A ⚡ 13

A D A D A
- - - - - - - - - -
" Macam mana rupa
BoBoiBoy tu? "

.
.
.

                              ADADA duduk bersandar pada dinding kapal. Lututnya dipeluk lantas fikirannya mulai tenggelam dengan cerita yang diberitahu oleh mereka semalam. Pelbagai persoalan muncul di dalam kepalanya... lagi lagi berkaitan dengan dirinya.

   Jadi... patutlah Raja Keraunos bersungguh-sungguh menjaganya. Rupanya semuanya hanya berlurah di balik pendakian. Dia cuma sebuah kuasa yang diinginkan oleh baginda.

  "Adada!" sergah Gopal sambil menepuk bahu Adada dengan kuat. Sampai tersenget-senget bahu kawan dibuatnya!

   Adada tersentak. Terkebil-kebil matanya memandang Gopal di belakangnya sebelum pandangannya bertukar menjadi renungan tajam. Bahunya yang perit diurut sendiri. Melihat reaksi Adada, Gopal mula sengih hingga menampakkan barisan giginya yang putih.

   "Patutlah aku tak nampak kau kat dalam. Kau dekat luar rupanya. Puas aku cari." Gopal selamba menempatkan punggungnya di sebelah Adada. Dia turut berpeluk lutut sebagaimana Adada duduk. "Kenapa kau ada dekat luar?"

   Soalan dibalas dengan sunyi semata-mata. Rasa macam cakap seorang-seorang pun ada. Namun, Gopal tetap berusaha mengulas soalan. "Ke kau fikir fasal semalam?"

   Helaan nafas berat dihembuskan oleh Adada. "Betul ke cerita kau fasal lawan Retak'ka tu... yang Retak'ka rampas kuasa kawan kau, lepas tu dia  dikalahkan semua tu?" Akhirnya, pertanyaannya mengenai umpan!

   "Betul tu... tapi tu baru cerita fasal Retak'ka... belum cerita fasal Ejojo, Borara." Gopal berhenti mengira menggunakan jarinya. "Ha, banyak lagilah musuh kita lawan. Tapi kau jelah berani, aku yang penakut... hehehe..."

   Adada memandang Gopal, pahit. Gopal cakap begitu pun... bukan dia ingat pun. Kepalanya dialihkan ke tempat lain. "Kenapa kau buat macam kita kawan, padahal aku langsung tak kenal kau pun."

   Lagipun, dia sebenarnya takut kalau mereka gunakan dia.

   "Sebab kita memang kawan pun." Muka Gopal bercahaya dengan senyuman yang lebar. "Tak kisahlah kau kenal aku tidak, sebab kau kawan baik aku."

   "Tak betul kau ni."

   Suara-suara sayup-sayup kedengaran memanggil Adada mengalihkan perhatian mereka. Lama-kelamaan, suara itu makin mendekat lalu Yaya, Ying dan Ochobot muncul dari tepi mereka. Ketiga-tiga sekawan itu lagaknya bagaikan budak-budak terjumpa taman tema apabila melihat Adada.

   "Adada, kau dekat sini lagi rupanya! Puas kita orang cari," kata Yaya disambut dengan anggukan-anggukan dari Ochobot.

   "Eh, Gopal. Apa fasal tak bagitahu kita orang yang kau dah jumpa Adada, huh?" Ying memandang Gopal tidak puas hati.

   "Eh, korang yang lambat sampai sini dulu." Gopal membela dirinya.

   Ochobot mendekati Adada dengan ekspresi berkerut-kerut, seperti rasa bersalah. "Adada, ingat tak yang aku janji cari penyembuh untuk penyakit kau? Aku sebenarnya tak pasti."

    Adada merasa kurang senang. "Tak pasti? Kau tipu aku ke?'

   "Tak, tak, maksud aku... aku rasa kau akan mula sakit kepala bila BoBoiBoy  mula berpecah. Macam kau demam teruk sebulan tu, mungkin tu efek BoBoiBoy lawan Retak'ka bulan lepas," terang Ochobot mengharapkan Adada tidak menaruh salah faham terhadapnya.

   Adada kehilangan kata-kata. "Jadi apa aku nak buat?"

   "Jangan risau yang tu, aku ada hantar mesej kat BoBoiBoy dengan kawan kita orang lagi satu... untuk tak berpecah buat sementara waktu. Tapi harap-haraplah dia bacalah sebab kita orang dah terpisah bila sampai ke planet ini. Signal dia orang pun tak dapat." Yaya mengeluh seraya matanya memandang jam tangannya.

    Berkerut-kerut dahi Gopal mendengarnya. "Bila korang bincang ni?"

   "Masa kau cari Adada seorang-seorang." Ying kemudiannya menambah. "Tapi rasanya solusi yang ada, kau kena jumpa BoBoiBoy sendirilah."

   Adada termenung memikirkan sebelum mengangkat wajahnya perlahan-lahan. "Macam mana rupa BoBoiBoy tu?"

   Mereka berempat tergelak kecil dibuatnya sehingga membuatkan Adada tercengang di situ. Adada berasa skeptikal melihat reaksi mereka. "Apa fasal kau orang gelak? Salah ke aku tanya?"

   Gopal mengusap air matanya akibat lelah ketawa. "Tak adalah, rasa pelik sebab kau yang tanya. Sebab rupa dia sama macam kau."

   Adada terkedu seketika terus dia lambat-lambat mengiyakan.

   Yaya sudah hilang gelaknya mengujarkan kata. "Tak apa, kita kena cari dua kawan kita orang dulu sebelum cari power sphera tu. Yalah, tak boleh main gerak je tanpa dia orang."

   Adada kelu. Power sphera... adakah Voltrabot yang dimaksudkan Yaya itu?

   "Tapi jangan risau Adada. Kau selamat dengan kita orang." Ying menepuk dada, bangga. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk menunjukkan sifat keyakinannya agar Adada bertenang hati.

   Ochobot mengubah topik. "Dah, jom Adada. Kita masuk dalam. Nanti kita boleh bincang lagi. Gopal ada masak sesuatu dekat dalam!"

   Gopal tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. "Hehehe... tapi jangan risau. Mesti kenyang perut dan senang hati nanti." Gopal bangun dari duduknya diikuti oleh sahabat di sebelahnya.

   Namun, Adada tiba-tiba menghentikan langkahnya tatkala yang lain mula memanjangkan langkah. Melawan semua kemungkinan yang bermain di kepala, dia bersuara dengan nada bergetar.

  "Boleh ke aku percayakan kau orang?"

   Angin Subuh mula bertiup menampar lembut mereka berlima di situ. Anak mata Adada bersinar penuh harapan ibaratkan seekor kucing, menantikan kepercayaan daripada si penjaga. Dengan hasrat, dia mendapatkan seseorang yang boleh bergantung harap.

  Tangan Adada tidak semena-mena ditarik Gopal mengikuti langkah mereka. Gopal tersenyum lebar, selebar seperti senyuman yan lain. "Mestilah! Kau kan kawan kitorang."

   Mata Adada berkaca-kaca. Tubir matanya terasa panas tetapi air mata itu langsung tidak dapat dikeluarkan. Sebaliknya, senyuman kecil diganti bagi menyembuhkan rasa lega di dada. Rasa lega kerana entah kenapa... dia rasa tidak dipergunakan apabila bersama-sama mereka.

   "Eh, kau senyum?" Gopal terbeliak mata tidak percaya dengan apa yang dilihatnya,

   "Tak adalah." Adada cuba menyembunyikan senyumannya.

   Ying cuba memujuk dan mengusik dalam masa yang sama. "Ala, ni pertama kali kita orang tengok kau senyum."

   "Tak adalah!"

...

    Adada menonong masuk ke dalam ruang makan kapal. Menyesal pula dia senyum , tidak fasal-fasal semua mahu menghadapnya seolah-olah dia ini cermin pula. Langkah Adada diiringi oleh empat sekawan itu menghadap Tok Kasa serta dua makhluk bertuah yang sudah bersarapan terlebih dahulu.

   Tok Kasa tercengang pelik seraya tangannya masih mencedok lauk buat kali ketiga. "Eh, apa fasal semua kalut-kalut ni? Tok tak makan sampai habislah."

   "Saya setuju jadi anak murid tok.' Adada menjelaskan niatnya.

   Jika ini sahaja caranya untuk halang Raja Keraunos daripada terus mempergunakan dirinya, maka inilah yang dia akan buat. Dan selamatkan Santriantar yang berkemungkinan dalam cengkaman bahaya sekarang. Itulah yang dia rancangkan sebelum dia dibawa oleh Tok Kasa dan yang lain menuju ke sebuah gua.

   "APA? DIA GUNAKAN POWER SPHERA LEPAS TU SEDUT KUASA KAU!" Ying dan Yaya sudah mengaum serentak setelah mendengar cerita Adada. Cuping telinga Ying sudah merah akibat terlalu marah.

   "Sanggup dia buat macam tu kat kau. Tak berhati perut punya alien!" Ying sudah memaki hamun si Raja Keraunos itu.

    Kini, Yaya mulai rasa panas hati membayangkan apa Raja Keraunos memperlakukan kepada rakannya. "Memang pun. Ada ke patut dia suruh kau ambil orang lain tak bersalah jadi hamba dia? Kejam! Gila agaknya!"

   Adada janggal memandang ke kiri dan ke kanan menangkap bunyi bunyi makian daripada Yaya dan Ying. Rasa pelik pula bila ada orang marah untuk pihaknya. Itu dia belum cerita fasal Santriantar lagi. Silap-silap pasti diburunya sampai lubang cacing si Raja Keraunos itu.

   "Tapi macam menakutkan je Raja tu... dah kena tikam kat mata pun hidup lagi. Siap ada kudrat nak arahkan pengawal pengawal dia lagi. Entah-entah... ADUH!" Habis senak perut Gopal apabila perutnya tiba-tiba disiku tanpa belas oleh Ying. Sedang Gopal terduduk menahan perit, Ying menunjukkan raut tidak bersalah. Yalah, kalau biarkan Gopal terus bercakap, entah Laut China Selatan mana dia akan mula mengarut.

   "Ini ke guanya?' Adada mencongak ke arah gua yang suram di hadapannya. Sekali pandang, orang pasti menyangka cuma binatang berbahaya sahaja yang sanggup menetap di sini. Yalah, siapa sahaja yang sanggup tinggal di dalam gua dipenuhi hutan tebal ini.

   "Eh, jangan nilai gua dari buruk rupanya. Betullah ni Gua Kristal Alintar." Tok Kasa bercekak pinggang penuh megah. "Dah, dah, jom masuk. Mesti kau orang ternganga bila masuk nanti!"

  "Ternganga sebab lawa ke ternganga sebab buruk sangat?" tanya Probe, masih waswas akan bentuk juga rupa gua ini.

   "Eh, masuk jelah." Tok Kasa menarik tali yang diikat sama dengan tali yang mengikat Adudu dan Probe. Panik Probe dibuatnya. "Eh, eh, eh. Tok! Tok! Jangan, tok!"

   Ochobot mendekati sebelah Adada. Mereka berdua saling berpandangan, seolah-olah memberi isyarat bahawa rasa ragu-ragu lahir antara satu sama lain. Lambat laun mereka mengorak langkah masuk ke dalam gua bila Tok Kasa mula memanggil dari dalam.
 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top