A ⚡ 19
A D A D A
- - - - - - - - - -
"Kau lebih berharga dari semua ni."
.
.
.
"KADANG-KADANG, pertemuan itu akan berakhir dengan pengakhiran. Tetapi semuanya akan tertakluk pada kita. Sama ada kita akan jadikan pengakhiran tu menggembirakan, atau takdir yang buatkan ia menyakitkan." Penjelasan penuh makna dari Hetir hanya mendapat renungan menyampah daripada Adada dan yang lain.
"Aku tanya macam mana korang jumpa je. Yang bermukadimah panjang lebar ni dah kenapa?" Adada memandang Hetir, jengkel. Namun Hetir langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Bahkan siap tersengih-sengih lagi! Tak padan dengan umur 100 tahun lebih!
Fang menjawab bagi pihak Hetir. "Kita orang jumpa Hetir masa kita orang diteleportkan. Kita orang tersangkut dekat tiang elektrik. Dan masa tulah Hetir muncul."
"Lepas tu Hetir tolong kau orang ke?" Adada cuba meneka.
"Tak adalah. Dia tolong gelak je," sangkal BoBoiBoy.
Eh... macam pernah lalui sahaja situasi begitu. Adada lantas memandang Ochobot yang sudah berpeluh palsu. Mendapat pandangan penuh makna dari Adada, laju Ochobot mempertahankan dirinya. "Eh... aku dah minta maaf kan sebab habiskan ubat kau tu."
"Tapi kau habiskan semua..."
"KAU TAK BAGITAHU BERAPA NAK KENA MAKAN!"
"Ah..." Hetir mengeluh. "Lambat betul orang tua ni."
"Kau pun tua juga."
"Diamlah, Fang."
BoBoiBoy mempersetujui keluhan Hetir. "Itulah. Tok Kasa kata nak buat latihan kat sini. Tapi bayang dia pun tak ada." Adada mendengarnya, mula menaruh syak waksangka terhadap Tok Kasa. "Entah-entah Tok Kasa tengah sedap-sedap makan kat kapal sana."
"Tak mungkinlah... hrm, tapi boleh jadi juga," sahut BoBoiBoy. Tok Kasa itu bukan boleh kira pun.
Semalam pun Tok Kasa meminta Adada, BoBoiBoy dan Hetir untuk menunggu di bangunan berdekatan mereka. Fang mestilah wajib ikut sebagai pembuat pelindung bayang. Ini bagi mengelakkan mata-mata Keraunos menangkap kelibat mereka. Sementara yang lain sibuk menjaga kapal.
"Halilintar."
Mata Adada yang sibuk memandang Hetir yang kini duduk bersila teralih. Siapa lagi antara mereka memanggilnya begitu kalau bukan dia? Padahal sudah berulang kali dia cakap supaya tidak memanggilnya sedemikian.
"Kau ada sakit kepala lagi ke?" BoBoiBoy bertanya.
Perlahan-lahan Adada menggeleng. "Rasanya tak lagi. Aku dah okey... kot? Memandangkan aku tak perlu bergantung lagi pada ubat." Adada terhenti seketika. "Kenapa kau tanya?'
"Tak adalah. Sementara tunggu Tok Kasa, kau nak tak aku tunjuk sesuatu." BoBoiBoy mengujarkan kata sambil memegang jam tangannya. Adada terkedu, seakan menangkap sesuatu. "Kau nak berpecah ke..."
"Tak bolehlah! Macam mana kalau Adada sakit lagi?" Ochobot menentang idea BoBoiBoy itu. Fang juga bersetuju. "Tulah. Jam kau pun nampak tak stabil bila dekat dengan... Adada."
BoBoiBoy kelihatan tenggelam dengan rasa bersalah. Dia menunduk. Kejap, kalau berpecah lagi... maksudnya. "Tak apa. aku nak tengok." Adada menjawab dengan penuh yakin. "Tunjukkan dekat aku, BoBoiBoy."
BoBoiBoy mengangkat wajahnya. Tidak semena-mena matanya berkaca. Tetapi dia gantikan rasa sebak itu dengan lorekkan pada wajahnya. "Hahaha, dia orang mesti tak sabar nak jumpa kau, Hali."
Dia orang? Kuasa elemental... macam aku ke?
"BoBoiBoy Kuasa Dua!"
Setelah laungan itu disuarakan, muncul dua orang BoBoiBoy di hadapannya. Seorang berjaket coklat meliputi t-shirt merah pada badannya. Manakala BoBoiBoy yang seorang lagi menyerlahkan warna biru dan putih pada dirinya.
Si berjaket coklat itu seolah-olah mencari ayat yang tepat untuk diucapkan. "Hali, aku Gempa. Kita orang BoBoiBoy juga... sama macam kau. Dan ini pula..." Perkenalan Gempa dicelah oleh si berlogo angin. Dia berlari-lari anak lalu memeluk Adada.
"Hali... kau dah balik. Kau dah balik..." Tubuh itu sudah terhinjut-hinjut menghamburkan tangisannya. "Kau dah balik akhirnya..."
"Ah..." Adada kehilangan katanya. Namun dia membiarkan dirinya terus dipeluk. Dia memegang bahu 'BoBoiBoy' ini. Bahunya bergetar.
"Bila kau hilang, aku takut sangat-sangat. Aku takut aku akan lupa fasal kau kalau kita berpisah lama lama. Tapi, aku masih menangis fasal kau, kan? Syukurlah... aku tak lupa fasal kau." Esakannya bertambah teruk. "... aku minta maaf, Hali. Aku minta maaf."
"Apa hal kau minta maaf, huh?" Nada Adada pecah. "Ini bukan salah kau..."
Meski dia kata begitu, dia tak mampu hentikan tangisan 'BoBoiBoy' ini. Malah, dia turut mengalirkan air mata tanpa sedar.
"Kau sendiri kata... kau lebih berharga dari semua ini."
Gempa terkesima sendiri. Dia terkaku di situ sehingga disiku oleh Ochobot. "Kenapa kau duduk dekat sini? Kau pun nak peluk dia, kan?"
Gempa mengesat air matanya dan terus meluru ke arah mereka berdua. Tangan tanah yang besar diletakkan ke atas kedua-dua mereka. Pelukan itu dieratkan. "Kita orang rindukan kau, Hali."
Iris Adada bergetar. "Aku kata kan... nama aku Adada."
Gempa menggeleng, perlahan. "Sampai kau ingat diri kau, sampai tulah kita orang takkan berhenti panggil kau Halilintar."
Hetir mengalih wajahnya ke arah Fang. "Eh, kau menangis ke?"
"Mana adalah! Aku duk terbayang potong bawang je." Fang cuba menyorokkan tangisnya. Tetapi, tangannya masih menyambut huluran sapu tangan daripada Hetir sendiri.
"Aku Taufan." Taufan meregangkan pelukan mereka. Adada yang melihat wajah Taufan tidak fasal-fasal tergelak kecil. Gempa pun turut ikutkan tawa. "Habis lebam muka kau."
"Eh, nak buat macam mana? Sedihlah." Taufan menyapu-nyapu air mata yang masih tersisa. Dia menukar topik. "Ah, sebenarnya bukan aku dan Gempa je nak jumpa kau. Ada Blaze, Ais, Duri dan Solar lagi."
"Banyaknya... ada berapa je kuasa elemental sebenarnya?' tanya Adada.
"Ada 8 termasuk tok..." jawab Tok Kasa yang tiba-tiba ada dekat situ. Terperanjat ketiga-tiga mereka dibuatnya.
"Eh, sejak bila tok ada kat sini. Kejap Tok menangis ke?"
"Tak adalah, tok terbayang habuk masuk mata je." Fang terdiam mendengar penjelasan Tok Kasa. Hrm, macam ku pernah dengar sahaja ayat itu. Tetapi di mana ya?
Hetir bingkas bangun daripada duduknya. "Kalau Tok ada dekat sini, bolehlah kita buat latihan, kan? Kan kan?"
Tok Kasa menggoyangkan jari telunjuknya beberapa kali ke arah Hetir. "Tak menyabar betul kamu. Kamu tahu kan sabar itu separuh dari kesabaran, kan?"
"Eh, macam lain je bunyinya," celah Ochobot.
"Kita nak buat latihan apa? Jangan kata latihan rampas kristal tok lagi?" Adada sudah naik muak dengan latihan itu. Cukuplah! Dia lebih lera makan ubat si Raja Keraunos daripada dipaksa lakukan latihan itu lagi!
Gempa berkerut dahi memandang Tok Kasa. "Tok buat latihan tu lagi?"
"Bukanlah. Kali ni latihan ni lain sikit." Tok Kasa menyambung. "Latihan kali ni... tiga lawan tiga."
"Eh?"
...
Pintu istana yang terbuka itu membuatkan budak kecil itu ternganga juga. Bapa budak kecil itu berlutut setinggi budak itu. "Betul ni adik ada nampak putera Adada?"
Budak kecil itu mengangguk-angguk seperti burung berlatuk. "Betullah. Abah tak percayakan adik ke?" Budak itu menggembungkan pipinya, terkecil hati dengan sikap ragu-ragu bapanya. Ingat comellah. Meh sini nak campak tepi gau...
Pengawal-pengawal itu membawa anak-beranak itu masuk ke ruangan istana. Mata budak itu sudah meliar teruja memerhati sekelilingnya. Bagaimana dia tidak teruja, tempat ini merupakan tempat bertapaknya salah satu pemerintah terkuat pula itu!
Dengar dari cerita datuknya, Raja Keraunos merupakan anak murid Santriantar. Dialah naik taktha di Plante Kilas setelah Santriantar terkorban kerana Retak'ka. Ini juga merupakan istana lama Santriantar yang diubah suai selepas ia terbakar teruk gara-gara itu.
"Kenapa ini?" Muncul Raja Keraunos berjalan ke arah mereka. Jelas parut pada mata kirinya sehingga tidak boleh dibuka mata itu.
"Yang Mulia Tuanku Keraunos, kami dapati, budak kecil ini pernah nampak putera Adada di dalam hutan," lapor pengawal sebelah budak kecil itu.
Mendengar hal itu, Raja Keraunos menuju ke arah budak kecil itu. Terkebil-kebil budak itu melihat Raja Keraunos sanggup berlutut setinggi sama dia. Bapa budak itu sudah panik. "Ah, tidak perlu sampai begitu, tuanku..."
"Siapa nama kamu?" Raja Keraunos cuba beramah-mesra dengan budak kecil itu. Malu-malu tahi kucing budak itu cuba menjawab. "Ah... nama saya Hare."
"Okey, Hare. Mana Hare jumpa Adada itu?" tanya Raja Keraunos.
"Ah... Saya jumpa putera Adada masa saya tengah main bola dekat hutan berdekatan istana. Lepas tu, saya jumpa putera Adada dengan satu bola kuning terapung pelik ni." Terawang-awang tangan Hetir cuba menerangkan. Kalah penterjemah bahasa isyarat yang selalu berada di kaca televisyen.
"Oh..." Raja Keraunos tiba-tiba terdiam.
"Kenapa ni tuanku?" Budak kecil itu terkedu melihat Raja Keraunos tidak semena-mena menunduk, mendiamkan diri.
"Terima kasih Hare bagitahu beta. Dan..." Raja Keraunos mengeluarkan sebiji gula-gula kepada Hare. Hare betul. Eh silap. Raut wajah Hare berubah teruja. "Ah... tak apa ke?"
Si bapa Hare mencelah. "Betul ke ni, tuanku?"
"Tak apa, ambil sahaja." Raja Keraunos meletakkan gula-gula itu pada tangan budak itu. Dia lantas bangun dari duduknya tadi. "Beta perlu berangkat dulu. Terima kasih atas bantuan kalian semua."
Seusai Hare dan bapanya beredar dari kawasan istana itu, atmosfera sekeliling serta-merta berubah. Air muka Raja Keraunos berubah serius memaksa pengawal-pengawal bersiap sedia akan segala arahan yang mungkin diberi.
" Cari Santriantar di dalam hutan sana. Mungkin dekat situ Adada bermain selama ni."
⚡⚡⚡
Ayo! Ta ta yo! Macam mana nasib Santriantar nanti? Tak apalah. Kita ambil tikar, hampar lepas tu baca Yasin sahajalah.
Maaflah beberapa hari tak update. Kemudian acap kali update tak update. Maklumlah aku burnout teruk sejak kebelakangan ni. Sampai asyik terbaring atas katil sahaja sepanjang hari ni.
Tapi jangan risau, aku dah okey dah sekarang. Kau orang jelah tak okey lepas baca chapter tadi. ( Gu... gurau je. Jangan bakar rumah aku pula.)
Jumpa di bab akan datang!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top