A ⚡ 2

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Kau... kau Satriantar kan? "

.
.
.

                                KERTAS gambar Satriantar direnung gembira budak itu. Heh, mencari orang? Jadi tugas yang mudah baginya! Sesekali dia senandung sendiri. "Alien yang datang menakluki bumi... demi koko yang dicari-cari..."
 
   "Eh?" Nyanyian kecil itu terhenti saat matanya teralih pada lorong kecil melalui semak itu. Rasanya tak pernah lagi dia jumpai lorongan rahsia begini.
 
   Maklumlah dekat desa, dekat bandar, jalannya semua luas seluas mata memandang. Jadi bila ada lorong rahsia macam ni, sifat ingin tahu budak-budaknya melonjak nak masuklah!
 
   "Tetapi selamat ke?" Budak itu menghampiri semak itu. Tanpa sedar kakinya lagi satu telah ke hadapan, buatkan dia jatuh ke dalam gaung yang besar!
 
   "ARGH! ERGH!" Budak itu cuba sedaya upaya berpaut pada dahan-dahan pokok namun badannya laju menggelosor ke bawah. Kaki dan tangannya mula terluka.

   Dia menoleh semula ke hadapan dan sedar dia kini menuju ke arah pokok besar si hadapan!
 
   "BAM!"
 
   "Huh?" Kedengaran suara dari gua tidak jauh darinya. Sosok itu sepertinya menggerakkan langkah kakinya menuju ke pintu gerigi gua.
 
   "Aduh..." Budak itu mengosok kepalanya yang terasa berdesing. Ketika matanya dibuka, seorang perempuan berbadan sasa muncul depan pintu gua bersama buah pelik hijau rupanya di tangan.

   Makan buah tak masak ke?
 
   "Perempuan itu... baju dia ada lambang macam dalam gambar ini." Dia berbisik pada dirinya. Terhinjut-hinjut kakinya melangkah hampiri perempuan di dalam penjara 'gua' itu.
 
   Perempuan itu kelihatan sangsi terhadapnya. Melihat simbol petir pada topinya membuatkan mulut perempuan itu tergerak. "Siapa kau sebenarnya?"
 
   "Kau... kau Santriantar kan?" Budak itu mendekati pintu gua. Mahu sahaja hampiri dengan lebih rapat tapi dipisahkan gerigi batu gua itu. Boleh saja nak pecahkan batang-batang gerigi ni tapi risau dihempuk tuan punya rumah pula.

   "Macam mana kau kenal aku?" Santriantar membongkokkan tubuhnya. Budak ini... tak normal. Sewel pun ada. "Siapa kau sebenarnya?"
 
   "Saya Adada."
 
   Angin meniupkan rambut-rambut Adada si sebalik topi itu. Topi itu dipegang, risau pula dibawa oleh angin. Dia memandang ke batu merah menyala di dalam gua itu.
 
   "Santriantar... masih tak keluar lagi dalam batu tu," monolog Adada. Sejak lima bulan setelah dia dan Santriantar berjumpa, tiba-tiba sahaja Santriantar berehat di dalam batu berwarna darah itu.

   Sampai bertahun berlalu, batu itu tak merekah walau sedikit pun.

   Adada berjalan di tepi dinding gua itu seperti mencari sesuatu. Lamun fikirannya tenggelam dalam masa lalu.

   Masa ayahnya bawa dia balik dari parti hari jadinya, ayahnya sangat penyanyang walau dia terlupa memorinya. Cumanya, dia tak dibenarkan seumur hidupnya untuk membuka jamnya ini.
  
   Ha! Ha! Yang peliknya, parti hari jadi tapi tak ada kek yang pun terhidang. Positif sahajalah, mungkin kawan-kawan dia tak cukup bajet nak belikan kek.

   Di tempat ini, dia mempunyai banyak kawan. Dan juga dapat berlatih pedang dan melibas orang! Tetapi lepas sebulan berlalu, perangai ayahnya mula berubah.

   "Cari gambar perempuan bersatria ini."

   Adada merenung gambar seseorang yang bersatria? Eh perempuan? Tubuh sasa sangat! Badan pun macam transformer! Macam mana ayah tahu yang ini lelaki ke perempuan?

   Adada masuk ke dalam celah ruang masuk ke gua. Ruang itulah yang digunakannya untuk masuk bertemu Santriantar. Ingatkan nak berborak ke apa,  Santriantar nak ajak dia berlatih pedang rupanya!

   Tak cukup lagi berlatih pedang kat istana. Dekat sini pun kena lawan pedang juga!

   Adada duduk bersila di hadapan batu itu. Di dalam batu lutsinar itu jelas Santriantar yang bersatria berdiri tegak, namun matanya jelas tertutup rapat.

   "Budak Halilintar." Santriantar meletakkan jari pada bibirnya. "Ingat ya kau, Adada. Jangan beritahu sesiapa tentang kewujudan aku di sini."

   "Kalau tak, planet Kilas akan hancur semuanya."

   Sesudah dia masa kecil pulang ke istana. Tahu-tahu sahaja semua kawan-kawannya dicampakkan ke dalam bawah tanah. Suara-suara kawannya memaki menyesal berkawan dengannya. Dikerahkan tenaga untuk menghasilkan tenaga lain.

   Paling dia ingat, wajah raja Keraunos ketika itu tidak bersalah. Bahkan tersenyum ke arahnya.

   Dan masa itulah pertama kali dia terkena sakit kepala yang berterusan.

   "BUSH!" Batu di genggaman Adada hancur lebur menjadi debu. Adada mencurahkan debu-debu ke tanah. 'Aku... 'marah' sangat ke?"

  " Nasib baik aku bawa pekerja baru ayah lagi, jadi aku dapatlah ubat untuk sakit kepala nanti. Entah bilalah aku akan sakit kepala lagi..." Bebelan Adada berakhir dengan keluhan. "Masalahnya.... ubatlah."

   "Santriantar... kadang-kadang saya tertanya..." Adada menyambung. "Saya sakit apa sebenarnya sampai sakit kepala teruk macam ni. Ayah pun cuma bagi ubat je bila saya... berjaya laksanakan perintahnya."

   "Kuasa ini... diri saya, saya tak tahu pun dari mana sebenarnya." Adada memeluk tubuhnya sendiri. "Saya terasa keseorangan."

   Malangnya tiada apa-apa yang dapat membalas luahan Adada itu. Cuma hembusan angin dan bunyi geseran kakinya ke tanah yang dapat menemani.

   "Dah nak petang ni, baik aku balik." Adada pantas bangun apabila langit mula bertukar mendung. Lagi-lagi dia ada latihan pedang bersama pekerja istana nanti!

   "DUP DAP!"

   "AH." Renik peluh mula membasahi wajah Adada. Tak akanlah! Baru sahaja dia nak keluar dari gua ini, sakit kepalanya dah datang!

   "Uhuk! Uhuk!" Adada menahan perit dalam mengeluarkan tubuhnya dari ruang yang sempit itu. Dia berpaut pada dahan sambil mencengkam dadanya yang sakit. "Uhuk! Uhuk!"

   "Aku... kena... pergi ke istana. Uhuk! Uhuk!" Adada terjatuh melutut. Kepalanya berdenyut sekali sama denyutan jantungnya. Mulutnya ditutup menampung rasa loyanya. "Uhuk! Uhuk!"

   Tekaknya terasa mengeluarkan sesuatu pada tangannya. Kepalanya beransur pulih sakitnya namun tangan dia pula terketar-ketar melihat isi yang dikeluarkannya.

   "Huh?"

   Darah?

...

   Remaja itu dihubam kasar ke belakang. Habis retak dinding kayu yang terkena tubuh remaja itu. Tiada sesiapa pekerja di bawah tanah itu memberi perhatian pada si mangsa...

   ... kerana Raja Keraunos sendiri yang membalingnya.

  "Tak sangka pula kawan anak aku mampu cipta alat macam ni." Alat penghantar isyarat kecemasan berbentuk bujur itu diangkat raja itu. "Sedangkan kau cuma tolak kayu je dekat sini, tak sangka banyak betul masa kau ya?"
 
    Alat penghantar isyarat kecemasan itu dihempas kuat ke tanah. "Kau... laporkan hal ini kepada siapa, ya?"

  Lidah remaja itu membeku.

     Pengawal-pengawal mengacahkan tombak berelektrik ke arahnya, memaksa remaja itu memberi jawapan. "Cepat beritahu! Siapa yang kau laporkan tu!"

   Kawan remaja itu sudah mengigil kaki. Kalau dia tak beritahu, mesti aku akan ditanya, kan? Nanti nyawa aku juga temui penghujung. Baik aku selamatkan hidup aku je!

   "Tapops!" Mata remaja itu terbuntang melihat kawannya itu. Kawannya pantas meneruskan. "Dia... dia cipta alat isyarat tu untuk laporan kegiatan tuanku pada Tapops. Saya selalu nampak dia buat tengah malam!"

   "Dia kata dia bencikan tuanku. Jadi lagi bagus kalau Tapops datang hapuskan tuanku!" Tersekat nafas remaja itu akan kegiatan tikam belakang yang berlaku di hadapan matanya.

   "Siapa sebenarnya Tapops itu?" Suara raja Keraunos berubah tegang.

  "Aaaa..." Remaja itu tak mampu bersuara. Ketakutan dan rasa kecewa mula mencampuri tubuhnya yang kaku.

   "Maafkan patik, tuanku." Salah seorang pengawal mencelah. "Tapops merupakan pasukan pelindung power sphera. Seperti namanya... Tracker and Protector Of Power Sphera"

   Bagaikan disambar petir, begitulah air muka raja Keraunos. Pasukan pelindung power sphera? Berani-berani betul mereka hendak datang ke sini!

   "Dengar kata ada manusia yang terkenal gunakan kuasa e..."

   "Urkh! Urkh!" Remaja itu telah dicekik oleh raja Keraunos sebelum penjelasan itu dihabiskan. Remaja itu mencakar-cakar tangan raja sehingga kedua tanggannya jatuh ke sisi, tidak terdaya.

   Kawan remaja itu tersenyum lega. Aku terselamat! Bahkan tidak sedih melihatnya sahabatnya jatuh ke tanah!

   "Halang segala kemasukkan kapal ke planet Kilas!" titah Raja Keraunos. Langkahnya diekori dua pengawalnya setia. Malahan, salah seorang pengawal sempat lagi menyuruh pekerja lain menyambung kerja mereka.

   "Hapuskan remaja itu dan cari Adada sekarang!"

   Tanpa disedari sesiapa, alat isyarat kecemasan itu mengerdipkan cahaya kecil hijau darinya. Menandakan isyarat diterima.
 













⚡⚡⚡

Percuma gambar Adada! <3
Aku ambil gambar dia senyap-senyap tadi.

Fuh, adakah bermaksud Tapops akan datang melawan raja Kerang terlebih dos tu?

Jangan risaulah fasal Adada. Dia okey je.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top