A ⚡ 12
A D A D A
- - - - - - - - - -
"Kalau betullah aku
hilang ingatan, macam
mana aku boleh sampai sini?"
.
.
.
BARA- BARA api terkena pada lengannya tetapi ia tidak cukup untuk menghalang dia terus bangkit. Matanya menangkap sang musuh yang berdiri tidak jauh daripadanya. Giginya bergesel kasar. "Berhenti saja Retak'ka. Kau takkan dapat apa dengan melawan aku."
Mimpi ke apa ini?
Si Retak'ka hanya tertawa sinis melihat pedang merah itu dihalakan ke arahnya. "Kau yang patut cermin diri dulu.' Tubuhnya tiba-tiba bertukar menjadi besar dari biasa. Badannya seolah diselaputi daun berlumut hijau. "Pe..."
Pedang merah itu dimarakan ke arah kepala Retak'ka namun pedang itu berlaga dengan penukul Balak milik Retak'ka. Retak'ka tersenyum penuh makna apabila akar-akar mula tumbuh dari belakang musuhnya tidak semena-mena.
Secara tangkas, akar akar tebal itu dilibas begitu sahaja. Pantas dia mempertahankan diri tatkala serangan dari depan datang. Kakinya sudah lemah seperti jeli, cuba menyerang serta mempertahankan diri dalam masa yang sama. Tetapi, dia akan pertahankan kuasa ini tak kira apa pun!
"Renjatan Halilintar!"
Retak'ka terkaku menanggung rasa perit di seluruh tubuhnya manakala dia terundur ke belakang gara gara efek kuasanya. Melihat Retak'ka dalam keadaan tidak terdaya, dia terus laju tampi ke depan untuk melibas buat kali terakhir. Akan tetapi, dia tidak perasan Retak'ka mengangkat jarinya yang bercahaya.
"MATILAH KAU, SANTRIA..."
"- - - - - ! '
Suasana kini berubah. Dia bukan lagi di medan perang sebaliknya di sebuah gerai berbentuk bulat. Wajahnya diangkat, mencari-cari suara yang memanggilnya. Diamati muka dua orang budak lelaki yang serupa dengannya.
Siapa... mereka?
Seorang budak lelaki bertopi merah bersuara. "Okey, kita kena hantar koko ini. Kau pergi..." Sayangnya kata-kata itu tenggelam dengan persoalan- persoalan yang mua bermain di dalam fikirannya.
Siapa aku sekarang?
"BoBoiBoy!"
"Huh!"
Adada tersedar daripada lenanya yang lama. Dadanya tercungap-cungap menarik nafas. Semua mata kini terarah ke arahnya. Tangannya meraba tempat duduknya, eh... katil? Dia dekat mana ini?
"Adada, kau dah bangun!" Seorang lelaki berkulit hitam manis tersenyum gembira melihatnya. Tidak silap dia, lelaki ini bernama Gopal.
Probe yang terikat bersama-sama Adudu menangis terharu. "Wuuu, Adada... kawan aku."
"Diamlah," pintas Ying.
"Eleh, nak beremosi pun tak boleh."
Ochobot laju menerpa memeluknya. "Adada! Kau dah bangun! Risau aku kau tiba-tiba je pengsan lepas nangis!"
"Eh, kau nangis?" soal Gopal, hairan. Yaya yang membawa periuk lantas bertanya hal yang sama. "Menangis... kenapa kau menangis, Adada. Kau okey ke?"
Adudu sempat mencelah. "Dia rindu kita oranglah tu..." Ying laju menidakkan. "Diamlah kepala kotak. Dah kena ikat duduk diam-diamlah."
Ochobot meleraikan pelukannya. "Oh tadi..." Sebelum aibnya dibuka di hadapan semua, Adada segera menukar topik. "Aku dekat mana ni?"
"Oh, kau dekat kapal kita orang. Ochobot dengan Tok Kasa bawakan kau ke sini. Walau aku sendiri tak percaya Tok Kasa yang tua tu boleh papah kau sampai sini." Gopal berbisik pada akhir ayatnya, risau jika Tok Kasa terdengar.
"Itulah namanya diam-diam orang tuanya berisi," seloroh Tok Kasa. Tetapi itulah, tiada siapa gelak mahupun bertepuk tangan.
Probe bertanya, pelik. "Eh, bukan diam-diam ubi berisi ke?'
"Tak apalah, kita makan dulu. Lagipun mesti semua dah lapar, kan kan kan?" Yaya tersenyum manis mempelawa semua makan. Selamba dia memegang periuk nasi di sebelah dan periuk lauk di tangan lainnya.
Adada berpaling ke arah Gopal dan Ying yang berbisik sesama sendiri. YIng berkerut-kerut dahi menanya Gopal. "Gopal... kau yang masak ke... Yaya yang masak?"
Gopal laju menjawab. "Mestilah aku yang masak, kalau Yaya yang masak mestilah... EH YAYA!" Terkejut dua sekawan itu apabila Yaya tiba-tiba muncul dari belakang mereka. Habis berpeluh muka masing-masing cuba melapik apa yang mereka umpatkan sebentar tadi. Entah mengapa melihat gelagat mereka, membuatkan dia rasa ... lain.
"Apa kata kamu makan dulu?" Adada terkalih ke arah suara tua yang datang daripada tepinya. Tok Kasa tersengih melihat riak Adada yang berkerut-kerut. Stress sangat budak ni! "Kemudian, kamu boleh tanya apa-apa. Fasal penyakit kamu sekali."
Ochobot mengangguk, bersetuju. "Betul tu. Lagipun kau tak makan dari pagi tadi. Ah, jangan risau. kapal ni dalam mode camouflage. Jadi tiada siapa siapa boleh kesan dan kau booleh makan dengan tenang."
Adada hanya balas dengan anggukkan. Kalau betul dia ada kaitan dengan mereka, dia akan pastikan semua mimpi dan penyakit itu diselesaikan malam ini juga.
Macam mana dengan Raja Keraunos?
Adada terdiam dengan persoalan dari mindanya sendiri
"Adada, jomlah makan sama-sama. Kau termenung apa kat sana?" panggil Gopal.
"Okey." Lambat-lambat Adada bergerak menuju kumpulan tersebut. Ah... tak apa. Kapal ini dilindungi, bukan? Mungkin dia akan selamat di sini. Yang penting, siapa... BoBoiBoy?
...
Nasi berlaukkan telur goreng itu digaul-gaul bersama dengan nasi. Sudahlah diikat bersama-sama robot hambanya, dipaksa mula makan dengan tangan seperti manusia! Haih... reda sahajalah. Sekurangnya dia boleh makan dengan tenang.
"Kalau betullah aku hilang ingatan, macam mana aku boleh sampai sini?"
Atau... mungkin tak.
Adada merenung semua wajah di situ, meminta jawapan. Namun, semua pasang mata itu teralih ke arah Adudu yang melarikan pandangan dari semua. Ying memaksa Adudu untuk bercakap. "Eh cakaplah, Adudu."
Gopal turut menambah. "Entah. Kau yang punca semua ni jadi. Nak buat-buat sopan macam bukan dia yang salah pula." Adudu bersiul-siul cuba meregangkan tegangan ddi sekelilingnya. Probe pun dua kali lima kerana mula main lawan mata dengan dinding kapal.
"Bukan... bukan kau orang adakan majlis hari jadi aku ke?" Masih tergiang-giang peristiwa majlis hari jadi yang diadakan oleh Adudu secara tidak bertauliah. Sampailah Raja... "Bukan sepatutnya Raja Keraunos ke yang culik aku?"
"Kalau dia tak culik kau masa kau pecah tiga, semua ni takkan jadi!" Gopal bukan makin menerangkan bahkan makin menyulitkan minda Adada. Adada memegang kepalanya yang mulai rasa denyutannya. "Pecah tiga?"
"Kamu ni... teranglah A ke Z, bukannya A ke B lepas tu G ke Z," tegur Tok Kasa.
"Eh, saya tengah teranglah n..." Belum sempat Gopal menghabiskan ayatnya, Yaya telah mencelah. "Kita orang semua ni kawan kau... kecuali si Adudu tu. Masa kita kecil, Adudu dengan Probe culik kau sebagai tebusan."
Ochobot menyambung. "Dan masa kita orang cubalah cari kau... tapi tak jumpa. Lepas tu kita orang jumpa kapal angkasa Adudu yang terhempas. Adudu kata, ada alien jahat dah ambil kau."
"Bayangkan dia orang culik kau sebab bu..."
"Eh, janganlah bagitahu fasal tu. Makin jatuh maruah Encik Boss nanti!"
"APA KAU CAKAP?"
Semuanya tepat dalam ingatannya. Dia tetap utarakan soalan hatta kepalanya makin kuat berdenyut. "Apa maksud kau, Gopal... yang aku pecah tiga?"
Ketika itu, semua saling berpandangan kecuali Tok Kasa. Keadaannya bagaikan ragu-ragu untuk memberitahu Adada keadaan sebenar. Adada mengetap bibir apabila denyutan itu semakin kuat. Dia memegang sisi kepalanya. "Bagitahu jelah!"
Ochobot menjelaskan. "Sebenarnya... Adada. Kau bukan manusia, tapi kuasa Elemental."
"Huh?" Adada terbangun mendengarnya. "Apa maksud kau?"
"Kamu ni salah satu kuasa Elemental Lagenda. Yang datang dari power sphera berbeza. Power sphera itu pula macam Ochobot, ada kelebihan untuk serap atau berikan kuasa. Nak dipendekkan cerita, kamu dirampas oleh Retak'ka dari Santriantar, pemilik asal kuasa kamu." Tok Kasa memberi penerangan dengan panjang lebar.
"Tak, tuan lama kamu."
Mata Adada terbeliak, susah untuk dia percaya semua ini. "Kejap... jadi apa yang Tok nak kata, yang saya ni satu kuasa, yang bertuanlah?" Memperkirakan semua seperti mengiyakan, Adada semakin bingung. "Ah, aku tak faham!"
Gopal sudah menggaru kepala, dia pun sudah naik bingung untuk menerangkannya. "Nak kata macam mana eh? Macam ni... kawan kita orang ada kuasa elemental berbeza, macam Gempa, AIs, Taufan apa semua. Dan salah satunya tu kau. Dan masa Adudu culik kau, kawan kita orang pun berpecah pada tiga Elemental, dan tak sempat gabung dengan kau."
"Huh... huh... penat pula banyak cakap."
Yaya menyokong pernyataan Gopal. "Betul tu, dan makin lama kau berpecah...makin kau hilang ingatan. Sebab tu kot... kau lupa langsung fasal kita orang."
Adada menghela nafas panjang meski terasa berat untuk dihela semula. Meskipun susah untuk ditelan semua perkara itu, dia nampak mata mereka semua. Setiap mata mereka beritahu akan kebenaran walau dia langsung tidak mengenali mereka.
Jika semua ini benar, pasti mimpi itu juga salah satu memorinya. Perlahan-lahan dia menenangkan dirinya sebelum bertanya lagi."Nama kawan kau... BoBoiBoy kan?"
Adada memandang tepat mata elektronik Ochobot saat di mana reaksi Ochobot berubah... sama seperti yang lain. Secara automatik, Ochobot mengakui bahawa sangkaan Adada itu... betul.
"Betul tu, Adada. Hrm... dan nama sebenar kau... BoBoiBoy H..."
⚡⚡⚡
Lah.. cliffhanger.
Ja... jangan serang aku pula sebab biarkan tergantung. Ah, buka buka puasa dulu. Nak pesan apa? Aku belanja. Yalah, aku pesan, korang yang bayar.
*Pakai pelindung takut diserang* Okey, okey, okey. Ah, aku kena pergi siap-siap berbuka. Jumpa kau orang di bab akan datang! ( Tolong jangan bakar rumah aku TvT )
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top