Selamat Tinggal✔
"Assalamualaikum mak ayah...Nadia dah balik nih." Nadia memberi salam kepada mak dan ayahnya setibanya dia tiba di rumahnya yang terletak 2Km dari sekolahnya.
Nadia hanya berbasikal kerana keluarga mereka agak susah. Ayahnya menjadi nelayan dan hanya turun ke laut apabila cuaca baik. Maknya pula menjual nasi lemak dan kuih muih untuk menyara kehidupan mereka. Nadia akan membantu maknya setiap selepas solat subuh. Kemudian Nadia akan membawa bakul yang berisi nasi lemak ke tempat yang disewa oleh mereka. Begitulah rutin Nadia sebagai anak yang solehah. Nadia ialah anak tunggal kepada pasangan itu.
"Waalaikumussalam," jawab Encik Hisham, ayahnya.
Nadia terus bersalam dengan ayahnya.
"Mana mak, ayah? Selalunya waktu sekarang mak dah balik dari tempat berniaga," tanya Nadia.
"Entahla nak...dari tadi ayah tak nampak emak kamu. Cuba kamu pergi lihat dekat warung Mak Jah. Ayah nak pergi baiki jala sekejap. Esok nak turun laut. Tadi ayah dengar dari berita yang esok cuaca baik. Moga-moga banyaklah hasil tangkapan," kata Encik Hisham lalu bergerak ke pangkin di belakang rumah mereka.
Nadia tanpa banyak soal terus bergerak ke Warung Mak Jah. Di situlah emak berniaga. Mak Jah ialah adik emaknya yakni makciknya. Mak Jah sekarang berpindah ke Kedah untuk tinggal dengan anaknya. Mak Jah memberi amanah untuk menjaga kedainya kepada emak. Sedang dalam perjalanan Nadia terlihat van putih berhenti di depan warung Mak Jah. Nadia terus berlari dengan sepantas kilat menuju ke emaknya. Kedengaran sayup-sayup suara emaknya menangis.
"Tolonglah Ah Chong. Nanti aku ada duit aku bayarlah. Aku kena bayar duit sekolah anak aku lagi. Tolonglah Ah Chong. Kesianlah kat aku!" menangis Puan Sofiah.
"Gua tak kira. Lu dah hutang gua maka lu kena bayar. Kalau Lu taknak bayar gua bunuh keluarga lu. Cheng! Bob! Kau bunuh perempuan ni!" arah Ah Chong.
"Stop!" jerit Nadia. Nadia sudah hendak terputus nyawa apabila melihat emaknya menangis di hadapan lelaki berbangsa Cina.
"Kau ni siapa eh! Kenapa kau nak bunuh emak aku! Aku panggil polis kot!" marah Nadia.
"Hey lu...kalau lu nak tau. Gua ni Ah Chong! Emak lu ni hutang gua rm8K! Sudah 2 bulan mak lu tak bayar," kata Ah Chong.
Nadia terkaku. What? Mak dia berhutang dengan Ah long?
"Betulkah mak? Emak pinjam duit dari dia? Kenapa mak pinjam duit ah Long?" tanya Nadia.
"Be...betul nak... E...emak pinjam duit dari dia... Se...sebab nak ba...yar duit persekolahan kamu. Emak takdak duit ketika tu," kata Puan Sofiah dengan sayu.
'Astagfirullah. Nampaknya aku kena berpindah juga ke sekolah tuh. Tadi Cikgu Haliza ada mengatakan mereka akan memberi biasiswa penuh. So aku akan gunakan duit tu untuk bayar hutang emak sedikit-sedikit. Ala makan roti ha. Macamlah aku tak biasa' desis Nadia dalam hati.
"Okay macam ni. Kau beri aku masa untuk aku bayar duit kau. Aku janji aku akan bayar tepat pada masanya," ujar Nadia.
"Ahh lu kena janji eh! Okay fine! Aku beri kau masa! Berapa lu mau?" tanya Ah Chong.
"9 bulan," jawab Nadia dengan yakin.
"No! 5 bulan...sekali dengan bunga semua rm12K! Kalau lu tak bayar! Tubuh lu gua punya! Amacam! Setuju?" tanya Ah Chong dengan muka miangnya.
"What! Maruah aku penting! No aku tak setuju!" tegas Nadia.
"So gua akan bunuh mak lu! Lu pilih sekarang!" tengking Ah Chong.
Nadia buntu! Ahh!
"Okay...ak...aku se...tu...ju," jawab Nadia dengan tergagap!
"Ingat ya! 5 bulan or badan lu hak gua! " kata Ah Chong sambil ketawa besar. Dia lalu bergerak pergi dari warung itu.
"Ya Allah nak! Mak mintak maaf! Macam mana kamu nak bayar duit tu? Banyak tu!" tanya Puan Sofiah dengan sayu.
"Jangan risau la mak! Tadi Cikgu Haliza ada telefon mak kan tentang surat tawaran Nad ke sekolah Highschool Star? Cikgu Haliza kata ada biasiswa. So Nad fikir Nad akan guna duit tu untuk bayar hutang mak. Kemudian Nad akan cari kerja sambilan di sana. Emak jangan risau tau! Nad akan langsaikan hutang mak! Ayah tahu tak pasal ni?" jawab Nadia dengan tenang.
"Ayah kau tahu. Ya Allah. Mak malu dengan kamu. Sepatutnya mak yang bayar nak!" rintih Puan Sofiah.
"Takpe la mak. Takdir kita. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni! Jangan risaulah Nad okay!" Nadia senyum kepada emaknya mengharapkan emaknya kembali tenang!
"Okey la kalau kamu kata begitu. Mak bersyukur sangat dapat jaga anak yang baik macam ni," kata Puan Sofiah dengan senyuman.
"Jaga? Memang la mak jaga Nad la! Apalah mak ni. Mak kata macam tu macam Nad ni anak angkat mak je! Hahaha!" seloroh Nadia.
"Haih sudah la jom balik! Mak nak masak pula. Malam ni mak masak spekcial kat kamu! Kamu kan dah nak berjauhan dengan emak dan ayah!" kata Puan Sofiah dengan gembira!
"Hahaha emak! Spekcial? Haha special la!" gelak Nadia.
Puan Sofiah terus mengemas dan berjalan terus ke rumah mereka!
"Hahaha merajuk la tu! Haih emak-emak. Nadia pasti akan merindui emak!" ucap Nadia.
DI SEKOLAH
"Baiklah semua...sudah kita maklum bahawa Nadia Emelda Binti Hisham mendapat tawaran untuk ke Highschool Star yang menjadi sekolah swasta pertama dan ditaja penuh oleh mereka serta mendapat biasiswa penuh. Kita ucapkan tahniah dan moga terus berjaya. Saya sediakan majlis perpisahan ini kerana dia menjadi kebanggaan sekolah kita dari segi akademik dan sukan. Kita akan kehilangan permata di sekolah ini. Kita doakan Nadia akan berjaya di dunia dan di akhirat! Dipersilakan semua pergi ke kantin dan ayuh kita makan! Harini cikgu belanja!" kata Cikgu Haliza dengan semangat!
Nadia tersenyum namun dalam hatinya gusar memikirkan sekolah barunya!
"Nad...are you okay? Cikgu tengok kamu termenung je?" tanya Cikgu Haliza prihatin.
"Say...saya okay...hehe...terima kasih cikgu sebab belanja saya!"
"Hm sudah lah. Cepat makan. Nanti akan ada yang jemput kamu! Selamat bersekolah di sekolah baru! Jangan lupakan kami!" seloroh Cikgu Haliza.
"Ish mana ada lah cikgu ni! Saya akan sentiasa merindui semua...hehe!"
Pon Pon
"Ha tu dah sampai...jom kita pergi! Are you ready?" tanya Cikgu Haliza.
Nadia hanya mengangguk perlahan. Mereka berjalan ke pondok pengawal.
"Assalamualaikum Puan. Perkenalkan ini Nadia Emelda binti Hisham," ramah Cikgu Haliza.
"Waalaikumussalam oh ya. Inilah pelajar cemerlang dan terbilang tuh! Terima kasih la sebab terima tawaran tu! Semoga SPM kamu nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang! Sebelum tu saya Puan Sri Tengku Rose. Saya pengetua di sekolah itu. Salam perkenalan." Puan Sri Tengku Rose memperkenalkan diri.
Nadia terus menyalami Puan Sri itu lalu tersenyum.
"Selamat berkenalan Puan Sri. Insyaallah saya akan buat yang terbaik dalam SPM," jawab Nadia dengan sopan.
"Eh tak perlu la panggil Puan Sri. Panggil je Cikgu Rose. Okay dah ready? Jom," pelawa Cikgu Rose.
Nadia mengangguk dan berjalan ke arah kereta namun bahunya terasa di sentuh oleh seseorang. Nadia berpusing untuk melihat siapa yang memegang bahunya.
"Eh Ilyas! Mana kau pergi! Aku cari kau dari tadi lagi. Ingatkan kau taknak jumpa aku dah."
"Erm Nad...aku berterima kasih sangat sebab sudi jadi kawan aku. Aku harap kita akan jadi kawan lagi selepas ini. Hm selamat jalan dan jangan lupakan aku eh. Nah baca ni bila kau free," Ilyas memberi sampul surat kepada Nadia.
"Thank you weyh. Aku akan baca nanti. Bye!" Nadia melambai-lambai tangan kepada semua orang. Setitis air mata jatuh. Pagi tadi pun Nadia menitiskan air mata mengucapkan selamat tinggal kepada emak dan ayahnya. Yer Nadia akan tinggal di asrama di sekolah sana kerana lokasinya agak jauh dari rumahnya.
Nadia memasuki kereta dan merenung keluar. Selepas 1 jam mengelamun Nadia dikejutkan dengan suara cikgu Rose.
"Nadia ...kita dah sampai! Here! Highschool Star!"!
Okay guys! Chapter 2! Vote please! Bab seterusnya akan jumpa hero!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top