#7
Paradise is waiting for believers. Strive hard! and whatever you want will be yours.
----------------------------------------
“Woi! Cepatlah! Tunang aku dah tunggu dekat simpang depan rumah kita ni.” Jerit Aiman kepada teman-temannya.
“Kejap lah!” Jerit Arfan dan Adam serentak.
A few minutes ago...
“Dah jom.” Kata Arfan. Mereka pun masuk ke dalam kereta dan kereta pun bergerak meninggalkan perkarangan rumah mereka.
“Ha tu kereta tunang kau tu.” kata Arfan sewaktu di persimpangan rumah mereka. Kereta mereka pun bergerak ke sebuah kereta Myvi dan berhenti dibelakang kereta tersebut.
“Jom turun.” Aiman mengajak Arfan dan Adam. Mereka pun berjalan ke kereta tersebut.
Tok! Tok!
Tingkap kereta diketuk. Ketiga-tiga gadis didalam kereta pun memandang ke arah ketukan itu dan terlihatlah tiga orang jejaka di luar. Tingkap diturunkan ke bawah sedikit.
“Sorry lambat. Diorang ni lambat bukan salah i okay.” Kata Aiman sambil mengerling rakan-rakannya.
“Hermm takpelah. Nak makan dulu ke nak gerak Terengganu terus?” Tanya Fatihah.
“Gerak terus la. Nanti kita makan dekat R&R je lah.” Adam memberi pendapatnya.
“Ha kalau macam tu jomlah.” Kata Sha yang duduk di sebelah tempat pemandu. Tiga org jejaka tersebut menganggukkan kepala mereka dan terus masuk ke kereta.
“Kau kata kawan-kawan tunang kau tak ikut.” Tanya Arfan memecahkan kesunyian di dalam kereta.
“Aku mana tahu dia nak bawak balik kawan-kawan dia. Aku pun terkejut.” kata Aiman.
“Kau syok la kan sebab nanti boleh cuci mata tengok dia kan. Betul tak?” Kata Adam sambil tersengih melihat Arfan.
“Herh tak ada masa aku nak usha dia. Lagipun aku mana suka dia.” kata Arfan tersipu malu. ehh..
“Ye ye lah tu kau ni. Padahal suka.” Kata Aiman pula. Dalam kereta itu riuh dengan suara usik mengusik.
Selepas beberapa jam memandu mereka pun berhenti di sebuah R&R untuk makan dan sebagainya.
“Aq nak pergi toilet kejap eh. Korang pergi lah cari meja.” kataku kepada Fatihah dan Sha.
“Ha hati-hati tau. Kami tunggu dekat gerai hujung sana tu.”Kata Fatihah dan berlalu pergi.
Aku mencuci muka menggunakan air paip yang berada di singki. Ye lah takkan nak guna pasir pulak kan. Aku menguap kecil kerana masih mengantuk. Siapa je tak lena kalau naik kereta, mesti korang pun sama kan. Aku mula melangkah keluar dari tandas tersebut.
“Hai cantik!” Sapa satu suara. Aku memusing ke sebelah kiriku. Terdapat seorang lelaki yang mukanya not bad lah sedang duduk di situ sambil tersenyum.
“Saya ke?” Tanyaku kepadanya.
“Ye lah. Siapa lagi kalau bukan u.” Katanya sambil tersenyum macam ape tah terus tak hensem. Aku menjelingnya.
“Oh saya memang cantik. Encik tak perlu bagitahu pun saya dah tahu.” kataku selamba.
“Ok kalau macamtu jom ikut saya check in.” aku tersentak mendengar ayatnya. Apa bongok tak malu betholl lah. Aku terus melangkah pergi, baru berberapa tapak dia telah menarik tanganku menyebabkan aku terjatuh di atas lantai. Sakit siak. Diani memang mintak kaki bethol.
“Eh apa masalah encik ni hah!! Takde adab betul lah! Pergi mati sana.” kataku tanpa menghiraukan orang yang memandang. Diorang tak tahu ke aku dalam kesusahan ni bukan nak tolong.
“Jomlah ikut I. U kan cantik.” Eyy geli aku dok ber i-u.. Tahu tak aku jijik dengar suara dia. Tanpa aku sedar, Dia menarik tanganku. Sakit Bongok!
“Heshh lepas lah! Sakit la hanat!” kataku tak bertapis.
“Alah malu-malu pulak u ni. Ikut je I. I jamin u puas.” Apa bodoh jantan ni. Dia fikir aku murah!
“Lepas lah BABI!” Carutku. Tak sengaja ok memang tak sengaja. Dia terus berhenti menarikku.
“Ewah-ewah perempuan ni! mencarut kat aku pulak.” Dia ingin menamparku tetapi sempat ditahan oleh seseorang. Wah! Heroku sudah tiba! Lepas ni aku nak ajak dia kawin terus! Betul! Tak main-main!
“Kenapa kacau dia?” kata lelaki tersebut. Sekarang aku berada belakang lalaki tu. Aku tak tahu macam mana aku boleh berada kat situ, so aq xnampak muka herokuuuuu.
“Eh kau siapa nak halang aku! Ni ikan aku. Aku yang dapat dulu. Kau berambus.” kata lelaki miang tersebut. Ewah-ewah dia fikir dia kucing? Lepastu dia jadikan aku ikan pulak. Banyak buruk muka dia.
“Eh ni isteri aku tau. Apa masalah kau kacau isteri aku!” marah heroku. Auch. Garangnya. Baru aku nak melamar dia. Dia dah isterikan aku dulu.
“Lebih baik kau berambus sebelum aku call polis.” katanya lagi.
“Hesh yelah-yelah.” kata lelaki tersebut.
“Dapat ikan pun,ikan orang rupanya.” katanya tetapi masih dapat didengari oleh kami berdua.
“And kau. Kenapa kau layan dia?” aku memandang wajah tersebut. Anddd...... tiba-tiba aku tak jadi nak mempersuamikan dia. hikshiks.. sebab dia LELAKI PENGOTOR dalam mall haritu. Ulang lagi sekali LELAKI PENGOTOR! Yelah yang haritu boba dia kena muka cantik aku tu.
“Eh kau pekak ke!” kata dia lagi. Aku hanya mengangkat bahu.
“Asal kau layan dia. Kau tahu tak bahaya zaman sekarang ni.” katanya.
“Dia peminat aku. Aku layan je lah.” Jawabku. Dia tersenyum sinis.
“Ye lah kalau kena rogol pun ok jugak kan. Peminat lah konon. Kau fikir kau cantik? Muka macam ayam kena langgar.” katanya. Dia mengutuk aku! kutuk depan-depan pulak tu! sape je tak terasa!
“Dah lah blah lah kau! kau fikir kau hensem!” aku menjelingnya dan terus berlalu pergi. Aku terus menuju ke tempat kawan-kawanku. Makan lagi bagus.
“Asal lambat sangat?” tanya Sha kepadaku.
“Ramai orang. Korang dah order dekat aku dah?” tanyaku kepada mereka. Mereka berdua mengangguk. Btw kami semeja dengan tunang Fatihah. means LELAKI tu pun ADA! Tiba-tiba kerusi di hadapanku di tarik, aku mengangkat kepala untuk melihat. And mata aku berlaga dengan matanya. Aku menjelingnya.
Sewaktu makan, aku terasa kakiku tersepak sesuatu. Tah la batu mana yang tersesat kat sini. Aku menundukkan kepala ku untuk melihat 'batu' tersebut. Oh kaki MAMAT PENGOTOR rupanya. Tiba-tiba satu idea muncul di otakku. Aku memijak kakinya sekuat hati.
“Adoi!” dia menjerit kuat sehingga kami tehenti makan.
“Kau kenapa tiba-tiba menjerit?” Tanya Adam.
”Tak tahu la. Macam ada gajah lalu.” kata Arfan. Mereka hanya mengangkat bahu sahaja. Dia memandang mukaku dengan padangan yang maha membunuh! Aku tersenyum sinis.
Selepas makan, kami pun bertolak ke Terengganu. 5/6 jam lagi baru lah sampai di kampung Fatihah.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top