kasa juga memerhati keadaan sekeliling. "Kejap, mana kamu lagi satu tu?"
"KILAUAN KILAT!"
Satu cahaya terang datang dari bawah, menyilaukan mata mereka berdua. Dinding-dinding bangunan sekitar mereka pun seperti mengeluarkan jalur-jalur elektrik berwarna merah. Kawasan ini sudah menjadi tidak terkawal!
"Ergh..." Hetir terbatuk-batuk seusai kelopak matanya terbuka.Fang dan Ochobot pun sudah terbaring lemah gara-gara serangan itu tadi. Tangannya kini sudah bercalar-balar... sama dengan pihak lawannya, Adada?
Mata Adada merah saga memandangnya. Cahaya-cahaya halilintar mula keluar dari belakangnya hingga menampakkan seolah-olah sayap buat Adada. Hampir serupa akan...
"Santria... antar?"
Bangunan itu mula tidak stabil. Konkrit mula merekah manakala ada struktur konkrit yang mula jatuh. Adada mengangkat tombaknya, melibas He...
"HALILINTAR! BERHENTI!"
Golem tanah kecil memeluk Adada daripada belakang. Cas-cas elektrik itu terlalu kuat hinggakan menghakis golem tanah itu sedikit demi sedikit. Gempa yang memimikkan pergerakan golem tanah menahan rasa mencucuk daripada golemnya.
"Ini aku... Hali. Gempa."
Gempa menghela nafas berat.
"ADADA!"
Adada melepaskan helaan kuat. Iris merahnya yang terang mula berubah menjadi tona gelap semula. Bahunya yang tegang tadi mengendur semula. Baru sahaja dia mahu terjatuh, golem tanah itu menahan dirinya. Golem tanah itu kemudian perlahan-lahan meletakkan Adada ke bawah.
"Apa aku dah buat?" Adada memandang ke arah sekeliling. Badannya dipeluk.
Gempa menghembuskan rasa lega. "Tak apa, Hali. Semuanya okey sekarang."
"Nampaknya kamu hilang kawalan tadi," ujar Tok Kasa sebaik sahaja dia dan Taufan sama sama turun ke bawah. Taufan pantas menghala ke arah Adada. "Hali? Kau okey ke? Eh, Fang? Ochobot?"
Adada terkesima melihat Fang dan Ochobot yang terbaring, lemah. Itu... dia yang buatkah? Pandangannya terhenti ke arah Hetir yang sudah berdiri seperti sediakala. Hetir menyapu-nyapu habuk yang melekat pada bajunya.
"BoBoiBoy..." Skrin Ochobot pulih kepada sediakala. Fang juga turut membuka mata setelah sedarnya Ochobot.
Tiba-tiba lampu-lampu daripada tiang berdekatan mereka berkelip-kelip. Hairan... dekat kawasan ini sudah tidak ada elektrik. Adakah sebab kuasa Adada sebentar tadi? Lampu pada tiang-tiang itu terpadam serta-merta.
"Tit! Tit! Tit!"
Fang membuka jamnya saat menerima panggilan. "Eh? Ni dia orang ni."
Wajah Yaya terpapar pada jam Fang. "Fang... kuasa kapal ni tiba-tiba tak stabil. Macam ada sesuatu cuba tarik tenaga kapal ni. Tapi jangan risau. Aku dengan Ying dah berjaya halang tenaga kapal tu dari diserap lagi. Ada apa-apa jadi dekat tempat kau orang ke?"
"Kuasa diserap?" tanya Gempa sekali lagi.
Raut wajah Hetir berubah mendadak. Kukunya digigit. "Ini macam daripada Voltrabot. Tak mungkinlah..."
"Voltrabot? Power sphera Halilintar tu ke?" Taufan meminta kepastian.
Dada Adada terasa sesak. Mulutnya terkunci sementara mindanya mula meliar memikirkan segala kemungkinan. Wajah Keraunos mula tergiang-giang bersama power sphera yang ditemukan sebelum ini. Tak mungkinlah. Mustahillah. Macam mana dengan...
Hetir panik melaung ke arah mereka. "Kita kena pergi ke Santriantar kembali!"
⚡⚡⚡
Member baru nak tunjuk hebat, tetiba hilang kawalan pula. Tak apalah, mari kita tengok Adada dekat bawah. Aduh, comellah! 😭
Hrm, Adada yang 15 tahun tu nampak pelik pula.
Apa-apapun... macam biasa. Jumpa kau orang di bab akan datang!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top