Surat✔

Kepada Nadia Emelda

Wahai sahabatku yang paling lama bersamaku. Haha berpuitis pula! Okay...serius! Aku sebenarnya ada something nak beritahu kau. Aku dah lama nak beritahu kau tapi aku segan. Actually aku suka kau. Sumpah aku suka kau dari sekolah rendah lagi. Kau cantik, menawan, pandai dan hebat dalam sukan tapi aku tak pandang semua tu. Aku pandang hati kau. Aku sayang kau. Kau ingat tak waktu kau demam waktu form 4? Kau jatuh pengsan dekat padang. Aku waktu tu risau sangat. Aku takut kehilangan kau. Aku takut sangat waktu tu. Kau panas gila. Aku angkat kau...aku minta maaf sebab tipu kau yang budak pbsm yang angkat. Aku angkat kau pergi bilik rawatan. Waktu tu memang aq jaga kau sangat-sangat lah! Aku siap tak bagi sesiapa masuk bilik rawatan. Aku jaga kau...aku betul-betul cintakan kau. Tapi kau just anggap aku as sahabat. That why aku tak ucap pun cinta dekat kau. Aku minta maaf. By the way, aku dah minta dekat mak ayah aku untuk ke sekolah itu dan mak ayah aku benarkan. Lepas ujian 1 aku akan pindah ke sana. Kita boleh jumpa setiap hari! Rindunya dekat kau! Tapi...kalau kau tak dapat terima aku...aku redho. Mungkin aku ni just sahabat kau tapi aku harap sangat kau terima! Okay la bye! Nanti jemput aku tauuu! Byee❤

Daripada Ilyas

"No Ilyas. Kau...aku anggap kau sahabat aku ja" kata Nadia. Tapi jap! Dia kata in case kalau aku tak terima dia...dia redho so kami still bestfriend! Dan dia kata nak datang sini! Yessss!! Aku pun rindu kau Ilyas! Lepas ujian 1? minggu ni dah dapat results dan cuti seminggu so maksudnyaaa esok! Betul kah? Hm better aku tanya Adam sebab dia urus pelajar baru!

Adam sayang

Assalamualaikum awak...
Saya nak tanya ni

Waalaikumusalam. Siapa ni?

Alahai...Adam ni! Silap Nadia juga! Sudah Adam kata...panggil biy-sayang! Ha kalau tak panggil macam ni lah jadi! Mengada!

Biy...sorry...sayang
nak tanya sikit ni

Oh sayang...ingat
siapa tadi! Ha apa?

Betulka esok ada
pelajar baru?

Ha ah...macam mana
sayang tahu?

Oh. Erm ada la
terdengar dari pelajar lain

Oh. Ye ke?

Ah sudah! Takkan dia tak percaya? Erm patut ka aku jujur? Erm jujur je la

Sayang nak tahu tak...
pelajar baru tu dari
sekolah lama sayang lah

Oh ye ke? Siapa?

Yang tu biy tak sure...
Why?

Takdak apa lah. K la
sayang nak tidur dulu.
esok sekolah kan...

Okay...gdnight
Sweetdream💕

Goodnight too🌸

Nadia terus menutup data dan berbaring di katilnya. Tak sabarnyaaa esok nak jumpa Ilyas!

Keesokan harinya

Kelas bermula seperti biasa. Nadia pula sudah panas punggung. Menunggu kawan karibnya. Tiba-tiba Cikgu Rose, Pengetua masuk ke kelas kami. Yes! Tak sabar!

"Okay kelas. Hari ni kita ada pelajar baru. Dia juga dari sekolah yang sama dengan Nadia. Saya rasa Nadia kenal. Kelas sekali dengan kamu. Cikgu harap kamu dapat berbaik dengan dia. Okay?" kata Cikgu Rose.

"Okay" jawab semua pelajar 5A.

"Baiklah. Ilyas...boleh masuk" arah Cikgu Rose.

Ilyas masuk dengan senyuman. Ah rindunya dekat Nadia! Dia sudah nampak kelibat Nadia yang duduk di sebelah lelaki. Hm macam kenal.

"Hai. Nama saya Ilyas. Boleh panggil Ilyas je" kata Ilyas sambil tersenyum kepada Nadia.

Nadia yang nampak senyuman daripada Ilyas turut membalas senyuman dengan gembira. Tidak sedar dirinya diperhatikan seseorang.

"Amboii sakan senyum. Dengan saya tak macam tu pon" kata Adam kelat. Dia belum melihat muka pelajar baru itu kerana malas hendak melayan. Namun dengan sengihan Nadia menyebabkan dia membuak-buak untuk melihat.

Nadia menelan air liur. Alamak Adam marah. Macam mana dia tahu? Nampak tak dia guna panggilan saya-awak. Maksudnya dia marah!

"Erm hehe. Kawan karib saya tu. Memang la macam ni hehe. Jangan risau lah! Awak still milik saya" kata Nadia perlahan.

Adam mendiamkan diri. Ha sudah! Aduh fikir Nadia...oh! Apa lah! Nadia menepuk dahi.

"Biy milik sayang. Jangan risau. Sayang cuma rindu dengan kawan sayang ja" kata Nadia manja.

"Hm ye la" kata Adam kemudian dia mengangkat kepalanya untuk melihat muka rakan baik girlfriend dia. Saat dia melihat muka Ilyas...dia terkejut! What!

"Tengku Faris Ilyas Bin Tengku Alif?" sebut Adam.

Nadia terkejut. Jap? Adam sebut nama Ilyas ka? Tapi Ilyas bukan ada Tengku? Kalau ada...kenapa Ilyas tak pernah bagitau dekat dia? Dan kalau betul nama Ilyas ada Tengku, diorang kenal ka?

Ilyas yang terkejut apabila nama penuhnya disebut...terus memaling ke arah pemilik yang menyebut namanya. Diamati olehnya. Itu lelaki yang duduk di sebelah Nadia. Dilihat lelaki itu dan akhirnya

"Tengku Adam Firash Bin Tengku Airil? Kau ka tu?" tanya Ilyas.

Okay. Diorang kenal! Kenapa Ilyas tak pernah bagitau dia pasal nama sebenar dia. Muka Adam terus berubah. Ketat dan tegang. Aik? Kenapa ni?

"Okay Ilyas. Awak duduk di belakang Nadia Emelda. Awak kenal kan?" arah Cikgu Rose.

"Kenal cikgu. Terima kasih" kata Ilyas.

Aina yang melihat muka Ilyas yang hensem terus mencuba menggoda Ilyas. Namun Ilyas hanya memalau Aina. What? Aku rindu Nadia kot.

"Hai Nad. Weyh rinduuu" kata Ilyas mesra.

Nadia terus memusing badannya ke belakang.

"Wee rindu arrr dekat kau. Sihat?" tanya Nadia.

"Alhamdulillah sihat. Kau?" tanya Ilyas. Leganya dapat lihat muka Nadia. Tenang ja.

"Aku sihat je. We nanti rehat sekal-" Kata-kata Nadia dipintas oleh Adam

"Nadia Emelda! Pusing depan. Hormat cikgu yang ada di depan. Kalau RINDU sekalipun ingat STATUS awak" kata Adam menegaskan status yang menandakan dia mempunyai kekasih. Wo Adam melebih nampak.

"Upsss sorry...hehe" kata Nadia lalu memusingkan semula badannya. Dilihat Adam...aduhh tegang ja muka. Haih nasib kau la Nadia. Nanti dah kawin dapat anak janganlah ikut perangai ayah kau wahai anakku. Eh tiberrr fikir pasal anak! Ahaks! Nadia tersengih sendirian.

"Ingat pakwe lama kaa" kata Adam dalam nada agak keras.

"Erm mana ada lah. Sorry tadi mengelamun pula" Kata Nadia

Masa rehat tiba selepas habis sahaja kelas sejarah. Mungkin terlalu teruja sehinggakan Nadia terabaikan Adam.

"Ilyas...jom rehatt...aku tunjukkan kau kawasan di sekolah ni. Oh ya btw jom jumpa kawan-kawan aku" ajak Nadia.

Adam yang berang dengan sikap Nadia terus keluar dari kelas dengan hati yang panas!

Nadia pula sibuk dengan Ilyas sampaikan tidak menyedari Adam sudah pun keluar dari kelas dengan perasaan marah.

"Okay ini Engku Raisha Alya Binti Engku Nik. Ni Engku Sofea Binti Engku Haikal dan ni Tengku Atiffa Binti Tengku Roslan and guyss ini kawan baik plus teman sepermainan aku sejak kecil! Ilyas" kata Nadia dengan mesra.

"Haii! Amboii kemain kau eh Nadia. Dapat jumpa kawan lama terus lupa kawan baru ni ha" perli Alya.

"Alolo okok jom pergi kantin!" kata Nadia mengajak mereka.

"Jom!" kata Alya lalu bergerak bersama-sama dengan Ilyas.

🌸🌸🌸
Next update!❤ sorry guys tak update 2-3 hari ni 😔 author sibuk dengan temuduga online 👀 harini baru free. Doakan author berjaya ya temuduga tu💕 oh btw alhamdulillah dah 2.2K dah🌸 i love u😋 jangan lupa tekan ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top