London✔

Pulang sahaja Nadia dan lain-lain...mereka terserempak dengan Cikgu Rose di sekolah.

"Nadia...pergi mana tu? Banyak barang" tanya Cikgu Rose.

"Oh hai cikgu...baru pulang dari shopping mall. Ha ah cikgu banyak barang ni...ni la Alya, Sofea dan Atiffa belanja saya beli pakaian untuk esok" jawab Nadia jujur.

"Oh...bagusss...begini la kawan! Sentiasa bantu membantu! Oh ya btw esok pagi owner sekolah nak jumpa kamu. So get ready ye. Flight tengah hari kan? So sempatlah breakfast dengan owner sekolah ni..." kata Cikgu Rose.

"Oh ye ke...okay cikgu!" kata Nadia tersenyum manis.

"Orite.. dah pergi berehat..." kata Cikgu Rose lalu bergerak ke biliknya.

"Wahh untunglah kau! Dapat jumpa owner sekolah ni!" kata Sofea.

"Kenapa? Korang tak pernah jumpa ka?" tanya Nadia pelik. Takkan sekolah 5 tahun tak jumpa langsung owner sekolah ni.

"Tak...too secret...tapi annn" kata Atiffa tergantung.

"Apa?" tanya Nadia bingung.

"Kau akan jumpa bakal ayah mertua kau! Hahaha" sambung Alya.

"Ha ah la!! Owner sekolah ni ayah Adam! Adehh lupa aku!" kata Sofea sambil menampar dahinya.

"Mengarut la korang ni! Dah jom masuk! Aku letih ni! Beli barang serupa aku duk sana sebulan!" bebel Nadia.

"Hahaha lek ahh..." kata Alya sebelum memasuki dorm mereka.

Keesokkan harinya

"We aku akan rindu kau!" kata Alya sebak.

"Pehhh drama beb...Nadia tu pergi seminggu ja bukan sebulan!" kata Sofea agak kasar namun tidak sampai 2 minit, kelihatan air mata Sofea mengalir di pipinya. Alahai cenggeng juga.

"Drama konon! Kau pon sama ah...siap nangis bagai...apa ingat Nadia ni nak pergi berperang? Yang menangis sakan!" tutur Atiffa meluat. Menyampah la si Alya dan Sofea ni.. Drama ja lebih!

"Haha haih korang ni! Nanti kita video call eh...kau ajar aku dah haritu...so aku dah pandai dah! Nanti kita calling eh" kata Nadia cuba memujuk.

"Hm ye laaaaa" kata Alya meleret kemudian memeluk erat Nadia. Sayang we! Walaupun baru je kenal tapi macam dah lama ja!

Sofea dan Atiffa pon memeluk Nadia dan melepaskan pelukan itu. Namun Alya masih memeluk Nadia. Haih budak ni!

"Dah la Al oiii...Nadia tu nak pergi breakfast dengan owner sekolah pula! Kang lewat apa kata orang! dahh lepas" ujar Atiffa sambil menarik tangan Alya.

"Hm ye laa" kata Alya sedih.

"Byeee selamat breakfast dengan keluarga mertua! Haha" sakat Atiffa.

"Goodluck we! Bagi menang tau!" kata Sofea memberi kata-kata semangat.

"Balik cepat!" kata Alya pula.

Nadia menggeleng kepala melayan kerenah Alya...

"Ye aku balik cepat! Mana la aku nak pergi!" kata Nadia menampar manja bahu Alya.

"Okay bye" jawab mereka serentak.

Nadia menarik beg bagasinya ke kafeteria sekolah. Nak breakfast dengan owner sekolah la! Kelihatan Adam sudah berada di situ dan duduk di hadapan seorang lelaki. Maybe itu owner?

"Assalamualaikum...maaf saya lambat" ucap Nadia dan dia menunduk sedikit kepada lelaki...tanda hormat.

"Waalaikumusalam...takpa...duduk la," jawab lelaki itu.

"Errr " Nadia bingung nak panggil apa? Pakcik? Er tuan?

"Oh ya! Lupa nak perkenalkan! Nama saya Tengku Airil...pemilik Highschool Star." jawab Tengku Airil menjawab persoalan Nadia.

"Oh ye...saya Nadia Emelda. Tengku boleh panggil saya Nadia ja atau Nad." ramah Nadia. Dijeling ke sebelah kelihatan Adam sedang makan dengan berselera.

"Tak perlu la panggil Tengku...panggil uncle ja...oh ya Nad...kamu nak makan apa?" tanya Tengku Airil.

"Erm saya nak nasi lemak ja la" kata Nadia malas mahu fikir panjang. Tambahan lagi nasi lemak di sini sedap.

"Okay sekejap..." Tengku Airil memanggil pekerjanya lalu memesan nasi lemak serta air barli suam. Air barli baik untuk kesihatan.

"So how Nad? Dah ready untuk pertandingan?" tanya Tengku Airil ramah.

"Oh alhamdulillah ready. Semalam dah habis study untuk pengetahuan am. Insyaallah boleh...hehe...kita doakan je la" jawab Nadia berhati-hati .

"Kamu Ash? Okay tak? Dah ready?" tanya Tengku Airil. Nadia mengerutkan dahi. Ash?

"Ash?" Nadia pelik...siapa tu? Adam ka?

"Ha ah...Adam ni...nama dia kan Adam Firash...family je atau orang terdekat ja yang panggil Adam, Ash..." jawab Tengku Airil.

Nadia hanya mengangguk dan makan hidangannya. Erm not bad! Sedap! Pedas dia okay...

"Dah" jawab Adam sepatah.

Nadia hanya mendengar perbualan ayah anak itu. Malas nak ganggu kan! Tapi Adam memang dingin ka? Oh my god! Siapa la bakal bini dia nanti! Mesti ketat ja muka Adam!

"Nad? Hello?" kata Tengku Airil sedikit kuat. Aihh mengelamun ka budak ni?

"Eh sorry uncle...hehe apa tadi?" tanya Nadia malu.

"Tu la kau...kerja mengelamun ja. Better dekat sana kau jangan mengelamun! Siap kau kalau kalah!" kata Adam tegang.

"Ash! Apa kata begitu! Menang kalah adat permainan!" marah Tengku Airil

"Hm" jawabnya sepatah.

"Uncle tanya dah siap makan? Kalau sudah...jom kita bertolak ke airport. Masa penerbangan dah dekat" kata Tengku Airil.

"Oh. Sudah uncle. Jom kita bertolak" kata Nadia segera berdiri.

Mereka bergerak bersama-sama ke kereta dan menuju ke airport yang terletak 8 Km dari sekolah. Setelah tiba Adam menyalami ayahnya lalu bergerak bersama-sama dengan Nadia. Masa penerbangan dijangka selama 12 jam. Nadia mengambil keputusan untuk membaca sedikit lagi bahan bacaan dan akhirnya mengambil keputusan untuk berehat.

First time naik kapal terbang rasanya agak gayat. Namun dia cuba untuk bertenang dan akhirnya dia terlelap di sebelah Adam. Adam hanya melihat Nadia tidur. Ini masanya untuk dia scan! Dilihat dari rambut hingga ke dagu...everything perfect! Tiada jerawat yang tumbuh!

Adam mengubah posisi kepala Nadia yang tersandar di cermin tingkap kapal terbang ke bahunya. Lebih selesa berbanding di tingkap itu. Adam menyelimut Nadia kerana Adam dapat merasakan kesejukan dari kulit kepala Nadia. Tambahan pula Nadia menggigil sekarang. Mungkin tidak biasa dengan penghawa dingin.

Adam sebenarnya sudah mula zahirkan perasaan dalam dirinya. Adam sudah terpukau sejak kali pertama mereka berjumpa. Walaupun berjumpa dengan cara yang kasar namun hatinya agak sakit apabila dia melekatkan plaster di lelaki yang dia buli itu. Dia yang cedera tidak pon dihirau! Namun biasalah ego lelaki...cuba sembunyikan perasaan itu dan sebenarnya Adam pada mulanya tidak tahu dia sudah hampir jatuh cinta dengan Nadia. Selepas mereka berbaik barulah Adam tahu perasaannya selama ini. Dia selalu berdebar-debar apabila berjumpa dengan Nadia...tambahan lagi apabila bertentangan mata. Sewaktu kejadian Nadia didenda olehnya dan saat Nadia menangis itu...hatinya tidak kuat namun digagahkan.

Kejadian yang dia memaki hamun Nadia itu pula kerana ketika itu dia sedang stres dan teringat akan keputusan pengetua yang ingin menghantar Nadia ke pertandingan ini namun semuanya terbalik apabila Nadia mengambil keputusan untuk pergi berdua. Awalnya dia rasa tergugat disebabkan dia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk ke pertandingan ini dan dia hampir tidak terpilih namun ini semua jasa Nadia. Tapi dia tidak mahu meluahkan perasaannya kerana dia masih belum moveon sepenuhnya. Dia masih ada perasaan sayang terhadap Aina memandangkan Aina itu first and last love! Adam memejam matanya untuk berehat kerana dalam masa 8 jam lagi mereka akan tiba di LONDON!

Yeayy!! Dah sampai london!! Jangan ada yang tersenyum sorang-sorang ehh bila part Adam tu! Hahaha! Oky jangn lupa tekan ⭐⭐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top