BRIAN✔

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Heathrow London, Adam mengejutkan Nadia yang sedang tidur

"We. .dah sampai...jom turun" kata Adam mengejutkan Nadia.

Nadia menguap lalu mengesat matanya.

" Erm okay...thanks bangunkan saya" ucap Nadia sambil berdiri.

"Hm dah jom...kita pergi check in hotel dulu" kata Adam.

"Okay" kata Nadia hanya mengikut langkah Adam. Ye la...manala dia pernah jejak bumi London! Dalam Malaysia pon belum diterokanya apatah lagi luar negara! Takut nanti sesat pula! Menangis deh!

Mereka bergerak ke London Elizabeth Hotel menggunakan teksi.

"Hello sir, take us to London Elizabeth Hotel please" kata Adam fasih berbahasa Inggeris.

"Hello...sure" jawab pemandu itu.

Perjalanan mengambil masa 1 jam. Pemandu itu memasang lagu Boyfriend oleh Selena Gomez.

"Where are you from?" tanya pemandu cuba untuk ramah.

"Malaysia" jawab Nadia ramah.

"Oh wow! Are you a student?" tanya pemandu itu lagi.

"Yes sir. My name is Nadia Emelda...just call me Nadia" Nadia memperkenalkan dirinya.

"Wow nice name. Call me Brian!" senyum Brian. Auch cair! Hensemnya mamat ni!

" Is that your boyfriend?" tanya Brian memandang Adam yang berada di sebelah Nadia.

Belum sempat Nadia ingin membalas, Adam sudah mencelah.

"No. She is my wife" jawab Adam selamba. Bukan dia tak tahu, pemandu ni asyik mengerling ke arah Nadia je.

Nadia tergamam! What! Hell no! Ehh siapa la nak berlaki kan singa!

"Erm actually" Kata-kata Nadia sekali lagi dicelah oleh Adam.

" Is the hotel is far?" tanya Adam cuba mencelah percakapan Nadia.

"No...just 2 Km! Wait ya" kata Brian mula memecut. Dia diam selepas Adam sudah memberi warning melalui matanya sebentar tadi.

Nadia hanya mendiamkan diri selepas dia dijeling oleh Adam. Singa dah naik angin woii! Tapi kenapa? Tak kan la aku nak sembang dengan Brian tak boleh? Erm...actually tergugat juga la tengok dia.


Dengan berjambang halus, mukanya tidak la putih sangat! Orang kata sawo matang. Mungkin selalu terkena panas dek cahaya matahari. Rupanya kalau awalnya tidak disangka pemandu teksi pon! Macam model ja! Alaa nak naik teksi setiap hari la!! Tercair la juga Nadia hehe.

" We have arrived! Welcome to London pretty!" kata Brian tanpa menghiraukan jelingan tajam dari Adam.

"Auchh...you' re so sweet! Thanks handsome!" kata Nadia sedikit kembang! Alaa orang puteh puji!

"Most welcome! Okay see you soon! This is my card number! Call me if you need me!" kata Brian sambil tersenyum. Tak perempuan secantik ni bukan isteri orang. Heh ingat dia bodoh sangat? Cincin pon tak pakai.

"Orite! Thanks!" kata Nadia lalu memberikan senyuman kepada Brian.

"Dah...cepat! Aku tinggal kau jangan terhegeh call aku! Call la pakwe kau ni" kata Adam sedikit kasar.

"Okok! Jap!" kata Nadia tergesa-gesa berlari ke arah Adam.

"Okay Brian! Bye!!" ucap Nadia sambil melambai-lambai tangannya.

Adam hanya menjeling menyampah! Bosan dengan perbualan tidak rasmi itu. Tiba-tiba Nadia berjalan di sebelahnya. Dilihat Brian sudah pergi dari sini. Baguslah! Menyemak ja!

" Kau ada lagi kad nombor laki tu?" tanya Adam tiba-tiba.

"Er ye. Kenapa?" tanya Nadia pelik

"Bagi dekat aku..." Adam menghulurkan tangan meminta kad itu.

"Untuk?" tanya Nadia ingin tahu.

"Bagi ja la!" kata Adam sambil membulatkan matanya.

"Fine! Erm saya nak ambil nombor dia dulu jap!" Nadia mengeluarkan telefonnya lalu menekan nombor. Belum sempat Nadia menghabiskan nombor itu Adam merampas kad itu daripada Nadia. Terus Adam memasukkan kad itu ke dalam poket seluarnya lalu bergerak ke kaunter pertanyaan di hotel itu.

"Awakkk saya belum sempat habiskan la! Aiee!" kata Nadia lalu bergerak mengikut langkah Adam.

Adam hanya tersenyum kecil namun tidak dapat dilihat oleh Nadia.

"We are students from Malaysia who will attend the competition here." kata Adam kepada pekerja hotel itu.

"Oh. Please wait," kata pekerja hotel itu. Dia menyemak maklumat di komputer sebelum menyerahkan kunci bilik.

"This is the room key for Nadia Emelda and this is for Adam Firash. Welcome to London and please enjoy. Your schedule is in the room..." kata pekerja itu sambil tersenyum kepada Nadia. Oh ya! Pekerja itu lelaki! Hensem! Ya Allah! Makkk Nadia nak duduk London la!

"Thank you" ucap Adam lalu bergerak ke lif untuk pergi ke biliknya.

"Adam tunggulah!" kata Nadia tergesa-gesa mengejar Adam.

Bilik Adam ialah 105 dan bilik Nadia ialah 106. Ye bersebelahan ja! Sebaik sahaja Nadia memasuki bilik hotel itu. Nadia tergamam! Wah cantiknya!

Buka sahaja tingkap...Nadia dapat melihat bandar London! Wah segarnya udara! Dibuka pintu untuk ke balkoni dan dihirup udara sepuas-puasnya! Wahhh! Nadia bergerak ke katil hotel itu pula. Terdapat jadual dan buah-buahan! Dilihat jadual itu sebentar lalu diletakkan di tepi. Diambil buah anggur dan dimakannya. Ahh lapar deh! Tiba-tiba terdengar telefon berbunyi. Telefon hotel!

"Hello? This is Nadia Emelda" kata Nadia menjawab telefon.

"Aku tahu!" jawab pemanggil. Nadia terkejut. Ish Adam ni!

"Ish awak ni! Ha kenapa?" tanya Nadia ingin tahu tujuan Adam menelefonnya.

"Berehat sekejap. Kemas apa yang patut! Jom makan. Aku tahu kau lapar!" kata Adam meneka. Dia pon sebenarnya lapar.

"Okay! Erm 20 minit!" ucap Nadia lalu mula mengemas begnya. Tepat 20 minit dia sudah bersiap! Mesti pelikkan sebab cepat? Well Nadia tidak bersolek! Dia tidak suka bersolek! Ala lagipun dah malam la! Tak perlu cantik-cantik!

Kedengaran bunyi ketukan pintu. Nadia segera membuka pintu. Kelihatan Adam tampak hensem dalam pakaian kemeja.

"Dah kau tercegat kenapa? Jom!" ajak Adam terus berpusing ke arah lain. Bukan apa dia erm terbuai dengan kecantikan Nadia. Natural Beauty.

Mereka bergerak bersama-sama ke restoran di dalam hotel itu. Adam memanggil pelayan lalu dibelek menu itu.

"Kau nak makan apa?" tanya Adam kepada Nadia.

"Eem...saya tak biasa la makan dekat restoran! Erm nasi goreng kampung ada?" tanya Nadia polos.

"Kau ingat ini Malaysia? Nasi goreng kampung bagai! Haih! Takpa la aku order! Spaghetti kau okay kan?" tanya Adam.

"Erm saya okay je semua makanan! Tak cerewet macam awak hehe" kata Nadia tersengih.

" I want spaghetti with meatball, pasta cheese and lamb chop. Give us orange juice and apple juice. That's all" pesan Adam yang sudah mahir. Hm dah lawat banyak negara dah maka bahasa Inggeris nya agak lancar.

"Banyaknya awak pesan...boleh habiskan ka?" kata Nadia ragu-ragu.

"Makan je la!" kata Adam malas ingin melayan kerenah Nadia.

"Ye la...oh ya kad tu awak buat apa? Boleh beri saya?" tanya Nadia yang baru teringat kad yang diberikan Brian.

"Oh! Kad tu! Aku terjatuhkan tadi. Aku tengok poket...terkoyak!" jawab Adam selamba lalu bermain telefonnya .

"Alaa...hm okay la" kata Nadia tidak berpuas hati.

Adam hanya tersenyum! Hehe sebenarnya dikoyak kad itu lalu dibuang ke dalam tong sampah! Bukan apa...entah kenapa hatinya sakit apabila mereka berbual-bual. Tambahan lagi mereka saling tersenyum! Erm naik menyampah!

Selepas 20 minit, makan mereka tiba.

"This is your meals. Please enjoy!" kata pelayan itu sentiasa tersenyum.

Nadia menelan air liur. Wah sedapnya! Dilihat hidangan itu sangat membuka seleranya


Nadia merasa sedikit spaghetti itu bersama meatball dan rasanya ya Allah! Sedap!!! Erm!!

"Thanks awak...saya suka!" kata Nadia lalu tersenyum kepada Adam.

"Sama-sama. Nasib kau suka...kalau tak suka aku boleh tukar" kata Adam prihatin.

"Eh tak perlu! Sedapp!" kata Nadia menjamah makanan itu dengan berselera.

Mereka makan dengan diiringi lagu yang tenang. Ala lagipon kan Adam suka makan dengan tenang dan senyap. Ditanya kenapa? Katanya tidak beradab! Nadia hanya mengiyakan lalu makan dengan penuh berselera. Selepas makan mereka bergerak ke bilik masing-masing lalu berehat untuk pertandingan esok!

Okay guys! Sorry kalau hambar! Puasa eh jangan terliur dengan makanan di atas! Oh btw gambar tu semua di google! Hehe..Adam cemburu ka dengan Brian? Hehe! Jangan lupa tekan ⭐⭐⭐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top