A ⚡ 10
A D A D A
- - - - - - - - - -
" Bukan cari siapa kau.
Tapi cipta siapa kau yang
sebenarnya. "
.
.
.
MALAM telah berganti siang. Kerja-kerja yang berhenti tadi, mestilah diteruskan semula saat cahaya menerpa langit. Ada yang bersemangat, ada yang masih lemah-gelemai dan Adada yang terjaga.
"HUH!" Kaki Adada terus tegak berdiri saat terjaga. Sekelilingnya diperhati merata-rata. Kenapa dia ada kat sini? Dia... pengsan lagi ke?
Eh... kalau pengsan, siapa yang dia berkhemah malam-semalam? Tiba-tiba, rasa ngilu kepalanya menjalar ke telinga.
"APA KAU TUNGGU LAGI? JANGAN TUNJUK BELAS PADA BUDAK INI!"
Raja... Keraunos...
Seluruh tubuhnya serta-merta mengigil. Lutut Adada yang lemah seperti jeli membuatkannya jatuh melutut ke tanah. Macam mana dia boleh terlupa!
'Apa yang aku kena buat? Aku kena lari ke? Tapi aku nak lari ke mana? Macam mana kalau ayahda dapat tangkap aku?' Tangan Adada menggeletar menekup telinga. Mungkin takut dengan malapetaka yang bakal menimpanya bila bila masa sahaja.
Nadanya bergetar. "Macam mana kalau ayahda jumpa aku?"
"Nah!"
Ochobot automatik menjarakkan diri ke belakang. Masakan tidak! Ada mata pedang betul betul terhala tepat pada mukanya! Kalau nak terkena renjatan elektrik, silakanlah dekatkan ukhwah antara pedang Adada itu.
"A... aku bawa cekodok." Cepat-cepat Ochobot menghulur sebungkus plastik.
"Eh..." Adada memandang Ochobot dan plastik itu silih berganti. Wajah alien lelaki tua dan perempuan berkaca mata itu dilihat sekilas. Lambat-lambat dia menyambut. "Terima... kasih?"
"Erm... Adada."
Adada menggerakkan kepala bermaksud 'kenapa?'
"Turunkanlah pedang kau tu dulu." Berpeluh palsu Ochobot memintanya. Tak fasal fasal kena karen percuma nanti.
"Oh."
Nampak gayanya sarapan pagi Adada bersama 'kawan baru'nya disajikan dengan cekodok dan botol air yang dikongsi sahaja. Bagi Ying taklah sebab dia bawa air sendiri. Masalahnya sekarang ini, tiada sesiapa di antara mereka berani membuka mulut!
Ying merenung Adada yang membisu makan. Lagaknya macam puteri raja... eh tetapi dia memang putera raja pun. Cuma Adada di hadapannya berbeza dari yang semalam.
Yalah, semalam bukan main bersemangat menari, buka segala bukaan tarian dia lagi. Siap boleh berjoget sehidup semati bersama Tok Kasa. Tetapi bila bersua kembali dah macam tak ada semangat nak hidup.
Sekarang Tok Kasa dekat sebelah pun dilayan macam orang asing!
Ying menelan semua sisa cekodoknya. Lambat laun dia menyoal Adada. "Adada, yang malam semalam... kenapa kau nangis?"
Riak wajah Adada berubah sedikit. Namun tidak menoleh. Senyap. Tiada sahutan. Balasan itu membuatkan mereka bertiga saling berpandangan sehinggakan Ochobot terpaksa menukar topik.
"Ah, ya, ya.... Adudu dengan Probe tak ada kat sini. Dia orang pergi ikut Yaya ngan Gopal kat bandar." Sayangnya usaha Ochobot menghilangkan suasana janggal itu hanya disambut 'oh' saja dari Adada.
Bukan penghibur suasana! Malah mengkekokkan lagi atmosfera sekitarnya!
"Burp!" Bunyi sendawa tidak semena-mena datang dari Tok Kasa. Terhinjut bahu Adada mendengar bunyi yang maha kuat itu. Lah... makan dua cekodok pun boleh sendawa? Betul-betul orang tua ini!
Mimik Ying terpapar jijik. "Aiya, tok! Tak sopanlah!"
"Hahaha... habis tu? Nak tahan sendawa? Karang kalau tercekik, macam mana? Kau nak dukung atuk? Nak? Nak?" Satu persatu mangsa ditunding Tok Kasa kemudian berakhir dengan Adada.
Ying dan Ochobot menayang raut menyampah terhadap Tok Kasa. Yalah tok...
"Adada..." Tok Kasa menurunkan jarinya. "Apa yang berlaku sebenarnya?"
"Ah..." Lidah Adada terasa membeku. Meskipun memori itu berulang kali tayang di hadapan mata, tiada satu kata meniti di bibirnya. Tekaknya ibarat dicekik hingga kehilangan suara. "Sa... ya..."
Ochobot memandang risau ke arah Adada. Pantas Ying mencelah dengan lembut. "Tak apa, Adada. Semuanya akan jadi okey."
O... key?
Semuanya akan jadi okey?
Sebaliknya adalah! Sudahlah Santriantar dah... tak muncul. Sekarang ayahda dia sendiri yang nak buru dengan tujuan nak hapuskan dia! Memanglah cara ayahda dia jahat, tapi... tanpa Raja Keraunos, dia akan hidup sebatang kara.
Ingatkan raja planet Kilas itu akan jadi baik, tapi jadi makin teruk! Macam mana kalau di hadapannya ini sebenarnya pengintip raja Keraunos? Akhirnya dia akan dihapuskan juga.
"-da?"
Dia... keseorangan sekarang. Tak ada sebab lagi untuk dia hidup.
"Mengelamun jauh apa tu?" Tanpa sebarang amaran, belakangnya ditepuk kuat Tok Kasa. Terbatuk-batuk Adada dibuatnya menerima serangan mengejut begitu.
"Dalam dunia ni, tujuan kau bukan untuk cari sebab hidup. Tapi untuk cipta sebab untuk hidup." Macam inilah orang tua zaman sekarang. Pukul orang terus berfalsafah.
"Adada, tak payah takutlah sama kita orang. Kita orang tak makan kau tau. Lagipun, kawasan ni jauh dengan kawasan kita orang jumpa kau semalam." Ying cuba meyakinkan Adada.
Ochobot menambahkan mara semangat. "Entah. Kau tak seorang! Kau ada kita orang!"
Adada menarik nafas lega. Entah kenapa dia rasa... tenang. Mukanya diangkat. "Sebenarnya... kenapa korang baik sangat dengan aku?"
Garisan di wajah Ying mula terbuka menampakkkan giginya. "Anggap jelah muka kau sama dengan orang kita orang pernah kenal," tawa kecil Ying.
Adada tercengang. "Ha?"
Tangan Ying serta-merta naik ke atas pinggang serentak. "Haiya! Dahlah banyak cakap! Kemas ni cepat. Kita kena tengok Gopal dengan Yaya pula. Entah apalah jadinya dengan Probe dan Gopal tu."
"Erk." Ochobot dan Adada masing-masing naik bulu roma. Eh, tapi Ochobot kan robot. Ah... mungkin wayar-wayar dia yang ternaik.
...
Bahagian lehernya dibelek Adada. Baru dia perasan botol ubatnya dah menghilang pada dirinya. Mungkin terjatuh masa dia melarikan diri tadi. Kepalanya kemudian diangkat semula ke arah Ochobot.
"Misi apa yang korang jalankan sebenarnya?" Adada menyambung persoalannya yang tergantung. "Korang nampak macam bukan orang biasa-biasa dan bukan penceroboh."
"Kita orang dari Tapops," balas Ying ringkas sambil menggalas begnya.
"Tapops?"
Ochobot menambah. "Iya. Tracker and Protecto..."
"...tor of Power Sphera?" Ochobot terpegun apabila Adada memintasnya dengan tepat.
"Kau... tahu?" Wajah Adada diamati tidak percaya.
"Oh... ada buku fasal tu dalam perpustakaan. Jadi aku adalah baca sikit-sikit. Cuma... adalah juga beberapa muka surat yang terkoyak." Adada membatu seketika. Eh, kenapa dia banyak cakap ini?
"Kita orang jumpa isyarat kecemasan dari sini. Jadi kita orang datang sini nak siasat tujuan isyarat tulah." Ying menjelaskan misinya. Tahu-tahu sahaja dia terlebih dahulu yang mengetuai di hadapan.
Isyarat kecemasan? Minda Adada giat menyambung hubungan kedatangan mereka. Jika mereka ini merupakan pelindung power sphera... dan Ochobot kata dia power sphera.
'Tak akan yang... guna untuk serap kuasa aku tu, power sphera. Kenapa... raja ada power sphera pula?' fikir Adada di dalam hati.
"Ochobot dah ceritakan semuanya pada tok. Fasal sakit kamu... kuasa kamu. Yang selebihnya kalau kamu tak sedia lagi, tak perlulah cerita." Adada menunduk mendengar kata-kata Tok Kasa.
"Jadi, apa yang kamu nak buat sekarang, Adada?"
"Erm... entahlah." jawab Adada ringkas.
"Jadi kamu tak nak makanlah?" Adada menjeling ke arah Tok Kasa yang berjalan di sebelahnya. Eh, atuk ini boleh tahan kesabaran juga ya.
Tok Kasa tersengih-sengih bangga. "Tak apa, yang penting biarkan tok jadi guru kamu!" Dadanya ditepuk berkali-kali penuh riak. Ikut hati dia sahaja ambil anak murid!
"Eh?" Ochobot dan Ying laju berpusing ke belakang.
Terpinga-pinga budak itu dibuatnya. Dahi Adada berkerut seribu. "Ha?"
⚡⚡⚡
Aku hadap soalan Matematik :
( Sila baca perenggan terakhir)
Akhirnya berjumpa kembali kita dengan Adada. Kesian Adada tetapi kesian aku lagi kena hadap dia. *Pandang kiri kanan*
Okey selamat. Tak ada Ada-
Sesiapa yang dah ada borang pengambilan anak angkat, atau suami. Jangan mimpilah untuk ambil antara calon di antara.
Lepas habis cerita, barulah kalian dibenarkan. Tapi kalau nak bagi makanan boleh, melalui ak...
Dark Nooroo : Melalui kau ke, melalui perut kau?
Okeylah! Bertemu Adada dengan tok gurunya di bab 11 pula! Harap-harap tak jumpa tok lanun itu lagilah.
Haraplah...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top