Sekolah Baru✔
Keluar sahaja dari kereta,Nadia tergamam. Sekolah itu besar!
Mak aikk...sekolah ke istana ni. Dah la besar...warna emas pula tu. Peh bersinar mata aku. Ni kalau kikis agak-agak mahal tak. Siap ada tugu muka orang lagi. Wah...Agak-agak berapa la yuran diorang!
"Nadia? Jauh termenung," soal Cikgu Rose.
"Eh hehe maaf cikgu. Saya terkejut tengok tugu tu," jawab Nadia.
"Oh itu muka pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan besar khususnya SPM. Kalau kamu berjaya nanti...muka kamu akan diukir. Jadi goodluck!" jawab Cikgu Rose.
"Oh...insyaallah saya akan berusaha," kata Nadia dengan yakin!
"Okay kalau begitu...mari cikgu tunjukkan kelas kamu. Mesti kamu tidak sabar untuk melihat kelas dan bertemu dengan rakan-rakan baru kamu!" ajak Cikgu Rose.
Nadia hanya sekadar mengangguk. Fikirannya gusar kerana takut dipinggirkan kerana dia bukanlah golongan bangsawan. Nadia mengikut langkah Cikgu Rose dengan perlahan. Kelihatan mereka berjalan di Blok A.
Nadia sempat melihat trofil, pingat dan sijil yang banyak di sebelah tangga. Trofil, pingat dan sijil itu diletakkan di dashboard khas dan dicerminkan.
Cikgu Rose dan Nadia menaiki tangga ke tingkat 2. Blok A mempunyai 3 tingkat keseluruhannya. Hanya beberapa meter sahaja lagi mereka akan tiba di kelas Nadia. Sebelum mereka pergi ke kelas Nadia...mereka bergerak ke pejabat Cikgu Rose yakni pengetua untuk mengambil fail peribadi pelajar.
"Jom masuk dulu Nadia. Mungkin kita lewat sikit sebab cikgu nak cari dulu fail kamu. Mungkin bertindan dengan fail yang lain. Maklumlah sekolah ini ada dekat 600 pelajar," ajak cikgu Rose.
"Erm takpa la cikgu. Cikgu cari lah dulu. Saya nak lihat sekeliling sekolah ni jap. Boleh cikgu?" tanya Nadia sopan.
"Hm kalau kamu kata begitu...suka hati kamulah. Tetapi jangan pergi jauh-jauh tau!" pesan Cikgu Rose.
"Baik cikgu," Nadia menjawab dengan sopan.
Nadia berjalan di koridor itu dan secara tiba-tiba dia terdengar suara orang merintih kesakitan. Nadia cuba melihat sekeliling dan dia terlihat ada seorang lelaki yang agak hensem cuba memukul seorang lelaki bercermin mata yang tidak kurang hensemnya. Nadia segera turun ke belakang blok itu.
"Woi! Kau buat apa ni! Membuli eh! Aku report dekat Cikgu Rose jap gi!" jerit Nadia.
Lelaki yang ingin menumbuk lelaki bercermin mata itu berhenti dan memusing belakang untuk melihat siapa yang menganggunya. Kelihatan seorang yang dia tidak mengenalinya. Seorang perempuan yang berfree hair dengan mata hazelnya. Siapa budak ni? Mesti budak baru sebab dia tidak mengenali nya.
"Kau siapa?" tanya lelaki itu garang.
"Tak kisah la siapa aku. Yang aku tahu kau membuli dan membuli itu salah!" tegas Nadia.
"So?" tanya lelaki itu.
What! Dia kata so? Apa masalah jantan ni!
"Harapkan muka je hensem tapi otak lembab...membuli itu salah!" kata Nadia.
"Terima kasih," kata lelaki itu tiba-tiba.
"Kau ni gila ke? Kenapa berterima kasih pulak?" tanya Nadia sedikit bengang.
"Kau kata aku hensem," balas lelaki itu selamba .
"Ah kau ni sah gila! Aku report dekat Cikgu Rose! Biar kau kena denda!" marah Nadia
"Report lah. Ada aku kisah?" jawab lelaki itu yakin lalu lelaki itu berjalan selamba meninggalkan mereka.
Nadia terus bergerak ke arah lelaki yang dibuli itu.
"Awak okay?"
Ah bodoh kau Nadia. Dah dia kena buli kan mesti la tidak okay.
"Saya okay. Btw terima kasih sebab selamatkan saya. Awak siapa? Kenapa saya tak pernah nampak awak pun selama ni?" tanya lelaki itu.
"Sama-sama. Saya Nadia. Saya baru berpindah harini. By the way siapa nama awak? Alamak ada luka la kat dahi awak. Jap" Nadia segera menyeluk poketnya dan dikeluarkan plaster lalu diletakkan perlahan di dahi lelaki itu.
"Erm terima kasih again. Saya Tengku Aizad. Panggil saja saya Aizad. Awak cantik," kata Aizad ikhlas.
Nadia tersipu malu.
"Terima kasih...btw siapa lelaki itu? Dan kenapa dia buli awak? " tanya Nadia.
"Dia Tengku Ad-
"Eh alamak. Sorry awak. Tu cikgu Rose dah panggil saya. Mesti dia cari saya...maaf eh! Selamat berkenalan!" ucap Nadia. Nadia segera menuju ke arah Cikgu Rose yang sibuk mencarinya.
"Tengku Adam Firash," jawab Aizad dengan perlahan dan tidak dapat didengari oleh Nadia kerana Nadia sudah berlari ke Cikgu Rose yang sedang mencarinya.
Nadia segera berlari dengan sepantas kilat. Ala atlet kan.
"Maaf cikgu...hehe tadi saya ke belah sana." Nadia menunjukkan jarinya ke arah di mana kejadian buli-membuli itu terjadi.
"Oh takpe...meh cikgu tunjuk kelas awak. Kelas awak 5A. Untuk makluman awak kelas untuk tingkatan 5 dibahagi kepada 4 kelas iatu 5A , 5B , 5C dan 5D. Kelas 5A merupakan kelas pertama dan kelas 5D merupakan kelas terakhir berdasarkan markah KoDemik. Untuk makluman Nadia markah KoDemik ini ialah markah Kokorikulum dan Akademik. So awak mesti perform kedua-duanya untuk menetapkan awak di kelas pertama. Kelas pertama mempunyai kelebihan berbanding yang lain seperti mempunyai pusat sumber persendirian dan tandas persendirian. Tetapi tidak semualah mempunyai kelebihan. Perhimpunan masih semua sama...begitu juga waktu rehat. Semua akan keluar serentak," terang Cikgu Rose panjang lebar dan mula menapak ke kelas Nadia.
Sewaktu melintasi 3 kelas iaitu kelas 5B 5C dan 5D bunyi siulan memenuhi koridor itu. Mereka terpaksa melalui 3 kelas itu untuk menuju ke kelas 5A yang berada di hujung sekali. Kelihatan kelas itu sunyi kerana sesi pembelajaran sedang dilakukan.
"Okay ini kelas kamu. Ready?" tanya Cikgu Rose.
"Hm. Insyaallah. Baik saya ready!" kata Nadia semangat!
"Baiklah kamu tunggu sebentar di sini...saya mahu maklumkan kepada Cikgu Ain sekejap," kata Cikgu Rose
Cikgu Rose memasuki kelas dan semua pelajar di dalam kelas itu mula memberi tumpuan kepada apa yang bakal disampaikan oleh pengetua mereka.
"Baiklah semua. Harini kita ada pelajar baru. Cikgu harap kamu menjaganya dengan elok. Kalau cikgu dengar kamu ada buat benda tidak elok kepada dia...cikgu tak akan teragak-agak untuk denda kamu. Baiklah...Nadia boleh masuk" panggil Cikgu Rose.
Semua pelajar di kelas 5A menumpukan perhatian di pintu masuk. Pelajar lelaki lebih teruja kerana nama yang disebut ialah perempuan.
Nadia membaca basmallah lalu berjalan dengan yakin ke kelas itu. Kedengaran sorakan dari pelajar lelaki dengan pelbagai bunyi.
"Diam semua!" marah Cikgu Rose.
"Nadia...sila perkenalkan diri," arah Cikgu Rose
"Assalamualaikum dan selamat pagi...hai semua...saya Nadia Emelda Binti Hisham...selamat berkenalan semua. Saya harap semua boleh tunjuk ajar kepada saya," sapa Nadia dengan senyuman.
"So any question?" tanya cikgu Rose kepada para pelajarnya.
Seorang lelaki mengangkat tangan.
"Awak single ke berpunya"
"Erm saya single tetapi not available," seloroh Nadia. Pelajar lelaki mula bersorak! Yes ada peluang!
" Awak dari sekolah mana?"
"Saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling Jaya," jawab Nadia sambil tersenyum.
Seorang pelajar perempuan yang bertocang mengangkat tangan. Senyuman sinis diberikan.
"Tadi saya dengar nama kau Nadia Emelda Binti Hisham. Means awak ni bukan anak bangsawan? So kau ni anak miskin la?" tanya perempuan itu sinis.
"Erm ye saya bukan anak bangsawan. Mak saya berniaga dan ayah saya seorang nelayan," jawab Nadia dengan tenang .
"Oh patutlah bau ikan kat sini!" gelak perempuan itu disertai sebahagian besar kelas itu.
Nadia menunduk dan hampir menangis namun digagahkan senyum kepada mereka.
"Eh kau ni Aina! Mulut tu boleh jaga kot. Biarlah dia anak sapa pun janji dia lagi cantik dari kau!" marah seorang pelajar perempuan yang berambut lurus.
"Shut up Sofea!" marah Aina.
"Sudah! Jangan bergaduh. Aina jaga mulut!" marah Cikgu Rose.
"By the way mana Adam? Takkan ponteng lagi?" tanya Cikgu Rose.
"Maaf cikgu...saya lewat...tadi ada kes sikit." Seseorang bercakap di muka pintu.
Nadia memusing badan untuk melihat pemilik suara itu. Apabila kedua-dua mata bertembung, mereka terkejut!
Okay guys! Bab 3 settle! Please vote! Siapa Adam? Jeng jeng!! Hehe vote tauu!! Tekan ⭐⭐⭐
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top