Terkejut✔

Bunyi sahaja loceng, menandakan waktu rehat. Adam dan Nadia bergerak ke kantin bersama-sama. Mereka juga memesan makanan yang sama iaitu nasi lemak dan duduk di meja yang sama. Rata-rata pelajar menayangkan pelbagai reaksi muka. Ada yang terkejut, ada yang marah dan ada yang sedih. Nadia tidak selesa disebabkan ramai pelajar perempuan yang sedang memerhatikannya.

"Sayang okey?" tanya Adam prihatin sejurus melihat

"Erm okay...just tak selesa..." kata Nadia perlahan.

"Why?" soal Adam lagi.

"Erm. Ramai yang pandang kita macam nak telan lagi." jawab Nadia sambil menundukkan kepala.

Adam melihat sekeliling. Benar kata Nadia. Ramai pelajar yang sedang memerhatikan mereka.

"Tak reti nak makan ka? Makan tu tengok la makanan...bukan tengok orang. Orang yang nak makan ni pun tak senang" kata Adam sedikit kuat sambil memerhatikan seorang demi seorang.

Apa lagi pelajar lain. Terus diam dan menikmati makanan mereka. Tidak lagi memandang mereka berdua. Berani korang ingkar arahan ketua pengawas! Dia dah bagi ayat amaran tuu

"Dah. Makanlah. Biy nak pergi ambil air jap eh" kata Adam sebelum berdiri.

Nadia hanya mengangguk tanda faham dengan apa yang dikatakan oleh Adam. Selepas sahaja Adam bangun dan bergerak ke tempat membeli air, Aina datang kepadanya dengan ahli-ahli divanyaa...

"Eh perempuan murahan. Kau buat apa eh sampai Adam sekarang melekat ja dengan kau? Kau jual tubuh kau eh? Ka kau letak minyak pengasih?" soal Aina dalam nada kegedikan.

Nadia hanya mendiamkan diri. Malas nak bertengkar dengan tiga beruk ni.

"Woi kau pekak ka apa yang Aina cakap?" kata Alia sedikit kuat membuatkan semua pelajar melihat ke arah mereka.

"Saya malas nak cakap dengan korang. Nanti takut dapat dosa" kata Nadia menjawab.

"Eh kau. Menjawab eh" kata Maya.

"Pelik la korang ni. Bila saya diam korang suruh bersuara. Bila dah bersuara korang kata menjawab. Korang nak apa ni?" kata Nadia malas mahu melayan.

"Aku nak Adam. Senang dan mudah" jawab Aina.

" Lah...minta la kat Adam. Buat apa minta dekat aku. Ingat Adam tu barang mainan?" kata Nadia sudah bertukar panggilan saya-awak kepada  aku-kau. Biar...sudah berlembut tetapi still diorang ni kepala batu!

"Kau ni memang nak kena" Aina terus mengambil air sirap lalu mencurah ke muka Nadia. Habis muka dan baju Nadia lencun.

"Hahaha kau layak dapat air sirap ni. Erm tambah sikit nasi lemak ni" kata Maya lalu mengambil nasi itu lalu dilempar ke muka Nadia. Habis kotor muka Nadia akibat sambal, nasi dan air sirap.

"Tak cukup lagi nih. Hm meh aku tolong lagi" kata Alia sebelum bergerak ke tong sampah. Alia mengambil tong yang berisi penuh dengan sisa makanan lalu menuang ke atas kepala Nadia.

"Ni baru layak! Kau dengan sampah sama ja. Busuk!" maki Aina.

"Woi kau buat apa ahh dekat kawan aku" jerit Alya yang baru tiba. Jantungnya bagai hendak terkeluar kerana melihat rupa Nadia yang sebegitu rupa.

"Mai dah beruk nih" kata Aina kemudian ketawa seperti hantu!

"Kau! Aie" kata Alya ingin menampar Aina tetapi dihalang oleh Sofea.

"Hey Aina. Boleh tak kau jangan ganggu dia!" kata Sofea dalam suara yang agak tinggi.

"Suka hati aku lah..." kata Aina masih degil.

Atiffa terus pergi ke arah Nadia. Diambil sweaternya lalu disarungkan ke badan Nadia. Dilap kesan nasi yang berada di rambut Nadia.

"Woi! Kenapa tu!" kata Adam dengan kuat. Tengkingan itu menyebabkan suasana di kantin sunyi sepi.

"Eh Adam. Ni ha...Nadia. Tadi waktu I jalan nak pergi makan, dia tetiba panggil I. Lepastu dia maki I. Then dia nak curah air dekat I tapi I sempat tepis" kata Aina penuh kegedikan!

"Tak payah tipu sangat lah wahai cik puntilanak! Kau yang serang Nadia dulu" kata Alya panas!

"Hey perempuan kau diam" marah Alia cuba memanaskan lagi keadaan.

"Kau tu lelaki ka Alia? Dah kau kata perempuan diam means kau pun kena diam. Tak perlu masuk campur hal kelas 5A. Kau kelas 5D kan? So buat cara kelas 5D." kata Sofea. Bukan la dia nak merendah-rendahkan kelas 5D namun dia terlalu geram dengan kelancangan Alia.

Alia terdiam. Sentap habis! Ha baru tau!

"Aina. Sekali lagi kau buat hal... Aku tak teragak-agak untuk pindahkan kelas kau. Aku akan pastikan kau duduk dengan kuli-kuli kau! Kau ingat sikit...siapa owner sekolah ni. Setakat ayah kau tu yang bela kau tu ingat aku dan ayah aku miskin sangat? Heh! Kalau bukan sebab ayah aku kawan dengan ayah kau heh, aku dah lempang muka kau! Kau jangan buat hal" kata Adam.

"U... I tak bersalah. Ni perempuan ni yang salah. Kenapa U bela sangat perempuan ni? Entah-entah dia letak minyak pengasih dekat U!" kata Aina lancang.

Adam terus menampar pipi kiri Aina. Aina pula bukan main terkejut. Terteleng kepala Aina akibat tamparan yang agak kuat

"For your information! Perempuan yang kau kata ni ialah girlfriend aku. Kau buka telinga luas-luas! GIRLFRIEND aku. So mulai saat ini, kau jangan ganggu girlfriend aku. Aku dapat tahu kau ganggu, aku tak teragak-agak akan melaporkan dekat ayah aku. Kau ingat eh!" amuk Adam.

Apa lagi! Semua pelajar bukan main terkejut. Aina? Lagi lah! Alya, Sofea dan Atiffa juga terkejut. Awie dan Aiman yang menyaksikan drama itu pun terkejut. Wahh!

Nadia juga agak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Adam. Habislah dia! Tiba-tiba dia terasa kepalanya sakit. Akhirnya dia jatuh rebah. Dia hanya mendengar yang Adam memanggilnya.

Adam yang terkejut apabila Nadia terbaring terus mengangkat Nadia untuk ke bilik rawatan.

🌸🌸🌸

Nadia merasa sakit di kepala. Diurut perlahan kepalanya. Apabila Nadia membuka mata, dilihatnya Adam sedang tidur. Nadia tersenyum. Sayang juga Adam kat aku.

"Wee kau dah bangun?" suara Alya yang tinggi menyebabkan Adam bangun.

"Sayang okey? Nak pergi klinik?" tanya Adam prihatin. Risau tadi dibuatnya apabila Nadia pengsan.

"Sokay. Saya okey." kata Nadia lemah.

"Sure? Kalau sakit lagi, jom la pergi klinik atau hospital" soal Adam.

"Sure. Dah okey lah" kata Nadia.

" Aku rasa banyak semut pula dekat sini weyh" kata Sofea menampar lengan Atiffa lembut.

"Kann...sama la...bersemuttt je" sokong Awie. Dia yang menyaksikan tu pun hm!

"Bila lah aku nak ada pasangan hidup sejati" kata Aiman.

"Eleh kau tu playboy! Memang tak la nak ada girlfriend. Penuh pinggang kau bawa perempuan" kata Alya tidak menapis sudah ayatnya. Main cakap je! Apa nak terasa? Lantak lah!

"Life aku" kata Aiman sentap.

"Hahaha sentap! Padan muka" ketawa Awie selepas crushnya mengenakan kawan baiknya.

"Siapa kawan kau sekarang hah? Dia ka aku?" soal Aiman tidak puas hati.

"Dia" kata Awie selamba.

Aiman hanya menjeling. Tunggu kau!

"Diam boleh tak!" kata Atiffa. Haih menyampah!

"Sayang lapar? Nak apa-apa?" tanya Adam tidak jemu bertanyakan soalan.

"Erm. Nak roti ja la" kata Nadia lemah. Tadi dia tidak sempat makan dek pandangan mata yang merimaskan dia.

"Kenyang ka? Makan la nasi ka bihun ka?" kata Adam sekali lagi.

"Tak nak. Nak roti ja" kata Nadia.

"Okay. Biy akan belikan" kata Adam sebelum mengeluarkan telefonnya.

Adam terus mendail nombor seseorang.

"Hello. Tolong belikan roti coklat dua dengan air mineral 2" arah Adam

"Baik tuan" kata seseorang iaitu pekerjanya.

Adam terus mematikan talian.

"Lepas makan, sayang makan ubat okay?" kata Adam sambil menunujukkan plastik berisi ubat.

"Okay" jawab Nadia sepatah.

"Now, cerita dekat kami" kata Alya.

"Betul! Aku nak dengar juga! Pandai eh kau Dam...rahsia daripada aku" kata Aiman kecewa. Bukan apa mereka bertiga tidak pernah ada rahsia.

Adam dan Nadia pun menceritakan satu persatu kejadian di London. Habis sahaja Adam dan Nadia bercerita, pelbagai reaksi mereka menerima

"Dah agak!" kata Alya menepuk tangan tanda berjaya meneka.

"Wah gentleman kau Dam!" kata Awie bangga.

"We sweetnyaaa" jerit Sofea.

"Tahniah Adam...Nadia...jaga relay" nasihat Atiffa.

"Wahh kawan aku dah ada pasangan huhu" kata Aiman.

🌸🙈🌸
Done💕 jangan lupa tekan ⭐⭐ alhamdulillah viewers APG ( Abang Pengawas Garang) dah cecah 1.5K❤ keep support! Dan teruskan pembacaan ⭐ ingat! Tekan ⭐👇

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top